Tuesday, September 28, 2021

Review: Sebuah Wadah Semangat Negara #OlympicDream

 


Pengarah: Don Hoe

Genre: Sport Drama

Pelakon: Annabelle Tan, Adelle Lim, Jordon Voon dan Maya Karin

Klasifikasi: U

Skor Peribadi: 4/5

Medium Tontonan: Astro First

 


Bingkisan tentang impian dan harapan, Olympic Dream membawa audiens menyelami kisah Anna Wong yang dibesarkan oleh Makcik Fatimah di mana cita-citanya ingin menjadi pemain badminton berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia di sukan Olimpik.

 

Apa yang menarik tentang buah tangan Don Hoe ini adalah penciptaan watak Makcik Fatimah yang tidak mengikut acuan filem atau drama Melayu tetapi wataknya diberi suntikan semangat Malaysia dimana watak Anna Wong, anak jagaan yang dijaga sejak kecil tidak di’melayu’kan malah dicorakkan mengikut bangsa asal watak itu. Makcik Fatimah tidak hanya menjadi penjaga, malah pendorong buat Anna Wong untuk berjaya sebagai seorang pemain badminton yang disegani. Malahan, Makcik Fatimah sanggup bergadai harta demi anak jagaan yang disayanginya itu. Maya Karin (sekali lagi)  memberikan persembahan bernuansa sebagai Makcik Fatimah. Disisnya, Anna merasa hangat dengan kasih sayang seorang yang boleh dipanggil ibu. Ketiadaanya dirindui dan emosinya ketika risau, sedih dan celaru juga berbekas.

 

Namun begitu, Olmpic Dream masih nampak amatur dari segi kerja kameranya. Ada syot-syot kabur yang sangat mengganggu. Begitu juga kemunculan lagendaris badminton negara seperti Dato Rashid Sidek, Ong Ewe Hock dan Cheah Soon Kit hanyalah sekadar hiasan dalam filem ini. Olympic Dream bukanlah cemerlang seperti filem-filem sukan yang lain (Ola Bola, Rise of Legends, Suatu Ketika, Baginda) tetapi sebagai memupuk semangat cintakan negara dan sumber inspirasi, filem ini ada jawapannya.



Thursday, April 08, 2021

Review: Aksi Tangkas Dua Wanita: #BulanDanPriaTerhebat

 


Tajuk: Bulan dan Pria Terhebat (2020/2021)

Pengarah: Ghaz Abu Bakar

Genre: Aksi Komedi

Pelakon: Zahirah McWilson, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Khir Rahman & Maya Karin

Skor Peribadi: 3.5/5

 

Ketika Ghaz Abu Bakar menambat hati penonton dengan kisah cinta komedi fantasi “Ponti Anak Remaja” sekitar 2009, penulis dapat menebak bahawa Ghaz adalah pengarah yang mempunyai masa depan yang cerah.

 

Lajukan 11 tahun selepas itu, Ghaz kembali mengarahkan Bulan dan Pria Terhebat, sebuah aksi femme fatale yang dibarisi ensamble yang bukan kaleng-kaleng. Zahira berjaya menterjemah watak Bulan yang berasal dari Medan, Indonesia dengan sangat baik. Aksi dan emosinya cukup. Watak-watak pria yang menjadi supporting/pembantu kepada karakter Bulan juga dijayakan dengan baik.

 

Pun begitu,watak pembunuh upahan no nonsense bernama Toni yang dijayakan Maya Karin kurang memberi impak. Penulis salahkan wataknya yang tidak berkembang dengan baik. Sayang sekali kerana screen time yang sedikit, watak ini mampu menjadi watak jahat yang paling diingati.

 

Masih tersedia di Astro First

Wednesday, March 31, 2021

Review: #ICareALot.

 


 
Tajuk: I Care A Lot (2021)
Pengarah: J Blakeson
Genre: Dark Comedy Thriller
Pelakon: Rosamund Pike, Eiza Gonzales, Peter Dinklage & Dianne Wiest.
Skor Rotten Tomatoes: 86%
Skor Peribadi: 5/5
Parental Guide: +18 glimpse of lesbianism, strong language & scam.

Pike kembali menjelmakan watak " That Bitch" selepas persembahan terbaiknya dalam psycho drama Gone Girl. Jelmaan Marla Grayson yang dibawakan Pike seakan-akan Amy Eliot Dune, mungkin kerana potongan rambut yang sama.

I Care A Lot adalah sebuah satira gelap tentang scammers. Bagaimana Marla dan kekasihnya Fran (Gonzales) memerangkap warga emas kaya dengan memanipulasi mahkamah supaya mereka dilantik sebagai penjaga yang sah lalu secara diam-diam "merompak" warga malang ini sepanjang mereka tinggal di pusat jagaan tersebut. Awas! Jerat takkan sesekali melupakan pelanduk. Perangkap Marla pada seorang warga emas bernama Jennifer (Wiest) merubah hidup wanita licik itu kepada satu kejutan.

Lakonlayar filem ini bijak. Latar suara yang seiiring dengan babak yang pantas menjadikan I Care A Lot sebuah karya yang tidak malas dan membosankan. Tone warna dan sinematografi filem ini lari pada kebiasaan kelompok filem heist yang lain. Ia sebuah lagi filem bertunjangkan wanita yang berusaha meningkatkan taraf hidup dengan cara apa sekalipun, yang terus mengingatkan penulis pada karya underrated tahun 2019  arahan Lorena Scafaria, Hustlers (damn, I am still mad over Jennifer Lopez snubs at the Oscars haha)

Prinsip I Care A Lot ini mudah. Tak semua yang kita nak dalam dunia ni boleh dapat dengan jalan yang betul. Adakala kena buat jalan pintas sikit. Sudah tersedia di Netflix.

Monday, March 22, 2021

Review: #IrulGhostHotel Seram Yang Terganggu.

 

 
 
 

Tajuk: Irul - Ghost Hotel (2021) / Malaysia / Tamil
Pengarah: Prem Nath Pillai
Genre: Found Footage Indie Psychological Horror 
Pelakon: Punitah Shanmugam, Senthil Kumaran Muniandy & Vicran Ellangoven.
Skor Peribadi: 3/5
Medium Tontonan: Astro First (RM15) 
(sokonglah filem tempatan) 

Percubaan Kuman Pictures menerbitkan filem seram dalam Bahasa Tamil ini boleh dipuji setelah penerimaan dengan baik 2 filem terdahulu iaitu Two Sisters (Mandarin) & Roh (Melayu).

Irul Ghost Hotel berkisarkan Punita, seorang pengarah filem dokumentari ala seekers bersama 5 lagi krewnya menjejak misteri Hotel Crag, Penang. Misteri yang bertukar menjadi horror itu akhirnya membawa petaka kepada kumpulan mereka.

First Act dalam Irul Ghost Hotel ini tidaklah terlalu perlahan. Drama dan saspen yang dibina sedikit demi sedikit memudahkan audien memahamkan jalan cerita. Walaubagaimanapun, masalah berlaku pada Second Act filem ini. Pembinaan konflik dan drama tidak menyokong Third Act yang sebenarnya telah dibina dengan sangat boom!

Sebagai contoh pada First Act dimana ia adalah  sangat crucial dalam sebuah filem. Babak itu menunjukkan pasangan kekasih yang menyambut anniversary di kawasan berhampiran hotel, namun sebabnya tidak dijelaskan dengan baik tentang mengapa mereka ambil keputusan menyambutnya disitu. Kita sebagai audien tahu yang perbuatan itu salah, tetapi ianya tidak dijelaskan dengan baik di Third Act. Ada plot twist di akhir. Tetapi sebab / motivasi / motif berlakunya plot twist tersebut tidak disampaikan dengan jelas. Limpahan jumpa scare dan horror scenes juga seperti yang anda pernah lihat sebelum ini.

Irul Ghost Hotel bukanlah filem berkonsep found footage tempatan pertama yang pernah kita saksikan. Tetapi konsep begini agak jarang diketengahkan oleh pembikin filem dengan limitasi bajet dan masa yang terhad menjadikan Irul Ghost Hotel sebuah karya yang boleh dibanggakan. Malahan set dekorasi, skor muzik dan latar set up ambient seram di Hotel Crag (penulis siap google ya di mana tempat tu🤣) menjadi nilai tambah cemerlang bagi naskhah seram ini

Pilihan favorit penulis tentulah pada karya Woo Ming Jin, Seru 2011. Seramnya, ampuh!

Friday, March 19, 2021

Review: #RayaAndTheLastDragon. Puteri dan Wirawati dari Asia Tenggara

 

Tajuk: Raya & The Last Dragon (2021)

Pengarah: Don Hall & Carlos Lopez Estrada
Genre: Animasi Fantasi
Pelakon : Kelly Marie Tran, Awkwafina, Gemma Chan, Daniel Day Kim & Sandra Oh
Skor Rotten Tomatoes: 96%
Skor Peribadi: 5/5

Apabila Disney umum akan hasilkan cerita dengan seorang Puteri dari Asia Tenggara tidak lama dulu, hasil yang menggabungkan kombinasi essence dari Thailand, Myanmar, Philippines, Malaysia dan Indonesia menjadikan animasi Raya & The Last Dragon sebuah animasi bercita rasa asia yang boleh dibanggakan.

Animasi ini mengisahkan Raya, seorang puteri/wirawati dari Tanah Heart yang ingin menyatukan semula rakyat Kumandra yang tidak bersatu padu akibat salah fahaman. Ini mengakibatkan mereka disumpah menjadi batu oleh makhluk bernama Druun setelah Jed Naga yang disimpan kemas dalam jagaan bapa Raya (Chief Benja) terpecah menjadi serpihan. Kemunculan naga air bernama Sisu dalam membantu Raya mengumpul serpihan Jed Naga yang pecah tidaklah semudah yang disangkakan kerana mereka berdepan dengan musuh ketat Raya bernama Namaari. 

Karakter Raya dibentuk dengan sifat simpati, women empowerment, emosi yang berlapis dan sifat manusiawi seperti kekecewaan dan ketidaksempurnaan. Every little girls anywhere will inspire by her. Latar Kumandra yang diinspirasi dari negara-negara Asia Tenggara yang disebutkan juga kelihatan indah. Babak pertarungan Raya dan Namari juga dibikin dengan elok dan kemas.

Raya and The Last Dragon mungkin sebuah karya cliche Disney Princess seperti Brave, Moana atau Frozen tetapi semangat utama animasi ini adalah tentang sebuah kejujuran dan pengharapan. 

PS: Sesuai ditonton seiisi keluarga.
PS2: Gemma Chan dan Awkwafina bergabung semula dengan penulis lakon layar (yang sebelum ini turut menulis untuk Crazy Rich Asian), fellow Malaysian-Sarawakian born, Adele Lim.

Friday, February 26, 2021

Review: #HillbillyElegy. Inspirasi Yang Dihancurkan

 


Tajuk: Hillbilly Elegy (2020)
Genre: Drama
Pengarah: Ron Howard
Pelakon: Amy Adams, Gabriel Basso & Glenn Close
Skor Rotten Tomatoes: 26%
Skor Peribadi: 3.5/5

Yup! Review kali ini adalah dari filem yang ditong sampahkan oleh para elit, golongan pengkritik filem Hollywood (The Guardian, New York Times, Variety; sekadar menyebut beberapa nama)

Kisah yang didasarkan dari autobiografi JD Vance (Basso), seorang pemodal teroka / venture capitalist lulusan Yale (dan ermmm juga penyokong kuat mantan Presiden US, Donald Trump) yang datang dari keluarga miskin dan perjalanannya menjadi individu paling sukses di Amerika walaupun terpaksa berdepan dengan ibunya, Bev (Adams) si kaki mabuk & penagih dadah tak bertanggungjawab dan neneknya, Mamaw (Close) yang menjadi penguat semangatnya.

Hillbilly Elegy sebenarnya boleh menjadi wadah setanding Hidden Figures atau Green Book atau The Help. Wadah yang menginspirasikan.  Kisah bagaimana keluarga susah mengharung cabaran untuk berjaya. 

Tetapi Vanessa Taylor (The Shape of Water) selaku penulis lakon layar meranapkan harapan ini sekaligus menjadikan karya ini kacau bilau, terpotong-potong pacing nya dan cacamerba susunan plotnya. The Great Ron Howard ( A Beautiful Mind, Rush, Frost/Nixon) juga gagal memacu filem ini ke jalan yang benar lalu menjadikan karya ini hancur, sehancur filem Solo: A Star Wars Story yang juga arahannya.

Mujur Hillbilly Elegy ini diselamatkan oleh lakonan cermerlang over-the-top-gimme-the-damn-oscars oleh 6 time Academy Award Nominee: Amy Adams & peranan nenda yang supportive, baik hati dan tegas oleh 7 time Academy Award Nominee i-supposed-to-win-for-best-actress-in-fatal-attraction Glenn Close.

Skor muzik oleh Hans Zimmer macam biasa. Sedap!

Pencapaian
78th Golden Globes Award
Nominated: Best Actress in a Supporting Role: Glenn Close

27th Annual Screen Actor Guild Awards
Nominated: Best Actress in a Leading Role: Amy Adams
Nominated : Best Actress in a Supporting Role: Glenn Close

Tuesday, February 02, 2021

Review: #PiecesOfAWoman. Cebisan Yang Cuba Dilupakan.

 


Tajuk: Pieces of A Woman (2020)
Genre: Drama
Pengarah: Kornél Mundruczó
Pelakon: Vanessa Kirby, Shia La Beof & Ellen Burstyn
Skor Rotten Tomatoes: 76%
Skor Peribadi: 4/5
Content: +18 with some unpleasant graphics

45 minit pertama yang panjang cuma untuk long shots babak bersalin dalam rumah sahaja! Bravo! Menangis filem Birdman (2014) tengok ni. 

Pasangan Martha dan Sean memilih untuk bersalin di rumah dimana proses itu dibantu oleh seorang bidan. Namun sesuatu yang buruk berlaku dan Martha harus mendepani rasa duka dan sedih yang menghantuinya, perangai ibunya yang suka mendesak dan si bidan yang harus bersemuka dengannya di mahkamah.

Pieces of a Woman mengupas perlahan-lahan proses grieving yang dihadapi Martha. Seperti manusia biasa, dia melalui rasa in denial atas kehilanhan anaknya, kemudian rasa marah pada orang sekelilingnya. Setelah itu dia cuba bargain dengan mengimbangi bagaimana rasanya jika anaknya masih hidup. Perlahan-lahan dengan semua rasa itu, dia mula menujukkan tanda-tanda mengalami sedikit dipresi dan akhir sekali melalui proses acceptance.

Kirby memerankan lakonannya dengan sangat baik. Tour de force disepanjang perjalanan filem ini. Begitu juga LaBeouf. Permata paling bersinar tentulah dari legendaris Ellen Burstyn. Penampilannya kurang 30 minit tetapi monolog di bahagian ke tiga filem ini mengesankan.

Pieces of A Woman adalah sebuah wadah tentang kemaafan & kemudian tetap meneruskan kehidupan. Tentang sebuah pusingan kehidupan.

PS: Momentum filem ini agak perlahan tetapi perincian seperti dekorasi set, cuaca & musim yang berubah menjadikan filem ini istimewa.

Pencapaian
78th Golden Globes Award
Nominated for Actress in a Motion Picture Drama- Vanessa Kirby 

27th Annual Screen Actor Guild Awards
Nominated for Female Actor in a Leading Role- Vanessa Kirby

77th Venice Film Festival
Winner Volpi Cup for Best Actress - Vanessa Kirby

Thursday, January 28, 2021

Review: #NewsOfTheWorld. Pengembaraan Si Pembaca Berita


Tajuk: News of the World (2021)
Pengarah: Paul Greengrass
Genre: Western Drama 
Pelakon: Tom Hanks & Helena Zengel
Skor Rotten Tomatoes: 88%
Skor Peribadi: 5/5

Sejujurnya fikiran masih skeptikal dengan genre western drama Hollywood. Dengan south accent yang pekat, gurun berpasir, topi cowboy, kuda, aksi tembak menembak dengan ambience yang gritty. 

70% daripada telahan ini benar. 

Tetapi dengan air tangan Greengrass (reunion dengan Hanks selepas Captain Phillips), News of the World diterjemahkan dengan cemerlang. Paling menyerlah adalah sinematografi filem ini yang sebenarnya lebih puas jika menontonnya di layar lebar. 

Filem ini mengisahkan Captain Kidd (Hanks) yang menyara hidup dengan membaca berita dari surat khabar kepada orang ramai dan menjelajah dari bandar ke bandar pada tahub 1870. Di dalam pengembaraan itu, dia bertemu Johanna (Zengel) si anak yatim yang dibesarkan oleh suku native american, Kiowa. Maka bermulalah perjalanan kedua-dua manusia ini ke rumah waris Johanna dimana mereka menempuh cabaran di sepanjang kembara itu

News of the World boleh disimpulkan sebagai comforting feel good movie dengan chemistry Hanks dan Zengel yang tak perlu dipersoalkan, lakonlayar yang kemas dan skor muzik yang menggigit. 

PS: Helena Zengel deserves every accolades over her subtle yet haunting performance. Kudos!

It's now available on Netflix. Go watch!

Tuesday, January 05, 2021

Review: #PromisingYoungWoman. Dendam itu 'Delicious!'

 


 
Tajuk: Promising Young Woman
Genre: Dark Comedy Thriller
Pengarah: Emerald Fennell
Pelakon: Carey Mulligan, Bo Burnham & Alison Brie.
Skor Rotten Tomatoes: 91%
Skor Peribadi: 5/5

Provokatif, berani, Feminist, deliciously evil dan mind blowing. Itu yang boleh digambarkan pada karya sulung Emerald Fennell ini. Cassandra 'Casey' Thomas (Carey Mulligan) adalah bekas pelajar medik yang mempuyai masa depan yang cerah namun dihantui masa silamnya lalu merancang sesuatu yang merbahaya walaupun mengancam nyawanya sendiri.

Promising Young Woman hadir tatkala dunia masih skeptikal dengan jenayah seksual. Ditulis sendiri oleh pengarah wanita, filem ini diceritakan oleh sudut pandang Cassie sebagai mangsa dan pemangsa, lengkap dengan dilemanya sebagai seorang wanita sepi, penuh amarah, dendam tapi masih punyai nurani untuk dikasihi seorang lelaki.

Tunggu hingga babak ke tiga filem ini. Pastinya anda melopong dengan haunted plot twist.

Pencapaian:.
78th Golden Globes Awards (2021)
Nominasi Pengarah Terbaik 
Nominasi Aktres Terbaik Drama

27th Annual Screen Actors Guild Awards (SAG) (2021) 
Nominasi Persembahan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam Watak Utama


Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED