Judul: Cerpen
Penulis: Nadia Khan
Penerbit: FIXI
Halaman: 263
Wah banyak membaca?
Ok la kan?
Kata nak merendahkan buku!
Kali ini aku nak ulas koleksi cerita pendek hasil karya
Nadia Khan. Siapa tak kenal Nadia? Penulis best seller “Kelabu”. Satu yang aku
gemar tentang penulisan Nadia adalah tentang penggunaan ayat yang simple dan
mudah difahami. Bahasanya meresap dalam jiwa. Adakala menjentik naluri, malah
kebanyakan quote yang ditulis Nadia memang layak dishare dalam twitter. Ahaks!
17 cerita pendek. 3 skrip lalu menjadikan Cerpen adalah
bahan bacaan yang berbaloi. Tak mustahil Cerpen bakal diulang baca berkali-kali
oleh pembaca. Secara dasar, Cerpen banyak menyentuh perihal kasih sayang,
tetapi dipersembah dengan penuh gaya!
Mana Dia Pergi
Penyesalan tiada guna. Pesan pada aku sendiri, jika alami
kekecewaan, luahkan dalam bentuk apa jua pun. Ia sangat membantu.
Puaka Pak Jaha
Dengar seperti cerita hantu. Bacalah. Kalian akan menemui
kejutan!
Pinjam Masamu, Kak
Moraliti yang aku dapat dari cerita ini. Kejar cita-cita
yang kau mahu. Bukan cita cita yang memenuhi kehendak orang sekeliling
Lara Di Hati
Judulnya agak ke-cerekama-aan (judul asal bukan seperti yang
dinyatakan). Ini kisah adik beradik dan cita-cita. Adakala, dalam mengejar
cita-cita, kita perlu lupakan cinta. Tetiba bila baca cerpen ni, aku teringat
lagu ni
Cikgu Din
Aku seorang pendidik. Aku dapat sesuatu dari membaca cerpen
ini!
Teleportasi
Cerita (yang boleh aku kategorikan sebagai sai fai) yang
menyentuh erti cinta. Kesedihan itu terasa dipenghujung.
Janji Kak Long
Paling aku gemari. Ketika membaca, tangan aku menampung
gigil (kaber line) untuk merasa sedih-terharu. Cerpen ini bagi aku masterpiece
dari Nadia!
Nasi Putih Daging Cincang
Sekali lagi cerita tentang penyesalan. Benar. Sekali kau
buat silap, adakala kau tak punyai peluang kedua untuk perbetulkan. Cerpen ini
seperti menyatukan dua watak pada satu makanan yang jarang kita dengar. Like!
Epilog Damak
Mock up bagi kesinambungan kisah Damak-Pak Malau-Sri
Mersing. Nadia berjaya menjadikan mock up ini sebagai believable!
Anak Dinihari
Tiap anak punyai keistimewaan. Tak mesti kerja doctor,
lawyer atau peguam akan menjadikan anak (atau diri kita) terjamin hidup bahagia
di dunia.
Cili (Skrip)
Kerana cili dan kaitannya dengan satu kehidupan marhen
Kopi Tiga Suku (Skrip)
Salah sorang pelajar aku sukakan skrip ini (aku juga).
Falsafahnya kuat, malah disini juga aku jaw dropping tentang fakta penulis
bernama Nadia Khan.
Budak Baru (Skrip)
Sinikal. Memang berlaku dan kisahnya berpusing macam roda.
PWTC
Kisah masa depan. Kisah tentang hati dan perasaan songsang
dimana mungkinkah di masa depan, generasi akan datang menyalahkan generasi kini
kerana hubungan yang tak sihat?
Kopi Kola
Ini usah cerita. Kisah dua darjat (bak kata Nadia semasa
pelancaran Antologi Kopi di Annex, Mac lalu) yang diberi nafas segar.
Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
How a girl deal with her heart yang koyak rabak. Ini seolah
‘balasan’ atas hasil tulisan penulis Adib Zaini dalam Antologi Kopi- ‘Kopi,
Donut dan Bayang Gadis Berambut Hijau’. Manusia semua pernah lalui perasaan
koyak. Its just, how they deal with it. Betul tak? Hihi (Cakap pandai la kau,
Faizal!)
Cinta Sekeping Tisu
Kata Nadia, cerpen ni ditulis sejak sekian lama. Masa
muda-mudi rasanya sebab bahasa yang digunakan sangat sempoi. Judulnya sudah
kita tahu tentang cinta, jadi cintanya juga comel! Cinta di atas tisu.
Ada Apa dengan Kina
Kina dan mimpi. Mimpi adakala petanda sebuah reality
Nakahari
Satu lagi sai fai. Hujungnya aku berfikir, mungkinkah??
Amacam?
Terpengaruh tak nak beli?
Aku saja menulis rebiu ini awal. Aku nak kalian beli sendiri
dan rasa sendiri hidangan ala carte Cerpen. Jujurnya, sepuluh bintang aku
taburkan pada koleksi ini. Pembacaan dua hariku di atas bas, nyata bukan satu
pembaziran!