Thursday, May 31, 2012
Wednesday, May 30, 2012
Sebabak: Semuanya Tentang Primadona (La Vie En Rose)
Filem: La Vie En Rose
Pengarah: Oliver Dahan
Origin: French
Year: 2007
***
Marion Cotillard memenangi Oscar menerusi karakter fragile Edith Piaf itu. Marion ni boleh tahan juga. Rupanya aku dah tonton filemnya sebelum ni (A Very Long Engagement) selain Inception, Public Enemies, Contaigent dan Nine.Terbaru si cantik ini akan membintangi filem Dark Knight Rises
Tweet
Pengarah: Oliver Dahan
Origin: French
Year: 2007
Edith Piaf semasa tua:Terkenang
Nyanyian pertama.Tersekat-sekat.Sakit dah datang
Crowd tak hirau pun.Bagi mereka Edith Piaf adalah yang terbaik
Rancak menghibur
Dah ada Tanda-tanda
Primadona hampir tumbang
Dibawa ke bilik belakang pentas
Semangat Primadona Tak Hilang
Memaksa
Kembali dengan Bermaruah
Wartawan bila dapat tahu macam ni, terus nak story!
Lagu ke dua muncul. Judulnya 'Padam'
Penonton terbuai dengan Edith Piaf kesayangan mereka
Primadona gugur jua di atas pentas!
***
Marion Cotillard memenangi Oscar menerusi karakter fragile Edith Piaf itu. Marion ni boleh tahan juga. Rupanya aku dah tonton filemnya sebelum ni (A Very Long Engagement) selain Inception, Public Enemies, Contaigent dan Nine.Terbaru si cantik ini akan membintangi filem Dark Knight Rises
Labels:
Sebabak
Tuesday, May 29, 2012
Shortie: Pancung!
Otaknya tepu.
Cilanat! Due date dua minggu lagi. Apa pun aku tak siap.
Dia bingkas bangun. Merenung keluar tingkap melihat seorang wanita separa bayanya menjerit-jerit histeria mencari seseorang. Gila! Entah pasal apa, jeritnya saja sudah memekakkan telinga.
Dia buat tuli. Kalau dilayan emosi, kerja yang dijanji tak siap. Lekas wajah bosnya Kartini; perempuan boyak berleher pendek menerjah minda. Langkahnya dempak. Betisnya gemuk. Ocehannya merengsakan. Laungannya kadang-kadang memetir. Bising berdesing!
Langsir labuh corak bunga-bunga halus yang dihadiahkan Osman, roomatenya ketika di Universiti direnggutnya kasar. Fakta. Dia tak pernah menyukai corak tirai itu. Hodoh. Tapi atas dasar persahabatan katanya, dia menerima dengan senyuman maha PVC.
Skrin 14 inci Lenovo dipandang kosong. Kejap-kejap matanya terkebil-kebil. Bingung merajai minda. Bahasanya putus di tengah jalan. Ideanya seakan dicabul dengan tak rela. Dalam masa sesingkat sekarang, dia sepatutnya sudah membuat final touch untuk manuskrip ke empatnya setelah tiga novelnya laku di pasaran. Siap dua kali cetak, you. Kau ada? Kau mampu?
Jadi dek kerana tak mahu reputasinya sebagai penulis best seller tergugat apatah lagi dengan kehadiran penulis baru yang melambak macam kebanjiran artis mee segera, dia memberi janji pada Kartini bahawa manuskripnya akan disiapkan empat bulan setelah novel ke tiganya muncul di rak buku.
Padah! Janji yang ditabur itu akhirnya menjerat diri. Kata-kata manisnya sudah menjerut leher. Buktinya, dia masih gagal menulis walau sepatah. Dia seakan tenggelam dalam bayang-bayang sendiri waima idea untuk menulis tak juga kunjung tiba.
Naharom!
Nescafe dari dalam mug dipandang entah kali yang keberapa. Kacau! Dia sudah habis lima pusingan. Malah untuk menambah stunt pada perbuatan sia-sianya itu, dia kerap kali hendak terkucil . Toilet sudah menjadi pit stop buatnya.
Celaka kau idea! Mana kau pergi ni, bangang?!
Hatinya mula sumpah seranah. Dia tak boleh sentiasa bersabar. Apatah lagi bila mengenangkan Kartini yang mungkin berkicau macam murai tua, dia lebih rela dipancung dari menghadap amarah andartu itu. Bos mana tak marah kalau kerja tak siap?
Padan muka aku!
Urinnya ditahan. Tubuhnnya menggerenyet sedikit.
Ah! Shhhh…Nak terkencing pulak! Time-time macam ni lah kan?
Hatinya mula cetus geram. Dia tak mampu nak tampung. Apatah lagi cairan itu bagai menendang-nendang dengan tak sabar seolah olah beriya-iya benar nak ‘lihat dunia’ gamaknya! Fikirannya terkenang nasihat si emak.
Tak baik tahan kencing. Nanti batu karang!
Dia mencicit ke tandas. Pintunya direntap. Kangkang. Seluar dilucutkan. Bunyi desir kedengaran. Laju macam air terjun. Satu perkataan terpacul. Lega!
Usai membilas, dia ke dapur. Panaskan air. Otak perlu bergerak. Adrenalin perlu disuap dengan kafein itu. Tak peduli jika dia ketagih sekalipun. Dia penulis bestseller. Dia takkan boleh nampak lemah depan Kartini yang menyebalkan, peminat yang memberi harapan atau penulis baru yang mula menjadikannya sumber inspirasi.
Susah kan kalau jadi bintang ni?
Dia ukir senyum diva. Ya. Perasan!
Nak muntah? Silalah! Orang dengki memang selalu begitu!
Nescafe siap dibancuh. Dia tak peduli cawan ditepi Lenovonya yang tak berbasuh. Dia sibuk. Jadi pilihan apa yang dia ada? Dia mengatur langkah ke ruang hadapan, namun langkahnya terhenti dihadapan biliknya sendiri. Pintu bilik itu dikuak. Dia senyum sekilas. Mugnya diletakkan di cabinet kecil di tepi dinding seraya memandang isi bilik dengan sinar mata yang menyerlah.
Kau duduk diam-diam ya?
Dia berbisik manja ke arah tubuh itu. Tiada seurat benang yang membaluti. Polaroid dari dalam cabinet diraihnya lekas.
Kchak! Satu syot
Sudut tepi katil di ambil
Kchak! Dua keeping dah siap.
Skrap book dari dalam cabinet yang sama, diambil lalu dibentang megah di atas permaidani berbulu halus biliknya.
“Cukup lima belas keping. Malam karang campaklah dekat kawasan pembinaan sana”
Hatinya girang. Kepingan-kepingan gambar Polaroid di tangan diperhati teruja. Ada kesan kelar. Darah merata. Cebisan daging. Masterpiece! Ya! Nafasnya turun naik. Malah, keinginan menulisnya kembali memberontak. Ia seperti satu suntuikan dadah yang sudah meresap jauh dalam adrenalinnya mengatasi rasa kafien yang sudah diteguknya entah berapa kali!
Modus operandinya mudah. Kenal di FB. Flirt sikit-sikit. Tunjuk dada sikit. Otot sikit. Kalau perlu burung nya sekali! Atur temu janji. Then,belanja makan. Lepas tu bawa balik rumah. Straight away ke ranjang. Klimaks dua tiga round. Kemudian pancung!

TAMAT
Labels:
Shortie
Monday, May 28, 2012
Kalau Cinta Sebaiknya Diucap. Belum Tentu Kau Masih Punyai Hari Esok
Cari jalan yang betul. Ia memandu kita ke arah kebaikan
Panjangnya tajuk. Maaf ya!
Pernah ada momen dimana kau rasa suka, kemudian jatuh cinta pada seseorang itu. Kau pendam rasa. Probably kau takut kena reject. Manusia biasalah. Risau kalau cintanya ditolak. Ini normal.
Pendam lama-lama ni tak baik. Tak baik untuk kau sebenarnya. Nanti kau makan hati. Lainlah kalau kau memang ada rupa. Tak risau kalau tolak satu, sebab yang datang bakal beribu. Tak kisah kalau jual mahal, sebab kalau si polan ni taknak, ketik saja jari. Seploh yang datang tawww!
Cuba rupa kau tu ada-ada je. Kau cuma ada hati. Soal hati dan perasaan ni sukar nak diduga. Rupa yang cantik dan kacak boleh menipu kita sebenarnya. Betul kan?
Kembali pada tajuk. Jujurnya kalau kita dah suka kat seorang tu, kita berterus teranglah. Itu sebaiknya. It is better you find a better time and place sebab kadang-kadang bila kita nak luah perasaan ni timing pulak tak kena. Tempat tak kena. Semua tu kena ambil peduli.
Yakin diri. Itu yang penting. Ucaplah sebelum terlambat sebab kau hanya ada masa sekali saja dalam peluang-peluang yang diberi tu and who knows orang yang kau syok tu memang ada hati dengan kau!
You have to say this thing while you still can!
Labels:
issue
Friday, May 25, 2012
Rebiu 5 Minit 'Extended' Snow White and the Huntsman!
Saya badass!!
Epik fantasi dibintangi Kristen Steward, Academy Award Winner Charlize Theron dan Chris Hemsworth bakal ditayang 31 Mei 2012 di semua pawagan di Malaysia!
Jom serbu ramai-ramai!
Jom serbu ramai-ramai!
Baik-baik. Saya nak usap kamu
Warghhh Busuk tak mulut I??
Aku lagi chuannnnntekkkkkk (bersembur air liur)
Rahsia kechuantekan Mak. Ko hado??
Yuk perang yuk!
Labels:
review
Thursday, May 24, 2012
Aku, Si Pemburu
Pergi kemana-mana saja, aku adalah berjuta dari Food Hunter! Aku suka makan. Dan aku suka cuba makanan baru. It is a new thrilling and excitement!
Lagi pelik makanan tu, lagi thrill aku nak cuba!
#Selamat menjamu selera eh..mata! hehehe

Gado-gado di Secret Recipe. Banyak Sengkuang. Berair
ABC paling lejen aku pernah rasa. ABC Frodo seksyen 2 Shah Alam. Kat premis lama lagi menendang rasanya
ABC di Restoren Singgah Selalu, JB. Bolelaa
ABC Kampung Melayu Majidee. Lejen nya seperti di Frodo!
Gado-Gado terbest pernah di jamah. Bumbu Desa di MidValley
Kunjungan ke Sabah dan menikmati cendol dengan aiskrim. Unik!
Lada Burung, Garam dan Limau Purut. Sepatut ada cuka sekali. Uniknya sampingan ni hanya dijumpai di Sabah je
Masih sempat jumpa nasi lemak dalam bungkusan daun macam ni. Seringgit 1 :)
Gulai Kawah di Restoren di Shah Alam
Tweet
Labels:
interest
Wednesday, May 23, 2012
Ulasan: Licik (Tipu dan Lari)
Judul: Licik
Penulis: Sham Hashim & Julie Anne
Penerbit: FIXI
Halaman: 272
Pertamanya; tahniah buat Sham Hashim dan Julie Anne atas kolaborasi mengangumkan tika menghasilkan Licik. Licik seperti sebuah nuansa Robin Hood dahulu kala, memporak perandakan mereka yang kaya dengan jalan yang salah. Bezanya, kekayaan yang mereka perolehi adalah untuk diri sendiri tak berkongsi dengan rakyat jelata.
Satu perkara yang aku gemar tentang Licik selain plotnya yang pantas adalah watak-watak ciptaannya. Semua watak dalam Licik ada momen yang sangat dreadful. Hidup lepas dah miserable. Alias, Fira, Sadik, Rais, Taufik, Khairi hatta Saliza mempunyai masa silam/sejarah yang menyakitkan. Penulis menyuntik elemen humanity dalam setiap inci karakter yang dicipta menjadikan Licik sebagai satu bonus pembacaan kerana perkembangan watak-wataknya yang sangat terkesan. Jahat bukan sebarang jahat!
Permainan Alias-Fira-Sadik sangat menjadi sehingga aku tenggelam dalam beberapa plot maha Licik yang diatur mereka. Fira menggunakan figura femme fatale (satu figura character kegemaran aku) dimana Sadik pula sebagai mastermind yang bijak. Few hilarious punch lines, ciptaan nama watak yang menggegar geletek selain ironinya beberapa situasi Licik agak sama dengan situasi sebenar menjadikan Licik tidak hanya sekadar sebuah fiksi.
Licik boleh dikategorikan sebagai bacaan must-read untuk tahun ni. So, go grab your copy now!

Ulasan Novel
Tuesday, May 22, 2012
Shortie: Lorong
Langkahnya sangkak bila tiba pada lorong sepi itu. Lorong itu tidak mati. Sebaliknya ada seorang penagih sedang high, duduk terkangkang sambil memerhati bulan dan bintang yang berserak di dada langit. Dua pelacur duduk bersimpuh atas hamparan kadbod kotak-kotak lusuh sambil meliuk-liuk kepala. Ada lelaki berdiri tercegat dihadapan mereka dengan mata terpejam. Rokok di tangan masih menyala. Tika dia menghembus kepul asap itu, puncak nafsunya hampir tiba.
Dia melewati dengan selamba tatkala desahan lelaki itu makin kencang disertai dengan tubuhnya yang terkejang-kejang. Dia harus cari spot. Bukan memikirkan aksi blue yang ditontonya tidak rela. Bungkusan berbalut di tangan dikendongnya tidak berarah. Dia menghayun langkah gontainya. Kelengkang masih terasa basah. Hanyirnya tak usah cerita. Usah peduli kerana ada sesuatu yang lebih penting untuk diuruskan!
Dia tiba di satu sudut berpetak. Plastik hitam berkumpul disitu. Pad dengan rona hitam legam sudah kering merata-rata. Botol bir pecah juga tak terkira banyaknya. Polisterin dengan makanan basi juga sudah mengeluarkan aroma busuk menggila. Baju-kain yang sudah tercarik juga bersepah-sepah.
Hakikatnya, tempat itu kotor.
Pedulikkan.
Bukti di tangan harus dilupuskan.
Bukti ini harus lesap.
Bukti ini petanda malang masa depan.
Bukti ini menyusahkan!
Dia menyelak sedikit bungkusan itu. Masih merah. Sekejap karang bungkusan itu bergerak-gerak. Mungkin sebab cuaca sejuk. Dia pandang wajah itu dengan terpaksa.
Aku terpaksa. Kau akan mengerti nanti!
“Kau nak buang dia?”
Perempuan itu berpaling. Ada susuk berdiri dengan lenggang tak jauh dari longgokan busuk itu. Susuk itu melangkah. Atur dua kaki panjangnya pada high heels yang mengancam. Susuk itu tinggi. Pakaiannya juga seksi. Kain pendeknya berbelah di tepi, menampakkan betis separa dicukur tak sekata. Bila neon menyimbah wajahnya, terserlah raut yang di oles tebal, siap sekali dengan bulu mata palsu dan bibir merekah merah menyala.
“Kau tau tak perbuatan kau salah?”, soalnya lagi. Perempuan itu memandangnya tajam. Pondan ini tak layak nak hukum aku!
“Aku tak mahu besarkan dia kalau dia tahu sebenarnya dia anak haram!”
Pondan itu tersengih tidak jelita.
“Henjut pandai! Bila dah keluar benihnya main buang macam sampah?!”
Suara pondan itu bertukar nada. Perempuan itu menjegil mata.
“Lelaki tu nak bertanggungjawab pada mulanya! Jadi aku percaya. Tapi dia lari. Jadi aku harus dipersalah?”
Pondan itu mengilai tertawa. Pada mulanya, baghal! Mula-mula bolehlah dia janji nak bawak kau pergi bulan, beromen kat sana!
“Kenapa bangang bagi semua dekat jantan? Kenapa harus layu dengan pujuk rayu jantan? Jantan dah dapat madu kau, dia buang la kau bersepah sepah macam pad tu!”, jerkahnya lagi menjuih bibir pada pad hitam legam yang sudah lama terbuang di longgokan. Perempuan itu tak mati akal.
“Aku sayang dia! Jadi aku percaya!”
“Sayang kau dah dipermainkan. Percaya kau dah dibuang jauh dalam longkang. Kemudian pada anak tak bersalah ni yang kau nak jatuhkan hukuman?”
Perempaun tu terasa bagai ditampar. Pondan itu menyambung lagi.
“Kenapa rasa sayang kau harus dibazirkan dengan sesuatu yang tak guna? Kau dah buat salah. Kau nak seksa hidup kau dengan membunuh pulak? Hidup ni boleh tak jangan mudah memberi?”
Perempuan itu bungkam.
Dia bersuara kemudian.
"Kenapa perlu aku sorang dipersalahkan?"
Pondan itu membalas hemah.
"Hidup selalunya begitu. Perempuan tanggung malu. Lelaki tau main. Lepas tu hilang macam celaka! Tapi percayalah, Tuhan dah siap-siapkan 'bahagian' untuk dia"
Pandangannya dikalihkan pada renungan si pondan yang betul-betul ikhlas.
“Kau jangan ingat semua manusia lorong ni jahat. Aku dah ada bukti pun. Kau sendiri. Tentu kau bukan dari lorong ni, kan?”
Perempuan itu angguk bena tak bena. Bungkusan di pangkuannya masih dipandang tak berkedip mata.
“Berilah dia peluang untuk hidup. Dia layak untuk dapat kehidupan!”, pondan itu berkata lagi sebelum berlalu meninggalkan perempuan itu yang semakin keliru. Keliru dengan masa depan yang samar. Penerimaan masyarakat yang dah tentu-tentu mencemuh atau persoalan yang bakal ditanya bila benda di pangkuannya itu membesar kelak.
Pandangannya beralih.
Ada seekor ibu kucing menyusukan empat ekor anaknya dengan penuh kasih sayang…

Monday, May 21, 2012
Segar!
Tempat fevret makan2 ni sedapnya di MidValley je.Kat Suria KLCC macam hampeh!
Isnin menjengah. Whatever you say it, isnin biru ke, isnin hitam ke, cuba tukarkan isnin tu kepada isnin merah.
Lihat aku pedulikkan I- isnin-huruf kecik? Laws are meant to be broken! Ha ha ha
Blog lama sungguh tak dikemaskini. Banyak juga tertinggal bacaan entry2 readers. Sibuk dua tiga menjak pada sesuatu yang merubah kehidupan. Ewah! Apakah? Nantikan!
# Umur dah jengah setahun lagi April lepas. Kawan-kawan dah tunang. Ada yang dah kahwin beranak pinak pun. Congrats. Jangan ditanya bila masa aku. Tuhan sedang aturkan yang terbaik buat aku, jadi follow the flow. Buat masa sekarang, aku nak kumpul duit. Kumpul harta. Jumpa yang sesuai, terus sambar. Boleh?
#Blog layout dah tukar.Saja nak bagi putih bersih. Suci nok! Ha ha ha Few slot juga ditambah macam Cerituit aka cerita twitter. Akceli aku mengagumi bro Ajami Hashim dalam menghasilkan CerpenTwitter dan Cerituit adalah satu usaha aku untuk hasilkan cerita terpendek dengan bilangan aksara yang limited. (khas buat cerita-cerita pendek gilababeng) disiarkan setiap Khamis/Sabtu atau sukahati aku nak siarkan hari apa.
#Mood update kembali. Esok shortie akan disiarkan. Ada yang tanya. Tak nyesal ke tulis cerita free-free kat blog. Jujur aku tak kisah pun. Aku suka. Ia menajamkan skill penulisan aku, tak gitu? InsyaAllah hujung tahun ni sesuatu yang bagi aku gempak akan terjadi. Harap umur panjang. On the other hand, satu lagi mini siri menjengah menjelang hujung tahun ni. Judulnya “Gemersik”.
#Terimas new followers. Sorri tau tak singgah jengah entri korang.
#Cuba mencari rentak yang sesuai dalam kerjaya and again, Tuhan tahu apa yang terbaik buat aku:)
ps: Lama tak tengok wayang. Aim tahun ni tentulah Hanyut, Azazil, Snow White and the Huntsman juga The Hobbit.
Labels:
interest
Saturday, May 19, 2012
#Cerituit3
**
#Kembali berupdate Isnin nanti
#Akhirnya selesai pada satu perjalanan panjang 2006-2012. What a relief!! Terima kasih for those who are giving me "an opportunity of a lifetime"

cerituit
Tuesday, May 15, 2012
Desperate Housewives: Kucupan Terakhir
Aku tahu ramai lelaki tak tonton dramedy ni, but I don’t really give a damn about that as this series had improve my speaking skills a lot!
Aku bercakap tentang siri Desperate Housewives yang sudah menamatkan siarannya pada semalam, menjadikan ia 180 episod. It ends with classy and dignity!
Macam mana aku ikut terjebak dengan siri ini? Ia bermula begini.
Siri ini ditayangkan di Channel 5, Singapura setiap Isnin 10 malam. Aku tak follow sebab entah apa-apa entah ceritanya. Ia bermula setahun selepas tu, lepas aku beli sendiri DVD complete season 1 dan 2. (Ada sale DVD murah kat Prangin Mall, Penang. Jadi aku ambil kesempatan itu)
And after that, kegilaan aku terhadap 4 surirumah terdesak ini makin bercambah. Susan yang adorable tapi clumsy, Lynette yang bijak, Bree yang reti serba serbi kerja rumah dan Gaby yang seductive dan seksi. Mary Alice sebagai narrator yang dah mati sebab bunuh diri.
Housewife fevret tentulah Bree!!
Terlalu banyak momen2 dalam Desperate Housewives yang aku ingat macam kematian epic Edie Brit yang terlanggar tiang letrik lalu electrocuted dan kematian Mike Delfino yang ditembak.
Sedikit scene-scene dari episod 23: Finishing the Hat

Wisteria Lane; U gonna be missed!
Kudos Marc Cherry. Harap pasni tolonglah wat movie macam Sex in the City tu yah!
2004-2012: Remarkable Year
Kudos Marc Cherry. Harap pasni tolonglah wat movie macam Sex in the City tu yah!
2004-2012: Remarkable Year
Sedikit scene-scene dari episod 23: Finishing the Hat
Susan moved out from the lane whereby she's been watched by ghost of Wisteria Lane (individu yang pernah wujud dan dimatikan dalam siri ini)
Labels:
desperate housewives
Subscribe to:
Posts (Atom)
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED