Buah tangan terbaru Tom Hooper (Academy Award Winner for Best Director: The King’s Speech) dikirakan sebagai sebuah total muzikal yang terbaik!
Basically, cerita ini mengisahkan seorang banduan yang memulakan hidup sebagai pelarian yang mulakan hidupnya dengan peluang ke dua. Muncul sebagai Mayor disebuah bandar yang masih punyai komuniti susah, Jean Valjean mengusahakan kilang dimana berlaku satu pergaduhan antara pekerjanya dan salah seorang pekerja iaitu Fantine. Fantine diusir, hidup melarat di lorong, jual rambut, jual gigi dan jadi pelacur untuk dapatkan wang untuk dihantar kepada anak perempuannya Cossette yang ditumpangkan disebuah Inn di bandar Paris. Rasa bersalah dan ingin selamatkan Fantine, Jean Valjean memelihara anak perempuannya dan terpaksa menjadi pelarian ke sana sini demi mengelak dari terus diburu Javert, seorang polis yang sangat berpegang kepada undang-undang. Cossete yang kemudian membesar, mencuri perhatian Marius, seorang pelajar reformasi dari keturunan terkenal namun dalam diam kawan baik kepada Marius iaitu Eponine menyukai lelaki itu.
2 jam Les Miserables (Les Mis) dihidangkan
dengan lagu-lagu orchestra dimana 98 peratus dalam filem ni hanyalah lagu atau
dialog yang dilagukan. Pengalaman menonton Les Mis agak berbeza dengan filem
muzikal yang pernah aku tonton sebelum ini termasuklah Nine, Chicago, Mrs
Henderson Present, Moulin Rouge (sebagai contoh). Uniknya Les Mis menggunakan
sepenuhnya nyanyian dan petikan piano live dari set oleh para pelakon.
Instrumen muzik lain dimasukkan ketika proses sound mixing di studio. Bagi
aku itu satu pencapaian yang cukup bagus oleh mana-mana filem Hollywood
berbanding filem muzikal seangkatan yang record dahulu di studio dan miming di
set pengambaran.
Premis cerita yang sudah ditayang
di seluruh dunia (format teater) ini memberi pengajaran supaya kita sentiasa berpegang
kepada kepercayaan Tuhan. Percaya pada diri sendiri. Buat sesuatu yang baik
walaupun orang buat jahat dengan kita. Cuma macam biasalah. Ada segelintir penonton kurang gemar bila
setiap scenes di Les Mis akan menyanyi. Ramai juga yang bosan tempohari.
Nasihat aku, sila tengok genre dulu sebelum
main bantai tengok filemnya hanya kerana ada nama pelakon kegemaran kau
berlakon. Celik sikit ye.
Moment terbaik dalam filem ni:
1.
1. Anne
Hathaway rendition of I Dreamed a Dream sangat menyentuh hati. Usah bandingkan
dia dengan versi Susan Boyle ye kawan-kawan sebab Anne berlakon dan penghayatan
sebagai pelakon perlu ada. (Pelik ada penonton gelak tengok expressi Anne.)
Watak Fantine ketika menyanyikan lagu ni seolah-olah sesal dengan lelaki (ayah
kepada Cossette) yang memelaratkan hidupnya sambil dia mengenangkan hidupnya
yang semakin menempuhi titik akhir. Harus diingat, ketika ini Fantine adalah wanita yang sudah hilang segala-galanya.
2.
Samantha
Barks (Eponine) ketika menyanyikan lagu Own My Own ketika rintik hujan.
Performance dan emosi Bark sangatlah outstanding. Lebh-lebih ketika dia mati di
medan perang semata-mata nak bagi surat Cossette kepada Marius. Sedih!
2 comments:
loved les miserables.
betul kata faizal, walau agak pelik, ia mengingatkan saya utk igt Allah sentiasa
Ri ---> yup. percaya pada Tuhan. Itu intipati citer ni :)
Post a Comment