Thursday, December 09, 2010

INSYA ALLAH, AKU CUBA UNTUK TIDAK BERHENTI MENULIS

Antara entry terawal. See the date.


Salam.

Gedebak gedebuk, sudah Khamis.
Dah nak masuk second week of December.

Entry harini ikhlas.
Aku nak menulis terus dari hati=)

Nak tahu bagaimana aku mula-mula blogging dulu?

Ia bermula dari seorang kawan. Kawan sekelas aku nama bloggingnya Cik Kedondong. Dia adalah insan yang banyak ajar aku pasal blogging. Dulu aku guna networked blog. Tapi kejap saja sebab masa tu aku tak ramai followers.

Ya.
Aku faham perasaan blogger-blogger baru (baru nak bermula) bagaimana payahnya nak dapat readers. Aku pernah juga jadi macam kau orang sana.

Mungkin ada sesetengah blogger yang baru tak kisah pasal commenting, tapi bagi aku commenting entries tu adalah tindak balas readers pada entry yang ditulis. Respon pembaca pada apa yang dibacanya.

Ia boleh diungkapkan sebagai salah satu cabang komunikasi—walaupun bukan secara orally—

Pernah guna..tp kejap aje


Dulu masa memula tulis entry, aku banyak menjadikan zaman student sebagai subjek utama dalam penulisan. Dunia kampus dan sedikit perbezaan gender antara lelaki dan perempuan selain perkara sekeliling yang hendak dikupas.

Tapi lama kelamaan, apabila follower bertambah naik bilangannya, aku bercakap pada diri sendiri…

Sampai bila aku nak tulis sesuatu yang ringan?
Bila masanya aku nak menulis sesuatu yang berat dan memerlukan minda kita berfikir?

Yalah.
Mungkin aku tak menulis pasal Peperangan Teluk, Adolf Hitler, Makro dan Mikro Ekonomi, GDP, Susutnilai, Harga Minyak atau apa-apa saja yang serasakan berat.

Kita tak semestinya terkenal dengan penulisan rigid penuh fakta macam baca buku sejarah. Kita boleh jadikan entry kita tu sebagai something yang readable, fun, witty selain ada sense of humor dan pengajaran.

Hargailah pembaca, sebab they put a lot of effort nak baca entry kau orang and suddenly bila buka blog korang and it ended up with entry merapu, terus dia tak jadi komen atau mungkin tak baca lagi next time.

(Ya Paan Ovrtd, kamu dah explain benda ni, dan aku nak mention lagi)

Dulu aku pernah guna rules, U Follow Me, I Follow You Back. Konon-konon nak dapat followers berjuta, tapi ended up with jumlah komen yang sangat sedikit. Ok aku tak minta korang untuk komen entry ini atau entry entry sebelumnya, tapi perlu ada sedikit rasa tanggungjawab bila kau orang follow blog orang tu. Komen entry nya bila dah membaca.

Show some appreciation pada writer (melainkan kalau tulisannya memang hampas bersampah-sampah). Jangan jadi silent follower. “I-tetap-support-you-walaupun-tak-drop-comments-adalah-sangat-tahi-seladang-“. Ya orang bleh buat blog, tapi tak ramai yang leh keep on track pada blog yang dia buat.

Terus tetaplah menulis dengan gaya kau orang. Jangan terlalu terikut ikut gaya penulis lain. Kita perlu ada perbezaan dan perbezaan itulah yang membuatkan kita istimewa di mata orang lain.

Kita tak perlu jadi blogger plagiat. Kalau kau ambil sumbernya di mana, mention nama sumber tu, melainkan memang kau sendiri berusaha mencarinya.

Ambil iktibar mana yang perlu.
Mana yang kata “blog-aku-aku-punya-sukalah-nak-cerita-apa”,terima kasih kerana membaca!:)

Header yang aku guna separuh saja


ps 1: Sekarang ni aku masih pakai lagu rules U Follow me, I Follow you back –hanya pada follower yg follow blog aku je. Aku jenis tak suka nak paksa orang follow aku balik lepas aku follow sesuatu blog tu. So bila aku follow blog korang, tak perlu rasa serba salah nak follow semula---berapa banyak follow daa---

ps 2: Illie Hanani: Jilbab dan Cendawan? ha ha ha..seriously hilarious!!!! ROFL!! Faizal nak buat spoof bleh? Terima kasih banyak-banyak sebab baca episode terakhir Jilbab dan Chendana

ps 3: Apa-apa pun ikhlaslah ketika menulis. Writers block tu biasa. JK Rowling pun pernah hadapi benda yang sama. Go out. Take some fresh air..mesti korang akan dapat idea-idea baru bila nak menulis nanti. Bawa note book yang kecik tu. Buat a few catatan kalau idea tetiba pop up dalam kepala

PSP: Masih dok memikirkan synopsis untuk penulisan akhir Write Cup hujung tahun ni. Aku memikirkan tentang sindrom Folie A Deux…

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED