Wednesday, May 04, 2011

Peram: Baik Tak Semestinya…

Just a random pic. The scene, aku suka

Semalam menonton satu siri kegemaran.
Dan dari apa yang aku perolehi hasil tontonan sejam itu adalah…

Sometimes good deeds have bad consequences

Setuju kan?

Pepatah selalu kata, buat baik berpada pada.

Berpada-padalah kalau nak buat baik sekalipun. Tak boleh taat menurut saja.

Kadang-kadang terlalu baik, kena pijak jugak
Kita baik orang ambil kesempatan
Malah ada sesetengah mengaggap, perbuatan kebaikan ini akan datangnya ‘ulterior motive’ ataupun hidden agenda.

Manusia, macam aku dan kalian juga mesti mempunyai paling tidak sedikit perasaan negatif towards these people.

Kenapa mesti nak baik dengan aku?
Apa tujuannya dia ni baik dengan aku?

Mesti ada kan? But than, berbaliklah kepada ajaran Islam. Selalulah bersangka baik. Ikhlas dalam perbuatan baik kita pada orang. Kadang-kadang orang kita terlalu terikat dengan peribahasa ‘Buat baik dibalas baik’.

Tak perlu harapkan balasan. Mungkin tak sekarang, later on bila kita memerlukan, Allah akan berikan atas niat ikhlas kita pada orang lain.

Ini mengingatkan aku kepada satu momen dalam novel Harry Potter and the Deathly Hallows dimana Potter, Waesley ditangkap lalu disumbatkan di dalam Rumah Keluarga Malfoy (Malfoy Manor)—Pusat Sementara Dark Lord Voldermort. Di dalam dunia sihir, sesiapa yang berhutang nyawa, akan dibalas nyawa. Let say si A ni pernah menyelamatkan si B, maka si B wajar membalasnya kembali jika nyawa si A dalam keadaan terancam, dimasa akan datang.

Potter pernah menyelamatkan Peter Petergrew (si tikus yang bertukar jadi orang dalam Harry Potter and the Prisoner of Azkaban) dari dibunuh. Rentetan dari itu, si Petegrew ini mendapat tangan perak hasil usahanya menghidupkan semula Dark Lord. Petergrew masih tak serik. Nak tunujuk kunun2 dialah pengikut setia Dark Lord cuba membunuh Potter semasa menjadi tawanan di Rumah Malfoy namun mati apabila tangan peraknya sendiri mencekik lehernya, disebabkan sumpahan berbalik-hutang nyawa-tadi.

JK Rowling, si penulis mencipta satu keadaan keadilan dimana perbuatan baik, dalam apa jua keadaan akan dibalas baik.

Tapi dalam dunia realiti, ada perbuatan baik yang tak dihargai. Tak peduli, lalu mati…

ps: We human sometimes never learn from mistakes. Kadang-kadang orang tu dah buat teruk dengan kita. Give a damn shit, tapi still ada sesetengah masih nak menolong. Tak sampai hati.

Tapi ada orang sampai hati dengan kita?

17 comments:

Unknown said...

buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali..buat la banyak kali.. sebab kalu wt jahat sekali pon akan terus dicop sbg jahat.. kebaikan sebelum ni dh x dipandang..ekekeke

avid said...

i learned this the hard way lepas kena belasah dgn 15 senior bila aku x bagi depa masuk lab komputer semata-mata kerana dengar arahan cikgu komputer aku.

tengkorakemas said...

what you give you get back, this is golden rule dalam Islam,

kadang kita buat baik pada org, tak semestinya org tu juga balas, kadang Allah hantar org lain bro..

analogi mudahnya macam kita bg laluan kereta pada org kat highway, sudahnya nnti kereta tu pergi dan bila kita pula mahu laluan ke lorong lain, kereta tu logiknya pasti sudah di depan,

tapi ada kereta lain di belakang yg bg laluan..

'AQILAH said...

aku percaya bila aku tolong orang lain, mungkin bukan orang tu akan tolong kite balik, mungkin dalam bentuk pertolongan lain, orang lain yg tolong bila kite betul2 memerlukan...

Tak kesahla lepas tolong dia tikam belakang ke, as long kite tak buat benda yg kite tak suka..

Adlan said...

errkk?? suddenly ada kaitan dengan filem harry potter..hahaha..btw, setuju lah sangat dengan pepatah tuh.. buat baik berpada2...yang penting ikhlas kan hati.thats it. balasan itu mungkin kat dunia dah dapat..atau kat sana nanti baru dapat. kan. mana tahu..

Faizal Sulaiman said...

shatooman --->kebaikan tu.. orang akan ingat kalau betul2 dah tak ada:0

Faizal Sulaiman said...

avid gunner --->pejuang tu weh.hehehe

buat baik pd perkara betul takda masalah, cuma kena belasah tu sadis.

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas --->betul tu.mcm aku ckp kita takkan dapat time2 tu jugak. next time Allah akan beri juga:)

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH --->yang penting Allah akan balas setiap inci kebaikan.keadilan itu akan datang jua:)

Faizal Sulaiman said...

Adlan --->ofkos kena ada kaitan.hehehe

yup bersetuju adlan.tak sekarang, later on kita akan perolehi:)

ghost said...

boleh kah kita samakan ia dengan hukum karma?

kejahatan yang tersua pada kita adalah sesuatu yang adil seandainya ia dilihat dari soal pengembalian kejahatan.tapi bagaimana kalau ia tidak pernah kita perlakukan,maka anggap saja sebagi satu ujian.

Unknown said...

itu la boh..niat nak wat baik tu jangan la ader mintak balasan yang baik..haishhh

Faizal Sulaiman said...

ghost writer--->aku setuju bro.tentang ujian yang kau cakap kan tu

Faizal Sulaiman said...

apik pehe --->dan yang penting ikhlas:)

NUke_Rude said...

buat baik..berpada-pada.

lesson learnt!

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude ---> true indeed. tp kalau niat kita baik, Allah akan tolong di masa akan datang:)

Orkid Edyliyne said...

ibu OE ajar... biar orang buat dekat kita, jangan kita buat dekat orang...
mungkin hari nie orang tak hargai apa yang kita cuba lakukan...
mungkin satu hari nanti dia akan sedar apa yang kita bagi pada dia...

kalau base pada apa yang OE ada pada sikap OE yang agak nakal dalam diam nie...
orang buat OE sekali, OE akan balas tanpa orang tu sedar sebanyak 10 kali...
kadang rasa pelik dengan diri sendiri...
kadang rasa macam apa yang FS rasa... asyik kita je yang kesian dekat orang, asyik kita je yang simpati dekat orang...
bila masanya kita nak dapat simpati orang...

hehe... (n_n)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED