Ketika aku memutuskan untuk mengambil sedikit masa untuk menonton karya
Nadiah Hamzah yang sudah kutunggu sejak setahun lalu di pawagam di Miri
(kebetulan menghadiri tugasan di sana, sudah alang-alang panggung dekat jadi ambillah
peluang!)
Motif di tangan Nadiah
dihasilkan dengan cukup baik. Sinematografinya cantik, sudut yang dipilih baik
close up mahupun pemandangan hutan tebal dari atas cukup mempesonakan.
Pemilihan ambient yang berkabus bertepatan dengan genre misteri thriller Motif
malah disuntik sedikit elemen Scandanavian theme thriller menjadikan Motif
sebuah lukisan yang kelam, watak-wataknya kelabu, intense namun kita sebagai
penonton ingin selongkar apa yang disembunyikan disebalik lukisan ini. Nadiah
punyai masa depan cerah dalam industri filem, percayalah. (Kabarnya filem akan
datang beliau adalah sebuah naskhah seram. Count me in. I am ready!)
Motif juga dibarisi
pelakon handalan. Sharifah Amani memberikan dimensi yang cemerlang menerusi
watak Inspektor Dewi. Ditangannya, Dewi kelihatan teguh bak besi namun
didalamnya Dewi umpama kaca yang rapuh. Permainan emosi Amani ketika mendepani
konlik kerja dan masalah rumahtangga dalam mempersembahkan Dewi diberikan dengan
penuh empati, depth dan subtle menjadikan karakter ini diperkaya dengan
sikap-sikap manusiawi. Best Actress next FFM! Mark my word!
Taqim Zaki sebagai
Inspektor Rizal juga tidak kurang hebatnya. Dynamicnya watak yang diperankan
oleh theater actor ini menjadikan kita sebagai audien merasai perihnya.
Inspektor Rizal tersepit dengan tuntutan kerja with no bias dengan rasa setianya
dia kepada sebuah hubungan kekeluargaan. Rosyam Nor macam biasa juga cemerlang.
Dari lelaki yang punyai segalanya, dia terjerat pada racun wanita yang akhirnya
memberikan sebuah tragedi yang harus dibayar olehnya. Sherrie Merlis juga
begitu. Aktres ini membawakan watak Suri dengan sangat baik. Kesakitan, dendam,
kelicikan dan marah yang dipamer Sherrie, walaupun beliau hanya muncul hanya
beberapa babak meninggalkan kesan mendalam kepada audien. Best Actress in a
Supporting Role for sure!
Motif berjaya
membentang sebuah delima wanita yang berkongsi kasih. Antara madu yang manis
dan racun yang pahit, ditengah-tengahnya pasti ada yang terkorban, dikhianati,
ketidakjujuran dan kecurangan. Nadiah sebagai wanita tidaklah membentuk
karakter wanita-wanitanya dengan sempurnya, namun ketidaksempurnaan pada semua
watak wanita ini memberikan realiti diluar sana bahawa begitulah yang dinamakan
kehidupan.
Namun begitu Third Act
Motif seperti kehilangan arah. Konfrontasi antara watak Rosyam-Amani juga
seharusnya dibikin dengan sedikit panjang agar tekanan itu dapat membina
klimaks yang lebih memuaskan. Tanah Merah yang dijadikan lokasi tidak
bertepatan dengan aksen penduduk setempat (pemahaman penulis lokasi Tanah Merah
ini terletak di Kelantan). Walaubagaimanpun sebagai sebuah hidangan, Motif
punyai rasa yang sedap. Malah dipenghujung, anda akan merasakan sedikit kejutan
dan ketika kaki melangkah keluar pawagam, kepingan-kepingan puzzle ini akan
mula bercantum di dalam minda anda. Sesuatu yang jarang berlaku di dalam sinema
tempatan.
Buat WayangWorks dan
terutamanya Nadiah Hamzah, syabas!
VERDICT: 4.5 / 5
Motif masih ditayangkan di pawagam. Tontonlah
sebelum anda terlambat.