Tuesday, May 03, 2011

Cerita Pasar Malam

Fuh cek terbayang hat ni.Lapaq habaq hang!


Entry pertama Mei

Aku sukakan hiruk pikuk penjual di pasar malam ketika sesi tawar menawar.

Commanly aku suka panggil pasar lambak, because semua benda di ‘lambakkan’ di pasar itu. Masa kecil, pasar malam di tempat aku dibuka setiap Ahad, maka selepas maghrib hari Ahad berpusulah kami adik beradik dan jiran tetangga sama baya untuk ke pasar malam.

Oh don’t expect aku bawak sepuluh ringgit. Dua ringgit cukup. Dapatlah mee goreng, keropok lekor. Lebih sikit boleh beli burger arab (burger yang disampul dengan kulit popiah kemudian digoreng deep fry). Air minum tak payah sebab emak sudah pesan awal-awal.
Jangan mengada-ngada beli air. Air kat rumah ada.

Ok emak, saya ikut pesan tu sampai sekarang.hihihi

You see, compare dengan sekarang, pasar malam kat tempat aku dah banyak berubah.

Most probably booth dah tak banyak. Kalau dulu ada empat lima row. Paling banyak dah tu. Siap ada orang jual accessories dengan betulkan jam tangan lagi. Sekarang dah tak ada. Paling koman, 3 row saja.

Dan nafsu nak ke sana dah tak ada…

ps1: Pernah terhantuk dekat tungku kuali orang masak mee sebab aktif sangat masa kecil. Orang ramai, aku lari-lari dengan along. Habuannya? Emak saya bebel dulu kemudian cubit dekat peha lepas balik ke rumah.Padan muka saya! hakhakhak

ps2: Oh janganlah membandingkan masakan pasar malam dengan warung sekalipun. Bak kata seorang kawan Twitter, 'pasar malam ekonomi punya resipi'.hehehe

16 comments:

Unknown said...

hehhe...betol boh...kalau dulu, memang meriah sangat pasar malam ni..tapi sekarang ni macam tak banyak

Faizal Sulaiman said...

apik pehe---> tau takpa
ke sebab kita dah besaq, maka dah jadi malas nak ke pasar malam:)

tengkorakemas said...

pasar malam tempat aku still burger rm1, sedap pula tu, bwk rumah boleh modify lagi letak mcm2,

mr.syazwan said...

uhhhhhhhhhhhhh pernah terhantuk kat tungku kuali?? adehh ngeri!

tpi seiyes sekarang bawak rm20 g pasar malam x rasa apa je..

selalu wan g pasar malam beli nasi kerabu/dagang.. murtabak, air soya and kuih keling.. hehehehe

=_=

Unknown said...

dulu, setiap minggu aku ke pasar malam.. benda wajib dicari ialah kueh teow goreng..smayang maghrib kat masjid. habis smayang, org lain dgr ceramah, aku gi pasar malam..hehehe.. skrg pasar tu dh makin besar. tp semakin membosankan..lama dh x pergi~

Unknown said...

pasar umah patik gile kau panjang nk termeninggal rs nye nk tawaf...skali posing dh sejam...

slalu beli air soya, laksa, roti john & kropok lekor...

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas --->kat tempat aku dah tak jumpa dah burget rm 1 weh.paling kuat rm2:)

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan--->agreed.bawak banyak pun mcm tak cukup especially bila meronda bazar malam ramadhan.hehe


btw, lama dah tak makan nasi kerabu.warghhhh


yup masih ingat peristiwa tu.sipi lagi nak kena api.

Faizal Sulaiman said...

shatooman --->mungkin dah makin besar, kira rasa pasar malam tu membosankan.hakhakhak

lamanya tak makan kueteow basah..kecurr

Faizal Sulaiman said...

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) ---> memula wat tawaf selamat datang dulu, ushar makanan sedap.hahahahaha

roti john tu mengenyangkan.

MR. SYAH said...

hahha.. teringat dulu2 tapi skang pun masih pernah terjadi.. selalu tersepak payung penjual tu nasib baik xruntuh.. bukan lo'lak tapi sebab ramai org.. hehe..

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH --->betul tu syah.sebab ramai sangat kita pun tertolak sama.

ghost said...

dan di pasar malam juga punya ramai cikaro yang boleh ditemui...hihi

pasar malam tetap menjanjikan banyak moment.

Faizal Sulaiman said...

ghost writer--->kat tempat aku takde.mesti kat tempat ko ramai kan?kan?hehehe

yup..mostly momen makanan murah dan ekonomic:)

Intan A. Shah said...

sukenye g pasa mlm. sy pegi carik kepok lekor je :)

Orkid Edyliyne said...

keluarga OE memang tak makan pasar malam...
ayah OE tak suka sebab kebiasaannya orang dekat pasar malam masak macam tak bersih...
dan makanan dekat rumah banyak sedap dan lebih mengenyangkan dari dekat pasar malam...
lagi pun pernah kawan OE cakap... makanan dekat pasar malam nie subha (betul ke ejaan nie)


tapi bila OE sampai asrama... mana lagi nak cari makanan selain dari pasar malam..
nak buat macam mana, time ada pasar malam mesti cafe tak buka...
dari situ pandai makan pasar malam...

tapi familu OE still tak pandai nak makan pasar malam...
(n_n)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED