Impian untuk hasilkan karya seram
akhirnya tercapai.
Kisah Rahsia mistik satu keluarga. Siapa yang tergoda untuk membalas dendam? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa? |
Novel
ke empat bersama Fixi kali ini berjudul RAHSIA selepas SUMBAT, CERPEN FAIZAL
SULAIMAN dan BONGKAR.
Sekitar pelancaran RAHSIA di Kedai FIXI, Sunway Velocity Mall |
RAHSIA
ditulis kira-kira setahun yang lalu dan merupakan novel paling singkat yang aku
tulis iaitu selama kira-kira 9 bulan. Secara jujurnya aku agak skeptikal dalam menulis
cerita hantu, specifically dalam genre seram / horror. Sebagai penulis, aku
suka meletakkan diri dalam situasi yang aku tulis dan aku bukanlah seorang
method writer yang perlu ‘into the story and characters’ bila menulis satu-satu
karya. Jadinya, ketika menulis RAHSIA aku tidaklah bertapa di tepi kubur,
mencuci keris dengan limau nipis dan membakar dupa hanya kerana mahu mengambil ‘roh
penulisan seram’ tetapi aku membanyakkan diri dalam membaca
pengalaman-pengalaman seram dan membaca karya seram tulisan Tamar Jalis sebagai
rujukan.
Sekitar pelancaran RAHSIA bersama Nadia Khan yang juga melancarkan GANTUNG 2 |
Bersama Big Boss, Amir Muhammad. Entah apa aku jawab masa ni. |
Terima Kasih buat yang hadir. Minta maaf tak sempat junpa semua sebab cecepat nak ke epot :) |
Dan
baru aku sedar, emosi menakutkan orang melalui pembacaan adalah SANGAT SUKAR!
Lebih sukar berbanding menulis cerita cinta! Ini kerana tahap / meter keseraman
setiap pembaca adalah berbeza dan kepelbagaian ini menghasilkan reaksi yang
cukup berbeza.
Jadi
aku perlu mengucapkan terima kasih kepada rakanku, ‘Arif’ kerana berkongsi
kisah sebenar disebalik RAHSIA. Ya. RAHSIA ditulis dan 70% daripadanya adalah
didasarkan dari kejadian sebenar keluarga beliau. The moment dia bercerita
tentang backstory of his family’s secrets, aku dah rasa terpanggil untuk
menulis ceritanya. Aku anggap ceritanya sangat indah.
Terima
kasih jugak pada big boss Amir Muhammad sebab memberi peluang dan ruang untukku
menulis RAHSIA. Editor dan penulis yang aku kagumi Shaz Johar, terima kasih
banyak-banyak sebab beri tunjuk ajar sepajang menyunting RAHSIA dan juga Hani
Amira Suraya. Terima kasih juga kepada beta-readers Nadia Khan, Arif Adly dan
Gina Yap. Berbaloi hantar kepada korang untuk diberikan komen. And to the love one, I love you soooo much!
Jutaan
terima kasih juga kepada Julie Anne, Zara Syed dan Nadia Jalal. Sokongan korang
takkan pernah aku lupa and to the one and only menjadi yang pertama membaca
RAHSIA dan menyunting hampir 50% point of view karya ini, aku doakan kau tenang
di sana. Sepatutnya majlis pelancangan semalam (2/7/2017), kau ada bersama-sama
dengan kami dan kita lancarkan buku baru kita sama-sama. Tetapi Allah lebih
sayangkan kau.
Al Fatihah Syaihan
Syafiq.
Ayuh! Sama-sama kita menakutkan diri :)
Tweet