Friday, May 27, 2011

Tanpa Keberanian, Mimpi Tak Bermakna

Sesekali mandi pantai, berkilat muka.Hahahaha

Seringkali kita takut dengan kenyataan.
Aku boleh umpamakan kenyataan seperti sebiji buah yang tergantung (eh?)

Ada rasa manis, tak kurang masam, lebih banyak yang pahit.

Siapa yang sudi terima kenyataan? Lebih-lebih lagi kenyataan yang hendak ditelan.

Permulaan berbunga ini mahu aku kaitkan dengan sikap kita (mungkin aku sendiri) yang tak berani nak meluahkan sesuatu, terutama perihal perasaan hati kita kepada individu yang kita suka, minat atau sayang.

Ok. Maaflah kalau entry harini berbaur jiwa-jiwa. Tapi kau dah baca separuh jalan. Apakata kau habiskan saja! hahahaha

Manusia ni satu je. Lekat dengan fear of rejection. Bila kita luahkan suatu perasaan kepada si polan tu, kita akan automatic akan fikir:
1) Dia ni terima aku ke tidak?
2) Dia ada hati ngan aku ke tidak?
3) Atau aku saja yang bertepuk sebelah tangan?
4) Takde ke timbul isu perigi cari timba (ini untuk wanita sahaja)

These are questions yang selalu terbayang dalam kepala. Lebih-lebih kepada mereka yang benar-benar berharap.

Tapi buat mereka yang berharap pun, kau tak boleh set target yang tinggi. Meaning, kita tak boleh mengharap yang dia akan respon secepat mungkin. Beri masa. Beri ruang. Perasaan mana boleh paksa.

Manakala untuk person yang diminati tu pula, jangalah kau gelak bila ada orang sukakan kau dalam diam. Jangan pandang rendah perasaan orang lain. Taulah kau tengah ‘hot item’ sekarang. Bhai, kita takleh nak halang orang sukakan kita, right? So let it be. Kalau kau rasa kau senang orang itu sebagai kawan, kau terus terang.

Jangan cintakan seseorang itu disebabkan rasa kasihan. Biar ikhlas. Bukan simpati.

Kalau suka, cakap. Tapi bersedia berhadapan dengan consequences. Sekurang-kurangnya kau berani!

PS1: Walaweh..aku sukalah tak berupdate lama-lama.Komen banyak!hahahaha
PS2: InsyaAllah momentum blogging kembali menjelang bulan baru nanti. Masih belum menulis untuk siri cerpen kolaborasi.
PS3: Ada blog mereview blog ini. Terima kasih bro. InsyaAllah aku akan buat entry khas
PSP: Masih belum prepare apa-apa untuk hari besar. Kalau aku terjah saja boleh tak?
PSST: Rambut panjang, skala berjoging jugak macam bullshit!

11 comments:

Unknown said...

betoi faizal...menda cm ni mne bole nk paksa..

*suke quote ni:
"Jangan cintakan seseorang itu disebabkan rasa kasihan. Biar ikhlas. Bukan simpati"

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) --->btol tu pojie.

tqvm letak di blog.mesti ramai yg komen nanti:)

epol said...

perasaan tu normal..cuma berani tak berani nak berterus terang & bersedia terima kenyataan..setuj untuk entri ni brooo

hanaahmad said...

hari besar? nak bertunang ke? heheh.

aku setuju 100%. dan aku pun selalu fikir, klo luah, tak macam perigi cari timba ke? dan kgd2 kita terasa die pun suka kat kite tp die tak move on lg. boleh jd die pun takut kena reject. kat sini la jdnye lmbt bertindak hbslah kena kebas dgn org lain.

Faizal Sulaiman said...

epol --->dalam kehidupan kena berani meluah sesuatu.bukan apa bro, takut apa yang dikejar kita tak dapat, kemudian sesal sebab tak berusaha nak dapatkannya dulu:)

Faizal Sulaiman said...

hanaahmad --->ahahaha lebih besar daripada tu:)

hana, kalu ko suka kat sesiapa, baik ko wat first move.kadang2 nak apply perigi cari timba sekarang dah macam tak releven.dari ko melepas gigit jari nanti?ehehehehe

MR. SYAH said...

nice entri FS..

Unknown said...

betol2..bercinta biar ikhlas..kalo tak suke tu..cakap jer tak suke..takpon kawan dulu..hehehe

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH --->terima kasih, syah:)

Faizal Sulaiman said...

apik pehe --->betul tu boh.sometimes perasaan orang ni susah kita nak teka.muka senyum, tapi hati dia siapalah yang tahu:)

ghost said...

memang siapapun agak sukar untuk terima kenyataan tapi adalah lebih baik mulakan awal dengan berterus terang supaya ianya ada masa untuk perbaiki hati yang agak goyang dengan menerima kenyataan itu..

sedikit demi sedikit takper,asal saja ia berhasil suatu masa nanti.

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED