Monday, November 04, 2019

Review #FilemPusaka: Rahsia Saka lagi Puaka Sebuah Keluarga.





Ketika pertama kali melihat iklan acah filem Pusaka ini, hati terdetik dengan mengatakan bahawa buah tangan terbaharu Razaisyam Rashid (Filem; CEO, Drama; Hamba Iblis & Mandatori) ini punyai sesuatu yang menarik dan wajib untuk ditonton menjelang bulan-bulan terakhir 2019.


Ternyata telahan itu tidak silap. Pusaka hadir sebagai sebuah wadah seram secukup rasa baik dari segi penceritaannya yang kemas, kerja kamera Mohd Nor Kassim yang marvelous, set dekorasi yang membangkitan mood, penggunaan cahaya-cahaya terang gelap yang sangat cantik yang sudah menjadi treadmark Razaisyam selain skor muzik yang cukup menggusarkan perasaan. Radar ketakutan yang selaras dengan jumpscare yang muncul tiap 5 hingga 10 minit juga menjadikan saya sebagai penonton adakala mengintai dari celahan jari sahaja. Ha ha ha.


Di tangan Syafiq Kyle, Insp Nuar diwarnakan dengan baik. Malahan tidak keterlaluan untuk saya katakan watak ini adalah yang paling berjaya dibawakan oleh beliau. Selain itu watak-watak pembantu seperti Fauziah Ahmad Daud dan Aleeza Shahdan, walaupun muncul hanya beberapa babak, akan tetapi lakonan mereka sangat meninggalkan kesan kepada penonton. Barisan ensemble seperti Mimi Lana, Sweet Qismina (yang cukup menyerlah pada babak akhir), Hafidz Roshdi, Aloy Paradoks (uh uh lawak dan loghat Perak dia sangat menjadi, well pelakon teater kan) dan Yuna Rahim memberi nafas baru pada kisah yang penuh twist and turn whodunit ini. Babak-babak Nuar dan Nur ditampil secara flashback ketika kemuncak filem ini juga menjentik emosi sedih audiens.

 

Pusaka sebenarnya boleh menjadi naskhah seram setanding  Hereditary, The Wailing  atau Pengabdi Setan. Unsur melayu pekat yang sudah sebati dalam kebanyakan salasilah keluarga dahulukala dan penyiasatan polis yang berdepan kes mistik telah menjadi tunjang Pusaka sudah cukup membuatkan filem ini unik. Pusaka  dalam slow burn horror. Fuh! 

 

Namun ianya dimusnahkan sedikit dengan elemen cult kebaratan selain deus ex machina yang membingungkan. Penampilan Faizal Hussein yang terlalu mencuba di dalam aksen utara juga merupakan satu pembaziran.



Pusaka cemerlang sebagai pop corn seram komersil untuk peminat seram yang dahagakan kejutan dan jeritan. Pada akhirnya, keluarga yang sangat penting dalam apa pun yang berlaku dalam hidup kita. Tontonlah jika ada kelapangan kerana dihujungnya anda mungkin seperti saya, masih dihantui dengan endingnya yang twisting! (dan mungkin peka dengan bunyi guli jatuh lepas ini)

VERDICT: 9/10


Sunday, September 29, 2019

Review: #FilemMotif -Wanita, Antara Racun dan Penawar.





Ketika aku memutuskan untuk mengambil sedikit masa untuk menonton karya Nadiah Hamzah yang sudah kutunggu sejak setahun lalu di pawagam di Miri (kebetulan menghadiri tugasan di sana, sudah alang-alang panggung dekat jadi ambillah peluang!)

                


Motif di tangan Nadiah dihasilkan dengan cukup baik. Sinematografinya cantik, sudut yang dipilih baik close up mahupun pemandangan hutan tebal dari atas cukup mempesonakan. Pemilihan ambient yang berkabus bertepatan dengan genre misteri thriller Motif malah disuntik sedikit elemen Scandanavian theme thriller menjadikan Motif sebuah lukisan yang kelam, watak-wataknya kelabu, intense namun kita sebagai penonton ingin selongkar apa yang disembunyikan disebalik lukisan ini. Nadiah punyai masa depan cerah dalam industri filem, percayalah. (Kabarnya filem akan datang beliau adalah sebuah naskhah seram. Count me in. I am ready!)

 
                

Motif juga dibarisi pelakon handalan. Sharifah Amani memberikan dimensi yang cemerlang menerusi watak Inspektor Dewi. Ditangannya, Dewi kelihatan teguh bak besi namun didalamnya Dewi umpama kaca yang rapuh. Permainan emosi Amani ketika mendepani konlik kerja dan masalah rumahtangga dalam mempersembahkan Dewi diberikan dengan penuh empati, depth dan subtle menjadikan karakter ini diperkaya dengan sikap-sikap manusiawi. Best Actress next FFM! Mark my word!

 
                
Taqim Zaki sebagai Inspektor Rizal juga tidak kurang hebatnya. Dynamicnya watak yang diperankan oleh theater actor ini menjadikan kita sebagai audien merasai perihnya. Inspektor Rizal tersepit dengan tuntutan kerja with no bias dengan rasa setianya dia kepada sebuah hubungan kekeluargaan. Rosyam Nor macam biasa juga cemerlang. Dari lelaki yang punyai segalanya, dia terjerat pada racun wanita yang akhirnya memberikan sebuah tragedi yang harus dibayar olehnya. Sherrie Merlis juga begitu. Aktres ini membawakan watak Suri dengan sangat baik. Kesakitan, dendam, kelicikan dan marah yang dipamer Sherrie, walaupun beliau hanya muncul hanya beberapa babak meninggalkan kesan mendalam kepada audien. Best Actress in a Supporting Role for sure!

 
              
Motif berjaya membentang sebuah delima wanita yang berkongsi kasih. Antara madu yang manis dan racun yang pahit, ditengah-tengahnya pasti ada yang terkorban, dikhianati, ketidakjujuran dan kecurangan. Nadiah sebagai wanita tidaklah membentuk karakter wanita-wanitanya dengan sempurnya, namun ketidaksempurnaan pada semua watak wanita ini memberikan realiti diluar sana bahawa begitulah yang dinamakan kehidupan. 

 
               
Namun begitu Third Act Motif seperti kehilangan arah. Konfrontasi antara watak Rosyam-Amani juga seharusnya dibikin dengan sedikit panjang agar tekanan itu dapat membina klimaks yang lebih memuaskan. Tanah Merah yang dijadikan lokasi tidak bertepatan dengan aksen penduduk setempat (pemahaman penulis lokasi Tanah Merah ini terletak di Kelantan). Walaubagaimanpun sebagai sebuah hidangan, Motif punyai rasa yang sedap. Malah dipenghujung, anda akan merasakan sedikit kejutan dan ketika kaki melangkah keluar pawagam, kepingan-kepingan puzzle ini akan mula bercantum di dalam minda anda. Sesuatu yang jarang berlaku di dalam sinema tempatan.

                Buat WayangWorks dan terutamanya Nadiah Hamzah, syabas!

VERDICT: 4.5 / 5

Motif masih ditayangkan di pawagam. Tontonlah sebelum anda terlambat.
               

Thursday, June 20, 2019

Terlalu Memjua, Kopi Julia dan MCU


I



Bila aku dapat tahu lagu Terlalu Memuja nyanyian Wany Hasrita dicipta Sharon Paul dan Ahmad Fedtri Yahya, aku rasa lagu ini something.




Turns out, it's  true!




Komposisi lagunya sangat mencabar terutama sekali second verse. Lagu ini susah di bahagian itu sebab banyak note nak kena jaga dengan satu nafas yang panjang (atau kena pandai curi nafas ha ha)


Kalau fans Hasrita undi beliau, pastinya lagu ini akan masuk AJL tahun depan. But I'm rooting for Ernie Zakri hehe.








II



Aku tak pasti sama ada aku dah up kat sini belum, tapi tahun lepas, adaptasi terbaharu cerpen aku dalam antologi KOPI diterbitkan oleh Tonton. Aku rasa adaptasi ini agak besar sebab melibatkan nama-nama terkenal dalam industry seni lakon Malaysia.


Untuk pengetahuan korang, projek adaptasi ini adalah satu projek special kolaborasi Tonton dengan Buku Fixi. Sejumlah cerpen terpilih untuk diadaptasikan dan ditanyangkan di web Tonton dan Youtube secara percuma.


Kopi Julia dibarisi oleh Jasmin Hamid, Hafez Mikail dan Hafreez Adam diarahkan oleh Alif Ihsan Abd Rahman ditayangkan bermula September tahun lalu. Kopi Julia 2018 adalah adaptasi kedua selepas kali pertama diadaptasi pada tahun 2013 dengan format silent hitam putih oleh pengarah Singapura, Tan Bee Thiam.


Korang boleh tengok kat link sini









III



Filem terbaharu MCU, Spiderman Far From Home adalah filem fasa terakhir bagi set MCU (6) sebelum masuk kepada fasa 7 yang mungkin dimulakan dengan The Eternals ataupun Guardian of the Galaxy Vol 3.


Academy Award Nominee; Jake Gyllenhaal memerankan watak antagonis super villain "Mysterio". Ditayangkan sekitar Jun nanti.




Ah! Ending Endgame masih buatkan aku haunting! 

Saturday, June 01, 2019

Kotabian Tadau Tagazo Do Kaamatan, Gayu Guru Gerai Nyamai & Selamat Hari Raya Aidilfitri

2019 menyaksikan tiga perayaan yang diraikan di Borneo.


Pesta Keamatan pada 30 Mei hingga 31 Mei 2019 di Sabah.


Diikuti dengan Hari Gawai pada 1 hingga 2 Jun 2019 di Sarawak


Diakhiri dengan Hari Raya Aidilfitri pada 5 dan 6 Jun 2019 di Seluruh Malaysia.


Why you not love Malaysia so much? Holidays is everywhere!


So untuk yang balik ke kampong, hati-hatilah memandu. Same goes to myself. Tahun ni beraya rumah mak ayah kat Kota Tinggi Johor dulu sebelum ke rumah mertua di Machang, Kelantan.


Doakan urusan perjalanan aku dipermudahkan. Amin!


PS: Seram tengok bajet raya tahun ni.. wuwuwuwuwu





Thursday, May 09, 2019

2019 Dan Sudah Ramadan Rupanya!

Pertamanya, aku dah semakin jarang nak update blog. Sama ada aku malas atau aku lebih suka gunakan platform microblog macam twitter. Pantas.


Cakap pasal Twitter, applikasi ni dah tak macam dulu. I'm talking about 10 years dulu masa tak semua orang ada twitter dan akses app ni terhad where kau kena guna web atau phone web which will consume you a lot of internet data.

Dulu-dulu, bila kau up status merepek kat twitter, nobody cares. Sekarang kau kena sedia dengan kecaman dan kalau tak bernasib baik, a series of twitter thread for you to go.

People are becoming more judgmental at this point and surprisingly takdak sapa akan tegur sebab dah jadi semacam satu culture dalam society kita. Barah yang menjelikkan sebenarnya.

OK enough with the bebelan.

Sebenarnya azam aku awal tahun haritu nak update paling koman satu entry setiap satu bulan. Tak susah pun. Aku hanya perlukan disiplin dan the rest, lets mind and words do the magic. Tapi saying, hasrat tu tak menjadi kenyataan.

I'm getting super busy in life as human, husband, worker etc.

Dan sekarang dah pun bulan puasa. 6 years berpuasa di bumi borneo. Aku tak pernah menyesal. I'm get used to it malah waktu lebih cepat berbanding berpuasa di semenanjung (well obviously la). 6 years tak memberi perubahan besar untuk aku except aku lebih focus dalam hidup, makin gemok, cepat letih kalau travelling lompat sana sini (I'm old!), jarang nak bercakap benda tak penting dan lebih kerap habiskan masa kat rumah kalau takde urusan kat luar dan jarang up gambar-gambar kat Instgram ha ha ha.

Begitulah dah  hampir masuk pertengahan 30 an.

Oh ya. Sekarang tengah proses menulis buku baru. Pola menulis pun tak selaju dulu. Again aku kena warm up banyak-banyak.

PS: Avengers Endgame makes me blew away! Sumpah nak buat 2nd,3rd,4th viewings!

Gambar Random Ambil Dari Phone: Lokasi Taman Negara Bako, Trip tahun 2015. Bij...lamanyaaa

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED