Wednesday, February 25, 2009

CINTA ‘SPARE’

Salam hormat kepada pembaca semua. Ekspresi Lelaki Memekak kembali membuat bising dengan post baru dan ucapan bebanyak terima kasih diucapkan oleh beberapa orang followers baru yang sudi datang menjenguk Seindah Dunia Kita ni. Thanx a lot with all ur opinions and comments yang sangat2 ikhlas tu. Respon post HAKIM MENGHAKIMI sangat2 la memberangsangkan. Trimas bebanyak!
Post kali ni yang aku ingin kupas adalah mengenai kisah cinta SPARE yang selalu menjadi racun dalam setiap perhubungan both guys and girls. Kisah pasang SPARE ni dah banyak version aku dengar dan akhirnya menyebabkan relationship BF-GF @ GF-BF tu putus macam tu jer. Sebenarnya kan, banyak factor yang menyumbang kepada belakunya cinta SPARE nih. Samada pihak pasangan U’all yang gatal@ orang ketiga tu yang pandai menggatal.

Kita selalu dengar frasa ‘girlfriend keliling pinggang!’, atau sebaliknya. Lelaki selalu dikaitkan dengan dengan hubungan cinta SPARE ni. Aku sendiri tidak menafikannya. Banyak kes yang melibatkan pakwe KANTOI TIDAK SENGAJA bila awek dapat menghidu BAU2 KURANG ENAK dalam perhubungan. Mulalah si dia sibuk hendak periksa CALL IN-CALL OUT, SMS, FRIEND FINDER lah dan bermacam2 lagi yang tentunya merimaskan. Setiap kali dating, pasti setiap panggilan telefon akan dibalas dengan pandangan MAHA CURIGA yang sudah tentu membuatkan si lelaki JELAK, JENGKEL, TIDAK SENANG malahan timbulnya rasa MARAH seterusnya mencari alas an, berpatah arang, berkerat rotan untuk BREAK-UP!.

Walaubagaimanapun, cinta SPARE ni tak tertumpu hanya pada kaum lelaki saje, kaum Hawa pun apa kurangnya. Ada suara2 nakal kata, kadang2 kaum Hawa ni lagi handal bertukar2 kekasih macam tukar tayar kete!. Sejauhmana kebenarannya, Wallahualam!.
Jadi kesimpulannya, both guys and girls, u’all sangat2 la memainkan peranan penting dalam memelihara hubungan cinta korang. Nak bercinta sangat, kenalah setia. Tapi kan kalau dah namanya CINTA PIAW, aku rasa tak perlulah nak pasang SPARE-SPARE ni. Korang bagi la peluang kat guys and girls out there yang masih single and available lagi. Kesian kat diorang. Hehehehe…
Moral of the story, kepada pengamal2 ilmu cinta SPARE ni, AWAS!, mungkin hari ni tembelang korang tak berbau, tapi esok lusa siapa tahu kan? Satu POLL undian dijalankan disebelah kanan korang berdasarkan topic ini. Apa komen korang?. Ada pengalaman terkantoi ker? Jangan segan2 tinggalkan komen dan buat yang berpengalaman tuh, leh la kongsi sikit experience korang. Biar jadi iktibar kepada yang belum terkena. Till then senyum2 selalu! Tata!!!


FaizalSulaiman:-) Itulah sebab malang memang selalu tidak berbau. Jadi sebelum terjerat, sediakan perisai besi sebelum pisau, pinggan dan mangkuk beterbangan!!!. Hehehehe

SEDUT MP3!!

Just a quick words. Kepada yang gila download, leh la download beberapa lagu yang telah aku upload ni

Indera:-) Enjoy!!!

Monday, February 23, 2009

HAKIM MENGHAKIMI

Minda kita ni selalu skeptical. Mungkin sudah di didik dengan acuan Asia, kita sukar untuk menerima perubahan walaupun ianya satu perubahan yang kecil. Sebelum memulakan 1 lagi topic panas, sepanas pisang goreng panas ni, aku ingin mengucapkan thanx a lot pada 4 lagi followers baru yang sudi datang menjenguk blog aku nih. Trimas bebanyak!!!. Selalu2 la datang yerk!

Topic kali ini aku ingin sentuh mengenai penyakit judging in human yang sedar tak sedar dah menjadi kudis dalam hati kita. Mungkin kita sudah disogokkan dengan base educational culture sejak turun temurun lagi, terutama masyarakat Melayu yang terkenal dengan sikap sopan santunnya. Lalu bila melihat lelaki dan wanita berwajah baik, berpakaian sangat proper, minda kita cepat mengatakan ‘baiknya si polan tu’ dan bila je nampak kelibat mat rempit, pakaian tak proper atau perempuan seksi hisap rokok, cepat betul kita kata ‘jahatnya si polan tu’. Ini adalah beberapa bentuk judging in human yang selalu ada pada kita.

Sebagai human, kita memang tak lari dari sikap prejudis seperti ini. Aku ingin berkongsi satu quote oleh lecturer aku yang beragama Kristian. Katanya:”Rupa paras atau physical appearance tak menjamin siapa kita, tetapi ukurlah berdasarkan hati kerana kita adalah sama di sisi Tuhan”. Bila aku fikir balik, ada betulnya apa yang dia cakap tu. Kita tak seharusnya judging seseorang itu semudah ABC je. Kita semua sama disisi Tuhan. Tak semua lelaki dan wanita berperawak baik akan baik juga hatinya dan sebaliknya. Contoh terbaik yang aku pernah dengar Siti Nurhaliza pernah merokok? Dan terbaru aktress berwajah baik, Fasha Sandha kantoi pegang rokok!. Ini salah satu dari berjuta2 contoh yang ada dalam dunia. Tetapi akankah semua ini akan menjadi bukti yang si polan2 ini berhati jahat?

Tepuk dada, Tanya selera…

Kesimpulannya kita sebagai manusia tak boleh senang2 je nak hukum seseorang itu sesuka hati kerana melalui kata2, kita bakal menyesal dikemudian hari. Apa komen korang tentang isu ni?. Pernah ke ada member perangai teruk, tapi hatinya baik?. Sila2 lah komen atau post pada shoutbox. Satu POLL undian dijalankan disebelah kanan korang.
See u all next post!


Faizal Sulaiman:-) Realiti itu adakalanya pahit untuk ditelan…

Sunday, February 22, 2009

LELAKI DAN FEMININ

Hola..Hola...

Salam sejahtera kepada semua pelawat2 blog aku ni. Ada beberapa perubahan yang obvious yang sudah aku lakukan pada blog ini. Harap2 dapatlah memuaskan hati korang!. Seindah Dunia Kita kembali terampil dengan gaya penulisan yang lebih sharp, tepat dan paling utama Insya Allah tidak akan menyusahkan korang untuk membaca. Dengan tagline baru:-) Ekspresi Lelaki Memekak, blog ini akan cuba menyelusuri kehidupan sekitar dari pandangan seorang lelaki.
Kali ni aku nak bukak topik sembang mengenai isu Lelaki dan Feminin. Sekarang ni ramai lelaki dah berubah penampilan. Kalau dilihat past 10-20 years, lelaki adalah makhluk yang tak berapa reti nak menjaga kebersihan mahupun soal penampilan. Tetapi senario itu berubah zaman sekarang. Bukan nak kata lelaki menjadi semakin lembut tetapi lelaki zaman sekarang ini sangat menitikberatkan soal kecantikan fizikal, penampilan dan gaya @ dalam bahasa mudahnya, metroseksual.
Kalau dulu, bila tengok jer lelaki calit bedak@foundation@cream sun block memang tak boleh blah!. Mesti kena bahan 'Cik Pon'..'Cik Pon'!!!. Tapi zaman dah berubah la. Zaman era globalisai ni memungkinkan apa sahaja yang berlaku dalam dunia nih!. Pernah tengok lelaki macho, pakai kemeja kaler soft pink?. Itu salah satu contohnya la.(Penulis sendiri ada sehelai T-Shirt pink), selain membawa payung sebagai salah satu aksesori. Isu payung ni pun satu hal jugak. Kadang2 aku naik pelik dengan pandangan skeptikal orang kita yang melihat lelaki berpayung ini dengan pandangan yang sangat jengkel. Ikut time la. Ini time hujan pun nak perli ke?. Kalau kat overseas, payung ni dah mcam satu kemestian tak kira jantina. Tak bawak alamat basah lencun lah ko yeop!!!. Kat local kita sendiri pun ada banyak sumber rujukan untuk mereka yang begitu concious about appearance seperti penerbitan majalah MASKULIN oleh Kumpulan Karangkraf.
Dari sudut opinion aku, lelaki dan perasaan sedikit feminin ni memang tak boleh lari. Selain 2 contoh yang aku berikan tadi, nak trace lelaki yang berjiwa feminin ni senang je. Lihat pada kesedihan & tangisannya. Dan jikalau dia menangis kerana kamu wahai kaum wanita, air mata itu jujur & mahal wooo!!!. Jangan anggap dia mengada2 atau sudah 'berubah jantina' pulak!.
Kesimpulannya, lelaki dan feminin adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan. Tapi awas, tak semua lelaki berjiwa feminin ni tidak akan mengubah kecenderungan peribadinya!!
Satu undian dijalankan di POLL sebelah kanan korang. Silalah vote dan jangan malu @ segan untuk meninggalkan barang sepatah dua komen!.
Adios!!

Faizal Sulaiman:-) Teringat ayah dekat kampung. Huhuhuhu.....

Friday, February 20, 2009

YEHAAAAA!!!!

Sementalah Cik Kedondong pergi membuat survey restoren Chinese theme nya (sorry kepada Cik Kedondong yg juga menyelinap menyiapkan post GENG CORNER untuk blog Dapur Menjeritnya. Hahahaha), aku ngan member serumah, berkesempatan pergi ke GENG CORNER yang terletak di pejabat LES' COPAQUE berdekatan dengan TESCO EXTRA, Shah Alam. Walaupun sudah beroperasi sejak tahun lepas lagi. Konsep GENG CORNER simple je. Dengan dekor yang sempoi dan kelihatan beberapa poster UPIN & IPIN di beberapa ruang dindingnya. Berdekatan dengan GENG CORNER plak, ada sebuah kiosk World Of Geng (WOG) dengan maskot katak hijau yang sangat la cute!. WOG dipenuhi dengan barangan cenderamata seperti poster, mug, sitcker, etc. Sangat bagus strategi marketing LES' COPAQUE sampaikan aku yang agak jauh ni sanggup datang ke kawasan TESCO EXTRA untuk merasai sendiri pengalaman di GENG CORNER. Dengan harga yang sangat berpatutan, standart kedai mamak, GENG CORNER pasti menjadi talk of the town kalau kena gaya promosinya. Dengan trademark Upin & Ipin, ianya tidak mustahil. Cuma nak komen sikit pasal parking space yang sangat limited terutama motorsikal. Member dengan muka selambanya parking kat disable people punya space. Bukan kitorang tak sivik, tapi masalah ni agak menyusahkan la. But overall, GENG CORNER memang tempat lepak yang sempoi, releks dan sesuai sebagai motifnya menjadi family restaurant. Tandas dia cute. Siap ada gambar Rajoo lagi mintak flush! Sangat responsible!!!

Picture source: Klik sini untuk link ke Les' Copaque Productions

Faizal Sulaiman:-) Belum pernah animasi kita segah dan sebagus ini. Tahniah Les' Copaque kerana membuatkan aku kembali patriotik!

BETUL..BETUL..BETUL

Sebenarnya pagi2 lagi aku rasa tak sabar untuk update blog aku nih!. Sangat teruja nak review filem animasi 3D pertama Malaysia: GENG:-PENGEMBARAAN BERMULA. Ingat tak korang dengan quote kat atas tuh?. Aku rasa leh jadi quote paling ngetop abad ini kat Malaysia. Filem berdurasi 2 jam ni tak terasa panjangnya kerana begitu terhibur dengan keletah karakter2 nya yang begitu 'hidup' dilukis di atas storyboard seperti Upin,Ipin, Badrol, Lim, Rajoo, Kak Ros mahupun haiwan pelik bernama Opett yang kelihatan sangat cute. Kekuatan GENG terletak pada jalan ceritanya yang sangat padat, pantas, colorful with emotions, beautiful scenery dan mesej yang tepat dan sangat hampir dengan audiens. Tahniah diucapkan kepada Les' Copaque Production kerana berjaya menerbitkan filem ini. Kalau lama sikit kat panggung, confirm boleh jadi box-office!!. Terbaru aku dengar, GENG sudahpun mencapi kutipan RM1.76 juta!!!. Tahniah buat korang!!!

Pada korang yang anti filem Melayu, cuba2 lah pergi nonton filem ni. Nak salahkan kelompok yang 'menjebeh' filem Melayu ni 100% tak boleh jugak. Mungkin mereka tersilap memilih filem, cerita yang kononnya best tapi akhirnya kena tipu bulat2 dekat panggung. (Aku pernah terkena. Masa lepas SPM berkobar kobar pergi menonton M*S***. Macam2 perasaan ada. Geram dengan hidop2 ditipu dgn duit habis coz jalan cerita hampas!!).


Buat korang, janganlah menyerah kalah. Disebalik dedebu itu, ada yang bersihnya. GENG adalah salah satunya. Tak perlu condemm @ f*** filem kita. Ingat, tak semua produksi luar@ Hollywood itu bagus!.
Cite banyak pon tak guna. Korang pergilah tengok sendiri GENG yang kini sedang ligat berputar di pawagam berhampiran. Oh ye, pelawat blog yang datang hanya untuk download, silakanlah download lagu pilihan di bawah. Tak cukup lagi, leh la request permintaan korang pada shoutbox @ post comment. Till then, Salam muhibbah! (Klik kat lagu, than follow je instruction dalam page lagu pilihan korang tu)


Faizal Sulaiman:-) Filem kita wajah kita. Filem luar, kita pun menyibuk nak menumpang

Wednesday, February 18, 2009

ANTARA KEWAJIPAN ATAU KETERPAKSAAN?

Haluu, salam permulan aku ucapkan kepada pembaca sekalian. Malas nak memanjangkan cerita, pada dua minggu lepas, kami berlima, rakan2 aku yang secara tidak sengaja tidak mengahdiri modul siri 1 pada semester 3, permulaan semester kami, dikehendaki menghadiri modul khas yang diperuntukkan kepada kami. Kitorang pun pergi, tetapi bersebab lah. Sebab progam Modul tu hanya akan berakhir jam 1.3o petang, bermula dari 8.30 pagi. Walaupun kelihatan tidak logik untuk bangun pada pagi Ahad.aku ngan member serumah, terpaksa juga datang demi memenuhi kewajipan sebagai student. Member kitorang pulak siap berkemeja lengan panjang lagi!.
Majlis dimulakan di dalam dewan melaut dengan atmosfera panas membahang, kerana ketiadaan air cond. Ceramah pertama adalah mengenai Islam Hadhari. Menyedari yang budak2 dok mengipas kepanasan, penceramah pun bagi ayat baek punya.-'Ni Baru panas dunia, bukan panas lagi hari akhirat'.

Tersengih2 seketika hadirin yang rata2 nya students, jelas terpukul dengan sindiran tajam itu.

Jelas apa yang aku ingin perkatakan disini, kita memang cukup liat bila membabitkan program ceramah mahupun motivasi (termasuk aku la.hehehehe). Tapi cuba kalau konsert free, dewan yang panas membahang, pasti sejuk mencengkam jiwa.Huhuhuhu...Fikirkanlah...



FaizalSulaiman:-) Hdup itu perlu berpada.

LAGENDA MODEN MALAYSIA

Hai korang semua, pembaca blog Yang Burok itu Adakalanya Chantek ni. Memang chantek la kerana sekarang ni sedang aku berfikir-fikir tentang isu menarik untuk disajikan pada korang , tiba-tiba je aku terfikir tentang kisah URBAN LEGEND MALAYSIA yang sedar tak sedar, kita sudah mempunyai koleksinya. Alah, korang mesti pernah dengar juga sisihan cerita ni dalam hidup korang. Mana mungkin kita melupakan kisah wanita purdah yang tersalah menggunakan ilmu susuk, akhirnya membuat keputusan untuk mencari mangsa (40 anak dara) dengan menggunakan kereta Kancil, kaler merah. Gempar satu Malaya kisah itu siap masuk paper lagi!. Aku dengan member2 kampung (yang waktu itu berusia sekitar 11-12 tahun) jadi takut gila nak naik basikal sorang2!. Bila nampak je Kancil merah, mencicit kitorang lari masuk rumah!.

Itu tak termasuk lagi kisah Volkswagen Kuning yang menghantui pemandu Lebuhraya Karak satu ketika dulu, kisah misteri Orang Minyak mahupun kisah seram Orang Sebelah yang sebenar-benarnya hanya ada sebelah badan sahaja!!! Serem!!!


Ada jugak kisah yang dikutip dari kengkawan macam kisah pantang melalui bawah air mandi jenazah, dibimbangi korang akan nampak dimensi bayangan ke tiga!!! Ataupun bahaya kucing hitam melangkah pada mayat yang baru meninggal, bimbang jenazah itu akan bangkit semula!!!Huhuhuhu(Babak tu pernah aku tengok dalam filem Anak Pontianak, lakonan Seniwati Hashimah Yon)
Sebenarnya lah kan, kisah2 sebegini adalah sebahagian dari cebisan hidup kita yang sangat colorful. Tetapi yang jelas dan nyata, setiap perbuatan jahat dan jahil itu pasti ada balasannya kelak. Sahih atau tidak, Wallahualam.. Yang paling terbaru adalah kisah sekeluarga pocong, lima beranak dibakar pada satu kejadian di Kota Tinggi, Johor (terkejut aku membaca laporan tu). Laporan penuh click sini
Apa pandangan korang tentang topik kali ni?. Korang ada pengalaman menarik untuk dikongsi @ cerita ni sekadar fiksyen yang menakutkan jer? Korang boleh send comment, post pada shoutbox @ undi pada poll undian disebelah kanan korang. Till then, salam muhibbah!!


Indera:-) Meremang jugak bulu roma aku tulis post ni. Lagi2 waktu malam.Huhuhuhu...

Monday, February 16, 2009

CINTA TIADA AKHIRNYA

Salam muhibbah kepada pembaca blog Seindah Dunia Kita ni...Yang Burok itu adakalanya Chantek. K, kalau korang ada bukak Harian Metro bertarikh 16/2/2009, cover story akhbar itu bertajuk Nikmat Suami Muda, melaporkan tentang kisah selebriti Malaysia yang berkahwin dengan pasangan lebih muda. Contoh2 yang diberi adalah aktres Aida Radzwill, pembaca berita TV3, Azizah Ariffin dan terbaru yang menggemparkan adalah aktes Rita Rudaini dan Rosnah Mat Aris. Bagi aku la kan, kahwin dengan pasangan lebih muda tak ada salahnya. Tak kira la yang lelaki muda, perempuan tua ke atau vice versa. Yang penting bahagia. Hidop aman harmoni sampai akhir hayat. Kalau korang berkesempatan membaca blog aku hari ni, aku cadangkan click My Metro disebelah kanan korang (di ruangan Jalan-Jalan Cari Pasal) untuk laporan penuh.

Apa komen korang tentang isu ni?

INDERA: Teringat kat Dato' Siti yang kahwin suami berumur. Bahagia pon?. Takziah diucapkan kepada beliau

Gambar Sumbangan:www.hmetro.com.my

Sunday, February 15, 2009

MARI DOWNLOAD LAGU

Ni lagu yang aku dengar kebelakangan ni. Kalau korang suka, dipersilakan la download yer..
P/S: Enjoy!!!

KEHIDUPAN YANG TIDAK NORMAL

Gempak tak tajuk aku?.hahaha. K la first of all thanks to all visitor yg sudi melawat blog aku ni. InsyaAllah dr masa ke semasa aku akan lawat blog korang. TQ to Miss Kedondong yg sudi berkongsi tip untuk memantapkan lagi blog aku. Sebenarnya utk kali ni, aku nak berkongsi sikit dengan korang dengan filem yg baru jeh aku tonton;- The Curious Case of Benjamin Button (TCCoBB) yg sekarang ligat berputar di panggung. Buah tangan terbaru David Fincher ni agak berlainan dengan filem2 beliau sebelum ni (Fight Club, Seven, etc) coz ini adalah adaptasi cerita pendek nukilan F. Scott Fitzgerald ini dilayar perakkan oleh Eric Roth. Filem ni utk info korang dibarisi pelakon hebat seperti Pemenang Oskar, Brad Pitt, Cate Blanchett selain penampilan istimewa Tilda Swinton dan persembahan mantap oleh Pencalonan Oskar bagi Persembahan Aktres Terbaik dalam Watak Pembantu, Taraji P. Henson.
Filem ini melangkaui pelbagai meliu zaman menceritakan kehidupan Benjamin Button yg dibesarkan di rumah org2 tua kerana dilahirkan dengan fizikal seperti org tua. Kisah cintanya dengan Daisy (Cate Blanchett) sgt meruntun perasaan Citer banyak pon tak guna, korang tengokla gambar2 ni. Cherio!!! (Korang leh tengok bagaimana Benjamin sbg baby hingga saat kematian dia. Dia mati pon dalam fizikal baby)






P/S: Kalau korang perhati, mekap citer ni sgt effektive. Industri filem kita bila la lagi ek?

Saturday, February 14, 2009

LETUPAN DAN GEGARAN INDIE




Nth kenapa, aku jadi suka gila dengan lagu BunkFace-Situasi ni. Very Catchy and easy listening! Berikut dibawah lirik lagunya. hope U all leh dengar lagu ni melalui aplikasi IMEEM disebelah kanan korang! Enjoy;-)

Diskriminasi menjatuhkan ak
Reputasi kini menjadi bisu
dan aku , ku layu disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku
C/O

Dan bila kau menghilang
Musnah la, musnah impian
tuk menggapai bintang
terangi hidup ku
Ku mahu kau tahu
engkaulah, destinasiku
dalam ingatanku
.. oh oh oh...


Kerana diri ini tak daya lagi
menempuh hidup yang ku temui
dan aku , ku tunggu .. oh oh oh
disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru
itulah impian aku

C/O

Thursday, February 12, 2009

ACER oh..ACER


Kepada semua member2 kelas aku HMB5FC&5FD yang sudi membaca update blog aku di http//seindahduniakita.blogspot.com , terima kasih daun keladilah aku ucapkan. Harap korang puas hati dengan paparan yang aku sampaikan melalui post ALAM DAN MANUSIA tempohari. Harap, korang bolehlah komen tentang blog aku tu dan harap2 juga komen2 itu membina. Thanks to Pian yang sudi meng'add' aku sebagai followers. Hari ni sebenarnya astu hari yang agak malang bagi aku coz laptop ACER aku tetiba je rosak. Buat hal betullah!. Geram pun ada. Mana taknya, bagai menatang minyak yang penuh aku tatang laptop aku tue. Tup..tup rosak. huhuhu. Nasiblah sorang member kelas sudi bagi tips yang sangat melegakan aku. TQ Dila with your advice. Tetiba je baru teringat kata2 Pa'e. ACER tu adalah Awas, CEpat, Rosak!!!

Wednesday, February 11, 2009

ALAM DAN MANUSIA

Sepanjang cuti berbaki dua hari kelmarin, beberapa orang rakan2 aku sepakat untuk membuat perkelahan penuh adventure di Sungai Gabai, Ulu Langat. Jauh gila rasanya tempat tu. Pihak organisasi (eh..ada tau!) yang diketuai oleh saudara Abu dan Piji berjalan dengan sangat smooth. Dari proses membeli barang sampailah marinate ayam2 yang hendak dibakar. Semuanya kerja orang lelaki tuuu… sampaikan beberapa girls yang join buat muka tak percaya sampai mati!. So, berbekalkan ayam yang sangat sedap dan bihun goreng tempah makcik, kami menyahut seruan alam Sungai Gabai dengan penuh berharap.
First, belum pun sampai kawasan air terjun cantik itu, salah seorang peserta minta diberhentikan dikawasan masjid. Masing2 buat muka panic bila Pa’e keluar meluru tidak sabar. Nak terkucil rupanya daaa…Perjalanan diteruskan dan apabila sampai dikawasan berbukit Sungai Gabai, masalah timbul apabila bas yang kami naiki agak seriau untuk mendaki bukit yang agak ti
nggi dan idea untuk turun dan menapak menuju ke kawasan air terjun itu tiba2 muncul macam lampu mentol terkedip2. Keadaan agak kecoh apabila masing2 buat muka agak sinis ‘Gila ke apa dia orang ni?’, antara mimic muka yang dapat aku baca. Tetapi suasana kembali terkawal apabila pakcik bas dengan rela hati membawa bus mendaki bukit walaupun laluan yang kami lalui agak sempit.
Kurang lebih 15minit, kami sampai di tempat yang dituju. Suasana kecoh sekali lagi apabila kami perlu mendaki sejauh +- 150 anak tangga yang sangat **********
Walaupun kedengaran Dora bersuara ‘Freak!’ dan muka Pak Din dibasahi peluh jantan, dan masing2 mengah umpama masuk marathon 100 meter, yang kurus semakin kerimping dan yang bertubuh semakin susut dan slim, kami semua bersemangat untuk membasahkan diri untuk mandi apabila melihat panorama indah alam semulajadi dan buatan (termasuk yang berpakaian seksi yang membuatkan mata2 budak lelaki terjojol hendak keluar!hahaha) Setelah dua kali berpindah, kami berkeputusan untuk duduk di bawah pohon bamboo (fuh ayat nyer!!!) kelihatan semua selesa sebelum Cik Kedondong merengek2 tak sabar untuk menghumbankan dirinya untuk mandi! Hahaha…
10 minit selepas itu, kami mula membuat bara, danmembakar ayam yang diperap semalaman.
Part yang paling besh, bila tengok member2 aku membuat gelongsoran maut berhadapan dengan tempat lepak kami. Syok Gila mereka kata!!! Dapatlah tengok Bob buat surfing sambil duduk!. Sangat comel!. Hehehe… Apapun, aku yang lepak kat atas kawasan (jauh sikit dengan port2 gelongsor) dapat jugak habuan besar. Mana taknya, dalam waktu aku relek2 pisang sambil menikmati air terjun yang sangat nyaman itu, pinggang aku kena sepak secara tiba2. Sakitnya, Tuhan jela yang tahu!!!!. Badan orang yang sepak tu, besar 1 kali ganda dengan aku!. Dia pun buat gelongsoran maut kat jeram tempat aku bertapa tu. Kureng asam betoi!!!. Nasib pinggang aku tak patah!!!
So lepas 4 jam bermain air, makan2, ambil gambar (termasuk bersama hantu gambar Sungai Gabai, Cik Mini) dan Cik Kedondong dah menggeletar kesejukan dan merengek2 pulak nak naik ke darat, kami pulang sekitar jam 4 petang. Walauapapun, semua yang hadir sangat2 memberi kerjasama yang sangat sempoi. Dari sume budak Penang, Dungun dan Shah Alam, U’all sangat best laaaa…Banyak sebenarnya nak credit name kat sini macam Nadia, bagi kacang hape ntah, tapi sedap la, Imah tukang kipas sekejap pastu ilang, Zirah ngan Mira yang mandi sekali je pastu tak turun2 dah, sejuk katanya, Ida yang tak mandi kerana demam, kesian dia!, Pak Din pun tak mandi…ehem..kontrol macho ker? Hehehe…Kepada Ani, Asyikin, Mala, Anis, Super, Joe, Pian, Thanks for the supports n jayakan majlis ni (ceh cam majlis aku plak!) To all the names yang tak sebut sorry ye but U’all gak menyumbang kepada kemeriahan ini. See u next post!!!!babai!!!!!!!!!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED