Thursday, January 11, 2018

REVIEW: Call Me By Your Name- Kisah Cinta Pertama




5 minit terakhir karya Luca Guadagnino, Trilogi Desire beliau (A Bigger Splash, A Love Story) ini membungkus rasa sedih yang menggigit dan berbekas. 

 


Call Me By Your Name didasarkan dari naskhah Andre Aciman dengan judul yang sama mengisahkan Elio, pemuda 17 tahun yang menelusuri musim panas bersama keluarganya di Crema, Itali sekitar 1983, kemudian didatangi Oliver, pelajar sarjana bapanya yang datang ke rumah mereka lalu menimbulkan bibit cinta pertama di antara dua manusia ini. 


 

Tidak keterlaluan untuk aku katakan yang filem coming of age-LGBT theme ini adalah yang terbaik untuk tahun 2017. Lakonan Timothee Chalamet sebagai remaja 17 tahun ulat buku yang pintar bernama Elio diperankan dengan cukup cemerlang sekali. Chalamet tidak hanya mempersembahkan lakonannya yang bersahaja tetapi juga membuatkan audien percaya bahawa beliau adalah Elio Perlman yang berani dan celaru seksualitinya. Ia dibuktikan bukan sekadar dengan pertukaran bahasa Elio dari Itali ke Perancis ke Inggeris dengan mudah, bahasa tubuhnya yang subtle tetapi juga saat beliau berperang dengan rasa celaru, keliru dan berahi saat berdamping dengan Oliver (Armie Hammer)


 


Lakonan Armie Hammer juga cemerlang. Menawan, kacak, maskulin, beremosi dan dipenuhi dengan sarkastik juga humor menjadikan watak ini berdimensi. Sebagai dancing partner Chalamet, setiap babak di antara Elio dan Oliver menemui keserasian lalu menzahirkan momen indah dan juga kesedihan. Lakonlayar James Ivory yang bermakna selain tangkapan sinematografer Soyambhu Mukdeeporm menelusuri Crema dan pergolakan jiwa dua manusia ini cukup menawan sekali. 

 


Paling aku suka adalah watak bapa kepada Elio (Mr Samuel Perlman, lakonan hebat Michael Stuhlbarg). Moment tidak sampai 10 minitnya di penghujung filem ini boleh dikategorikan terbaik dan layak dicalonkan untuk musim-musim anugerah tahun ini. Monolog itu juga mengubah perspektif aku dalam memandang kehidupan. Life is beautiful, that’s the fact!




Sediakan tisu untuk momen terakhir filem ini.

VERDICT : 10/10

Call Me By Your Name nominated for;

Best Actor (Golden Globe, SAG, Critics’ Choice Award, BAFTA Awards) for Timothee Chalamet
Best Supporting Actor (Golden Globe & Critics’ Choice) for Armie Hammer & Micahel Stuhlbarg
Best Adapted Screenplay for James Ivory
Best Director for Luca Guadagnino

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED