Televisyen flat screen dipandang
lama-lama. Teruja hatinya sama seperti teruja para penonton di dalam ruang
legar makan dengan keseronokkan. Sudah 70 kali penganjuran. Tetapi dia mula
mengikuti perkembangan majlis itu sejak lima tahun dulu. Minatnya pada layar
perak memang usah dipertikai.
Matanya menombak lagi pada skrin
leper itu.
Dia menunggu pengumuman Best
Actress in a Supporting Role, dalam majlis Golden Globe edisi 2013.
Jika tahun lepas pelakon African
American Octavia Spencer memenanginya dalam filem Help, tahun ni dia tidak
menyangkal calon-calon yang bertanding kesemuanya hebat. Dia telek lagi flat
screen berkilau kilau dengan kelibat selebriti Hollywood berpakaian tak cukup
kain bertepuk sorak gembira dengan pencalonan yang disebutkan oleh Jonah Hills
dan super duper sexy Megan Fox.
Terlihat Amy Adams melambai
menerusi peranan anak perempuan pengamal ilmu Scientologist dalam The Master,
Sally Field sebagai isteri yang supportive bila suaminnya si figura presiden
teragung Amerika mengalami konflik dalam Lincoln, Helen Hunt sebagai sex
therapist kepada pesakit yang mengalami lemah seks di ranjang dalam The
Sessions bertukar kepada kelibat rambut pixie cut Anne Hathaway dalam pekerja
kilang malang dalam Les Miserables sebelum kamera beralih tumpuan kepada aktres
kelahiran Australia, Nicole Kidman menerusi The Paperboy, memerankan seorang
wanita berusia liar dengan solekan ala-ala maknyah.
Keputusan diumum.
Anne Hathaway tersenyum terkejut
bila namanya dilaungkan
Dia yang memandang kegembiran
Anne lekas tersenyum.
Tumpuannya pada flatscreen mula beralih
pada telefon skrin sentuhnya.
Senyumannya selebar senyuman Anne
Hathaway sekarang.
Wang pertaruhan RM 500, 000
berjaya menjadi mliliknya meninggalkan pentaruh si tongong Rahman Al Dasuki
berkepala botak tengah itu meraung sendiri di biliknya, mungkin?!
Tweet
1 comment:
aku fikir hanya perlawanan bola saja yang main duit taruhan. haha!
Post a Comment