Monday, February 28, 2011

MAM: Nasi Goreng Cincai

Salam Isnin.

Harap semua sihat-sihat.

Dua hari cuti yang tak berapa nak cuti bagi aku sebab banyak kerja nak kena settle kan.

Demi memenuhi tuntutan hidup lah katanya.

Kesibukan selalunya akan membataskan kita untuk makan, especially yang duduk rumah sendiri dan malas hendak keluar makan atau mungkin pilihan di luar tak banyak, maka makan di rumah lagi selesa.

That’s the truth about human. Sometimes, permintaan kita tinggi, tetapi sumber yang terhad.

Eh…eh macam ekonomilah pulak

Yolk ni..kuning sungguh


Terus kepada point utama. Harini nak berkongsi rasa resipi paling senang di dunia. Jangan tutup mata, sebab kalau tutup mata, confirm tak jadi.

1 pinggan nasi. Untuk makan sorang. (Buat sorang-sorang sudah)
2 biji telur, pecahkan, pukul
1 biji bawang kecil, kupas, hiris
2 tangkai cili padi
3 ekor ikan bilis, bersihkan
Serbuk garam dan perasa

Simple, kan?

Meh tengok camne cara pembuatannya

1)Disebabkan bahan sikit, so tumbuk guna lesung batu pun cun jugak. Hancurkan bawang kecil, cili padi dan ikan bilis.

2)Dah sudah tu, panaskan kuali, bubuh minyak

3)Tumis rempah yang dah dilesung batukan tu (LOOOL)

4)Kacau lawa-lawa atas kuali, lepas tu bubuh nasi sepinggan tadi
Kacau lagi. Dah rata, bolehlah bubuh garam sikit, serbuk perasa sikit.

5)Kacau lawa-lawa. Lepas tu bubuh telur yang dah dipukul ke dalam nasi .

6)Part ni kena sentiasa kacau sebab telur mempunyai sifat coagulation yang tinggi bila dikenakan pada suhu yang panas. Tu sebab dia melekat atas kuali.

7)No worries, just kacau je dalam 5 minits.

8)Hidangkan atas pinggan arkopal yang cantik

Sedap kan? Cepat, mudah dan ringkas! Cubalah!!:))

‘memang masak orang malas’ muahahahaha

PS: Oscar harini ya.Hurmm ok my prediction will be like this:

Best Film: The Social Network
Best Director: David Fincher-Social Network
Best Actor: Javier Bardem- Biutiful (Walaupun aku akui persembahan Colin Firth-The King’s Speech memang hebat tak ingat)
Best Actress: Natalie Portman- Black Swan
Best Supporting Actor: Christian Bale- The Fighter
Best Supporting Actress: Melissa Leo- The Fighter

Sunday, February 27, 2011

Keramat Lima: 47 Seconds Promo



Promo untuk siri terbaru, Keramat Lima, disiarkan pada 5 malam berturut-turut, bermula 1 Mac 2011, jam 7 malam

Terima kasih kepada 5 blogger yang turut bersama-sama berkongsi pengalaman mereka.

Untuk korang, jangan lupa baca, Ok!

Background music: From A Motion Picture of 'Black Swan'

Friday, February 25, 2011

Sarapan Pagi, Jom!

Gambar ihsan google


Salam Jumaat

Berapa kerat dalam membaca page blog ni sudah bersarapan pagi?

FYI, sarapan pagi adalah pengambilan makanan yang sangat penting dalam rutin harian Justify Fullseseorang manusia kerana pada waktu pagi lah tenaga mulai dijanakan dengan sepenuhnya.

Kira full of energy la nih

Tinggal di Malaysia sememangnya menawarkan pelbagai jenis makanan. Variasi sarapan pagi selalunya menjadi pilihan ramai warga Malaysia.

You name it, kita ada nasi lemak, lontong, roti canai, kuih muih, mee goreng, etc

Perlu diingat, pengambilan sarapan perlulah pada kadar kuantiti yang sepatutnya, sekadar mengalas perut untuk menjana tenaga, bukan makan menimbun lepas tu mata mula lah surrender untuk buat kerja ataupun nak study. Mulalah menguap sebab mengantuk.

Ambillah sarapan yang berkhasiat. Di pasaran kita ada pelbagai jenis minuman pagi yang menyihatkan seperti Milo Fuze, Nesvita hatta QuackerOat. Nak prepare pun senang. Macam biasalah, pengambilan sarapan yang berlebihan selalunya akan menyebabkan kandungan karbohidrat makin bertambah dan kandungan gula dalam darah mula tergedik gedik nak bagi kita penyakit.

Sayangi diri sendiri.

Sometimes, terma ‘eat all you can’ dah tak releven dah sekarang. Consequences nya dah semakin teruk. Terma ‘think before you can eat’ tu aku rasa lebih sesuai. Muehehehehe

Faizal Sulaiman:--> Skemanya entry harini..Macam batu! Lantak la ko labuu

Teaser dua, Keramat Lima. Ahad ni, InsyaAllah promo video plak selain siapakah 5 blogger yang sudi berkongsi pengalaman seram mereka:)

Thursday, February 24, 2011

Erti Sejati


Salam

Kebelakangan ni fikiran kusut memikirkan draf kertas soalan yang perlu disiapkan. Biarlah buat awal-awal pun. Nanti senang.

Malam tadi selepas Maghrib, aku menonton siri kegemaran Desperate Housewives musim ke tujuh. Mungkin dah tak reliable, bila muncul siri-siri baru yang lebih segar macam remake Hawaian Five-O , Vampire Diares ataupun Glee.

Episode malam tadi ditunjukkan tentang seorang sahabat yang sekian lama menyukai salah sorang housewive ni, semasa zaman high school mereka, datang untuk mendermakan organ buah pinggang kepadanya.

Disambut dengan rasa teruja, suri rumah tu menerima tanpa ragu yang akhirnya membawa kepada pembongkaran yang doner tu memang sayangkan dia sebagai kawan. (yang akhirnya bertukar sayang, lebih pada kawan--->ignore part ni, ok.Tak penting)

Truth yang jarang kita jumpa dalam tahun mendatang seperti sekarang.

Ramai diantaranya lebih suka mengambil kesempatan. Kita mungkin ramai kawan, tapi berapa kerat yang sanggup bersama susah dan senang?

Adakala terma ‘close friend’ tu kedengara agak bullshit, sebabnya jarang di aplikasikan jika situasi genting berlaku.

A few questions always look up on my mind:
1) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau aku sudah tak ada duit?
2) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau muka aku sudah hodoh?
3) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau kaki aku sudah cacat?
4) Nak ke kawan aku berkawan dengan aku kalau aku gemuk dari asalnya kurus?

Masa kita sunyi, masa kita memerlukan seseorang, masa kita perlukan bahu untuk menangis sama…

…..berapa orang yang willing to hear our problems?.....

Ada jenis pula suka bertanya khabar, call untuk berbual mahupun chat bila adanya masa terluang.

Jika ini terjadi, kau tolonglah jaga hati kawan tu. Paling tidak pun balas mesejnya ke atau kau sendiri yang memulakan langkah untuk berbual, tak payah nak tunggu dia yang asyik-asyik bertanyakan khabar.

Selalulah give and take pada kawan yang betul-betul hargai hidup kita.

Walau apapun, buat teman-teman yang pernah hadir dalam hidup, memberi bantuan tak kira waktu, sokongan, kewangan, keceriaan dan kegembiraan, aku hargai jasa kau orang semua.

FaizalSulaiman:--->Ah sudah!! Writer's Block lagi..Kena cepat-cepat overcome neh!

Wednesday, February 23, 2011

Batuk. Throat Yang Sore!

Hah ambik! Semangkuk besar tomyam. Korang ada?hahaha


Salam
Bukan sore (petang) okey.

Tetiba teringat lagu ‘Diambang Sore’, irama elektronik yang digunakan semasa projek box kayu Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga.

Buat box, lepas tu kena buat sarungnya pakai kain-jahit-jahit.

Aduyai. Aku fail bab jahit menjahit nih!

Forget about that. Ni nak berkongsi sikit tips penyakit yang selalu menyerang manusia.

Batuk.

Batuk ni terjadi selalunya bila terdedah pada cuaca tak menentu, tekak kering, tak mendapat air yang mencukupi, habuk, mahupun berjangkit dengan orang lain.

Few weeks lepas, kesibukan melanda. Jadual makan tak teratur. Jadual bersenam apatah lagi. Muka jadik bulat. Lemak dah bergendang dan menari pada daerah penggemukan. Muehehehehe. Madah bagai..

Pokoknya, segala benda aku ambil dengan kadar yang tak terkawal, jadi perubahan itu terjadi. Mula-mula tekak perit. Panas semacam. Aku minum segelas air masak sebelum tidur, lega sikit lepas tu.

The thing is, penyakit ini akan datang lagi kalau tak bendung. Hidung mula nak running dengan hingus. Seriously, aku tak suka keadaan macam ni selain tonsil membengkak lalu menghasilkan suara tikus yang….sumpah…huduh bila mendengarnya! Ha ha ha ha

1) Bila sore throat, lekas-lekas minum air masak. Kalau boleh botol by botol. Dalam kuantiti banyaklah. Selain menambah bendalir dalam badan, membantu sistem perkumuhan, ia baik untuk menjana hari yang lebih sihat selain kurangkan gula dalam makanan. Al maklonglah, gula dah naik sekarang:))

2) Take a real good sleep. Sore throat terjadi mungkin disebabkan tidur yang tak mencukupi. Tidur sempurna adalah pada skala 8 jam. Awas, jangan tidur pulak kat tempat kerja, okey

3) Elakkan makanan berminyak. Ambil tomyam atau sup ayam. Pekena dengan sambal kicap pedas pun sodap! Membantu kerongkong menangani masalah batuk. Padankan dengan teh O suam. Ia membantu sore throat, lebih-lebih lagi bila dah tonsil.

4) Jangan sesekali ambil minuman berais. Makin sejuk, makin kuatlah batuk kau tu. Plus, jangan ambil kekacang. Lebih-lebih kacang yang ada habuk kulit macam kacang cap tangan tu. Selain ada toxin, penggalak kepada batuk, ia mempunyai angin yang agak kuat. Kalau tak tangkap kat punggung (kentut), ia akan menyerang kepala, menghasilkan sakit kepala.

5) Jika semakin worst, berjumpalah dengan doktor. Batuk terlalu banyak menyebabkan kerongkong cedera atau berdarah. AWAS, jangan sampai leh mencederakan kotak suara.

Cukuplah lima.
Ini cadangan beberapa teman selain pandangan orang-orang tua jaman dulu kala. Tak ada rujukan spesefik. Fakta-fakta saintifik tu aku tambah sendiri berdasarkan pengetahuan makanan yang aku tahu.

Cegah sebelum teruk.

Batuk ni seksa. Kalau sekali batuk, nak bercakap pun susah. Apatah lagi kalau terbatuk dekat dengan orang. Konfirm jadik hantu kak limah!

eh..eh

Konfirm jangkitlah batuk tu!

ps1: Lama tak tulis entry santai lepas kepala macam ni. Kalau tak, entry tegak aje macam batang kayu

ps2: Aku dah start batuk. Walaweh! Tapi mampu melalak dengan lagu ‘Cinta Kristal’. Ambik inspirasi Kak Limah hoiiii!!!

ps3: Yeah! Header baru yang…gothic.wakakakaka

Tuesday, February 22, 2011

Dari Lagenda, Mencipta Bintang: Burlesque Review


Salam

Burlesque dihasilkan dengan penuh rasa inspirasi!

Premis cerita ini ringkas! Macam kau tonton filem inspirasi-gadis-kampung-ke-bandar-nak-jadik-penyanyi-lepas-tu-lupa-diri-sekejap-lepas-tu-insaf-lepas-tu-malatop!

Simple aje kan?

Despite of that, Burlesque (yang memenangi Filem Muzikal Terbaik untuk Golden Globe bebaru ni) mempamerkan ciri muzikal yang sederhana tetapi cukup sifatnya.

Usah dibandingkan filem ni dengan filem muzikal seperti Moulin Rouge ataupun Chicago kerana keduanya jauh lebih bagus.

Dari segi lakonan, Christina Aguilera mempamer mutu lakonan meyakinkan melalui watak Ali (nama sebenar minah ni Alice) yang bekerja separuh mati di restoren yang membayarnya dengan sangat ciput. Nekad, dia berpindah ke bandar sebab nak cari peluang lebih baik selain mengejar impian nak jadi penyanyi.

Cher pulak? Hurmm…

Aku tak tahu kalau ada peminat Cher dalam blog aku ni, tapi persembahan Cher agak menyedihkan. Muka sangat plastic selain kurang penghayatan emosi. Peranannya sebagai diva kelab tak ubah seperti primadona desperate yang tunggu masa nak pencen.LOL!

TRIVIA: Cher tercalon dalam katergori Worst Supporting Actress untuk Razzies Award! Muehehehe. Amek ko!

Dia marah ke, suka ke, sama aje ekspresinya. Pemenang Anugerah Akademi ni memberikan persembahan biasa-biasa saja

Vocally, this two singers memang nail it to the maximum point. Kudos to Christina kerana memberi persembahan bertenaga dalam lagu ‘Show Me How You Burlesque’. Teknik vocal growling dan runs yang dipunyai oleh Christina memang mantap to the max. Susah okay nak buat teknik growling dengan runs nih! Seksa!

And guess what, ada few scenes yang aku tonton menyamai musical filem Chicago!!

Walaweh!

Up next: The King's Speech:)
Ralat: Filem ni memenangi 'Best Original Song' untuk persembahan Cher di Anugerah Golden Globe:) Maap yek:)

Monday, February 21, 2011

PERAM: Apasal Malas?


Salam

Edisi pertama PERAM pada tahun 2011.

Ada antara kita digolongkan dalam katergori ‘warganegara malas’!

Jangan freak out dulu. Baca bagi habis sebelum nak jatuh hukum.

Baca pada situasi yang aku tuliskan di bawah:

Keadaan di depan bank, especially di ATM Machine. Apa yang boleh kita lihat selain mesin cucuk duit gedabak tuh?

For sure.., SAMPAH!

SAMPAH daripada receipt roll paper yang keluar dari ATM tak kiralah samada nak cek baki atau nak tahu current savings selepas membuat withdraw.

You see, culture kita begitu agaknya.

Lepas aje ATM keluarkan roll paper tu, sehelai, some warganegara yang tak bertanggungjawab ni main buang aje kat tepi-tepi teller machine tu dengan muka yang tak bersalah.

Sumpah! Aku macam nak baling kasut uncle Mc Donald ke muka dia!

Hello? Ada tong sampah dekat sebelah kau tu. Masuk dalam tu tak boleh ke?

This is the habit yang paling aku tak berkenan. Kadang-kadang kalau tak ada pekerja bandaran yang sapu, bersepah-sepah roll paper tu memenuhi lantai, depan premis bank! C’mon! otak ada, tolonglah guna.

Berhemah lah sikit!

Itu belum tengok lagi kat pasaraya. Bersepah troli dekat parking kereta sebab tak mahu hantar ke tempat asal troli tersebut. Malas gila!

Mana kesopanan dan kesusilaan?

I mean, tahulah dah ada pekerja yang buat semua benda tu, tapi tu kan apart of tanggungjawab juga!

Faizal Sulaiman:--> Tekak perit! symptom nak batuk dan kemungkinan efek pada tonsil. Allah…

Friday, February 18, 2011

Warna Sebenar Blogger: Aku Hargainya!


Salam

Terjebak dalam dunia blogger ini memerlukan satu pengorbanan yang bukan sedikit.

Iyalah, spent masa sikit sebab nak update entry, selain adakalanya perlu memikirkan apa yang ditulis itu perlu dibaca semula sebelum menekan butang publish.

Ya, kau orang punyai blog masing-masing dan masing-masing layak menulis apa saja terlintas di fikiran.

I mean you didn’t pay on what you write, kan? So sebab itulah a few bloggers claim, ‘ini blog aku, so aku punya sukalah’

But hey, wait a sec.

Apa yang kau tulis tu, dibaca followers. Some might hate, some might adore it.

Itu hak individu. Kita tak boleh paksa orang suka tulisan kita.

Sometimes, menjadi freelance writer ni membuatkan aku perlu menulis sesuatu yang tidak membazirkan masa pembaca, membacanya. Even kau orang yang sedang membaca entry ni pun, sudah bubuh kurang lebih lima enam minit untuk satu-satu blog.

Aku hargainya, ok!

You all know, aku jenis kaki update setiap hari, almost and from that moment, selalunya aku akan cuba elak menulis sesuatu yang wasted.

Readers sekarang sudah semakin bijak sebabnya banyak blog tumbuh macam bintang-bintang rancangan reality TV. Opsss.hahaha. Depa tahu menilai mana satu bacaan yang okey ataupun tidak.

Jangan sesekali menulis sesuatu isu semata-mata mahu mendapatkan traffic yang tinggi. Tulislah berdasarkan fakta selain mencambahkan idea supaya ianya tidak membosankan. Jangan malas mengolah. Followers tak ramai, tak apa. Asal ada loyal reader yang membaca dan meninggalkan komen untuk setiap entry yang kau orang tulis tu.


Jadilah diri sendiri ketika menulis. Hey, identity sendiri lebih mudah mendapat perhatian daripada copycat, ok

Jadilah macam resmi padi. Semakin berisi, semakin tunduk

ps 1: Button badge yang ada empat tu masih berada dalam simpanan. Tengah memikirkan bentuk giveaway yang paling sempoi gila!

ps 2: Beberapa hari yang agak sibuk. Tapi masih berkesempatan menonton muzikal ‘Burlesque’. Nanti aku review.
my ver of Dalam Gerimis. Kalau aku menang kontes Zaki, aku nyanyi full.muehehehehe
ps:aku acah je bro!!hehe

Thursday, February 17, 2011

Bahasa Filem Yasmin: Review Muallaf


Salam

Pengarah seorang ni dah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

AlFatihah.

Aku akui, filem Yasmin dibikin bukan mengikut arus komersil lalu menghasilkan untung berjuta. Lihat saja filemnya terdahulu seperti Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime dan Mualllaf. ( Can’t believe it, I watched all)


Filem Yasmin bergerak atas landasan seperti filem Timur Tengah yang dah aku tonton seperti Father, Red Shoes dan Osama. Ketiga tiganya aku lemparkan lima bintang setiap satu.

Paparan isu kemanusiaan yang sangat jelas, menggambar reality hidup manusia.

Berbalik pada Muallaf. Ya! Aku baru menontonnya setelah punyai masa yang sangat luang!

Ia sebuah filem yang berat kupasannya. Ana dan Ani lari rumah, bapak hawau, kaki disko—literary terlalu keduniaan dan tak boleh menerima anaknya terlalu beragama selain tak boleh blah yang si bapak membenci arwah emak. Dua beradik duduk di banglo bertemu seorang cikgu (Brian) yang dah lama melupai agamanya. Ani plak berkelakuan pelik disekolah. Selalu sebut kombinasi nombor dengan ayat.

Walaupun Yasmin seolah meletakkan campuran beberapa surah dan ayat (especially from Bible, Kitab Tao Cheng dan Al Quran) ketiga-tiga kitab ini memperjelas manusia supaya berbuat baik, berkasih sayang dan setiasa percaya wujudnya Allah, Kematian dan Hari Akhirat.

Mungkin sudah kebiasaan Yasmin memulakan setiap cerita dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim dengan pelbagai translation. Gerak kamera pada sudut rumah dan sekitar lokasi, tanpa music latar dan dihiasi dengan bunyi-bunyi alam. Resipi Yasmin yang sangat memikat.

Tak perlukan bajet berbilion, Muallaf hadir sebagai hadiah terakhir Yasmin dengan tema kesukaan pengarah ini : kasih sayang:

No wonder Syarifah Amani diiktiraf dalam filem ni. Karakternya sebagai working girl yang sangat melindungi adik perempuannya, dari ancaman ayahnya yang kejam berada pada kelas yang tersendiri!

Monday, February 14, 2011

Teori Pelanggan Sentiasa Betul Adalah …Bahagian Dua: Pelanggan

Tengok mashed potato tu.Perghh tergugat napsu!

Salam Isnin

Jangan nak menggatal celebrate ‘Valentine’s Day’. Hari-hari pun kau orang boleh berkasheh-shayang.

Ini adalah respon kepada entry lepas. KLIK UNTUK MEMBACA

Pelanggan hadir dalam sesebuah perniagaan adalah untuk memberi keuntungan. Standart la business orientation, mana-mana pun mahu pulangan modal berbalik semula.

Hendak pula pelanggan zaman sekarang yang lebih bijak selain tahu dalam segala hal, per say latar background yang berbeza dan educational level yang semakin decent.

In other words, pelanggan sudah semakin berakal. Mereka tahu apa yang mereka beli, kualiti sesuatu barangan selain relationship harga VS produk yang perlu mereka ketahui. Needs and wants yang semakin lama semakin dipenuhi.

Namun, erti kata ‘customer is always right’ kadang-kadang perlu dirujuk kepada pelbagai aspek. Memang pelanggan sentiasa betul, tetapi pelanggan tahu kah yang dirinya betul?

Berikut, beberapa perkara perkhidmatan yang selalu kita ambil mudah:

1) Makan Buffet: Buffet style eating adalah dengan beratur, take turn kemudian isi makanan dalam plate yang disediakan. Eat all you can, katanya. So why some customer still wait for waiter and waitress untuk serve diorang? Nampak meja buffet, pandai-pandai sendirilah. Tugas waiter/waitress cuma mengisi air, selain menggantikan fork and spoon yang tersalah guna.

2) Cashier Counter: Selalu berlaku di kaunter ekspress. Barang yang limit boleh di bayar di kaunter ini. Tetapi kenapa masih ada sesetengah yang baghal, masih menyorong satu troli penuh untuk dibayar? Alasan nak cepat, tak boleh pakai! You must know the rules!

3) Ordering Food: Salah order makanan, kemudian nak salahkan waiter. WTH? Lain kali semak sebelum order di hantar ke dapur.

4)
Makanan habis disebabkan peak hour: Selalu terjadi di Fast Food. Nak order hot and spicy KFC, tapi habis. What is your action? Yelling? C’mon la. Sangat tak berpendidikan nak maki hamun orang disebabkan ayam habis. Nak makan ayam sangat, beli pek Ayamas di fast food—section frozen food, balik rumah goreng, makan puas-puas. Kena tahu bila masanya peak hour dan tidak. Makan apa yang ada, sudah!

5) Makanan lambat sampai: Rules ini kena ingat sampai la bila-bila. First, kau orang tengok kedai dulu. Kalau penuh, pilihan kau ada dua je. You seat, or you leave. Kalau tunggu dan masih nak order makanan kat situ, you can do it, but the consequences, kau kena tunggu makanan sampai. Lambat lah sikit. Tapi jangan sesuka hati nak maki hamun waiter tu sebab lambat hantar makanan kau. Panggil dengan beradab. Tanya kenapa makanan tak sampai lagi. Kalau rasa tak tahan tunggu, angkat kaki. Tak perlu nak cerca sebab waiter pun manusia, ada hidung-mata macam kau orang juga.

6)
Jangan biar tertunggu: Jika masih memesan makanan, JANGALAH SESEKALI MEMBIARKAN PELAYAN MENANTI pesanan kau orang. Ini tak. Masa nak order tulah, sibuk bercerita itu ini. Waiter yang tunggu, makin lama makin berasap. Tenung menu macam nak koyak kertas menu card tu. Benda ni selalu jadi. So, kalau nak memerlukan masa, cakap dengan waiter tu. Jangan biar dia berdiri terpacak semata-mata nak tunggu pesanan dari kau orang. Tak baik ok buat orang macam tu.

That’s it!

Sekadar perkongsian ilmu. Kita semua pelanggan dan dalam kehidupan kita ni, kita tak lepas dari berbuat silap. Sebagai orang yang dah terlibat dalam industri perkhidmatan, I barely know how does it feels bila kena maki hamun dengan customers. We try to serve our best, tapi bila our effort semacam tak dihargai, it so damn sad. Pathetic gila kot!

Tak salah nak lempar senyuman pada waiter/waitress ni. Say some kind words like thank you or some good body gesture. It some sort of giving present to them selain motoivate them to work harder!
Justify Full
Best of try, folks!



Gandingan "Cun" Maya Karin dan Remy Ishak. Akan Datang 2011.
Well, Maya memang cun!!

Sunday, February 13, 2011

Pandang Belakang


Salam

Ahad yang sudah menghampiri hujungnya. Hujunglah sebab hari sudah petang.

Mengimbau kembali Ahad-Ahad yang lepas, terutama waktu sekolah dan sesi perkuliahan di Universiti beberapa tahun sudah--menjanjikan suatu memori yang paling tidak terganti.

Mana nak gosok baju, mana nak siapkan kerja rumah, mana nak mengemas buku---perbuatan yang jelas untuk memastikan perjalanan ke sekolah esok harinya tidak terganggu macam stoking cari tak jumpa pada pagi Isnin and my late mom-akan-membebel -sebab -aku -tak -siapkan-awal-awal.

Padan dengan muka aku, kan?

Bila dah bekerja, hari Ahad selalunya dirai dengan penuh kenikmatan, per-say duduk lepak di rumah sambil tonton Nona. Wakakakakaka..

Literary means, Ahad selalunya disimpan sebagai hari rileks sebab quality times cause we get so few of them, right?

Hendak-hendak yang memang kena bekerja pada hari Sabtu. Sesuatu yang membazir kalau keluar rumah hari Ahad tanpa hala tuju--melainkan ke kenduri kendara majlis majlis kahwin.

Ahad beginilah aku nak menghabiskan masa dengan mencari waktu tidur yang berkualiti. Bukan kuantiti yang dicari. FAKTA: Kalian bukan tidur (sleep) jika tidur itu hanya memakan masa 6 jam. Itu dipanggil Nap. Tidur, secara teori mengambil masa selama 8 jam.

Tapi bila petang, aku akan fikir..

Bila lagi aku nak dapat Ahad yang berkualiti macam ni? Muehehehehe

Selamat menghabiskan baki Hari Ahad!

Promoting new five episodes horror mini series: 'Keramat Lima'.
Akan Datang.



TRIVIA: This is the first series in 2011 selepas aku menulis siri seram 'Seru' (Jan-Feb 2010) dan kolaborasi 'Loro:Jilbab Chendana' (Ogos-Nov 2010)

Saturday, February 12, 2011

Tips: Elakkan Menganggur Selepas Tamat Belajar

Membayangkan kalau aku join Fast Food Field. Mesti aku bizi gilababang..


Salam

Cuti-cuti ni buat apa je?

Minggu ni agak sibuk dengan pelbagai kerja selain meeting. Tak apalah sudah rezeki, bukan?

Seperti yang kita tahu, setiap tahun kadar penganguran pelajar lepasan institut pendidikan tinggi awam atau swasta semakin meningkat due to bilangan pelajar semakin lama semakin ramai.

Ditambah pula dengan kadar ekonomi kita yang tidak menentu. Nah, disini aku sediakan beberapa tips untuk pelajar tahun akhir atau mana-mana pelajar yang bakal menamatkan pengajian mereka tidak lama lagi.

Aku tahu, bergelar pelajar di Institut pengajian tinggi merupakan moment paling seronok sekali. Tapi…sampai bila kita nak tinggal disitu kan? Sampai masa kita perlu bergerak sendiri:)

1) Start buat resume ataupun curriculum vitae ( CV). Make sure resume korang dalam keadaan neat, tidy and always Keep it at minimum Simple. Maximum pages selalunya 2-3 muka surat. In addition, resume kalian mampu MENERUJAKAN bakal employer. Tak perlu menipu dalam proses memasukan maklumat dalam resume sebab setiap aktiviti perlulah dibuktikan dengan sijil. Kalau nak bubuh kadar gaji, biar reasonable! Jangan DEMAND walaupun kau tu budak degree kelas pertama sebabnya kenapa? Sebab EXPERIENCE kau kosong. Fresh grad selalunya akan diberi kadar gaji standart.

2) Sediakan satu set folio dengan salinan sijil, sijil original, gambar passport berkeping keping. Tujuan ini MEMUDAHKAN urusan meminta kerja selain urusan penemudugaan.

3) Khas buat pelajar tahun akhir atau menghampiri tahun akhir , SENTIASA ALERT kepada iklan-iklan jawatan kosong di Internet. Sekarang ni semua main internet aje, dik! Tolong browse internet dan familiar dengan ‘Job Street’, ‘Job Malaysia’ atau ‘SPA’. Kenapa aku katakan perlu alert? Selalunya kalau kalian berminat bekerja di sektor kerajaan, tempoh masa panggilan temuduga adalah selama SATU TAHUN atau SEBELAS BULAN. Paling mujarab, isilah borang SPA dalam bulan Januari dan kebiasaan first interview akan dilaksanakan pada Disember tahun yang sama. Iyalah. Masa belajar ni, masa berlalu tak dapat dirasai.

4) Hantar resume. Masa inilah korang nak marketkan diri korang. Pihak institut sudah mengajar intrinsic and extrinsic skills, korang kena pandai-pandai survive. Jangan malu-malu untuk bersuara atau bercakap:)

5) JANGAN MEMILIH KERJA. Terlalu choosy dalam memilih pekerjaan akan turut menyumbang kepada peratusan penganguran yang tinggi. Kerja saja dulu. Lepas itu baru kau orang fikirkan pasal job hopping and looking for another better opportunity.

Cukuplah lima saja.

Maklumlah nak cari kerja sekarang ni pun susah. Kenapa susah? Sebab sudah ramai peringkat seusia aku dan korang mempunyai kepakaran yang lebih kurang sama. Mana yang excel di institut, for sure akan mendapat peluang dan tempat yang lebih baik.

Yang penting, jangan berputus asa dalam kehidupan. Tak salah kalau nak cari peluang yang lebih baik, tapi bermulah dari bawah. Jangan terus berdesup keluar universiti, berangan nak jadi bos. Mana boleh, derr!

Apa-apa pun, selamat mencuba dan selamat bekerja!

Friday, February 11, 2011

Emak. Saya Sayang Emak

Emak aku meninggal ketika usia aku tiga belas tahun.
Masa tu budak-budak

Nakal gonjeng semua adalah

Masa tu mana tau nak wat kerja-kerja emak. Balik sekolah, campak baju, campak seluar, cari pinggan…makan.

Balik sekolah tau tau aje makanan dah terhidang atas meja.

Mak tanya .."Sedap tak mak masak?”
Aku angguk. Ambil hati emak. Emak senyum.

Emak selalu tanya. “Angah belajar apa kat sekolah?”
Aku jawab dengan mulut penuh ngan nasi
“Macam macam”

Pendek je jawapan. Emak tetap senyum memandang anak dia.

Emak pergi meninggalkan kami enam beradik. Masa tu aku rasa dunia ni gelap gelemat. Macam tak percaya yang emak aku dah meninggal selain aku rasa kenapa bukan emak orang lain yang Allah ambil. Fikiran budak-budak. Mengucap!

Beberapa minggu emak tak ada, sudah mula ‘berperang’ di dapur. Try test konon konon aku ni Chef Yen—dari China sebab terpengaruh dengan rancangan ‘Yen Can Cook’ yang juga menjadi kegememaran arwah emak.

First time masak sambal tumis—keputusan yang sangat menyedihkan! Hahaha

Sambal jadi mentah, tak masak dan aku sakit perut selang sehari selepas itu!

Apa yang aku cuba katakan disini lebih kepada kehidupan mandiri yang aku perolehi selepas kehilangan emak. You see, she’s the one yang buat itu ini, chores, masak, basuh, layan kami adik beradik…but when she’s gone, everything changes so sudden.

Tengok contoh aku sudah.

Kehilangan emak banyak mengajar aku supaya lebih terus berusaha. Aku tak boleh nak meratap sepanjang hari, menangisi benda yang dah hilang because for sure ia takkan datang semula kepada kita.

Namun, aku tetap terasa jugalah bila datang ke rumah kawan dan melihat emak-emak mereka yang sangat caring dan loveable. Alangkah indahnya kalau emak aku masih hidup:)


Status FB beberapa hari lepas...I miss her so very much:((




Lagu fevret arwah mak.Camne leh minat? Sebab dulu-dulu ada cerita Jepun alih bahasa Melayu pakai lagu ni:)

Hargailah mereka yang masih hidup

FaizalSulaiman:---> Dua tiga hari yang sibuk..

Wednesday, February 09, 2011

Kesempurnaan Bukan Segalanya: Black Swan-Review

Scary....


Menonton filem psychological drama ini mengajar aku tentang satu perkara:

Ada sesetengah manusia gemar mengejar kesempurnaan walaupun kesempurnaan dalam hidup ini umpama bajingan yang merosakkan naluri kebebasan.

Kau bayangkan, tiap hari buat benda sama. Masuk tidur awal, esok pagi buat benda sama—berutin---berdisiplin—dan tanpa merasa seronok menikmati dunia yang fana yang sekejap je ini.

Fana, katanya!

Ok sedikit synopsis:

Nina Sayers (Academy Award Nominee: Natalie Portman) ni penari ballet. Sangat dedicated, struggle untuk idop di company yang dia kerja tuh. Hidup plak dengan mak dia yang memang sangat disiplin (lakonan mantap Barbara Hersey). Bos company Nina (Vincent Cassel) dok mencari pengganti pemari veteran pementasan ‘Swan Queen’ yang dah nak diberhentikan (penampilan istimewa Wynona Rider) dan dalam bebanyak ballerina tu, Nina terpilih. Suka kemain la Nina ni sehinggalah hadirnya seorang ballerina yang dianggap bakal merampas wataknya itu, Lilly (Mila Kunis). FYI, Nina bakal membawa dua watak dalam pementasan ini iaitu ‘Black Swan’ dan ‘White Swan’ dan disinilah insiden berganti insiden mengejutkan bakal berlaku.

Kenapa aku suka Black Swan?

Mudah saja. Premis ceritanya lain. Menonjolkan mitos Angsa Hitam yang merasuki seseorang sehingga berubah perwatakan. In addition, melibatkan diri dengan sesuatu yang menuntut komitment adalah suatu disiplin yang sangat menakutkan. Black Swan memaparkan kehidupan ballerina yang penuh dengan latihan, tak boleh makan banyak, tak boleh gain weight selain looks yang tak berapa attractive--kerana tubuh badan yang kurus.

Atau...

Mungkin karya ini menjadi penyelamat kepada karier Natalie Portman yang suam suam malap tuh? hehehehe

Uiks..apa tuh?


Darren Aronofsky (pengarah) sebelum ini berjaya menyelamatkan karier pelakon Mickey Rourke dalam filem The Wrestler. Aktor ini berjaya dinominasi Oscar tahun lepas. Lepas tu saja, Rourke tros ditawar berlakon Iron Man 2. Hah! Ambek!hahaha

Apa-apa pun, filem ini menjanjikan sesuatu yang berbeza dengan sedikit twist and turn dan mind plotting, selain kejutan di akhir cerita.

Akulah primadona angsa.muehehehe


Menerusi filem ni gak, penonton diajak untuk menerima kenyataan walaupun kenyataan itu pahit untuk ditelan. Tidak mudah berputus asa itu bagus, tetapi jika terlalu memaksa diri, ia secara tak langsung akan memakan diri kita sedikit demi sedikit. Menjadikan kita semakin takut dengan bayang-bayang sendiri…

Tuesday, February 08, 2011

MAM: Asam Pedas Tongkol Cacamerbahaya


Salam
Haha

Aku belajar dari pengalaman. Selepas saja arwah emak tak ada, automatic aku kena survive masak sendiri.

Dulu masa emak ada, around 13 years old, semua dia yang sediakan. Lepas emak meninggal, sumpah aku tak reti satu benda pun.

Alhamdulilah.

Sekarang kalau lapar, sudah boleh masak sendiri. (Yay! Berdiri dengan kaki sendiri jugak!)

Harini nak kongsi masakan Asam Pedas Ikan Tongkol. Tapi style cacamerba-bujang punya lah.hihihi. Oleh kerana ada waktu aku free-free tak kuar jalan-jalan, online pun membosankan, jadik aku berperang hebat di dalam dapur.

Jom tengok bahan untuk 3 orang makan

Bebahan
4-6 ketul ikan tongkol. Bersihkan. Goreng dengan sedikit serbuk kunyit, tanpa garam dengan separuh masak
10 tangkai cili kering, buang bijik.
Setengah biji bawang besar
4 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
Setengah inci halia
Setengah inci kunyit idop
Setengah inci belacan
Setengah sudu teh serbuk jintan manis
Secekak daun kesum. Bukan daun ketum ok! Lalok kang kalau makan.hahaha
Satu mangkuk sederhana besar Air asam jawa
Dua sudu besar kicap. Nak lagi best kicap Jalen kaler merah tu
Garam/Serbuk Perasa/Gula

Clockwise: Daun kesum, bahan kisar, lada kering,bahan asas

Cecara

1) Buang biji lada kering. Rebus dengan air panas sampai lembik

2) Kisar halus cili dengan Bawang Besar, Bawang Kecik, Bawang Putih, Halia, Kunyit hidup, Belacan jintan manis dan beberapa helai daun kesum.

3) Tumis bahan kisar sehingga naik aromanya (aroma sehh)

4) Bila rempah tumis dah naik minyak sikit, masukkan ketulan ikan. Gaul rata

5) Lepas sebati rempah-rempah tu (approx:2-3 mins), masukkan air asam jawa. Gaul rata lagi

6) Masukkan kicap dan bila sudah mendidih, masukkan daun kesum.

7) Perasakan dengan garam/gula/serbuk perasa. Tapi kalau dah rasa nya sudah okey (sebab bubuh kicap), toksah menambah lagi yek. Ada termasin kang! Tu aku tak tanggung laa:P

8) Ambik nasi panas, tuang kuah sikit, ambil seketul sikit lepas tu, makan. Perghh heaven wa cakap lu!!

Cecoret
1) Ada sesetengah tak suka goreng ikan. Main lebur saja dalam rempah. Boleh jugak. Tapi kuantiti air asam kena banyak sebab nak menampung rasa hanyir ikan. Tak pun sebelum masuk dalam rempah, rendam ngan air asam terlebih dahulu

2) Membubuh kunyit hidup sebenarnya memanjangkan lagi shelf life makanan supaya tak lekas basi kerana kunyit mempunyai agent antioksida yang baik

3) Membubuh kicap, selain mengurangkan jumlah garam dalam makanan, ia secara tak langsung menambah warna dan tekstur makanan

4) Awas ketika membubuh jintan manis. Asal ada bau tak apa. Jangan terlebih sebabnya boleh menyebabkan makanan merasa payau err adik beradik pahit la lebih kurang.

5) Membubuh daun kesum ketika mengisar juga membantu menaikkan bau rempah ketika menumisnya

Selera siot!!


So guys, selamat mencuba!!!

FaizalSulaiman--> I wish my late mom still alive, so I can show her how I prepare this and saying 'Hey mom, I can cook and whenever you sick, you just name it what u wanna eat, I'll cook for u' :((

Monday, February 07, 2011

Bersosial..Bukan Berso-sial

Si gigi tajam yang tak kisah kalau dia nak kekah orang.hahahaha


Salam Isnin.

Ok harini tak ada Isnin Hitam sebab aku tak sabar nak pergi kerja. Hehehe..Produktif tak aku? Semangat kan?:)

Bila kita berjumpa dengan orang-orang asing per say strangers satu perasaan aneh akan muncul dalam diri.

Malu.

Of course la akan malu. Lebih-lebih lagi dengan orang yang kita langsung tak pernah berbual.

Namun, zaman sekarang ni dah lain. Nak communicate boleh melalui pelbagai opsyen either guna FB, Twitter..you name it. Gazillion kot!

Ada sesetengah dari kita nampak hyper bila berborak on space, tetapi bila berjumpa F2F* tak banyak pulak cakapnya. Vise versa pun ada juga.

In addition, dalam usaha kita memperkenalkan diri kepada orang lain---sesempoi mana pun orang itu---adab sopan perlulah dijaga. Mana boleh teghojah-teghojah ye, yob. Sabooo ajelah!

Memperkenalkan diri, adalah salah satu cara ‘menjual’ pakej internal skills. Individu-individu yang memerhatikan kita akan melihat menerusi impresi pertama atau first impression.

Macam kau beli kek lah. Kalau kek tu bantat, tengok cantik, tetapi tak sedap pulak guano kiro tuh boh? hehehehe

Hah macam tu lah ibaratnya kalau kita nak bersosial especially dengan newbies. Tak boleh sangat ikut kepala kita aje. Mungkin ada orang yang tak senang dengan body gesture kita.

Ini beberapa tips yang aku temui dalam buku ‘Public Speaking’ yang dah berkurun simpan dalam lemari* especially communicate dengan strangers:

1) Jadilah moderate. Being modest tak salah. Jangan terlalu informative sebabnya kata lah kau salah bagi maklumat, and ada orang yang tahu pasal benda tu, tak ke malu?

2) Jangan sesekali bercakap besar. Jenis tak nak kalah dalam bercakap. Orang ada A, dia pun nak ada A. Kalau aku, rasa nak tampar aje orang macam ni.

3) Please and please and please fokus kepada perbualan. Janganlah time ini kau sibuk main-main telefon, sms lah..tahi suci sungguh!

4) Do not act like an alien. Orang tanya sepatah, kau jawab sepatah. Tak ada communication kat situ. Cuba jadikan diri as a center of attention with your humor, idea, gestures ataupun cara mingle dengan yang lain-lain. Bukan maksudnya terhegeh-hegeh. I mean cuba buat communicate dua hala..bukan si polan tu saja asyik tanya kau soalan and you do nothing.

Empat ajelah. At least bagi kat kau orang semua idea-idea bagaimana nak mingle around with strangers, especially bloggers kalau berjumpa dengan rakan blogger yang lain. Ce wahh macam la dah berjuta blogger yang aku dah jumpa. Har har har

Jom enjoy lagu mek Che’Nelle nih. Dulu mati-mati aku ingat mek ni orang Klate! hahaha



*F2F=Face to Face
*Lemari= Almari

Friday, February 04, 2011

Pusingnya Hidup Ni Macam Roda Impian. Saya Putar, Halim!

Keadaan banjir di Kota Tinggi. Air dah surut sikit nampaknya...


Salam

Once in a while, aku akan ingat kisah kecil-kecil hingusan bila mana aku bawak basikal dengan rantai asyik sangkak sebab kurang minyak. Ataupun betapa tidak bergayanya aku ke sekolah sebab dapat barang second hand dari Along yang masa kecilnya tak berapa nak pemurah tu^^

Jarak kami adik beradik tak adalah jauh sangat. Paling dekat ialah aku dengan Along.Selang setahun. Produktif betul Encik Leman* masa dia muda.hohoho

So sometimes adik beradik kecil-kecil ni, bila dikumpul bersama, sudah macam keretapi gamaknya.

Macam biasa, all the busy body makchicks-makchicks akan membuat rumusan harian tentang kehidupan mereka yang berkeluarga besar ni.

Harini makan apa… Emak masak apa.. Emak buat apa… Raya tahun ni baju warna apa..

Sorts of. Duduk kat satu tembok, dan mulalah gebang-menghabiskan masa-masa tak berfaedah typical housewives getting some dirt to discuss.

Masa tu manalah aku tahu kadang-kadang perbualan yang rancak tetiba bertukar senyap, whispering sebelum kuarlah dialek jawa, before continue chatting. The sign of ‘mengumpat’

Sometimes ada sesetengah tak realize yang anak sendiri sudah buat macam-macam perangai. Ada kes macam ni, ya. Anak orang ditegurnya macam apa. Anak sendiri, orang lain yang tegur, langsung tak boleh terima pulak.

Kalau boleh, sekor nyamuk pun tak bagi hinggap sebab sayang beno lah kat anak dia tu.

At last, si anak yang diharapkan jadi orang---jadik hantu berkeliaran menyusahkan orang lain.

Don’t say anything bad about others. Look at ourselves first.

Kita ni layak ke nak judging people?
Kita dah cukup bagus nak kata benda itu betul, buat ini salah semua?

Sebab hidup ni macam roda. Iyalah sekarang kau kat atas. Tengok orang bawah, keliling semua macam semut.

Nanti kau turun bawah juga. Merasa juga jadik semut tu macam mana…

*Encik Leman:ayah kepada penulis

Thursday, February 03, 2011

Teori Pelanggan Sentiasa Betul Adalah… (Bahagian Satu- Pelayan)

Moment terbaek bila berada di fast food ini. Pelayan senyum dan aku sudah jatuh cinta dengan benda Allah ini:)


Salam

Untungnya tinggal di Malaysia sebabnya bercuti pada hari perayaan. Boleh rehat-rehatkan minda yang kusut kelabut.

Perkhidmatan, suatu terma yang agak subjektif untuk kita ukur dari segi teori dan praktikalnya. Kenapa aku cakap macam tu?

Sebabnya, lain orang-lain ragam pemahaman tentang perkhidmatan. Tapi, satu yang pasti tentang perkhidmatan adalah tentang perihal KEPUASAN

Tanyalah mana-mana pelanggan, mereka mementingkan sudut KEPUASAN dari segala-galanya.

Mari kita selongkar teori buku.

Kriteria perkhidmatan dibahagikan kepada empat iaitu:
A) Intangibility (Perkhidmatan tidak bleh disentuh secara fizikal)
B) Inseparability (Perkhidmatan tidak akan terpisah dari produknya)
C) Perishibility (Perkhidmatan sangatlah mudah musnah.Gunakan sekali dan tak bleh disimpan)
D) Variability (Servis perkhidmatan berbeza dari sorang pekerja/server dengan pekerja/server yang lain)

Korang dah bosan. Okay I get it…

Anggapkan pelanggan tidak tahu empat teras penting ini.

Katalah pergi ke kedai makan. Apa indicator yang diukur oleh seorang pelanggan? For surelah:
1) Kebersihan

2) Menu makanan. Jeling harga kalau mahal gaban, mungkinlah itu kali pertama dan terakhir datang makan. Ditambah kalau tak sedap. Lagilah batak!

3) Komen word-of-mouth pelanggan sekeliling. Boleh jadik kawan kita yang rekomen, pak sedara, mak sedara, sepupu sepapat yang mengatakan makanan di situ sedap

4) Pekerja. Mostly server.

Cukuplah empat. Lebih-lebih aku rasa kau orang boleh list down sendiri.

Premis, menu-harga dan pekerja boleh dikata sebagai satu tunjang utama sesebuah kedai makan. Let say, premis bersih tetapi harga mahal dan pelayan tidak mesra, boleh dikira sebagai pemusnah sesebuah kedai makan—per say dengan JAYANYA.

Aku pernahlah makan di sebuah kedai char kueytiaw terkenal di sebuah daerah semasa menuntut dahulu. Mungkinkah aku yang paranoid atau memang style of servis dia memang jenis main campak-campak macam tu.

Jadah.

Kita ni punyalah nak order makanan, waiter datang-DENGAN MUKA MASAM sambil bawa buku catatan. Tanya pun tak mesra. We all, in a group of four nak makan char kueytiaw kedai dia yang sangat femes la tuh. Sampai lebih kurang sepuluh minit, makanan yang sampai tu macam dicampaknya pada kita orang. Ada yang tertumpah kat atas meja sikit okay.

Choyy la kau ni!

Tak ikhlas langsung nak bekerja.

Ini pesanan ikhlas lah ya dari aku pada server-server di luar sana—kut-kut la terbaca blog picisan aku yang entah apa-apa nih:

1) SENYUM. Jangan ketatkan muka. Orang Cina pantang kalau masam muka sebab bawak suey ma! Lebih-lebih lagi servis kaunter. Salahkah nak senyum? Kena bayar ke?

2) REPEAT ORDER. Aku sendiri suka kalau waiter/server mengulang apa yang dipesan. At least kau tahu apa yang dipesan pelanggan itu betul. Takdelah pelanggan suruh engkau ke belakang, buat makanan baru pulak.

3) CLEAN. Jadiklah pembersih sikit. Muka shave bagi habis. Kuku potong. Rambut pendek. Tidak stylo yer keje bidang server lebih lebih makanan dengan rambut panjang tu.

4) BODY LANGUAGE. Bahasa tubuh kena baik. Communication kena bagus dengan customer. Dengan inilah customer akan recognize. Nah, apabila sudah recognize, segala empat kriteria perkhidmatan (yang aku tulis kat atas tu akan mudah dicapai)

Kadang-kadang hendak melariskan perniagaan, lebih lebih lagi bisnes kecil tidak semestinya memerlukan iklan yang mahal-mahal.

Promosi mulut ke mulut (word of mouth) sudah memadai sebenarnya.

FaizalSulaiman:-->Wishing all Chinese Gong Xi Fa Cai. May this rabbit year giving all prosperous moment, health, property and relationship:)

Bahagian Dua memfokus kepada kita yang sebagai pelanggan.Heh pelanggan pun kena educate ok.Kau bukannya darah bangsawan pun.We're equal. Jangan sesekali memandang waiter dengan rendahnya.Tak elok. Depa pun manusia...

Tuesday, February 01, 2011

Hati Yang Rapuh

Salam

Entry pertama Februari..

Hujan masih tak berhenti dari mencurah.

Beberapa tempat dilanda banjir. Buat mangsa, moga kalian menghimpun rasa sabar yang aku rasakan bukan sedikit hendak dikumpulkan.

Semalam mengepos lirik sebuah lagu ke dalam notes FB.

Liriknya sangat mudah difahami dan tiap kali aku dengar lagu ni, aku rasa motivated.

Yang pasti, aku takkan mudah mengaku kalah, teruskan berusaha. Pasti Allah ada bersama.

Sebabnya harapan yang kita idamkan, bukan mudah hendak dicapai…
Tetapi jangan pula mudah putus asa..sebab hidup kita..begitulah:)





Maaflah jika ada yang tak mesra telinga. Maklumlah selera orang-orang veteran.LOOL

ps1: Harini bermula sesi lawatan Latihan Industri ke dua tempat. Muar dan Kulai(harini dan esok). Maaflah kalau aku tak sempat blogwalking. Singgah blog ni, senyum ya. Maaf aku dah buang chatbox. Nanti aku terangkan kenapa.Doakan aku selamat, ya:)

ps2: Minyak RON97 naik malam tadi.Seposen. Ohh tak datang apa-apa kesan pada si kaya. Kita? Mak Temah, si penjual kuih? Pak Meon si penoreh getah?Atau Pak Man si pembawak lori ikan?Justify Full
ps3: Doakan juga kesejahteraan pelajar-pelajar kita di Mesir, ya:)Aku harap mereka-mereka semua selamat.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED