Monday, May 30, 2011

Terlebih Ajar


Momentum update blog memang kuca bara sikit beberapa minggu kebelakangan. Tapi okey jugalah. Sesekali update, berbaloi.he he he

Kita memang sudah diajar tentang adab dan sopan. Dari sebesar-besar hingga ke sekecil-kecil perkara.

Tapi kenapa masih ada yang tak beradab?

Kenapa masih ada yang keluar simpang tak berhenti dulu, tengok kiri kanan ada kereta ke tidak, baru belok?

Kenapa main berdesum keluar?

Ikut hati mau aku sauk saja. Biar berdentum!

Itu belum masuk nak dekat simpang baru bagi signal. Tak ke free-free je kena sondol nanti? Sabo jelah!

PSP: Semakin memandu, semakin kuat memaki hamun dalam kereta.Ya Allah mulut..Sabar..sabar

PS2: Terima kasih tolong share entri artikel ini. Satu angka yang sangat besar buat aku. TQ again!

PSSS: Esok hari besar.Makin menghampiri, makin bimbang. Semester baru dah nak bermula. Selamat datang pelajar baru.Selamat kembali pelajar lama!

Friday, May 27, 2011

Tanpa Keberanian, Mimpi Tak Bermakna

Sesekali mandi pantai, berkilat muka.Hahahaha

Seringkali kita takut dengan kenyataan.
Aku boleh umpamakan kenyataan seperti sebiji buah yang tergantung (eh?)

Ada rasa manis, tak kurang masam, lebih banyak yang pahit.

Siapa yang sudi terima kenyataan? Lebih-lebih lagi kenyataan yang hendak ditelan.

Permulaan berbunga ini mahu aku kaitkan dengan sikap kita (mungkin aku sendiri) yang tak berani nak meluahkan sesuatu, terutama perihal perasaan hati kita kepada individu yang kita suka, minat atau sayang.

Ok. Maaflah kalau entry harini berbaur jiwa-jiwa. Tapi kau dah baca separuh jalan. Apakata kau habiskan saja! hahahaha

Manusia ni satu je. Lekat dengan fear of rejection. Bila kita luahkan suatu perasaan kepada si polan tu, kita akan automatic akan fikir:
1) Dia ni terima aku ke tidak?
2) Dia ada hati ngan aku ke tidak?
3) Atau aku saja yang bertepuk sebelah tangan?
4) Takde ke timbul isu perigi cari timba (ini untuk wanita sahaja)

These are questions yang selalu terbayang dalam kepala. Lebih-lebih kepada mereka yang benar-benar berharap.

Tapi buat mereka yang berharap pun, kau tak boleh set target yang tinggi. Meaning, kita tak boleh mengharap yang dia akan respon secepat mungkin. Beri masa. Beri ruang. Perasaan mana boleh paksa.

Manakala untuk person yang diminati tu pula, jangalah kau gelak bila ada orang sukakan kau dalam diam. Jangan pandang rendah perasaan orang lain. Taulah kau tengah ‘hot item’ sekarang. Bhai, kita takleh nak halang orang sukakan kita, right? So let it be. Kalau kau rasa kau senang orang itu sebagai kawan, kau terus terang.

Jangan cintakan seseorang itu disebabkan rasa kasihan. Biar ikhlas. Bukan simpati.

Kalau suka, cakap. Tapi bersedia berhadapan dengan consequences. Sekurang-kurangnya kau berani!

PS1: Walaweh..aku sukalah tak berupdate lama-lama.Komen banyak!hahahaha
PS2: InsyaAllah momentum blogging kembali menjelang bulan baru nanti. Masih belum menulis untuk siri cerpen kolaborasi.
PS3: Ada blog mereview blog ini. Terima kasih bro. InsyaAllah aku akan buat entry khas
PSP: Masih belum prepare apa-apa untuk hari besar. Kalau aku terjah saja boleh tak?
PSST: Rambut panjang, skala berjoging jugak macam bullshit!

Tuesday, May 24, 2011

Aku Tak Hot, Tapi…

Bila dah pakai transport sendiri, baru singgah kat sini.hahaha
ps:Gambar takde kaitan dengan entry


Saja menulis entry cheesy.

Zaman sekolah mengingatkan aku untuk menjadi serba serbi menarik.

Ok di zaman sekolah, aku bukanlah dikenali ramai. Aku tak hot dari segi appearance ataupun dikenali kerana pencapaian akademik yang luar biasa. Aku ordinary dan seperti remaja-remaja yang lain, ingin untuk menjadi extraordinary.

Cewah

These are things yang aku pernah buat dulu. Ok you guys boleh gelak. I considered it as sweet memory yang mungkin anak aku pun akan buat sama.Justify Full
1. Rambut: Sikat straight, lurus ke depan.Guna minyak rambut brand Tacho yang baunya memang maskulin tuh. Masa tu kalau nak apply Berylcream pun sebulan sekali sebab gel tu berkongsi dengan adik beradik lelaki yang lain. Once bila dah sikat lurus ke depan, buat jambul ternaik sikit. Di-banned oleh Cikgu Kauseling semasa form 4, sebab dia kata macam fesyen entah apa entah. Entah? Aku pun tak tahu..
2. Perfume: Ini benda penting. Tapi unluckily pengetahuan aku terhadap deoderen masih kurang semasa sesi persekolahan, but I applied perfume instead untuk elak body odur. Maklumat tambahan:Aku ke kelas tambahan malam pun pakai perfume. Perfume yang sebatu boleh bau!ahahaha
3. Baju Seluar Bergosok: Lalu jari pada line yang aku buat pun boleh berdarah. Hah! Terer tak?
4. Kasut Sekolah: Mesti kena bersih. Kalau lalu dekat rumput basah, and all the traces lekat dekat keliling kasut, sanggup ketuk kasut dulu dekat simen demi nak elak nampak selekeh.

Itu perkara yang aku pernah buatlah. Tak tahu kalian bagaimana.

Semua itu dilakukan demi nak menarik perhatian je sebenarnya. Biar girls pandang tak berkelip.Ahahahaha..Dan disebabkan aku bukan digolongkan dikalangan ‘hot stuff’, I tried to look proper yang akhirnya menjadi disaster failure bagi aku. Everything must perfect dan sudahnya I'm tired of being plastic.

Kecantikan, ketampanan, kemachoan, kejelitaan, bukanlah lesen untuk kita mendapat otak yang cemerlang. Usaha yang penting. Rupa boleh diberi peningkatan melalui teknologi. Tapi ilmu? Nak korek tang mana???

Avoid to become bimbo. Jelita/kacak tapi otak kosong. Kena gula-gulakan saja dengan orang..

PS:Ada blogger tu kena hentam.Kalau akulah berada di tempat dia, mahu aku berhenti blogging sekejap.Untungnya menjadi yang kurang dikenali. Hidup pun privasi!

PSP: Nanti aku sambung kisah gosok baju. Tabiat aku 1. Baju dan iron merupakan perkara paling aku nak elakkan. Boleh??

PS3: Lately ni sangatlah sibuknya.Menunggu 31 May dengan sangat sabar dengan sikit persediaan. InsyaAllah, jika perkara itu menjadi kenyataan, hidup aku bakal berubah dengan semaksimumnya…

PS4: Lama gila aku tak update di blogbuster.Apa nak jadi kau ni,Faizal..

Saturday, May 21, 2011

Berblog, Berevolusi

Tag pertama.Award.Lama dah benda ni..

Aku mengaku, aku menggunakan blogging sebagai platform untuk berkongsi pendapat err selain pendapat itu dibaca bersama kalian, para readers.

Back to three years than, isi blog aku lebih kepada pengisian budak kampus yang merungut-rungut dengan kerja assignmentnya yang tak pernah habis.

Bak kata seorang member blog, kalau diperhati isi lama blog, mual juga sebab isi entah apa-apa.hahaha

Bagi aku, dalam usaha memberikan yang terbaik buat pembaca, kita harus berusaha untuk membuat kelainan atau mem-variasikan penulisan kita, supaya at one time tidak berada pada takuk yang lama.

Sentiasalah mencari pembaharuan dalam menulis baik dari segi content ataupun segmen-segmen blog kita. I love segmented my blog.(Wah..macam Marketing Segmentation pulak.haha) Jom tengok segmen apa yang aku pernah buat dalam blog sejengkal ini.

1. Peram
2. Masak-Ambil Gambar-Makan (MAM)
3. Take 5
4. Cerpen/Mini Siri
5. Ilmiah
6. Kenangan Ahad

Basically, mungkinlah dah terbiasa dengan kehidupan seharian, aku mementingkan keteraturan (Allah..ada ke perkataan ni?). Aku suka sesuatu yang organize, jadi senang nak sort out kemudian hari

Peram selalunya mengupas perkara-perkara yang aku-mostly-tak-puas-hati-dengan-keadaan-sekeliling.Selalunya segmen ini mendapat feedback yang memuaskan and for sure, aku akan cari lagi perkara atau keadaan yang boleh kita debat bersama (aiceh!). MAM pula adalah segmen dimana aku cuba masak makanan kemudian adakah DISASTER happens dan kemudian boleh ke dimakan makanan itu. Kenalah ambil gambar. Ok nanti aku tunjuk makanan tak jadi. We’re human. Tak jadi tu perkara biasa..

Take 5 pernah disiarkan lama dulu. Sambutannya juga menggalakkan. Tapi aku dah jarang buka segmen ni sebabnya aku tak ada bahan nak dikongsi selain kurang masa nak buat research. Heh..perlulah mengkaji sikit kan? Barulah nampak ‘educashyen’ nye. Slot Cerpen/Mini Siri diwujudkan memang untuk aku yang gila menulis. I just wanna share with you guys. Menulis pelbagai genre adalah satu kemestian kerana aku tak mahu stick dengan satu genre saja. Ilmiah pula memberi peluang kepada readers untuk mempelajari sesuatu tentang ilmu yang aku kongsikan. Well, tak adalah singgah baca kosong-kosong saja.

Aku mahu jadikan blog sebagai tempat berkongsi ilmu (OK luaskan fikiran. Bukan Ilmu buku saja), tidak hanya bercerita tentang peribadi tetapi juga menjalankan tanggungjawab sosial sebagai penulis. Bagi aku, menjadi blogger ni tugasnya berat. Bukan hanya menconteng atas Microsoft Word kemudian tekan butang Publish. Ia lebih daripada itu.

At least you give something to your lovely readers.

PS1: Tiga bulan lagi birthday blog untuk tahun yang ke 3. Moga Allah bagi peluang lagi untuk menulis, menulis dan terus menulis

PS2: June yang akan datang tak lama lagi. Sebuah mini siri 3 episodes akan disiarkan berkisar tentang keperitan dalam kehidupan. Dan ahem ahem..first giveaway untuk blog ini juga!

PS3: Dah lama tak tulis something in English dan aku akui, grammar aku semakin hodoh dan teruk!

Thursday, May 19, 2011

Susah

Gambar takde motif.Tapi mood nak berjimba di tepi pantai!
ps:teringat kat lagu Anita Sarawak ft Sudirman.Sensual!haha



Perjalanan hidup semua manusia, tak sama antara satu dengan yang lain.

Ada hidup senang ada hidup susah.
Bila kita perhati hidup orang lain yang susah, kita patut bersyukur dengan apa yang ada.
Banyak mana kita ada, kita kena ingat, ada lagi orang yang dapat sikit dari kita.

Orang boleh cakap ‘kesian’, tapi apakah ‘kesian’ boleh merubah kehidupan?

Aku percaya dengan terma ‘cakap-lepas-tu-buat’

Apa-apa pun, bersyukur. Kau hidup dapat makan nasi, lauk ikan, sayur sejenis..kau mengeluh lauk tak sedap. Tapi kau kena ingat, ada orang hidup makan sekadar alas perut, makan kerak nasi, ikan tangkap kat sungai, sayur petik, pendapatan dua ringgit sehari, nak mewah-mewah apatah lagi.

In fact, aku pernah kenal ertinya kesusahan. Mungkin ada antara readers do have the same experience. Mungkin ada yang tak pernah mengalami. So ambillah iktibar.

Ini namanya ‘kehidupan’. Pahit maung sementara yang seterusnya akan dihisab di Mahsyar sana…

Sebab tu aku tak boleh tengok kesusahan orang lain. Aku rasa powerless untuk membantu dari segi kewangan.

Tapi…satu aku belajar dari mereka: Ketabahan dalam hidup. Sesempit mana mereka, tak adalah sampai mencuri ataupun membunuh diri.

PS1: Entry pertama aku, bercorak hiburan sudah disiarkan di blog Yoyooh, satu blog suara generasi masa kini yang wajib korang singgah kalau nak tahu tentang in town talk. Aku dapat tahu blog Yoyooh ni sejak awal blogging (Ogos 2008). Masa tu pasang inpian nak jadi salah seorang writer atau contributer. Berangan tak sudah. hehehe..Tak sangka ia jadi kenyataan tahun ni (2011).KLIK SINI UNTUK MEMBACA

PS2: Ucapan berbanyak terima kasih kerana membaca dua bahagian thriller slasher: Lakon Layar Terakhir. Got a mixed review. Pasni nak tulis cerita apa pulak ye? A post moterm will come soon later.

PS3: Nak tengok Nur Kasih The Movie. Sapa nak bagi tiket free?hehehe

PS4: Suka lagu ni..


Sunday, May 15, 2011

Sunday Memory Lane: Susu Itu


Blogspot baru-baru ni gelong.
Banyak sangat kot orang update entry. hehehehe

Dulu aku begitu jaki dengan susu. Nak sebut perkataan milk masa tadika pun rasa nak termuntah.

Yes, aku mengaku, tekak tak berapa nak rasi dengan bau susu yang agak memualkan dan rasanya yang berlemak itu. Setiap kali arwah emak beri susu Nespray aku mulalah minum dengan kadar yang sedikit, malah tak habis pun. Kalau habis pun aku mulalah hendak muntah.

Tambah pelik bila tengok TV, ada saja iklan susu Nespray, mulalah aku terliur untuk minum segelas. Macam sedap sangat aje. Perkara sama turut mengingatkan aku dengan iklan Pati Ikan Poliney. Selamba badak model/penyanyi Fauziah Latiff teguk benda Allah tu macam tu saja. Bila aku rasa sikit, Ya Robbi pahitnamampus. Curious jugalah apa yang diletak dalam botol Poliney kak Pojiah! hahahaha

The one and only susu yang boleh aku minum cumalah susu pekat manis. Alah susu dalam tin yang selalu buat teh tarik time ngeteh di mamak. Aku rasakan, susu tulah yang paling best dalam dunia. Pekat. Manis. Shedaaappp

But when time pass by, aku belajar tentang nutrisi pemakanan dan kepentingan pengambilan susu dan hubungkaitnya dengan tulang temulang kita. Selepas itulah aku baru tersedar (around 14 years old) tentang kepentingan susu. Aku suka tak suka, aku perlu habiskan segelas.

Sebenarnya, ia juga penting buat wanita. Daripada pemahaman umum, gejala osteoporosis atau tulang rapuh dikalangan wanita dapat dikekang dengan mengambil susu di usia muda. You see, wanita berkahwin lagilah mempunyai risiko tinggi untuk mengalami gejala tulang rapuh sewaktu usia senja. Kenapa? Ini mengikut kata pensyarah Nutrition aku lah. Wanita berkahwin lebih terdedah kerana mengandungkan anak dan ini menyebabkan hampir 70 hingga 80 peratus bendalir tulang, dan juga bendalir badan (sebab itulah ada gejala Edema-bengkak kaki sewaktu hamil) diberikan kepada baby dalam kandungan.

When this come out from my lecturer, kawan-kawan aku especially girl kelihatan cuak memikirkan tentang soal perkahwinan. But she added later on.

“Pahala besar bagi seorang wanita bergelar ibu dan kemudian melahirkan anak”

Aku, tersenyum…

PS1: Gejala alergi pada susu dipanggail ‘Lactose Intolarance’
PS2: Entry susu ini berkait dengan penjagaan tulang kita
PS3: Dan tak sangka, dah melalut sampai wanita melahirkan anak.hoho
PS4: Bahagian pertama cerpen thriller ‘Lakon Layar Terakhir’ akan disirakan esok, jam 7 pagi. Selamat membaca! Dipecahkan kepada 2 bahagian..

Thursday, May 12, 2011

Kesakitan Dalam Hidup. Guzaarish Review


Entah berapa lama tak tengok filem Hindustan. Last time was Karan Johar’s ‘Kal Ho Naa Ho’ beberapa tahun lepas.

See?
Dah lama kan?

Guzaarish lari dari tipikal kisah komersil Bollywood, dan membawa isu lebih besar lagi.

Kisah seorang nurse yang menjaga pesakitnya yang lumpuh selama 12 tahun dan ketika perasaan kasih sayang disemai, si pesakit membuat petisyen mahkamah untuk proses ‘Euthanasia’ atas hidupnya

Oh..’Euthanasia’ adalah proses ‘mercy killing’ atau menamatkan nyawa individu dengan tujuan relieve pain, mengurangkan kesakitan yang dialami agar hidup tak terseksa lagi. India merupakan salah satu negara yang membangkang proses Euthenesia dan seperti alasan negara-negara lain, setiap manusia ada hak untuk hidup.


Radio Zindagi kebanggaan Ethan Mascarenhas (Hrithik Roshan). Stesen radio milik sendiri yang memberi inspirasi orang lain untuk hidup. Tapi dia sendiri dah merasakan hidup dia dah tak ada erti


It’s a petition to die



Sofia D’Souza, antara watak terbaik Aishwarya Rai., selepas dua filemnya sukses di tangan pengarah filem ini, Sanjay Leela Bhansali. (Devdas dan Hum Dil De Chuke Sanam). Dia jururawat. Dah lama kerja dengan Ethan. Sentap bila Ethan membuat program ‘Project Euthanasia’ setelah petisyennya ditolak mahkamah.
Menjadi inspirasi untuk cerpen ini. hehehehe


Aku, di zaman kegemilangan. Dan aku tak menyedari ada mata cemburu di hati yang busuk


Life is short.So go on, break the rules.Forgive quickly.Love truly.Never regret anything that made you smile

Tuesday, May 10, 2011

Kisah Gula

Gambar ihsan Google

Rasanya macam beberapa minggu sudah (ataupun déjà vu aku saja) update di status Facebook pasal harga gula naik, maka sama-samalah kita ke warung atau kedai mamak dengan membawa gula sendiri.

Berkuatkuasa harini, harga gula naik lagi, dari RM 2.10 ke RM 2.30.

Alah 20 sen je.

Tapi makcik Leha si penjual kuih, Pak Man yang ada anak enam orang, Encik Abu yang berpendapatan sederhana..merasalah jugak.

Makan gula banyak-banyak pun, tak sihat. Kencing manis, darah tinggi semua kan?

::mengeluh::

ps1: Harga gula mengalami ‘evolusi’ kenaikan 3 kali semenjak Jan 1- Dec 4, 2010. Bulan May merupakan kali pertama harga barang keperluan ini naik untuk tahun 2011. Sumber 1, Sumber 2 dan Sumber 3

ps2: Harga gula naik selepas satu lagi barang keperluan petrol RON97 naik 20 sen seliter

ps3: Harga naik, pendapatan bulanan biasa-biasa. Lengkuk ekonomi baru agaknya

psp: Harni, confim kuar iklan ‘Kurangkan gula dalam makanan, Tambahkan gula dalam senyuman’

psss: ……………………………………………………………………………………..............................................

Monday, May 09, 2011

Bukan Cinta Kalau Tiada Halangan: Gnomeo and Juliet Review

Permusuhan bermula dari sini


Daripada satu karya masterpiece yang kemudiannya diolah dengan cantik!

Itu yang aku boleh katakan menerusi filem animasi Gnomeo and Juliet. Pemaparan basic cinta tragis Romeo and Juliet oleh Shakespere ini begitu menjadi.

Ianya bermula dengan dua puak, berlainan taman, The Reds and The Blues (aiseh macam Man United dengan Chealsea derr) saling bermusuhan. Reds yang agresif tetapi mempunyai gnome yang cun meletops bernama Juliet dan Blues- lebih tolerant tetapi pendendam dan mempunyai teruna hencem bernama Gnomeo.

Permusuhan ini berpunca dari tuan rumah masing masing yang inginkan taman tercantik di laman belakang rumah mereka.

Brave girl:Juliet

Seperti kebanyakan filem animasi, Gnemeo and Juliet menjanjikan aksi padat, pantas, berkesan dan sudah tentulah adorable! Malahan suara latar Gnomeo, ditunjangi actor James McAvoy kelihatan bersemangat waja tatkla bertarung dengan Tybalt (suara Jason Statham: memang sesuai play a villain!) ataupun semasa meluahkan rasa cintanya kepada Juliet (Emily Blunt).

Gnomeo

Persaingan itu penting dalam hidup, tetapi berpada-padalah. Ia mungkin akan meragut nyawa, sama seperti penceritaan ini. Teks klasik Romeo and Juliet diolah dengan baik dengan persoalan kematian Juliet di pengakhiran cerita

Skor muzik yang ditunjangi Elton John juga sangat memikat. Hey dia executive producer okay. Malah lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word melatari ketika Juliet dihukum ayahnya yang sangat protective (dimainkan dengan baik oleh Oscar Winner-Micheal Caine). Begitu juga watak Lady Blubury yang dilakon suara dengan begitu sempurna oleh seorang lagi pemenang Oscar, Maggie Smith (Karakter paling melekat tentulah wataknya sebagai Professor Mc Gonaggal dalam siri Harry Potter.hehehehe)

Tybalt:Flower Boy yang ganas

Premis cerita ini seronok untuk ditonton. Komikal, drama dan aksinya cukup ramuan. Santai.

ps: Memang nak reduce stress. Selepas saja menonton Gnomeo and Juliet, giliran Rio dan Ranggo plak.hehehehe

psp: Terima kasih kalian sebab membaca cerpen semalam.Buat yang tak berkesempatan, klik sini.

Friday, May 06, 2011

Aku, Makanan dan Kelantan

Eh bakpo tubik Klate plop neh?

Hehehe

Aku mula mengenali culture Kelantan semasa tahun pertama belajar lewat 2003. Impresi pertama tentulah sukar nak bercampur gaul disebabkan vocab Kelantan aku yang limit, ditambah dengan cara percakapan mereka yang agak laju.

Pulak tu influence tanah kelahiran yang sangat kuat dalam diri.

Selipar = Selipo
Kain Selimut = Gebor
Almari = Gobok

Disaat budu mula menjamah diri, Disaat nasi kerabu mula dirasa lidah, aku mengakui, aku jatuh cinta dengan makanan Kelantan. (ada sambungannya di bawah nanti)

Most of our people mendapati kulinari Kelantan kebanyakannya manis. But for me, itu hanyalah certain food sahaja. Mostly, manisan. Tapi kadangkala pun, makanan pedas terasa manis. Uniknya pada kulinari ini yang membuatkan ianya seakan kalah dengan kulinari tanah kelahiran sendiri.

Aku suka mencuba makanan baru. Ia seolah memberi satu semangat bahawa setiap umat manusia yang hidup di muka bumi ini, perlukan makanan untuk hidup. Malah ia menunjukkan betapa kita menghargai si tukang masak dengan mencuba sajian mereka. Noted: lagi pelik masakan, lagi teruja nak mencuba: Asalkan halal sumber-sumbernya. Bukan main hentam keromo saja. Ingat, makanan dimakan menjadi darah daging.

Cek Mek seperti jemput-jemput, Lompat Tikam yang kadang-kadang terasa pahit kapur, Butir Nangka yang subhanaAllah manisnya, Sotong Pulut; masakan ini dirasai semasa kehadiran aku di salah seorang kediaman staff nurse di Kelantan. Sotong, yang biasa kita masak sambal, disumbatkan dengan pulut dan dimakan berkuah manis. Aku teruja, aku cuba!

Laksam yang sedap dimakan panas-panas, kuih fevret Akok- Makin berkedut, makin sedap dirasa! Dan tentulah…nasi kerabu. Jangan tak tahu, makin biru nasi tu, makin suka aku nak cuba.hahahaha. Dari apa yang aku dengar, orang dulu-dulu akan menggunakan bunga kembang pagi kaler unggu tu, lalu direndam semalaman sebelum menggunakan air rendamannya dimasak bersama beras—untuk mendapatkan warna biru semulajadi.

Dan malam tadi, kerinduan hampir tujuh bulan terubat dengan sebungkus nasi kerabu, ayam berempah dengan solok lada! wargh!!!!

Maap deh, gamba huduh sket.Tok dey nak edit.hihi


sambungan ayat di atas yang tergantung:
Oh ya aku jatuh cinta juga dengan orang Kelantan. Comey pun comey. Nak caghi gewe soghe!hakhakhak

Wednesday, May 04, 2011

Peram: Baik Tak Semestinya…

Just a random pic. The scene, aku suka

Semalam menonton satu siri kegemaran.
Dan dari apa yang aku perolehi hasil tontonan sejam itu adalah…

Sometimes good deeds have bad consequences

Setuju kan?

Pepatah selalu kata, buat baik berpada pada.

Berpada-padalah kalau nak buat baik sekalipun. Tak boleh taat menurut saja.

Kadang-kadang terlalu baik, kena pijak jugak
Kita baik orang ambil kesempatan
Malah ada sesetengah mengaggap, perbuatan kebaikan ini akan datangnya ‘ulterior motive’ ataupun hidden agenda.

Manusia, macam aku dan kalian juga mesti mempunyai paling tidak sedikit perasaan negatif towards these people.

Kenapa mesti nak baik dengan aku?
Apa tujuannya dia ni baik dengan aku?

Mesti ada kan? But than, berbaliklah kepada ajaran Islam. Selalulah bersangka baik. Ikhlas dalam perbuatan baik kita pada orang. Kadang-kadang orang kita terlalu terikat dengan peribahasa ‘Buat baik dibalas baik’.

Tak perlu harapkan balasan. Mungkin tak sekarang, later on bila kita memerlukan, Allah akan berikan atas niat ikhlas kita pada orang lain.

Ini mengingatkan aku kepada satu momen dalam novel Harry Potter and the Deathly Hallows dimana Potter, Waesley ditangkap lalu disumbatkan di dalam Rumah Keluarga Malfoy (Malfoy Manor)—Pusat Sementara Dark Lord Voldermort. Di dalam dunia sihir, sesiapa yang berhutang nyawa, akan dibalas nyawa. Let say si A ni pernah menyelamatkan si B, maka si B wajar membalasnya kembali jika nyawa si A dalam keadaan terancam, dimasa akan datang.

Potter pernah menyelamatkan Peter Petergrew (si tikus yang bertukar jadi orang dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban) dari dibunuh. Rentetan dari itu, si Petegrew ini mendapat tangan perak hasil usahanya menghidupkan semula Dark Lord. Petergrew masih tak serik. Nak tunujuk kunun2 dialah pengikut setia Dark Lord cuba membunuh Potter semasa menjadi tawanan di Rumah Malfoy namun mati apabila tangan peraknya sendiri mencekik lehernya, disebabkan sumpahan berbalik-hutang nyawa-tadi.

JK Rowling, si penulis mencipta satu keadaan keadilan dimana perbuatan baik, dalam apa jua keadaan akan dibalas baik.

Tapi dalam dunia realiti, ada perbuatan baik yang tak dihargai. Tak peduli, lalu mati…

ps: We human sometimes never learn from mistakes. Kadang-kadang orang tu dah buat teruk dengan kita. Give a damn shit, tapi still ada sesetengah masih nak menolong. Tak sampai hati.

Tapi ada orang sampai hati dengan kita?

Tuesday, May 03, 2011

Cerita Pasar Malam

Fuh cek terbayang hat ni.Lapaq habaq hang!


Entry pertama Mei

Aku sukakan hiruk pikuk penjual di pasar malam ketika sesi tawar menawar.

Commanly aku suka panggil pasar lambak, because semua benda di ‘lambakkan’ di pasar itu. Masa kecil, pasar malam di tempat aku dibuka setiap Ahad, maka selepas maghrib hari Ahad berpusulah kami adik beradik dan jiran tetangga sama baya untuk ke pasar malam.

Oh don’t expect aku bawak sepuluh ringgit. Dua ringgit cukup. Dapatlah mee goreng, keropok lekor. Lebih sikit boleh beli burger arab (burger yang disampul dengan kulit popiah kemudian digoreng deep fry). Air minum tak payah sebab emak sudah pesan awal-awal.
Jangan mengada-ngada beli air. Air kat rumah ada.

Ok emak, saya ikut pesan tu sampai sekarang.hihihi

You see, compare dengan sekarang, pasar malam kat tempat aku dah banyak berubah.

Most probably booth dah tak banyak. Kalau dulu ada empat lima row. Paling banyak dah tu. Siap ada orang jual accessories dengan betulkan jam tangan lagi. Sekarang dah tak ada. Paling koman, 3 row saja.

Dan nafsu nak ke sana dah tak ada…

ps1: Pernah terhantuk dekat tungku kuali orang masak mee sebab aktif sangat masa kecil. Orang ramai, aku lari-lari dengan along. Habuannya? Emak saya bebel dulu kemudian cubit dekat peha lepas balik ke rumah.Padan muka saya! hakhakhak

ps2: Oh janganlah membandingkan masakan pasar malam dengan warung sekalipun. Bak kata seorang kawan Twitter, 'pasar malam ekonomi punya resipi'.hehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED