Tuesday, January 29, 2013

Shortie: Taruh




Televisyen flat screen dipandang lama-lama. Teruja hatinya sama seperti teruja para penonton di dalam ruang legar makan dengan keseronokkan. Sudah 70 kali penganjuran. Tetapi dia mula mengikuti perkembangan majlis itu sejak lima tahun dulu. Minatnya pada layar perak memang usah dipertikai.

Matanya menombak lagi pada skrin leper itu.
Dia menunggu pengumuman Best Actress in a Supporting Role, dalam majlis Golden Globe edisi 2013.

Jika tahun lepas pelakon African American Octavia Spencer memenanginya dalam filem Help, tahun ni dia tidak menyangkal calon-calon yang bertanding kesemuanya hebat. Dia telek lagi flat screen berkilau kilau dengan kelibat selebriti Hollywood berpakaian tak cukup kain bertepuk sorak gembira dengan pencalonan yang disebutkan oleh Jonah Hills dan super duper sexy Megan Fox.

Terlihat Amy Adams melambai menerusi peranan anak perempuan pengamal ilmu Scientologist dalam The Master, Sally Field sebagai isteri yang supportive bila suaminnya si figura presiden teragung Amerika mengalami konflik dalam Lincoln, Helen Hunt sebagai sex therapist kepada pesakit yang mengalami lemah seks di ranjang dalam The Sessions bertukar kepada kelibat rambut pixie cut Anne Hathaway dalam pekerja kilang malang dalam Les Miserables sebelum kamera beralih tumpuan kepada aktres kelahiran Australia, Nicole Kidman menerusi The Paperboy, memerankan seorang wanita berusia liar dengan solekan ala-ala maknyah.

Keputusan diumum.

Anne Hathaway tersenyum terkejut bila namanya dilaungkan

Dia yang memandang kegembiran Anne lekas tersenyum.

Tumpuannya pada flatscreen mula beralih pada telefon skrin sentuhnya.
Senyumannya selebar senyuman Anne Hathaway sekarang.


Wang pertaruhan RM 500, 000 berjaya menjadi mliliknya meninggalkan pentaruh si tongong Rahman Al Dasuki berkepala botak tengah itu meraung sendiri di biliknya, mungkin?!

1 comment:

ghost said...

aku fikir hanya perlawanan bola saja yang main duit taruhan. haha!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED