Menonton karya terbaru David O Russel
menjadikan aku semakin menyukai pengarah ni. Mungkin agak ketinggalan, pertama
kali menonton karya beliau menerusi filem The Fighter (menganugerahkan
Christian Bale dan Melissa Leo sebagai Persembahan Terbaik Watak Pembantu dalam
Anugerah Academi)
Filem Silver Linings Playbook
(SLP) ditangani dengan cemerlang oleh beliau. Persembahan pameran utama Bradley
Cooper dan Jennifer Lawrence beradapa pada tahap membanggakan!
SLP menceritakan Patrick “Pat”
Solitano mengalami bipolar diseases lalu dimasukkan ke wad sakit jiwa rentetan
daripada dia menyerang lelaki yang curang kepada Isterinya. Dia dibawa pulang
ke rumah dan dijaga dengan baik oleh ibunya yang sangat caring (low note
performance by Jacki Weaver) dan bapanya yang percaya dengan perkara karut
bilamana Pat berada bersamanya ketika menonton footbool, dia akan menang wang
pertaruhan. (Persembahan baik dari Robert De Niro) Pat yang mula nak recover
(build himself as a new Pat—dengan tujuan nak pikat semula bekas isterinya)
bertemu dengan seorang gadis misteri, sex addict yang kematian suami; Tiffany
Maxwell.
Filem ni bagi aku bukan typical romantic
comedy tetapi sebuah drama keluarga yang diselitkan unsur romantik supaya
apabila kita berhadapan dengan situasi sukar dalam hidup, kita perlu tabah dan
positif dalam menanganinya. Pat seorang yang positif. Dia ada usaha untuk
berubah kepada kebaikan demi menawan kembali hati isterinya (walau aku tahu,
semua audiens mahukan Pat bersama Tiffany). Tiffany on the other hand adalah
semangat baru bagi Pat untuk terus hidup sebagai manusia berguna. Persembahan
Jennifer Lawrence sangat memukau dalam filem ni. Mulutnya cabul, tindakkannya
liar, cantik dan bijak tetapi rapuh di dalam especially apabila dia
dibandingkan dengan kakaknya, apabila cerita tentang bekas suaminya dibuka dan
bila dia mula sukakan Pat. Jennifer Lawrence adalah bombshell kepada filem ni.
She steal the show!
Satu yang aku perasan tentang
arahan David O Russel, warna filemnya seakan The Fighter. Ala2 suram, warna
seperti filem 80’s tidak seperti tipical filem romantic yang terang benderang.
1) All actors
tercalon di dalam 2013 Oscar. Bradley Cooper (Actor in a Leading Role),
Jennifer Lawrence (Actress in a Leading Role), Jacki Weaver (Actress in a
Supporting Role) dan Robert De Niro (Actor in a Supporting Role). Pada Golden Globe lepas, Jennifer Lawrence
memenangi Actress in a Musical or Comedy. Agak meragui pencalonan Jacki Weaver.
Mungkin sikap emak-emak penyayang menjadikan dia tercalon Oscar (kot)
2) David O Russel
menyuruh Jennifer Lawrence untuk menaikkan berat badan untuk watak Tiffany
Maxwell sebab Tiffany tidak sesuai dengan Jennifer kerana watak Tiffany lebih
berusia dari usia Jennifer sekarang.
3) David O Russel
sekali lagi tercalon sebagai Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik untuk 2013 Oscar .
Novel #SUMBAT dah boleh dibeli di Kinokuniya dan kalau hangpa di utagha, mai cek nak habaq, novel #SUMBAT dah boleh di beli di kedai I Love Novel di cawangan Jitra Mall, Kompleks Changlun dan Kompleks Arau :D
Next: Zero Dark Thirty (Propa USA) Huh!
4 comments:
bradley cooper is *batuk* mine.
thanks.
shandye.---> takpala. I amek Jennifer Lawrennce. hahahahaha
hoo.. mcm movie menarik :)
thanks for the recommendation
tahniah atas pelancaraan buku sumbat!
Ri---> wajib tonton ni Ri!
Mekasih. Harap dah dapatkan salinan Sumbat :D
Post a Comment