Frasa penuhnya: “Amet-Amet..Jembem-baik..ocho kaget”
Jangan risau kalau tak faham. Itu hanya frasa jawa yang berkaitan dengan entry harini.
Semasa kecil, masa arwah mak masih ada, aku dan adik beradik lain dibesarkan dengan suasana jawa yang cukup kuat. Makan sambal pedas (common food untuk orang jawa) selain pantang larang yang perlu diikut kami adik beradik.
Salah satunya adalah tentang mitos Malam Jumaat Keliwon
Aku tak berapa ingat tentang penjelasan Malam Jumaat Keliwon ni but elders said ia berlaku setiap bulan di malam yang ke lima belas, probably di malam bulan mengambang (ok la nak tambah setting seram)
Nah..malam ni lah..hantu syaitan akan kuar..especially hantu lagenda Sundel Bolong.
Tau tak Sundel Bolong?
Sejenis hantu perempuan yang dikatakan di rogol kemudian dibunuh. Belakang tubuh si hantu dikatakan mempunyai lubang (bolong) yang boleh dilihat usus dan daging si hantu.
Oh..oooo
So masa kecik ni, aku dan adik beradik, mostly my brother sangat takut denga term Malam Jumaat Keliwon, especially masa
Hantu Purdah Hisap Darah Naik Kereta Kancil tengah hot diperkatakan umum lewat tahun 90 an dulu.
Kalian yang pernah dengar, tolong angkat tangan. ha ha ha
Balik dari mengaji, aku dengan along memang pecut seratus meter, langsung tak pandang belakang..tetiba teringat babak ratu seram Indonesia-Suzanna dalam filem Sundel Bolong zaman 80 an dulu. Dalam filem yang turut dibintangi hunky Barry Prima tu, lakonan Suzanna sangat menakutkan.
Masih teringat matanya yang membeliak besar ngan hilaian dia yang serem!
Merinding sih bulu romaku! ghahahahahahaTinggal dengan arwah emak, walau tak lama, meninggalkan memori yang cukup kuat. Budaya jawanya cukup tebal walaupun emak cuba berfikiran liberal kadang-kadang. Mungkinlah dia sedar bila zaman berubah, manusia MUNGKIN dah tak percaya tahyul mahyul segala.
But it happens nowadays kan?
Dizaman telefon kecil macam tapak tangan.
Dizaman video dan komputer, masih ada lagi mereka yang mengamalkan kepercayaan tidak sihat itu—seperti meminta bantuan syaitan untuk terus hidup, meminta bantuan si laknatullah untuk membalas dendam, menumpang badan and all sorts of things.
Percaya ‘benda’ itu wujud, sudah semestinya.
‘Dia’ juga makhluk Allah.
Asalkan kita jangan terpedaya, ok!
Frasa jawa di atas literary memberi makna “selisih malaikat 44” macam tu. Aku tak tahu exact meaning of the phrase but literary itulah maknanya.
Oh sebelum berakhir, musim penganugerahan Golden Globe kembali (sebelum ke majlis besar Oskar tahun depan). Untuk part one harini, aku nak kongsikan pencalonan “Best Actress in Drama dan Musical/Comedy)
Dua dari lima calon ini pernah memenangi Oscar. Kidman menerusi
The Hours dan Berry menerusi
Monster’s Ball. However, dua nominees Oscar, Portman ( Portman memenangi Best Supporting Actress di Golden Globe menerusi filem
Closer) dan Williams (
Brockback Mountain) usah dipandang ringan. Portman contohnya memberi persembahan hebat sebagai penari ballet dalam psychological thriller
Black Swan. Calon underdog Lawrence juga dilihat memberi saingan dalam filem thriller keluarga,
Winter’s Bone.
Hathaway dan Moore pernah dicalonkan menerusi katergori yang sama iaitu menerusi filem
Rachel Getting Married dan
The Hours menerusi Oscar. Berlainan dengan Jolie yang pernah menggondol Best Supporting Actress menerusi filem
Girl, Interrupted pada anugerah yang sama. Walaubagaimanapun, Bening yang memenangi Best Actress Comedy/Musical pada Golden Globe menerusi
American Beauty dilihat mempunyai peluang cerah untuk menang katergori ni. Emma Stone pula dilihat berjaya membawakan wataknya dalam filem teen chick flick yang dilihat jarang dinominasi dalam Golden Globe (yang selalunya memilih muzikal atau drama berat)
PS: Lepas aje emak meninggal, budaya jawa makin susut sebab ayah aku berbangsa banjar:) But I love both culture! Macam majlis kebudayaan bila dua budaya ni bertembung satu masa dulu:)