Basyirah boleh diakses menerusi platform streaming seperti Spotify, Deezer dan ITunes |
Tajuk: Basyirah
Lagu: Hafiz
Hamidun
Lirik: Ahmad Fedtri
Yahya
Datuk Siti Nurhaliza (DSN) sekali lagi hadir
dengan single terbaharu beliau, sebuah kontemporari irama padang pasir berjudul
Basyirah, yang ditujukan khas kepada para frontliners yang bertukus lumus
membantu dan memerangi virus COVID 19 yang melanda negara ketika ini.
Suntikan nuansa
tradisi dan pop dengan pengaruh arab- dengan gesekan violin dan kamanja mode
menjadikan irama Basyirah mesra pendengar terutama lenggok-lenggok kemelayuan
(selain merdu suara DSN). Momentum ini terbina selari dengan tempo Basyirah
yang bermula dengan note-note rendah seterusnya perlahan-lahan mendaki
nota-nota berlenggok DSN- yang kebiasaan pernah kita dengar lewat
Cindai-Balqis-Nirmala- Lantera Timur-Tahajud Cinta-Anta Permana dan terbaharu
Tujuh Nasihat menghasilkan kemuncak/klimaks yang cukup cantik dan mungkin juga akan
diimprovisasi DSN atau penyanyi cover yang lain sebagai qasidah panjang dipenghujungnya.
Nota-nota berlenggok/cengkok inilah yang menjadikan Basyirah cukup istimewa sebabnya
tidak ramai yang mempunyai kebolehan unik itu.
Lirik Basyirah cukup puitis. Bahagian-bahagian
merintih ditulis dengan penuh kesan, cerminan kesan virus COVID19 yang turut
memberi kesan kepada umat sejagat. Basyirah bukanlah sebuah wadah baharu yang
cuba memberi kelainan dalam muzik tempatan, namun ia hadir sebagai sebuah
inspirasi semangat dan harapan agar kita
berterusan cekal dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan yang telah
ditentukan Allah swt.
Semoga kepedihan
membawa Basyirah. Amin.
VERDICT: 5/5
Basyirah is poignant, soulful, beautiful lyrics
and well executed music arrangements.
***
Al Fatihah buat Al Fadhil Ustaz Ismail Kamus yang menghembuskan nafas terakhir pada 8 Mei 2020. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kredit twitter @artortoise_full |