Aku agak teruja menantikan karya pengarah favorite Oscar David O Russel.
Buktinya aku menyukai 2 karya beliau sebelum ini iaitu The Fighter & Silver Linings Playbook dimana Christian Bale & Melissa Leo (The Fighter) membawa pulang Best Supporting Actor and Actress dalam Oscar 2011 dan Jennifer Lawrence (Silver Linings Playbook) membawa pulang Best Actress pada Oscar 2013 yang lalu.
David O Russel nak mencipta sejarah?
Mungkin!
Buah tangan terbarunya juga tak kurang hebat.
American Hustle menceritakan kisah benar nuansa tahun 70 an menceritakan tentang operasi ABSCAM yang diketuai ejen FBI (Bradley Cooper) yang perlu bekerjasama dengan con artist (Christian Bale), perempuan simpanannya alias partner in crime (Amy Adams) dan isteri con artist yang unpredictable (Jennifer Lawrence)
What a good plot!
Mungkin filem ini mampu mengulangi kejayaan Silver Linings Playbook yang menyaksikan kesemua pelakon-pelakonnya dinominasi Oscar?
Dan aku mengharapkan Amy Adams membawa pulang Best Supporting Actress pada Oscar musim depan. Aku tengok dia dah macam Kate Winslet dulu. Calon banyak musim. Tapi tahun ke 5 penantiannya berakhir.
Tewas 4 kali, Amy Adams pernah dicalon Oscar untuk Best Supporting Actress menerusi peranan wanita hamil dalam Junebug (tewas di tangan Rachel Weisz dalam The Constant Gardener), kemudian peranan sebagai nun yang menyaksikan misteri moral di gerejanya dalam Doubt (tewas kepada Penelope Cruz dalam Vicky Cristina Barcelona), peranan gadis bar yang sangat berani dalam The Fighter (tewas pada co-star Melissa Leo) dan terbaru sebagai isteri muda ketua pengamal Scientology dalam The Master (kalah pada Anne Hathaway dalam Les Mis)