Friday, October 28, 2011

Ombak Rindu: Official Trailer dan Lagu Tema Hafiz ft Adira


Filem ini antara yang ditunggu-tunggu.

Sah. Adaptasi novelis Fauziah Ashari yang diarahkan oleh Osman Ali ini akan ditayang pada 1 Disember 2011.

Tak adalah nak ulas banyak. Just few footages, official trailer (2minit) dan lagu tema filem ni, paduan suara Hafiz dan Adira, kalau tak silap judul lagu ni Ombak Rindu atau Ombak Rinduku.









Jom serbu panggung ramai-ramai!






Thursday, October 27, 2011

Karat #10: Kedai Mamak dan Kedai ‘Orang Kita’



AL mencoret disini. Tuan blog dah bagi can kat gua untuk tulis, jadi peluang diberi gua manfaatkan.

(Content Warning:Mungkin ada perkataan yang sesetengah takle nak baca,serap atau terima)


Sambil naik-naik cuti tengah kunyah maruku, gua nak cite siket pasal kedai mamak.

Siapa tak pernah lepak mamak, dia tak lejen!

Bagi gua, lepak di mamak adalah perkara paling santai semasa gua belajar dulu. Pasal apa gua cakap macam tu?

Ambik situasi gua. Gua suka lepak mamak lebih-lebih time setan merah beraksi di padang. Epik dan Legenda tahu? Teh ais gua oder barang segelas dua. Lepas tu lepak kangkang sorak menyorak bila gol disumbatkan oleh player-player kegemaran gua! Jarang-jarang pula gua oder makan berat-berat.

Mamak tak pernah halau gua dan geng kepala biol yang lain pakai penyapu suruh balik rumah sewa, belajar-la-bodo-bukan-melepak- sebab tinggal seminggu lagi exam! Mamak tak pernah nak over react bila gua oder teh ais bergelas gelas. Tak ada pulak dia lempar kain buruk atas meja, masa kutip gelas gua, konon-konon tanda protes.

Gua lepaklah sampai empat lima pagi. Mamak setia menanti kalau-kalau gua nak oder makan berat sikit. Gua ambik hati oder roti kosong kuah banjir sambil on laptop menganjeng team-team yang kalah dalam FB!!!

Mamak tak merungut langsung! Gua angkat topi kat lu la mamak.

Tapi satu kedai gua pergi ni, memang naharoom!

Gua oder charkuetiaw basah.Maklumlah kedai tu femes ngan charkuetiaw basahnye. Merembes gua tengok pelanggan-pelanggan makan sambil menikmati skrin besar terpampang merah lawan biru. Gua ajak si Kay masa tu sebab dia juga teringin sangat nak makan charkuetiaw basah tu walau gua tau, hati dia separuh rela tak rela nak tengok bola disepak sana sini.

‘Kejar bola satu jew kot!’

Gua panas hati bila Kay cakap macam tu

‘Tulah lu kay. Lu nampak tak cara dia gelecek bola tu. Skill tu tak ramai orang ada. Kalau tak iya-iya bola kemana, player ke mana’

Kay sengih. Gua tahu sebab kenapa dia sengih. Sebab fikiran dia dah jauh sampai Amerika bila gua mention pasal ‘bola’. Haram! Cepat sial pikap!

Sambung citer charkuetiaw sedap.

Alkisah gua lapar gila malam tu. Kalau Kay tu ayam, gua dah baham dia dulu !

Gua oder sepinggan dengan teh ais kegemaran.

Waiter datang ngan muka ketat. Oder diambil.

Tunggu
Tunggu
dan Tunggu

Charkuetiaw gua sampai dalam seploh minit lepas teh ais gua dah tinggal separuh.

Gua makan ngan lahapnya. Pedas gilababeng. Gua angkat tangan nak panggil waiter. Siap suwit suwit guna bibir. Waiter yang sama datang. Muka takya cakap cemberut bagai minta pelempang.

Teh ais gua oder. Dua minit sampai. Charkuuetiaw gua dah licin.

Mata jeling skrin besar. Game tak gola-gol lagi. Perut pula lapar minta disuap. Ah sial lah!

Gua oder charkuetiaw buat kali ke dua. Angkat tangan lagi. Suwit lagi. Waiter yang sama datang. Kalini muka dia sumpah masam gila! Pergi mampus. Lantak! Gua siap request telur dadar lagi. Saja nak tengok reaksi dia lepas tu. Samada gua dapat telur dadar atau dia terpaksa korban ‘telur’ dia depan gua, tu gua tak ambil peduli!

Makanan gua sampai 3 minit. Teh ais gua hirup slow-slow. Malas nak oder dengan servis yang lembabeng tu.

Memang jodoh gua kuat dengan waiter tu. Dia juga yang hantar makanan kat meja gua. MENARIKNYE, dia HEMPAS sepinggan charkuetiaw RM3.50 yang gua beli tu atas meja!

Saat tu juga gua nak maki PUK$%^& punya orang.Lu tak belajar servis ke apa ?Babi ! Layan orang macam beruk ni apahal ? Dah lama hidup ? Pernah rasa gigi tercabut sebab kena tumbuk ?

Tapi Kay lebih dulu tarik tangan gua, minta gua bertenang. Gua tarik nafas. Dunhill gua tarik sebatang.

Lepas- lepas tu gua tak datang dah kedai charkuetiaw tu. Gua dah blacklist habis-habis. Even tuan blog bila datang jenguk gua time-time dia cuti, gua dan Kay takkan benarkan dia jejak kaki kat tempat tu!

Ok.Apa kesimpulan yang lu semua dapat lepas baca entry berapi lagi penuh maki hamun dari gua?

Mamak sangat menjaga pelanggan dia. Ok pedulilah dia nak kumpul duit nak balik negara asal, tapi kita cakap soal JAGA HATI PELANGGAN. Bagitau gua sekarang, pelanggan mana yang taknak dirinya dilayan baik ? Lu bayar kan servis tu ? Makanan tu lu bayar kan ? As long as datangkan keuntungan, biaq pi la nak oder banyak mana ! Biaq pi la nak duduk lama mana! Biaq pi la nak minum ayaq saja ka, makan roti saja ka, hisap shisha barang dua tiga pam ka!!

Pernah lu lepak Mekdi (yang 24 jam) lama-lama on9, lepas tu kakak kat kaunter tu hamun lu sebab lu duduk lama sangat! Takda bai!!

Jadi siapa-siapa yang berhajat nak buka kedai makan, awas kalau ramai pelanggan mulut jahat macam gua!

Wednesday, October 26, 2011

Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!



Selamat bercuti semua! Yang bekerja, selamat bekerja. Well, aku naik kerja esok! Harini nak siapkan journal critique dan summarize sikit. Help me God takut aku lost.huhu

Ini kali ke 4 join kontes di blog. Kali ni nak join kontes dari blogger Eazy Izzuddin. Satu perkara yang mungkin Eazy tak tahu, usia blog kita sama !hehe

Jom ushar terma & syarat kontes ni:

TERMA
1. Follow Blog Eazy Izzuddin [dah]
2. Like PAGE FACEBOOK Blog Eazy Izzuddin [dah]
3. Pemarkahan dan pemilihan pemenang berdasarkan 100% pihak JURI. Jadi hendaklah membuat ENTRY dan GAMBAR yang menarik, kreatif dan kemas [dah]
4. Tiada had umur [muda lagi]
5. Tarikh tutup 31 OCT 2011 -UPDATE- [belum terlambat]
6. Tiada sebarang bantahan selepas pemenang diumumkan (akan diberitahu)

SYARAT
1. Post Entry bertajuk –>> Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!
2. Letakkan banner Contest Blog Eazy Izzuddin & link kan semula ke entry ini.
3. Letakkan GAMBAR anda yang paling MENARIK dan SOPAN atau gambar PHOTOGENIK anda ->>supaya ku kenal korang hehe - UPDATE
4. Buat satu entry yang menarik "ABOUT" Blog Eazy Izzuddin or anda tak boleh lupa tentang EazyIzzuddin, ia boleh di publish kan dengan cara :-

• Penulisan di entry, atau
• Gambar, atau

• Video, atau
• SeKREATIF anda untuk membuatkan ia menarik


5. sila Tag 2 blogger lain
6. Siap entri , hantar permalink (URL) ke ruangan komen

Ini gambar sebagai syarat. Actually aku tak berapa nak mesra lensa kamera coz I’m hardly nak berposing bagai. Sah lah bukan fotogenik.hahaha. This picture was taken once my trip at Melaka


I think semua daripada kita sukakan Melaka, lebih-lebih photographer addicted macam Eazy Izzuddin. Betul tak, bro?hehe. Terutama ketika menelusuri kota 446 tahun dijajah Portugis tu.

Well enough said.

Cerita pasal blog Eazy Izzuddin pula. Aku nak buat kelainan sikit. Disebabkan Eazy sukakan warna kuning, moh kita tengok apa yang bestnya kaler kuning ni. I bet mungkin ada persamaan dengan si empunya blog juga, dari segi sikap atau pembawakan. Point ke 3-5 hanya facts:)


1. Laman FengShui and Beyond merujuk warna Kuning sebagai ‘warna kegembiraan’, ‘hangat’ dan kebanyakan pencinta kuning adalah seorang yang peramah’, ‘ceria’, ‘suka bersosial’, ‘beroptimis’ juga ‘sukakan kebebasan’

2. Kuning juga memberi gambaran ‘menyerlah’. Jangan tak tahu, satu-satunya warna yang boleh dilihat oleh pesakit buta warna adalah kuning dan kuning juga disifatkan sebagai simbol ‘emas’ dahulukala

3. Kuning (Yellow) datang dari perkataan Inggeris Kuno ‘geolu’. Di Itali, kuning merujuk kepada ‘cerita jenayah’ samada dalam bentuk fiksyen atau realiti. Ia tercetus apabila novel jenayah pertama yang diterbitkan pada tahun 1930 yang mana kulit novelnya berwarna kuning

4. Di China ‘Yellow Movies’ aka ‘Filem Kuning’ merujuk kepada filem pornographic seperti analogi Inggeris untuk ‘blue film’.

5. Band Coldplay pernah menggunakan judul 'Yellow' untuk single album mereka tak lama dulu


Ok cukuplah lima. Aku rasa fakta ni dah cukup menarik juga untuk pencinta kuning!

Sedikit sebanyak tentang Eazy Izzuddin. Actually dah lama perati dia dalam dunia blogging since 2008. Tapi baru sekarang bertegur di twitter. hahaha..lawak bila aku ingat semula. Most probably, at that time blog dia ramai follower, aku sikit je.hahaha.

ps: Menang tak menang belakang kira. Ni kira support neh :)
ps2 : Aku nak tag 'Aqilah sebab dia suka kuning!hehehe

Ini List Hadiah

Hadiah Utama
1x iPOd Shuffle

Hadiah Tempat Pertama
2x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 3 SHAWL & T-shirt for men + topup

Hadiah Tempat Kedua
1x LOVELY SLEEVELESS DRESS & 2 SHAWLS / T-shirt for men + topup

Hadiah Tempat Ketiga
3x SHAWLS/ T-shirt for men + topup

10x Hadiah Saguhati

Tuesday, October 25, 2011

Shortie: @Noir


Malam 1
@Jo: Thanks for approving!
@Noir: Welcome. Dinner dah?
@Jo: Blom. Tunggu my maid masak. Lembab la orang tua tu!
@Noir : Hey.U supposed to b greatful la. Mine masak sendiri tau!

@Jo: Rilek la der. Mak bapak I bayar gaji dia occay ! Makan already?
@Noir: Dah. Harini makan besar!
@Jo: Eh ada gathering ke apa?
@Noir: Nope! Saja tambah lemak!

@Fizam91: Bangsat lu semalam kata nak ajak gua makan dekat rumah! RT @Jo: Blom. Tunggu my maid masak. Lembab la orang tua tu!
@Jo: Hoi @Fizam91 haram jadah kau! Kacau aku tweet tweet!

@Noir @Jo @Fizam91: Jangan gaduh gaduh
@Fizam91 sapa pulak mamat ni ? Tengok avatar kaler merah jek @Jo @Noir

@Jo: Follower aku la bai @Fizam91. Say hello to @Noir. Tak baik sombong2 owh @Fizam91. Betui tak @Noir?

@Noir: Betul-betul betul! @Fizam91 @Jo
@Fizam91: huh! @Noir @Jo


Malam 2
@Noir : Sudah dinner @Fizam91 @Jo ?
@Fizam91: sudah bro @Noir. Si @Jo tatau plak
@Jo : gua ada sinilah,. Umpat gua lettew @Fizam91 @Noir
@Fizam91 : lu ni @Jo macam #retis dowh ! Nak mention nama baru nak tegedik2. Tol tak @Noir

@Jo: Babi!!!!! Gua ada urusan la ngok! Lu ape tau @Fizam @Noir
@Noir: Rilek bro @Jo. @Fizam91 gurau je tu

@Jo : Gua tak boleh tahan dengan si @Fizam91 ni @Noir !!
@Fizam91 : Der, gua gurau der. Lu ni hati Qolbu pehal ?! @Jo

@Jo : Ah !! Sial sial sial @Fizam91 @Noir

@Noir: @Jo @Fizam91 Guys! Chill! We play some game nak tak?
@Jo: @Noir @Fizam91: Game pebende bro?

@Fizam91: @Noir @Jo: Macamne game ni function?
@Noir : @Fizam91 @Jo : Ok. Set. Aku akan bagi satu set hangman. Hangman tu akan appear dlm form Flash Player. Korang be2 set mana bahagian nak potong dulu

@Fizam91: @Noir @Jo: Potong? U mean like kerat bahagian mana yang kita mahu?

@Noir: @Fizam91 @Jo: Yup! Masa diberi 20 saat. Hangman siapa yang mati dulu, dialah juara!

@Jo: @Noir : Perghhh gua suka game bunuh2! Gua bayang lu dah ni @Fizam91 ! Gua kerat2 Hangman lu macam bomoh Moanna Fanzey buat tu ! Rasalah lu cipanzi!

@Noir: @Jo @Fizam91: Ok guys! Get set…20 sec from now!!!


Kelihatan satu lapisan putih jernih menutupi timeline Twitter lalu mendedahkan satu bentuk berdetar lukisan Hangman, seorang lelaki berlukisan lidi, yang sudah digantung dengan tali. Dibawah imej flash itu, tertera kapsyen berwarna merah fontnya: PESALAH. BUNUH DIA DAN ANDA AKAN TAHU APA KESILAPANNYA.

Jo yang sedari tadi menekan keyboard laptop Apple miliknya teruja melihat set hangman itu. Apa yang dibayangkan adalah tubuh badan Fizam, sahabat baiknya yang bermulut celupar dan biadap.

Siaplah kau, Zam! Kau ingat aku tak tahu kau skandel dengan Paten Paizura, anak Tan Sri Farouuk tu?? Aku suka perempuan tu. Kau saja cari nahas dengan aku, kan Zam! Thanks @Noir! Kau lifesavers!

Dia menggerakkan kursornya ke kanan, tempat letaknya beberapa alatan serangan seperti asid, gergaji, chainsaw, pisau rambow juga pedang samurai.

‘Mula-mula aku bagi kau slowly pain dulu! Nak ambil asid ni, bangsat!’

Larutan dari imej flash berwarna hijau itu sengaja ditumpahkan ke wajah Hangman di skrin komputer Jo. Hangman itu menggelitik di tali gantungnya. Jo tertawa berdekah dekah sebelum perutnya yang kempis tertoreh panjang lalu memburaikan isi perut dan darah merah membuak-buak.

Tawa Jo terhenti tatkala rasa sakit mula menguasai!!

Hirisan dari pedang samurai, yang digunakan Fizam dimana ketika ini Fizam menggelupur kesakitan menahan perit asid yang dicurahkan Jo keatas Hangman miliknya!!!

Seminit seketika, kedua-dua remaja ini kaku tak sedarkan diri sebelum kapsyen merah PESALAH. BUNUH DIA DAN ANDA AKAN TAHU APA KESILAPANNYA bertukar warna tulisan kepada hijau terang lalu memaparkan kapsyen..

@Fizam91:
Kesalahan: Sombong. Mulut Celupar. Hina Member-member Twitter ikut sedap mulut dia saja-dia-ingat-dunia-ni-dia-punya ?

@Jo
Kesalahan : Spoil brat ! Manja nak mampus. Nak makan pun orang suapkan ! Jenis tak boleh susah sikit dan pandang orang miskin ni hina semata-mata!

Disatu tempat yang lain, komputer @Noir masih bernyala, memaparkan imej smiley kenyit mata sebelah sebelum tiba-tiba padam dengan sendirinya.

TAMAT

Thursday, October 20, 2011

Karat #9: Berhenti Berlagak Kalau Lu Tu…


Gua AL. Nak mencarut barang sebaris dua.

Gua terkesan dengan beberapa kenangan lampau yang buat gua nak imbas semula. Mungkin ni sesetengah sikap (segelintir) marhean kita yang macam Belanda Dapat Tanah bila mula dapat kuasa!

Naharooom berlagak macam sie!

A) Keje penyambut tetamu je. Tapi bila customer datang mulalah buat muka berlagak. Senyum tidak, apa tidak. Konon nak tunjuk professional. Pergi mampus dengan professional lu kalau setakat duduk tak semenggah. Lu kena paham tugas lu adalah ‘layan pelanggan sesat’, ‘jawab pertanyaan dengan baik bukan tarik muka’. Skop tugas dah diberi awal-awal! Ke gua nak suruh lu bukak balik fail meja??

B) Nama Pembantu Am Rendah tapi berangan macam bos! Sumpah gua nak sumpah orang macam ni. Pahal la nak berlagak, sial? Mostly bila ada staff baru yang lebih tinggi jawatannya dengan si P.A.R tu, lalu si P.A.R ni mulalah nak tunjuk taring. Tarik muka, konon konon dah senior. Gua terkena masa gua belajar dulu. Datang nak ambil surat berhenti belajar. Tekan loceng di kaunter sekor habuk P.A.R takde entertain gua! Gua macam nak hamput ‘bodoh’ dekat-dekat situ juga. Eh sial lah. Pukul sepuluh kot. Semua pergi ngopi ke apa??

C) Pengangkat Telefon. Ini satu lagi noharooom paling gua jaki. Nak-nak kalau dia pass call gua dekat entah siapa entah. Bill telefon gua jalan la sial. Time nak pass call tu makan masa, tahu? Problem gua jilaka tak resolve! Paling epik-jahanam bila call waktu dah nak balik kerja. Tiga puluh minit nak balik kerja untuk lebih tepat.Percayalah cakap gua. Sama ada call lu akan dilayan endah tak endah ATAU lebih malang tidak dilayan langsung. Same goes to tiga puluh minit sebelum rehat makan tengahari.

Ini melibatkan perkhidmatan.

Yang terlibat tau tak kerja-kerja perkhidmatan ni macam mana? Siapa yang lu kena jaga? Pelanggan! Camne nak jaga pelanggan? Apa yang lu kena tambat?

Apsal eh bila aku tengok Western, layanan punyalah first class. Bapak fussy mana sekalipun customer, baik gila layan. Kalau lu perlu berlaku hipokrit, buat saja! Customer penyumbang keuntungan lu! Ini tak. Citer dalam kain pun dibawak sama depan customer. Tak pasal-pasal customer kena marah!

Baler..baler

Wednesday, October 19, 2011

Peram : Lebih Keji Dari Syaitan (Mungkin)

Semua orang gempar pabila footage kanak-kanak dua tahun dari China koma (ada yang memberitakan sudah mati) akibat digilis dua bijik kereta jahanam !

Kejadian yang berlaku disebuah pasar itu dikatakan turut disedari beberapa publik yang AKHIRNYA MEMBIARKAN SAJA PERKARA ITU TERJADI, mempedulikan kesakitan yang menimpa kanak-kanak malang itu.

Kenapa manusia dah makin lahanat ?
Binatang pun tahu sayang anak-anak!

Get lost kalau kanak-kanak itu bukan anak kau sekalipun waima kau takde pertalian pun dengan dia.

Mana cirinya seorang manusia, yang faham bahasa, tapi buta mata pekak telinga bila kejadian itu berlaku depan mata!

Mesti budak perempuan tu baya-baya si Faris (belah kanan) masa gambar ni diambil


Ini belum termasuk laporan tempatan apabila seorang gadis belasan tahun, mengelar bayi perempuannya yang cukup sifat setelah dilahirkan! Faker! Kelar tahu, kelar! Macam kau kelar badan ikan tu, macam tulah budak perempuan tu kelar anak dia gunakan pisau pemotong sayur!

Alasan sebab TAKUT boyfriend. Ikut alasan boyfriend. Inilah lelaki paling bangsat dan paling tak guna di muka bumi secara tak langsung memalukan spesis lelaki-lelaki lain. Bila nampak lelaki lembut, masa-masa tu juga kau nak hina. Bila kau yang habis ‘JANTAN’ buat perkara terkutuk ni, konon nak membukti kau LELAKI sangat lah ya ? Bangga?

Ok lelaki, jangan marah aku bai ! Marah budak lelaki tak guna yang dah suruh makwe dia bunuh anak sendiri ! Dek kerana lelaki macam ni, orang perempuan akan cap, ‘lelaki semua sama saja’

Kita lelaki patut lindung wanita ! Bukan lindung dengan peluk cium tak sah! Ah Faker la lelaki macam ni!

Mana cirinya seorang manusia, yang faham bahasa, tapi buta mata pekak telinga?

Kau dah buat dosa berzina, kau berdosa pula membunuh.

Percayalah dik, dosa ini akan kau tanggung sampai lahad menerima kau nanti !

Ok aku cuba faham. Mungkin budak perempuan ini terdesak. Sayang gilababeng dengan pakwe. Taat cakap pakwe. Tanak pakwe tinggalkan. Bila terdesak, dia akan conjure act of desperation. Bunuh jalan terbaik. Hilangkan nyawa tu mcm biskut chipsmore. Telan!

Aku marah sungguh!

Mana hilangnya nilai seorang manusia??

Tuesday, October 18, 2011

Shortie: Roda


‘Kau nak apa? Tak malu ke terhegeh-hegeh datang sini?’

Kata-kata Ghous kejam. Izzla tersentak. Hatinya robek. Sedih.

‘Aidil rindukan abang. Sampai sakit-sakit budak tu dibuatnya! Baliklah bang!’

Izzla merayu. Jujur dia bukan perempuan sebegitu. Jenis merayu pada lelaki. Tetapi demi anak hasil perkahwinan dia dengan Ghous, dia turutkan juga permintaan si kecil itu. Dia dan Ghous berkahwin tiga tahun lepas. Itupun setelah hampir dua tahun cintanya pada lelaki-lelaki lain dirasakan tidak sesuai. Ghous tampan. Kaya. Bijak. Rebutan gadis-gadis kolej.

Dan dia yang bertuah, berjaya mendampingi Ghous. Mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Keluarga pun merestui.

Perceraian berlaku selepas Aidil berusia setahun setengah. Kanak-kanak sekecil itu bukannya kenal erti perpisahan. Makna perceraian. Jika Ghous mahu didepan matanya, dia akan merengek menangis. Jika tidak dipenuhi, budak lelaki itu demam dan sukar pula untuk sembuh.

Pertalian anak dan bapa memang sukar hendak diputuskan.

Sekali lagi wajah angkuh Ghous dipandang Izzla dengan penuh pengharapan. Berharap agar ego lelaki itu luntur dan mencair.

‘Kau tau kan kita cerai talak berapa ?’
‘Demi Aidil, bang ! Demi anak kita !’
‘Pergi jahanam ! Kalau dah muka kau pun aku tak mahu tengok, dengan anak kau pun aku tak ingin !’

Air mata Izzla merembes laju. Esak tangisnya mulai menggila.Tutur kata Ghous menggores hatinya !

‘Abang! Tolonglah! Tolonglah bang!’, pekik Izzla sambil memaut sambil menggoncang bahu bekas suaminya. ‘Jangan biarkan anak kita menderita, bang!’, tangis Izzla lagi sebelum kelihatan seorang wanita yang datang dari arah mana, menolak keras bahunya hingga tubuhnya jatuh berdebuk menghentam lantai berjubin.

‘Kau jangan ingat kau boleh sesuka hati datang ke sini nak merayu-rayu dengan suami aku?’, pekik Fazrina, isteri baru Ghous.

Fazrina juga kawan baiknya di kolej. Kawan yang banyak menyokong tindakannya ketika dia bersama Ghous satu ketika dulu.

‘Pergilah balik. Jangan sampai aku panggil polis dan heret kau macam banduan!’, herdik Fazrina sebelum mengambil penyapu lidi lalu menghalau Izzla seperti binatang. Ghous memandang bekas isterinya selamba sebelum meredakan amarah iserinya, langsung tidak kisah sikap biadap isterinya itu.

‘Mari masuk sayang. Jangan dilayan orang gila ni!’.

Sinis, mempedulikan Izzla yang tak ubah seperti pengemis.

Wanita itu redha.

Mungkin sudah nasibnya dituliskan begini.

Atau mungkin…

**

Empat Tahun Sebelumnya


Dahlan sudah siap. Kemeja berkotak yang dipakainya berkali-kali dibetulkan. Sekali sekala dikalihnya cermin. Sahari yang berada di meja makan memandangnya sambil tersenyum.

‘Suka kau, ya?’

Dahlan mengeling di balik biasan cermin.

‘Siapa tak suka kalau dating dengan awek beb? Ok la bro. Aku gerak dulu. Nanti kang masam mencuka muka girlfriend aku !’

Tak sampai dua minit, Dahlan lesap. Hasrat Sahari tersangkak. Hatinya berdetik. Sungguh tak berkenan dengan awek pilihan Dahlan. Tapi siapa dia. Nanti diberitahu, dikata cemburu pula.

Sahari cuba menjadi positif.

‘Aku harap kau bahagia, kawan!’

**

‘Lambat sepuluh minit! I boleh jadi batu tunggu you tahu!’
I’m sorry sayang!’
Sorry naik lori! Cair mekap tunggu macam ni!’

Dahlan senyum kelat. Nyata kekasih hati sudah merajuk. Mindanya tiba-tiba terang menyala. Sejambak bunga ros merah yang dibeli pagi tadi dikeluarkan dari arah belakangnya lalu dipersembahkan kepada buah hatinya itu.

‘For you! Especially for you!’

Gadis itu berwajah statik. Direnggutnya jambak ros merah itu tidak berperasaan. Diteleknya berkali-kali sebelum dihumbannya ke tanah.

Hey! You kalau nak pujuk I pun bukan cara murah macam ni, tahu!', pekiknya lantang. Matanya buntang memerhatikan Dahlan.

Listen to me you nerd! Kalau dengan Faris, anak Tan Sri Lokman, dia boleh beri I Gucci, Prada! Muzammil anak Datuk Johan, dia belikan I set Jimmy Choo, Edward, lelaki kacukan tu treat I dinner dekat Palace of Golden Horses! Kalau setakat bunga murah macam ni, hey nenek aku pun tak nak la!’

Amarah gadis itu tidak boleh dikawal lagi. Malah lebih teruk, banyak pasang mata menyoroti tindakan si gadis memarahi kekasihnya. Khalayak mulai membuat andaian sendiri. Dahlan tampak tak berpuas hati. Dipujuknya si kekasih dengan hati yang luhur.

‘Maafkan I sayang! I’m so sorry!
Gadis itu tertawa mengekeh.
‘Siapa sayang kau ni ? Hey open your eyes la budak lurus bendul ! Aku nakkan idea kau je! Kau kan pandai! Aku nak lulus paper aku je! Dan sekarang, pergi jahanam kau ! Berambus dari hidup aku !’

Dahlan terpempan.

‘Apa ? Apa you cakap ni, sayang ! I ikhlas !’
Gadis itu sinis.
‘Pergi mampus dengan ikhlas ! Get the hell of my life !

Dahlan tunduk merenung bunga rosnya yang sudah terhumban ke tanah.

‘Sampai hati you buat I macam ni?’
Gadis itu terpekik histeria. Lucu benar hatinya.
‘Hey, bukan takat kau sorang tau. Faris merayu-rayu, Muzammil siap nak bawa mak bapak, Edward siap nak suruh aku tinggal di London dengan dia. Get lost! Padan dengan semua mereka. Dan edisi terbaru adalah kau, Dahlan! Aku suka tengok lelaki-lelaki gilakan aku, kemudian aku kecewakan mereka! Seronok tak rasa ni?’

Dahlan merasa cukup malu. Dikutipnya kembali jambak bunga ros dari tanah sebelum berlalu dengan perasaan maha terhina. Hatinya tersiat. Berharap benar suatu hari nanti si gadis akan dapat pengajaran yang setimpal.

Gadis itu berlalu sebelum disambut kawannya yang berdiri dibelakang pokok besar sambil tertawa geli hati melihat Dahlan dihina teruk.

You go girl! Padan muka Dahlan. Memang tepat kau dump si Dahlan tak guna tu!’

Gadis itu tersenyum bangga. Sedikitpun tidak merasa sesal.

‘Jom, aku kenalkan kau dengan Ghous !’
Minat gadis itu tertarik.
‘Ghous? Anak taukeh minyak di seberang?’
Kawannya mengangguk bersetuju,

‘Bukankah Amelia Datuk Yusof tu girlfriend dia? Hate that girl! Perasan bagus!’
Muncungnya timbul. Si kawan hanya mengangguk bersetuju.

‘Ye betul! Memang si Amelia! Tapi kau nak tak ke dengan Ghous?’
‘Naklah! Siapa taknak lelaki tinggi lampai tu!’

Kawannya tersenyum nakal.
‘Malam ni aku akan kenalkan kau dengan dia, Izzla!’

Izzla memandang wajah Fazrina dengan kemegahan.

Aku akan jadikan Ghous milik aku, sebelum aku permainkannya!

Izzla tersenyum!
Karma is a bitch!
But History has a way repeating itself!


TAMAT

Monday, October 17, 2011

Had, Cuba dan Redha


Sebagai manusia kita kena tahu dimana had kita.

Lupakan seketika had sabar. Sebab ini had lain yang aku nak ceritakan.

Bila kita cuba sesuatu dan ianya tidak berjaya, jangan dijadikan pemusnah untuk mencuba sesuatu yang lain. Malah jangan pula menganggap diri kita loser!

Masing-masing ada limit. Masing-masing ada had.

Katakanlah kau diminta untuk memanjat bukit. Bersungguh kita pada mulanya. Tapi nyata kita tidak sampai ke puncak. Kita penat. Kaki dah mula sakit. Nafas dah mula tercungap.

Kita lihat kawan-kawan kita perlahan-lahan nak sampai ke puncak bukit tu.

Kita masih penat. Kita masih tak larat.

Ada dua pilihan.
1) Paksa diri untuk bersama sampai ke puncak
2) Tinggal saja dibelakang sebab had kita hanya sampai disitu

Kalian yang membaca boleh buat andaian dan tekaan. Cuba applykan dalam kehidupan seharian.

a) Kita suka dekat si polan ni. Kita usaha untuk dapatkan dia. Cuba bahagiakan dia. Tapi last last dia bersama orang lain. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

b) Pensyarah bagi tugasan. Kita buat dengan bersungguh. Cari maklumat dengan terperinci. Tak cukup dengan tu, buat field study siap! Tapi dihujung hari markah seciput. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

c) Pasangan suami isteri. Ada perselisihan, kemudian makin melarat bawa ke mahkamah syariah. Hubungan dah macam telur dihujung tanduk. Dah macam embun di hujung rumput. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

d) Seorang bapa mengharapkan kejayaan anaknya di padang sukan. Training berminggu sampai skip kelas sana sini. Tapi sampai dihari pertandingan, anak gagal dapat top three. Bapa kecewa. Anak dua kali ganda kecewa. Adakah had memang takat itu atau memang tak cukup mencuba?

Empat contoh dengan situasi berbeza.

Aku boleh simpulkan begini. Selagi kita mencuba dalam mendapatkan sesuatu, usahlah kita berputus asa. Ya benar. Setiap manusia ada had atau limit. Itu halangan paling utama. Tak salah kalau kita cuba overcome dengan MENJADI SENTIASA POSITIF, BERPERASANGKA BAIK dan MENJANGKAKAN SESUATU YANG ELOK TERJADI.

Tidaklah menjadi terlalu high hope. Cukup sekadar ‘ always look on a bright side’.
Jika usaha dan segala cuba tidak berhasil, that means your LIMIT is already there.

Jangan tidak berusaha langsung. Jangan harap keajaiban berlaku jika TIADA SEBARANG USAHA.

Kau nak sesuatu, USAHA. Work for it. Tapi kalau tak berjaya, redha. Ada sesuatu yang bernilai akan menanti kau dihujung sana. Apa dia? Jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu!

Aku suka habis lagu ni!

Thursday, October 13, 2011

Karat #8:‘Kay, Cinta yang “sebegitu” Takkan Boleh Kekal’


Gua diberitahu, pemilik blog ke program BTN di Pontian,Johor bermula 13 Oct (Harini) sampai 15 Oct (Sabtu nanti)
Justify Full
Mampus la gua update bermuka muka surat! (ok gua konpius muka surat dengan page web.Gua bukan budak IT. Gua cikai je!)

Lama gua tak cerita pasal Kay. Housemate gua yang ‘special’ tu.

Kay, walaupun mulutnya meriah macam mulut Makcik Senah depan rumah gua kat kampung, tapi hatinya baik. Dia tahu gua bukan jenis layan Channel E kegemaran dia, bila gua ada dekat rumah, setakat ni tak pernah lagi dia pelawa gua tengok sekaki!

Tapi, satu hari Kay datang dekat dengan gua. Lepas dia belanja gua sate. Bapak sedap sate tu! Benda free bai ! Mana tak sedap ! Orang bagi, gua pancung !

Berbalik pada Kay.

Dia putus cinta.

Lagi.

Ok. Bab cinta Kay dan kesongsangan dia, gua tanak campur walaupun gua ada tanya juga, bila dia nak berubah. Ada isteri, ada anak.

Dia tanya gua balik.

‘Ada ke perempuan nak dengan I olls ni, nok! Lipas ada dekat rumah, I yang overreact!’

Gua dapat bayangkan Kay melompat atas kerusi bila tengok bininya yang lebih berani membunuh lipas tu. Mampus aku kalau Kay baca entry ni.

Kay dakwa ‘ketakutannya’ akhirnya menjadi kenyataan. Ketakutan dimana si buah hati mintak permission untuk break up sebab nak kahwin!

Kay kecewa. Gua lah tempat dia luah perasaan. Maki hamun dia pada buah hati jatuh kat gua. Dia ingat gua ni dinding ke, apa?

Tapi sebab Kay housemate yang sangat baik, gua dengar juga walaupun adakala gua nak termuntah sebaldi dua. Gua cakap pada Kay. Sikit lebih kurang macam nasihat lah. Gua pun bukan baik sangat. Tapi dalam masa-masa Kay memerlukan macam ni, Gua rasa, gua boleh jalankan tugas sebagai sahabat.

‘Cinta yang sebegitu takkan kekal, Kay! Perfect mana pun kau, lelaki tu tetap nak keluarga. Tetap nakkan anak dan wanita. Itu lumrah ! Perempuan ada apa yang lelaki takda. Lelaki ada apa yang perempuan takda. Habis kalau lelaki ada apa yang lelaki lain ada, apa yang kau boleh dapat ?’

Kay merenung gua. Matanya yang merah, makin merah lagi. Bengang dan Kay macam nak membangkang habis cakap gua. Gua tahu Kay mesti nak menang punyalah!

‘Kasih sayang! I boleh hidup dengan kasih sayang!’

Gua nak termuntah lagi. Kasih sayang watdehel!

‘Ok macam nilah Kay. Bayangkan kau dah tua. Muka kau kerepot, muka dia kerepot. Kau berdua sanggup nak jaga satu sama lain? Kau yakin dia takkan tinggalkan kau? Kau yakin dia nak bersama kau sampai mati?’

Kay diam. Gua rasa ayat gua dah menyetapkan hati dia. Gua kira apa! Cinta sebegini bagi gua takkan kekal lama. Susah! Apa motif cinta sesuatu macam ni? Kesetiaan? Kejujuran? Atau seks semata-mata?

Gua harap Kay berubah !

*Jahanam kerja gua kena rejek lagi dengan bos! Gua guna bajet yang ada bos! Bila gua minta lebey, lu kedek !

**Kesibukan gua membuatkan masa dating gua terhad!

Wednesday, October 12, 2011

Lelaki dan Saiz ‘Itu’


Ok.

Open your mind wide.

Lelaki mana yang tak mahukan saiz ‘his half’ selesa dan boleh dibanggakan?

Beritahu aku sekarang.

It’s the way how we ‘preserve’ it and ‘protect’ it from any harm.

Secara psikologinya, kebanyakan lelaki akan mempunyai yakin diri yang natural jika saiz ‘his half’ adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini psikologi orang. Tapi tak boleh pakai juga. Bergantung pada individu sebenarnya.

Jangan obsess pada sesuatu yang ‘big’. Sebab apa, banyak produk-produk enlargement yang sangat banyak di pasaran sekarang. Purchasing power dah ada. Jadi stop misuse it. Takut saiz ‘big buddy’ tak dapat, penyakit pula yang muncul.

This, I quoted from Molly Hewitt’s Mens are Dog (first impression aku rasa macam nak maki si Molly Hewitt sebab kata lelaki macam anjing.Dek kerana itu, aku beli buku ini in late 2006)

‘..as long as he knows how to use it, who cares how big it is? (But honestly, wouldn’t be nice if you (women) could have it all?) The old saw about size of the paws, ears or nose being a predictor actually is nonsense..’


Dengar tu. Karut! Jadi kalau anda lelaki dan telinga anda tak capang, hidung tak mancung jangan malu segan sebab tak ada kena mengena dengan saiz ‘brother’ anda.

Tuesday, October 11, 2011

Shortie: Umpan


‘Kita ikut rancangan Aryan. By far he’s genius!’
‘Kau kata dia genius sebab kau sukakan dia. You have hot for him!’
‘Salah ke aku puji dia? Ok the fact yang dia handsome tu memang tak dapat dinafikan!’

‘Girls! We need to stay focus!’

Suara Mariana melayah menerjah gegendang. Baik Suki mahupun Meen mengerling tidak berperasaan. Kertas mahjong putih dibentang di atas meja, menyerlahkan beberapa coretan tak berarah dan beberapa catatan memangkah menyemakkan pandangan. Di sudut tidak jauh dari meja oblong itu, kelihatan seorang lelaki berkacamata berpetak merenung lantai sambil menguis-nguis kasutnya.

‘Kau orang semua yakin, kita boleh buat?’

Meen memutarkan bola matanya manakala Suki menghembus nafas tidak berkenan atas soalan itu.

‘Rauf! Berapa kali aku nak cakap dengan kau ? We are friends and we already know the consequences!’

‘Kita akan tertangkap jika kita cuai!’

‘That’s why, we should plan dan rancangan Aryan aku rasa sangat bagus!’

Meen membuat mimik muka hendak muntah manakala Mariana menggeleng kepala, jelas agak meluat dengan perilaku gedik-gedik Suki.

Dia kemudiannya melihat Rauf yang kurang berkeyakinan sama seperti dia, Suki dan Meena semasa budak lelaki itu seusia mereka. Sering menjadi bahan ketawa dalam kelas dan sering dipandang rendah akibat selalu mengulang subjek yang sama hampir tiga kali!

Pertubuhan rahsia ini diketuai oleh Aryan, senior semester enam yang sudah empat kali menerima Anugerah Dekan! Dia bijak, tetapi menggunakkan kepandaiannya ke jalan yang salah.

Kepandaian mencuri kertas peperiksaan akhir, untuk diberikan kepada Rauf, pelajar yang dicap loser walau sekuat mana dia berusaha!

Malam ini operasi mereka bermula!

Operasi mencuri kertas peperiksaan Biomechanics, satu killer subject yang diajar oleh Professor Fibdar Al Rasyed, si akademik bujang terlajak, yang..arghh susahlah nak cerita!

**

Malam: 8:15 pm

Terowong yang menghubungkan bilik kebal dengan bilik kuliah kelihatan sangat gelap. Tiada satupun cahaya menerangi hujung sana.

Sesepoi angin luar bertiup pada ruang kosong kedap itu, lantas menyebabkan nafas Mariana, Meen, Suki dan Aryan sedikit sesak. Tatkala mereka keluar dari satu lohong besi dari atas siling, habuk dan cela kotor saling bersama mereka.

Demi kerana kawan, mereka sanggup membantu Rauf tanpa sesen pun bayaran!

Mereka cuba melangkah sesenyap yang mungkin.Waspada.

Lampu sorot kecil kepunyaan Aryan disuluh dengan fokus.

Pintu bilik kebal, tempat penyimpanan kertas soalan peperiksaan akhir kelihatan dari jauhnya lima puluh meter, tertampak dek bayangan samar lampu kecil itu.

Mariana tersenyum. Suki memandang Meen dan Aryan merasa megah dengan percubaan kali ke duapuluh mereka berjaya tanpa sebarang halangan!

Namun, dibalik kesunyian itu, kedengaran bunyi letusan dibelakang mereka. Meen dan Suki berpaling cemas sebelum kepulan asap menyakitkan mata akhirnya menyesakkan mereka berempat.

Terperangkap.
Pandangan mulai pedih dan kabur…

**

‘We can thank you enough! You supposed to be rewarded. Tindakan yang betul-betul berani!’

Kedengaran suara berdehit Professor Fibdar mencelah disebalik kekaburan itu. Kedengaran beberapa suara juga menggumam bising.

Suki membuka matanya perlahan. Aryan juga terpisat-pisat menahan pedih. Mariana dan Meen sudah lama tersedar dengan mulut masing-masing terlopong.

Kelihatan Rauf bersalaman dengan Professor Fibdar. Bahasa tubuhnya kelihatan bangga.

‘Sial kau, Rauf! Kawan jenis apa kau ni?’, teriak Mariana kecewa.

Rauf tersenyum hambar

‘Aku nak jadi kawan terbaik kau, Mariana. Apa kau orang semua buat ni salah. Tak baik kan mencuri macam ni’

Suki menjeling meluat. Bagai hendak ditamparnya wajah selamba Rauf.

‘Aku percaya kau sebab kau kawan baik aku, Rauf! Sia-sia aku tolong kau!’, jerkah Aryan. Tubuh mereka berempat yang sudah diikat kemas menyebabkan Aryan bergerak-gerak kaku membuatkan Rauf semakin tersenyum lucu. Dibongkokkan sedikit tubuhnya lalu mendekatkan sedikit wajahnya ke raut bengis Aryan.

‘Terima kasih sebab percayakan aku, Aryan. Tapi, aku tak cukup baik untuk kau, bro! Aku cemburu dengan kau. Pasal apa kau asyik dapat dekan setiap semester? And soon I found out you are cheating?! Pandai apa kau ni, Aryan? Haprak tahu?’

Buat kali pertama, Aryan melihat kemenangan Rauf; Budak lelaki berkaca mata, rambut sikat tepi, bermuka lonjong dan kelihatan nerd. Disebalik kurang keyakinan, tersimpan duri yang sangat tajam menusuk! He’s poison!

‘Aku akan pastikan kau akan merana Aryan. Lebih-lebih dengan kawan-kawan ‘kecil’ kau ni!’, bisik Rauf sebelum berlalu pergi bersama Professor Fidbar meninggalkan Aryan dan kawan-kawannya dibawah pengawasan dan tindakan penguasa Kolej.

Pastinya kejadian ini akan menggemparkan Kolej dan buat Rauf, ia adalah satu titik juara yang begitu besar buat dirinya.

‘Mana you tahu Aryan yang selalu bagi final paper pada budak-budak repeaters?’

Soalan Professor Fidbar dibalas dengan senyuman.
Kawasan parkir kereta kelihatan sunyi.

‘I menyamar as the one minta tolong dari geng-geng dia! You know my Biomechanics paper, kan? Sucks as ever!’
Kali ini Professor Fidbar membalas senyuman. Langsung tidak terasa hati dengan subjek yang diajarnya dikatakan sucks oleh Rauf!

‘Kali ni, I akan luluskan you, sayang. You know I how I love you kan?’

Rauf tersenyum. Umpannya mengena!

TAMAT

Monday, October 10, 2011

Buku dan Cerita Dongeng

Ok ini bukan ‘kisah dongeng’ lagu tu.

Back in 1995, masa umur masih hingusan aku gemar menyinggah di perpustakaan especially pada waktu rehat. Ok. Masa tu dah sekolah pagi dan aku bukanlah jenis suka nak beratur panjang-panjang semata-mata nak makan mee goreng dua puluh sen atau keropok lekor (seposen satu! Missed those moments).

Despite of that, I rather going to perpustakaan membaca.

Dulu ada pasang angan-angan nak jadi pengawas perpustakaan masa sekolah rendah! Always adore books so very much. Especially folklore and folktales.

Di sekolah rendah, bahan bacaan dongengnya lebih tertumpu kepada ‘good defeated evil’ dimana budak-budak gila membaca cerita dongeng macam aku ni didedahkan dengan bahasa mudah, ringkas, kuasa ajaib dan pengakhiran happy ending.

Bagi aku buku cerita dongeng ni simple, tak sakit kepala nak membaca and imaginative!

Sampai sekarang pun, aku suka baca buku jenis ni!

Bila-bila stress, buku jenis ini aku akan sambar dulu !

Err boleh tak masa kerja, kalau stress, aku selak buku-buku genre ni?!haha

Thursday, October 06, 2011

Karat #7: Gua Tanya-Kenapalah Tanya Artis? Sebab Mereka Boleh Jadi Contoh?


Petikan sebuah akhbar semalam. Gua syak sebab pandangan artis lebih diambil kira berbanding ahli yang lebih layak. Apa nak jadi dunia sekarang???

Gua setuju sangat cakap Wardina. Artis ni tak boleh dijadikan contoh idola hidup

Tuesday, October 04, 2011

Sekadar Cukup Makan,Pakai

Lumrah bila kita bekerja. Tak cukup sana. Tak cukup sini.

Tampal sana. Tampal sini. Tongkat sana.Tongkat sini.

Yang aku maksudkan adalah perihal urusan kewangan kita. Sometimes, typically as human-manusia biasa yang nafsunya sentiasa ada, nak jugalah membelai diri. Nak melawa sikit dengan duit titik peluh sendiri. Nak juga belanja mewah sikit. Nak juga ke sana sini kutip pengalaman hidup.

I just said because it happens a lot in our life, per say. I know, duit is something sensitive to talk to.

Bila kita ada duit gaji, selalunya apa yang kita buat?

For sure, kita akan asingkan mana yang wajib, mana yang perlu dibayar, hutang mana yang perlu dilangsai. This is the must. Kalau tidak berderet surat tulisan-kaler-merah akan sampai ke kantung pesanan. Tidak boleh tidak, kena bayar.

Selalunya, kita akan buat bajet bulanan, mana yang hendak diketepikan. Jangan lupa kirim duit kat emak ayah. Tak dapat kirim duit, belilah belanja dapur. Hulur sikit kat adik-adik. JANGAN KEDEKUT. Esok-esok kalau mati, depa juga tolong mandikan kita, kafankan kita.

Tapi kan, pernah tak buat bajet tetiba bajet jadi NEGATIF???

Hahahaha

Kita ke yang tak pandai merancang, gaji yang diberi terlalu sedikit (ok syukur tetap syukur. Tak boleh makan syukur saja kalau pendapatan rendah, harga melambung naik) atau keinginan kita yang terlalu melampau?

Always bear in my mind. ‘Apasal lah harga barang tak macam harga zaman tok nenek aku dulu?’

#Ok just saying!@twitter.com/faizalsulaiman

Ok Nafsu tetiba membuak2 nih!

Monday, October 03, 2011

Berhenti Dari Mencari Kesempurnaan


Walaweh!

Harapnya update ini kekal sampai Jumaat. InsyaAllah. Susah sekarang nak cari masa untuk update entry. I’m quite surprise with some blogger yang update entry setiap hours-but-bila-bukak-blognya-entry-copy-and-paste-entah-dari-mana-mana-sumber-bukan-nak-berlagak-tapi-cuba-letakkan-integriti-pada-entry-kamu-kamu-tu-bukan-disebabkan-nak-kejar trafik-saja.

Ok full stop.

Dalam hidup yang namanya manusia, siapa yang tak mahu sempurna? Ce bitau dengan aku sekarang, siapa impian hidupnya yang tak mahukan kesempurnaan? Ok ada. Niche mungkin. Tapi MOST human, nak kan yang sempurna. Siapa taknak yang terbaik dalam hidup, bai?

Walauapapun, mari kita lihat dari sudut realiti.

Tak semua manusia bernasib baik. No matter how hard you try, ‘kesempurnaan’ itu masih belum dicapai. Pernah rasa mengeluh? Pernah rasa diri ni loser dan down?

Ok momen itu pernah dirasai oleh semua manusia, baik kau juga aku. Aku rasa fakap gila, seriously! Alim ulama kata, tak baik mengeluh. Tapi aku dan kau orang pun manusia biasa. Sikit tak banyak mesti terpacul, ‘Apalah nasib aku ni?’

Tenang.

Dalam hal ini kita perlu belajar untuk menerima kenyataan. Belajar untuk menerima ketidaksempurnaan. Belajar untuk jadi biasa-biasa saja. Jika kita menjangkakan sesuatu yang luarbiasa dalam kehidupan, dalam pembuatan keputusan, dalam mencari pasangan malah dalam menentukan jalan hidup SEANDAINYA ia TIDAK SEMPURNA, tak mustahil kita rebah teruk, menyalahkan takdir, menghukum diri dan menjadi pesimis terhadap kehidupan singkat kita ini.

Kesempurnaan datang dengan penerimaan yang ikhlas. Pernah terfikir kenapa orang taraf sederhana yang kerja kebun, ada anak isteri yang cukup membahagiakan, walaupun rezekinya kais pagi makan pagi, petang makan petang?

Sebabnya dia redha dengan kehidupannya. Redha dengan apa yang mendatang. Redha dalam perihal ini adalah DENGAN USAHA. Jangan duduk di tikar sejadah saja mengharapkan keajaiban dari Allah, TANPA BERUSAHA.

Usahalah untuk mencapai kesempurnaan. Tetapi jika kita tak berjaya menggapai, anggaplah ianya satu bentuk ujian. Mungkin bukan rezeki kau. Mungkin dia bukan jodoh kau, mungkin jalan yang kau pilih itu ada keburukan dikemudian hari.

Rahsia itu hanya DIA yang tahu. Usah persoal.

Tuhan uji kita dengan sesuatu yang berat, sebenarnya DIA nak hadiahkan kita dengan sesuatu yang menggembirakan.

Saturday, October 01, 2011

V-Log: Kisah Dongeng

Entry first october..

Ok bukanlah v-log apapun.

Waktu melalak dengan lagu Kisah Dongeng.

Stress menanda, stress membaca. Huwarghhhh

Maaf kalau out of tune.

TIPS: Slowkan kalau terlalu kuat.Gua tak jamin kalau u all pekak lepas dengar.haha

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED