Monday, December 30, 2013

Perca-Perca 2013





Sekejap je nak habis 2013 ni.

Tak terasa pun.

Untuk blog, rasanya tahun ni paling banyak tak update entry. Entah tak tahu kenapa. 

For the record, tahun 2013 ni sebenarnya banyak meninggalkan pengalaman manis baik dari segi kerjaya mahupun penulisan. I am so happy with it.

1. Novel debut Sumbat terbitan Buku Fixi berada di pasaran mulai Januari 2013. Tuhan saja tahu betapa gembiranya perasaan ni. Launching di Gravy Baby masa tu. Datang lambat untuk launching buku sendiri bersama-sama blogger Iyllienaz masa tu. Malu!

2. Dapat peluang lagi dengan Buku Fixi  sekitar Mac untuk menulis antologi cerpen yang dimuatkan dalam KLCC sempena ulang tahun pencakar langit itu yang ke 15. Launching di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka. Datang bersama blogger Razor Yusof yang sangat baik hati tu :D Cerita yang ditulis, Izzaq turut diselitkan dalam teater khas untuk pelancaran KLCC. 

3. Sekitar September. Sebetulnya menerusi pertandingan menulis cerpen bertemakan Fobia, anjuran Buku 3 Lima dan syarikat penerbitan Roman (kepunyaan Khairulnizam Bakeri) aku menghantar satu cerpen "Bilik F01314". Alhamdulillah. Rezeki orang kata. Dapat bersama beberapa penulis semasa launching Antologi Fobia ni. Seronok!

4. Antologi Cerpen pertama yang memuatkan cerpen tulisan sendiri akhirnya diterbitkan oleh Buku Fixi pada awal Disember lalu. Syukur. Memuatkan 30 cerpen dan pastinya korang akan menjatuhkan dagu. ha ha ..promo.


5. Paling akhir adalah antologi cerpen bersama Buku Hitam Press, Maut Sebelum Ajal. Aku rasa ini untuk pasaran tahun depan. Cerpen aku berjudul "Mana Mayat Dani"

***

#1. Moga bos Buku Fixi panjang umur. Moga company ini bertahan dengan menghasilkan karya tidak stereotype dan mencabar minda. Terima kasih atas begitu banyak peluang yang diberi.

Member office lama  berkepoci. Sempat aku snap. hahaha

#2. Sudah berpindah kerja di Sarikei, Sarawak. Cari angin baru (konon) ha ha ha.

#3. Mungkin seatback kejap dari menulis cerita panjang-panjang.

Tuesday, December 10, 2013

Kisah Pencarian Di Tengah Kota (Review: Kolumpo)




Aku like fenpej filem Kolumpo di FB makan bulan jugak rasanya.

Nyata penantian mahu menyaksikan filem omnibus ini tidak sia-sia. Kolumpo muncul ditengah-tengah kesesakan peminat filem Melayu yang lekeh (oh aku guna perkataan ni), semberono (perkataan ini lagi), entah apa-apa, komersil kosong, cinta-seram tak habis-habis dan Kolumpo seolah hero/heroin yang disampaikan dengan segar, mendidik, natural dan dekat pada nurani.

Antologi 3 kisah yang termuat di dalam Kolumpo ini mudah. Dari kisah pertama (aku suka gila metafora Rahul dan pemandu kereta sapu lintah darat—dimainkan dengan cemerlang oleh Sabri Yunos yang meninggalkan Rahul di tengah jantung KL ; dua sungai yang menjadi sejarah nama Kuala Lumpur. One word. Cantek !) Kritikan demi kritikan disampaikan menerusi Cerita 1 sangat baik.

Kisah 2 pula berkisar tentang middle aged women yang tersepit dengan permintaan ibunya yang mahu jodohkan dia dengan lelaki yang tak dikenali lantas mengambil keputusuan untuk mengendahkan panggilan ibunya. Ditengah konflik yang bertelagah itu, dia bertemu wanita tua yang ‘tersesat’ dan mahu pulang.Cerita 2 ini mempunyai mesej yang jelas dan Nell Ng memainkan wataknya dengan sangat berkesan.

Wahai juri Festival Filem Malaysia, sesungguhnya persembahan Nell Ng layak dinominasi untuk Best Actress in a Supporting Role. Dia bermasalah. Celaru dengan sikap ibunya yang mendesak. Namun gigih juga menolong orang tua yang tak dikenalinya. Lantas bila kebenaran tersingkap, dia pulang ke pangkal jalan, mencari ibunya yang ‘ditinggalkan’ melalui missed call.

Kisah 3 pula lebih ringan. Dekat dengan remaja. Senang kata, beri peluang pada diri sendiri untuk kenal erti kehidupan. Perkenalan Hafid dan Siti NurHayy disifatkan singkat dan Amani menerusi watak ini kelihatan sangat bertenaga, cemerlang, positive(every girls should have this), berani dan #eh comel juga!

Tahniah penerbit. Tahniah pengarah. Selepas KIL, Kolumpo antara sajian menarik yang wajib tonton dan perlu dibikin lagi filem seperti ini.


Tuesday, December 03, 2013

Cerpen:Faizal Sulaiman. Jemput Beli!

Thursday, November 21, 2013

Ada Harga Pada Tiap Kejayaan (Kami Histeria Trailer)


Filem terbaru terbitan RedFilms (yang pernah membawakan anda Gol dan Gincu, Pisau Cukur & Istanbul Aku Datang) akan menemui anda Februari 2014.


Cik Lang yang Cantek!



eh mamat ni ada gak. cameo jugak dalam Instabul

Filem komedi seram chic flick Kami Histeria ini mengisahkan beberapa gadis yang bercita-cita tinggi dalam dunia seni suara hiburan. Mereka akhirnya meminta bantuan Cik Lang, seekor langsuir cantik yang mempunyai hobi menyanyi, membaca majalah hiburan & minat gila kat Afdlin Shauki.

Namun, setiap pertolongan itu ada 'harga' yang harus dibayar..




Turut membintangi Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin, Izzue Islam, memperkenalkan Izzue Islam, dengan Afdlin Shauki dan Nur Fazura sebagai Cik Lang.


Thursday, November 14, 2013

Sisi Lain Seorang Evil (Maleficent Teaser)


Sebuah lagi filem yang ditunggu-tunggu 2014 ini iaitu dark fantasy Maleficent-- ratu kegelapan yang menyumpah Sleeping Beauty untuk tidur selama-lamanya.

Kita semua tahu kan dongeng ni.

Pemenang Anugerah Akademi, Angelina Jolie melakonkan watak ratu Maleficent ini.

Ce check teaser posternya. Evil!

Sedikit sinopsis filem ini:
Little Aurora, one of them played by Angelina Jolie's Daughter; Vivienne Jolie-Pitt

Fairies??

Jangan sentuh jarum itew!

Hoi! Bangun!

Wargh! Takot!

Tembok berduri?


Hantu Paiseh

A beautiful, pure-hearted young woman, Maleficent has an idyllic life growing up in a peaceable forest kingdom, until one day when an invading army threatens the harmony of the land. Maleficent rises to be the land's fiercest protector, but she ultimately suffers a ruthless betrayal – an act that begins to turn her pure heart to stone. Bent on revenge, Maleficent faces an epic battle with the invading king's successor and, as a result, places a curse upon his newborn infant Aurora. As the child grows, Maleficent realizes that Aurora holds the key to peace in the kingdom – and perhaps to Maleficent's true happiness as well.

Wednesday, November 13, 2013

Noah (Antara Visionary Darren Aronofsky)


 Ini adalah trailer terbaru filem epik biblical pengarah Academy Award Nominee Darren Aronofsky "Noah".

Meteor shower???

Setelah banjir?

Burung?
1. Ada sedikit perbalahan antara Darren Aronofsky dengan penerbit filem ini. Yang pasti filem ini akan ditayangkan menjelang 2014 depan.

Here comes the destructions


2. Dibintangi oleh Academy Award Winners Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson mengisahkan Noah yang ditugaskan untuk membuat bahtera bagi menghalang banjir besar dan misinya menyelamatkan makhluk lain yang perlu dimuatkan di dalam bahtera itu.


3. Semua haiwan yang digunakan dalam filem ini adalah menggunakan teknik CGI

4. Selepas Russel Crowe, Pemenang Anugerah Akademi Christian Bale pula akan memegang salah satu lagi biblical  character "Moses" dalam filem akan datang Ridley Scott.


Tuesday, November 12, 2013

Welcome November!



Apa kabar semua?

2013 dah makin hampir ke penghujung. Sedar tak sedar kan?

Blog aku pulak makin sepi. Baru rasanya haritu kemain beriya-iya nak update bagai.

Sometimes I wonder macam mana aku dapat idea untuk update hari-hari macam dulu-dulu?
Mungkin time tu aku seorang observer. Sekarang mungkin tak lagi.  (kot)

Beberapa perkara aku himpunkan dalam satu entry kali ni:

1. Budak muda remaja buat video yang akhirnya dibuat parody lalu tersebar di internet. Zaman sekarang kan. Tapi terlalu banyak parody pun buat kita tak tau nak menyampah kat video asal atau video acah parody tu.

2. Bila tengok status FB sendiri beberapa tahun dulu, especially masa zaman belajar degree 3 tahun lalu, rasa nak teketawa pun ada.

"Fliping thru my Law notes and get ready to crackin my head. Mornin fella!"

Bapak poyo status!

2. Perubahan terbesar dalam kerjaya diri sendiri. Harap mendapat Disember yang manis!

3. Terima kasih buat yang membeli Antologi Fobia. Tunggu hadiah istimewa sekali lagi, Disember ini. #Ahem!

4. Harap plan ke Langkawi tahun depan menjadi. I am really looking forward for that. Last trip was my hectic and enjoy at Sabah. It was 2 years ago.

Lastly, Havva cup of tea!


Teh ni tersimpan dalam peknya lama dah. Hadiah seorang kawan ketika pulang ke tanah halaman, Indonesia.

Wednesday, October 16, 2013

Dirancang atau Merancang (Nota: Trailer)

Ini antara filem yang ditunggu pada tahun depan.

Filem berjudul "Nota" yang diarahkan oleh pengarah Jepun, Yasu Tanaka menggandingkan Maya Karin dan Hans Issac sebagai pasangan suami isteri yang mengalami krisis rumahtangga.


Sedikit sinopsis.

 
Sepasang suami isteri yang masih tidak mempunyai anak pergi ke Bako untuk menyalakan semula perkahwinan mereka. Isteri mendapati bahawa suaminya telah menulis nota bunuh diri, merancang untuk membunuh diri di atas tebing di mana beliau melamarnya sepuluh tahun sebelum itu.

 
Walaubagaimanapun, apabila dia tahu bahawa suaminya telah menghamilkan seorang perempuan simpanan, si isteri mula merancang pembunuhan yang sempurna dengan nota bunuh diri sebagai alibi beliau.

Sinopsisnya cam best kan?



Dijangkan ditayangkan pada 2014


Monday, October 07, 2013

Adaptasi Best-Selling HAMKA

 

Sinema Indonesia makin banyak menunjukkan peningkatan. Ini realiti yang aku perlu terima bila industri tempatan masih lagi menerbit filem komersil yang hanya sekadar mengutip keuntungan.

Terbaru, adaptasi HAMKA yang diterbitkan tahun 1938 dan menariknya naskhah ini juga menjadi bacaan kedua-dua negara, Malaysia & Indonesia.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck antara lain menceritakan krisis adat Minangkabau dan percintaan Zainuddin-Hayati sehingga Hayati yang patah hati menaiki sebuah kapal sebelum ianya karam.

FYI, naskhah ini pernah dijadikan drama bersiri "Haryati" arahan Erma Fatima satu ketika dulu.

Filem ini antara yang ditunggu selepas Sang Kiyai, menampilkan lagu nyanyian Nidji sebagai soundtrack utama.


Tuesday, September 10, 2013

Jom ke Pelancaran #AntologiFobia Terbitan Roman Buku

Ada 16 lukisan. Mana satu agaknya yang menggambarkan Bilik F-0131-4? Jeng jeng jeng


Jom ramai-ramai turun 29 September 2013/Ahad jam 4:30-5:30 petang ni di The Arts for Grab Central Market KL untuk pelancaran antologi FOBIA terbitan Roman Buku.

Ada 16 penulis menyumbangkan karya dengan 16 cerita pendek tentang satu ketakutan yang menjadi FOBIA pada semua manusia.

Sebenarnya lebih kurang dua tiga bulan lalu, melalui aplikasi FB, Geng Buku Tiga Lima menguar-uarkan pertandingan menulis cerpen berkisar Fobia untuk terbitan Roman Buku.

Aku tak sangka cerpen aku dapat dimuatkan dalam antologi ini.

Ini dia sinopsisnya;

Sejauh manakah anda mampu berhadapan dengan mimpi paling ngeri? Apakah yang sanggup anda lakukan untuk menghapuskan perkara yang paling ditakuti?

Selami 16 kisah pendek yang membongkar antara sisi tergelap dalam perasaan manusia, FOBIA. Zaman kanak-kanak yang gelap, pengalaman ngeri di hospital, menjadi saksi tragedi pembunuhan, dan pelbagai lagi cerita gentar dan debar dimuatkan dalam kumpulan cerpen ini.

Kita semua punya FOBIA. Apa ketakutan anda?

SENARAI PENULIS & CERPEN

Maimun Abdullah Hadi -  MAKNA HIDUP
Faizal Sulaiman - BILIK F-0131-4
Orkid- MENCARI AKHIR
Amirul Johari - PERMAINAN
Fatin Liyana - MATI
Norhanisamila - PATUNG
Muhammad Fatrim - AKU BERSAMAMU
Azrin Fauzi -  SENJA OH SENJA
Dayang Noor - KOMPLOT
Hidayatus - TELEFON BERBUNYI
AttOkz Dikulgai - PANGGIL AKU ALGOJO
Nurharyati Ishak - KERAS
Nensirati Supahan - NAMA AKU NAMI
Eliyyah - MUSUH YANG NYATA
Sharina Elisa - KERIS SI IBLIS
Nurhayyu Fitrah - KALAU DAH JODOH

Teaser BILIK F-0131-4. Nak tau pasaipa? Hang beli noh!

 ***



***

Novel baru kak Dayang Noor, SAMAR turut dilancar pada Arts For Grab CM; 28 September 2013, 2:00 pm

Letop cover ni! Tahniah kak Dayang! Koleksi wajib selepas Kartasis dan Infantisid
  

Wednesday, September 04, 2013

Review : Nipis dan Zombie (KL Zombie)


Poster yang lebih menarik berbanding poster pawagam yang Ya Allah!.



Aku menonton filem ini sebagai audiens tanpa membuat perbandingan dengan karya asalnya.

Ketika bertemu Adib Zaini (penulis asal novel Zombijaya) semasa Pesta Buku Selangor di SACC tempohari, sempat jugalah tanya bila keluarnya filem ini. Alhamdulillah, masih sempat menontonnya di musim Syawal.

Diakui, kerja mengadaptasi bukanlah satu kerja yang mudah. Namun, KLZombie dibawah 2 penulis asalnya MJ Woo dan Adib Zaini berjaya menjadikan KL Zombie sebuah naskah filem yang menghiburkan.

Adaptasi novel Zombijaya terbitan Buku Fixi ini digarap dengan baik malah jalan ceritanya yang fast paced menjadikan durasi masa ketika menonton filem ini tak terasa begitu lama.

KLZombie menceritakan tentang Nipis yang cuba menyelamatkan penduduk KL daripada serangan zombi. Nipis dan beberapa survival cuba untuk terus hidup dari terus menjadi mangsa mayat hidup itu dan disinilah beberapa sifat kemanusiaan teruji.

KLZombie di tangan MJWoo tampak ringan dan komikal. Ia adalah satu paparan filem menghiburkan dengan olahan dialog dan aksi Nipis yang lawak dan menghiburkan. Buktinya, filem ini sukses di medan komersil dengan kutipan yang cukup memberangsangkan.

Lumrah, apabila sesebuah karya diadaptasi/diinspirasi dari sesebuah buku, pembacanya pasti tertunggu bagaimanakah karya tersebut diolah. KLZombie tidak terlepas.  Pendapat akulah. Novel/Cerpen dan filem adalah dua medium seni yang berbeza dimana Novel atau cerpen memerlukan deskripsi yang tinggi ketika kita melakar watak dan jalan cerita supaya ianya jelas di dalam fikiran pembaca. Filem pula dalam bentuk audio visual yang perlu dimainkan dengan cantik oleh skrip dan pemain(pelakon) dalam menggalas tanggungjawab merealisasikan ia dalam bentuk nyata.

Haa gitu.

Teaser Poster yang lebih cun!

Jadi, tak semua dalam Zombijaya boleh disumbatkan dalam KLZombie. Ada banyak constrain. Screen time salah satunya.

Ini adalah filem pertama Zizan yang aku tonton di pawagam. Syukur wahai Zizan. Lakonan anda nampak peningkatan. Transisi lawak Nipis kepada sedih, serba salah, ketakutan, kemanusiaan dan kekeliruan berjaya diterjemah Zizan dengan baik. Tolonglah Zizan. Lepas ni memilihlah. Berlakonlah di bawah pengarah yang boleh explore karakter anda bukan hanya mempertaruh lawak sengal ubi anda semata menarik orang ke pawagam.  

Satu lagi yang aku suka tentang KLZombie adalah aksi lawan Nipis ketika Nipis sedang mencari ilham. Macam Sherlock Holmes okey! This is nice! Pergerakan slow motion, effects dan warna sangat membantu dan mencatikkan lagi syot itu.

“Malaysia kena bersih!”, kata Nipis pada anney. Ini fevret line aku.

Aku settle dengan 5/5 bintang.

PS: Dengar radio ERA semalam. KLZombie sudah catat kutipan 2 Juta semalam. Beribu-ribu tahniah !!! Lebih-lebih dengan kutipan filem tempatan yang agak lembab sekarang.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED