Thursday, September 30, 2010

RAMBUT


Salam Syawal

Rambut antara body part yang memang aku ambil kira.

Ini termasuklah kepantangan berambut panjang. Aku rimas betul kalau rambut panjang sebabnya aku tak pandai nak urus. Kadang2 suka2 tengok fesyen terkini rambut selain nak nampak stylo, tapi haram aku nak cuba.

Penjagaan rambut,bagi lelaki bermula seawal dengan menggunakan syampu. Sekurang-kurangnya hilanglah kelemumur. Tak adalah kepala gatal-gatal. Penggunaan minyak rambut juga penyumbang kepada pertumbuhan rambut yang sihat. Tapi, perlu diingat, pilih minyak rambut yang sesuai dengan rambut kita.

Macam aku, aku suka rambut pendek. Kemas dan senang nak gayakan. Macam aku cakap tadilah, aku mang tak boleh berambut panjang. Pening kepala dan...semak sangatlah! Rambut plak jenis cepat tumbuh.hi hi hi

Tapi perubahan fesyen rambut bergantung kepada aliran semasa. Rambut pendek paling sesuai menyerlahkan ketampanan serta kekacakan seseorang lelaki tu.ahaks. At least ia menunjukkan tahap kekemasan juga keterampilan. Nak menggayakan pun senang.

Lebih2 lagi bila lepas memotong rambut.
Sejuk je mata memandang, kan?

Sebenarnya, penjagaan rambut ni bergantung pada individu.Ada yg selesa berambut panjang, pendek, cacak-cacak, botak (ni kira rambut ke ek.he he he) dan cara pengurusannya. Jangan orang lain pun nampak 'seksa' dengan rambut kita tu, okay?

Penting untuk nampak pleasent sebenarnya, walaupun nilai diri bukan diuukur dengan potongan rambut, pakaian yang kita pakai, wangian yang kita guna hatta kereta yang kita miliki. Kesemua material and impression ni secara tak langsung memberi impresi pertama kepada orang lain dalam melihat kita.

Ingat.
Pandangan pertama kebanyakannya adalah 'menghakimi'
Tetapi pandangan ke dua adalah 'penilaian hati budi dan sikap'

Wednesday, September 29, 2010

LORO:JILBAB EPISODE 12


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 12 akan disiarkan pada 1 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.




Nur membuka matanya, tiada lagi dinding putih kiri dan kanan, yang ada kini hanyalah pokok-pokok dan tasik tempat dia berada tadi. Digosok-gosok anak matanya. Dia mula menyedari kelebihan yang dimiliki.

Dia berlari sekuat hatinya ke arah yang tanpa hala tuju. Bimbangkan Seri dapat mengejar dan menghidu kedudukannya di mana sahaja dia berada.

“Nur!!!”

Kedengaran suara Uth melaungkan namanya.

‘Itu suara Uth.’ Hatinya membisik sendirian.

“Uth!!!” Nur melaung nama Uth sekuat hati dan kemudian dia hanya berdiri terkaku di situ. Dia mahu memudahkan Uth mencarinya.

Kelibat Uth sayup-sayup kelihatan sedang berlari ke arah Nur, dia mengukir sebuah senyuman dengan tenang.

Tiba-tiba Uth rebah dari lariannya. Tubuhnya tersembam di atas tanah berumput. Tiada pergerakan langsung selepas itu. Nur menjadi bimbang terus berlari mendapatkan Uth.

“Uth, kenapa ni?”

Dengan Kudrat wanitanya, Nur menelentangkan tubuh Uth yang tertiarap kaku. Nur meletakkan kepala Uth di atas ribanya. Diusap-usap rambut lurus Uth yang masih kemas sisirannya.

Bibir Uth bergerak-gerak cuba menyatakan sesuatu. Jarinya sedaya-upaya digerakkan, namun hanya sedikit getaran di hujung jari. Itu sudah cukup untuk menyatakan Uth sudah terpasung dan tidak mampu bergerak.

“Uth..” Hanya nama Uth yang muncul dari bibir. Airmatanya perlahan-lahan berlinangan dari kelopak matanya.

“Aku yang buat dia jadi begitu kerana aku menghendakinya sejak dari dulu lagi.” Suara itu tidak jauh kedengaran dari tempat mereka berdua.

Pandangan Nur tertancap ke arah suara yang didengarinya lalu dia meletakkan kepala Uth perlahan-lahan di atas rumput yang tumbuh di tepi tasik. Dia bingkas berdiri dengan wajah yang sangat marah.

“Apa kau nak Seri? Apa kau nak dari dia?”

“Seperti yang aku katakan. Aku menghendakinya sejak dari dulu lagi?” Perlahan-lahan Seri mengesot ke arah Nur.

“Dia tak mahu kau lah Seri.”

“Jadi kau sudah tahu aku siapa?”

Menyeringai wajah Seri sehingga menampakkan gigi taringnya yang tajam. Matanya membulat merah merenung tepat ke mata Nur.

“Siapa tak kenal kau? Makhluk khurafat yang muncul dari nafsu manusia yang mengejar kenikmatan dunia. Walhal kenikmatan dunia hanyalah satu peratus sahaja dari nikmat akhirat.”

“Bukan aku yang menghendaki mereka. Mereka yang berkehendakkan aku wahai Aisyah.”

“Nama aku Nur, bukan Aisyah.”

Perasaan resah dan gelisah terbit dibenak hati Nur. Nama Aisyah yang sangat tidak dikenalinya tiba-tiba terpacul di penghujung suara Seri. Hilai tawa Seri memecah kesunyian. Kalau hilai tawa itu kedengaran oleh manusia biasa, sudah tentu manusia akan bimbang untuk terus tidur lena.

“Kau mahu tahu siapa kau sebenarnya?”

Perlahan-lahan Seri mengesot ke arah Nur yang memberanikan diri, berdiri untuk menentangnya. Tidak sukar mana menghalang gelojak hati musuhnya itu.

“Aku tidak mahu.”

“Nama kau Aisyah. Kau koma dan sekarang berada di hospital terakhir yang kita bertemu tadi.”

“Diam!”

“Abang kau baru saja meninggal akibat kemalangan bersama kau.”

“Aku kata diam, diamlah!” Nur menjerit sekuat hatinya.

“Baik, aku diam. Niat aku baik Aisyah. Aku cuma mahu membantu kau. Selagi mana aku mampu Aisyah. Aku tidak minta balasan apa-apa dari kau. Selain kau serahkan dia kepada aku. Tidak mungkin dia akan terus hidup begini sehingga hujung nyawanya. Kau mahu terus melihat dia terseksa begitu?”

“Itu sesuatu yang tak mungkin akan terjadi Seri. Aku akan pastikan kau lenyap dari dunia ini.”

‘Kau ambil sekepal tanah kemudian kau selawatkan sekali. Kau baling pada dia, nescaya dia akan lenyap dari pandangan mata kau.’ Nur mendengar suara hatinya berbisik.

Tanpa berlengah Nur menunduk dan mengambil sekepal tanah. Diselawatkan tanah itu sebanyak tiga kali dan dihembus dengan sehela tiupan nafasnya.

“Ambil kau. Nyah kau dari sini.”

Lenyap Seri dari pandangannya, menghilangkan diri entah ke mana. Puas hati Nur dapat menggunakan segala kudratnya menentang Seri.

“Nur.” Lemah suara yang memanggil namanya.

“Uth.” Nur segera mendapatkan Uth.

Perlahan-lahan Uth duduk dari pembaringannya tanpa seorang pun menghiraukan dia. Telapak tangan Uth menekap dadanya menahan kesakitan.

“Macam mana Nur lepaskan Uth dan menghalau Seri dari mendekati kita berdua.”

Nur hanya tersenyum memandang ke arah Uth. Dipapahnya Uth untuk berdiri. Terasa berat pula lelaki itu.

“Aku akan datang lagi mencari kalian berdua.”

Seri memberi amaran, namun sesaat pun Uth dan Nur akan mengendahkan amaran Seri itu.

BERSAMBUNG...

NASIHAT SOHAIMI, LENGGOK ANA


Salam Syawal

Haih tajuk, macam kolum hiburan pojok akhbar tabloid! he he he

Pernah dengar lagu kolaborasi Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet: 'Kalau Berpacaran'?

Lagu ni selalu dimainkan dalam Sinar FM.

Boleh tahan lagunya!

Banyak unsur nasihat.

Hendak-hendak sekarang ni, kes sosial yang makin lama makin melambak...sampai tak larat nak baca. Dengan penciptaan lagu ni, secara tak langsung mengingatkan kita bahawa pergaulan bebas tu sesuatu yang tak elok sebenarnya.

Liriknya sempoi. Serius. Iramanya catchy.

Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

Jadi budak2 muda, termasuk aku juga perlu mengambil iktibar. Lirik bukan sekadar lirik. Uniknya lagu ni ada peranan Altimet : peranan sebagai 'syaitan'.

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Kadang2 bila dengar, kena fikir gak, kan?

Ok la untuk kolaborasi zaman Sohaimi Mior Hassan yang terkenal dengan lagu ballad tahun 80an, Ana Raffali utk music indie dan Altimet utk rentak urban. Hah 3 dlm satu, kau!


Tuesday, September 28, 2010

FRASA REWANG

Salam Syawal.

Ahad.

Sinonim dengan orang kahwin.

Sinonim dengan frasa 'rewang'

Opss..bukan 'rewang' seperti gan****g ramai2 okay. LOOL. Matila statement:P

Apa aku merapu neh.

'Rewang' bagi mereka yang duduk Johor , lebih2 komuniti Jawa, membawa maksud 'kerja gotong royong orang kahwin'. Kebetulan pada Ahad lepas jiran depan rumah buat kenduri kahwin. Anak yang sebaya abang aku melangsungkan perkahwinannya.

Stop citer pasal kahwin dia.

Aku nak bercerita tentang tradisi 'rewang' turun temurun yang selalu dilaksanakan oleh orang kampung. Orang kampung ni mengamalkan prinsip 'berat sama dipikul, ringan sama di jinjing'. Ada yang layan tetamu, ada yang masak air, ada yang gaul beras dalam kawah besaq.

Aku?

Tolong goreng ayam. hi hi hi.
Alah goreng ayam celup tepung adabi tu sudah. Tolak tepi dulu hygiene sebab yang penting kemuafakatan dalam bermasyarakat.

Kebetulan aku plak tak sibuk selepas menyudahkan kerja pada lewat malam Sabtu (masih sempat nonton Magika. he he he).

Seronoknya rewang-rewang nih, akan dapat gift dari Tuan Rumah. Dapatlah sapu tangan putih, bunga ala rosette ngan duit singgit. Bernilai wooo hujung2 bulan neh.pfttttt..

Ayah aku selalu pesan,

''kalau kau tak pi tolong orang rewang, nanti esok lusa kau kahwin takde orang nak tolong"

Aku jarang ambik pot. Tapi kadang2 berbekas jugak. cakap2 ayah tu. Mana la tau, tetiba nak kahwin dengan Cik A, takde yang datang tolong..mau aku ngan Cik A kacau kawah nasi minyak kitorang! ha ha ha

Sebenarnya rewang ni membawa perspektif luas tentang definisi tolong menolong. Kerja tolong menolong ini sangat penting jika hidup berkomuniti. Tak ada mereka yang hidup sorang-sorang. Ayah selalu pesan.Jangan hidup sendiri. Nanti tak ada orang peduli...

Part ni aku ambil pot:)

FaizalSulaiman:---)Minggu paling sibuk untuk diri sendiri, budak2 kelas juga..haihhh

Monday, September 27, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 11



Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 12 akan disiarkan pada 28 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.


Kerlipan lampu di jalan masuk utama ke Mutiara Bay kelihatan sangat mempesonakan. Binaan besi berukir seni geometri melayu dengan mentol berbentuk futuristik menggambarkan bahawa Bandar Mutiara Bay adalah penciptaan legasi kerajaan yang mahu melihat bandar ini sesuai dengan temanya iaitu ‘Bandar Dalam Taman’.

Jamil menelefon rakannya.
Mereka berbual sekejap dalam Bahasa Arab yang langsung tidak difahami Samira mahupun teman lelakinya, Asyraf. Mereka kemudian memandang sesama sendiri selain cuba mengelakkan wajah pelik mereka dari menarik perhatian lelaki itu. Vios hitam milik Asyraf membelok ke simpang pertama Jalan Belatuk, Mutiara Bay sebelum berhenti di sebuah rumah teres dua tingkat yang mana di hadapannya menempatkan sebuah Perodua MyVi Special Edition berwarna oren.

Kelihatan seorang lelaki berkain pelekat tersenyum mesra sambil membuka gate berwarna hitam itu. Jamil menyungging senyum.

“Assalamualaikum, ya Sahabat”, ujar si lelaki sambil menghulur tangan sebelum memeluknya erat.
“Sihat kah, kawan?”
Jamil mengangguk.
“Ana sihat! Walafiat!”
Kawannya tersenyum sangat mesra.

Samira dan Asyraf turun dari kereta kemudian menyertai dua sahabat itu yang berbual-bual kosong dengan wajah ceria.
“Mira, perkenalkan ni kawan abang. Zafran namanya. Satu kuliah dengan abang. Tapi dia pulang awal satu semester ke Malaysia. Maklumlah..budak pandai”, perkenal Jamil kepada Zafran. Samira tunduk senyum sebelum Zafran membalasnya dengan hormat. Asyraf kemudiannya menghulur salam kepada Zafran sebelum memperkenalkan dirinya merupakan kekasih kepada Samira.

Perbuatan itu sedikit sebanyak menyentakkan Jamil yang kelihatan aneh pelik wajahnya. Tetapi itu mungkin sikap semulajadi Asyraf agaknya, maka lelaki itu mudah cemburu. Pasangan bercinta…Cemburu itu perkara biasa.

“Tak nak masuk dulu ke, minum teh. Teh bujang aja”, pelawa Zafran kepada Asyraf dan Samira. Asyraf menggeleng tidak setuju.
“Tak apalah, bang. Kami nak cepat ni”, desak Asyraf sebelum menarik tangan kekasihnya sebelum menyuruh gadis itu masuk ke dalam Vios kepunyaannya. Zafran memandang Jamil meminta penjelasan. Jamil kemudiannya tersenyum penuh erti. Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal, kedua pasangan itu berlalu sebelum Zafran mempelawa kawannya masuk ke dalam rumah.

“Masuklah Mil. Tak ada apa rumah aku, nya”, ujar lelaki itu ramah sebelum membawa beg galas kawannya ke ruang tamu. Persekitarannya bersih. Dengan TV skrin leper berjenama Panasonic dan sofa biru lembut menmpakkan ciri-ciri kesederhanaan lelaki itu dalam memilih hiasan rumah. Ruangnya yang agak kecil tetapi kemas menarik pandangan Jamil.

“Kau tinggal sorang Zaff?”
Lelaki itu menggeleng. Sambil duduk senang, dia berkata perlahan.
“Dengan kawan kampung. Kejap lagi dia baliklah. Kerja graphic designer. Aku menyewa berdua je dengan dia. Ada kau ni,kuranglah sikit beban sewa”, ujarnya sambil tertawa. Duduk di bandar, lebih-lebih lagi kawasan tarikan seperti Mutiara Bay menuntut penyewanya mempunyai tangga gaji yang setara. Kalau setakat seribu setengah, makan pakai hujung bulan pula yang akan sesak.

“Kau bila mula, Mil?”
Jamil melilau melihat jam tangannya yang sudah menginjak ke pukul lapan setengah malam. Pertanyaan Zafran didengarinya di hujung saja.
“Lusa aku mula..siapa ya nama penyelia dia..aku lupa lah..Puan…”
“Puan Juita. Bekas penyelia aku juga dulu. Baik orangnya. Kau cubalah tuntut ilmu dari dia.”

Hati Jamil lega.
Sedikit sebanyak perkhabaran itu meredakan gelodak rasanya yang tertanya bagaimanakah hari pertamanya bekerja kelak.

Kedengaran bunyi kereta dari luar. Zafran bingkas bangun memerhati kelibat seorang lelaki menutupi Perodua Alza miliknya.
Lelaki itu senyum.
“Haa..kawan aku dah balik. Dia dah tau kau nak menyewa sini. Lega betul tengok muka dia sebab sewa dah semakin meningkat sekarang”, bingkisnya sebelum kelihatan pintu rumahnya terbuka mendedahkan seorang lelaki berambut sedikit panjang, berombak tetapi berwajah baik lekas menghulur salam ke arah Jamil.

“Yazid. Salam kenal”
“Jamil”

Tangan mereka berjabat dan ketika itu jualah Jamil dapat merasakan suatu aura panas melingkari tangannya dan satu suara halus berbisik ke telinganya.

Jangan kau ganggu…Jangan kau berani mengganggu…Aku akan hapuskan kau!!!

BERSAMBUNG

MAGIKA..MAGISNYA [PART 2: REVIEW]


Menonton muzikal arahan Edry Abd Halim, Magika merupakan teknik reduce stress yang sangat baik. Filem ini bergerak dengan sangat pantas dengan plot-plot utama dijanakan dengan hampir sempurna. Aku cuba santai mengulasnya:



Boleh faham ye carta bar yg aku gigih buat tu.hi hi hi.

Jalan cerita Magika mudah difahami. Malik degil. Tak boleh terima kematian mak dia sebab merasakan dia adalah punca utama kematian mak dia dan selalu bergaduh dengan kakak dia, Ayu sehingga kehilangan dia di waktu Maghrib sebelum masuk ke dunia Magika! Filem ini mengajar erti perhubungan adik beradik yg tak pernah putus walau bergaduh bagaimana sekalipun. Diana Danielle (DD) berjaya menterjemah karakter Ayu dengan baik, Fimie plak memang sesuai dengan watak Malik. Lakonan Mawi sebagai Badang dilihat lebih hidup berbanding wataknya sebagai inspektor polis dalam Jin Notti. Err rambut palsunya sedikit mengganggu. Watak2 lain, walaupun sebagai cameo--tanpa dialog---berjaya menarik penonton filem ni selain kemunculan istimewa Fauziah Dato Ahmad Daud.

Ini filem muzikal. Ya awal2 kena beritahu supaya mereka yg tak gemarkan genre ini boleh membuat keputusan untuk menonton atau tak. Sebabnya masa berada dalam wayang tu sendiri, aku dengar keluhan
'‘Aik? Takkan nyanyi lagi, kot?”

Itulah…sebelum berhajat nak tonton, korang kena survey dulu genre sesebuah filem. Jangan main hembus aje, ok. Permulaan filem dah tulis.. ‘Sebuah Muzikal: Edry Abd Halim’ jadi ia adalah filem muzikal. Konsep muzikal kena faham. Diaolg tak banyak, tapi lirik lagu filem ni menerangkan segalanya. Cuma ditambah, filem ni seumpama spoof seperti menonton siri2 Scary Movie:)

Apapun, usaha mengangkat dongeng masyarakat Melayu seperti Puteri Gunung Ledang, Pak Pandir, Mak Andeh, Nenek Kebayan, Gadis Bunian (kemunculan puluhan 'Maya Karin'..rasa macam nak bawak balik sorang lah.ha ha ha), Badang, Naga Tasik Chini, ( babak naga chini terbang tu best woo. Effect CGI yang menjadi) Bawang Merah Bawang Putih, Mahsuri, Awang Lembing, Belalang adalah warm up terbaik KRU sebelum penayangan epik ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ tak lama lagi. Kalau ‘Magika’ lebih kepada muzikal komedi fantasi, Hikayat Merong Mahawangsa merupakan drama sejarah serius yang InsyaAllah bakal mendapat perhatian pemerhati filem.

Walaubagaimanapun, aku dapat rasakan yg filem ni mampu mencapai kutipan box office (selain mungkinkah KRU akan buat pementasan teater muzikal ‘Magika?” macam filem PGL??

Who knows…

Cubalah..luang2 kan masa untuk menonton. At least you must give some justice to Malay Film Industry. Memang kita kadang2 ralat menonton filem yang spoilkan mood kita. Tapi kena ingat, cari filem yang berkualiti. Yang menepati citarasa kita. Tak semua filem Melayu hampeh, ok.

Kalau betul nak tengok filem2 bagus, cuba (kut2 terjumpa) download filem 'Bad Education', 'Volver', 'A Very Long Engagement', 'Schindler List', 'Amelie', 'Osama', 'Father', 'Children of Heaven' (sekadar menyebut beberapa filem)

Senarai harus tonton seterusnya:
1) Hanyut (based on a novel Almayer’s Folly) arahan sutradara terkenal U Wei Hj Saari
2) Hikayat Merong Mahawangsa aka The Malay Chronicles
3) Ombak Rindu (based on a love novel by Fauziah Ashaari), arahan Osman Ali
4) Empayar: Dendam Tamingsari (filem ni dibikin hampir keseluruhan menggunakan green screen)
5) Upin Ipin: Angkasa animasi tempatan yang menggegarkan Malaysia

Deja-vu ketika menonton Magika.he he he


Walauapapun, filem ni ada gak kelemahan dia. Ketika babak sebelum ke Gunung Ledang. Ada 1 lagu (kalau tak silap 'Kehilanganmu') dinyanyikan oleh DD dan Mawi. Tup2 lepas tu straight babak PGL nyani lagu 'Asal Menjadi Cantik'. Kalau ada dialog mesti lagi cun sebab penonton depan dah mula mengeluh (ni kes tak tengok genre filem sebelum tonton)

Then, babak 'Lima Bersaudara' yang bercakap antara satu dengan yang lain. Aku rasa treadmark filem Malaysia kut lah. Bila ramai2 bercakap, akan ada suara sumbang mambang belakang-belakang menambah, walaupun tak lawak ye sebenarnya.

Apa2 pun kalilan pi lah tengok dengan mata kepala sendiri. Baru leh nilai bagaimana filem ni..best ke tak best:) Bagi aku? Aku bagi 4.5 per 5. Plus..aku memang peminat filem muzikal!

Sunday, September 26, 2010

MAGIS DUNIA POTTER PT3: OFFICIAL TRAILER 2

Salam Syawal.

Bahagian pertama untuk epik Harry Potter.

Tayangan pada 19 November 2010--worldwide.

Also available in 3 D!

Berbanding trailer 1, trailer 2 HP memperlihatkan lebih banyak clues and hints yang damnnn tak sabar siut nak tunggu.

Antaranya:
1) Kemunculan Minister of Magic, Rufus Scrimgoer lakonan Bill Nighy

2) Serangan Death Eater dlm perkahwinan Bill Weasly dan Fleur Delacour dan kemuculan Patronus Kucing dari pihak Kementerian.'There are coming'

3) Puak2 Pure Blood membuat pemeriksaan atas 'Mud Blood' di Kemeterian. Kemuculan Dolores Umbridge dengan sut merah jambu dia.ohoo

4) Nagini meyerang di Malfoy Mansion

5) Kubur James dan Lilly Potter

6) White Tomb Dumbledore yang dicereboh Voldermort untuk mencuri Elder Wand

7) Simbol Azimat Maut

8) Rumah Xeno Lovegood yang diserang

9) 7 Potters!!waaaa




Esok review filem Magika!!

Saturday, September 25, 2010

LORO:JILBAB EPISODE 11

Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 11 akan disiarkan pada 27 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



Nur membeliakkan matanya, terkejut dengan setiap yang dilihatnya kali ini. Saat membuka matanya, hanya kelihatan tembok batu berwarna putih kiri dah kanan. Sebuah lorong koridor lurus yang juga terdapat beberapa pintu di kiri dan kanan dinding bercat putih. Kira-kira sepuluh meter dihadapannya, terdapat simpang empat yang tepi simpang itu terdapat satu kaunter pertanyaan.

Perlahan-lahan dia melangkah ke arah simpang empat koridor. Kelibat seorang wanita beruniform putih lengkap bertudung lalu disebelahnya. Nur terdorong ke dinding dek terkejut dengan kehadiran wanita itu dari belakangnya secara tiba-tiba. Telapak tangannya terus mengusap-usap dadanya yang berombak kencang.

“Kejar-kejarlah.”

Kedengaran suara halus seorang budak dari koridor yang berserenjang dengan koridor yang dilaluinya. Dia mengamati suara itu, suara budak lelaki. Tetapi tidak langsung kedengaran tapak kaki itu berlari.

“Kejarlah lagi. Kejarlah.”

Suara budak lelaki yang diikuti dengan hilai tawa itu semakin menghampirinya. Nur hanya diam mendengar sambil perlahan-lahan melangkah ke arah simpang empat koridor yang dari tadi dipandangannya.

“Kejarlah kalau dapat.”

Seorang budak lelaki lingkungan usia sepuluh tahun berdiri betul-betul di tengah koridor. Dia hanya memakai sepersalinan ringkas serba hijau dan kepalanya botak, tiada sehelai rambut pun. Kemudian dia memusingkan badannya seratus lapan puluh darjah dan menjelirkan lidah. Lalu di pandang kiri dan kanan.

“Eh, Kakak”

Budak lelaki itu terus berliri mendapatkan Nur yang berada di kanannya dan terus berdiri di hadapan Nur. Budak lelaki itu tersenyum ke arah Nur. Nur mengukir senyuman yang paling manis, kemudian mencangkung untuk menyamakan ketinggian dengan budak lelaki itu.

“Kakak ni cantiklah.”

“Adik boleh nampak Kakak?”

“Mestilah, adik ni kan ada mata. Mestilah adik boleh nampak semua. Tapi adik peliklah kakak, kenapa ada orang kat sini yang tak boleh nampak Adik ya?”

‘Budak ni halimunan seperti aku juga kah?’ Desis hati Nur.

“Adik tinggal di mana?”

“Kat sinilah Kak.”

Nur merenung ke lantai. Buah fikirannya ligat berfikir, pakah yang bisa dibantu untuk kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu.

“Kat sini, adik tinggal di mana?”

“Adik tinggal di bilik hujung sana.”

Jari telunjuk budak lelaki itu menuding ke arah belakang Nur. Nur memusingkan badannya, melihat ke arah yang di tuding oleh budak lelaki itu. Terdapat beberapa bilik di arah yang ditunjukkan.

“Nama adik apa?” Nur memegang tangan budak lelaki itu. Kali ini dia bisa menggenggam tangan itu, tidak seperti tangan atau tubuh Uth yang selalu cuba disentuhnya, tetapi gagal. Bahkan kulitnya seperti tidak bersentuhan pula. Tetapi dengan budak lelaki itu, dia bisa menyentuh tangan budak lelaki itu.

“Ahmad Iqmal bin Ahmad Idham. Kawan-kawan sekolah panggil Ahmad. Mak dengan Abah panggil Iqmal. Terpulang pada Kakak lah nak panggil apa.”

“Kakak panggil Iqmal sajalah.”

Nur tersenyum memandang memandang ke arah Iqmal. Petah bicara dan bijak pula Iqmal ini. Baru berusia sepuluh tahun, tetapi sudah mengalami nasib yang sama sepertinya.

“Jom Kakak.”

Iqmal terus menarik tangan Nur dan mendorong Nur mengikutnya. Langkah Iqmal ke arah bilik yang ditunjukkan tadi. Nur tersenyum lagi melihat karenah kanak-kanak itu.

“Jomlah Kakak.”

“Iyalah, Kakak ikut ni.”

Nur menggeleng-gelengkan kepalanya melayan keletah Iqmal. Perlahan-lahan Iqmal menolak pintu bilik itu. Nur melangkah perlahan masuk ke dalam bilik. Iqmal melepaskan genggaman tangannya dan Nur.

Mata nur melilau memerhatikan sebuah bilik yang sederhana luasnya. Kemudian matanya terpanah ke arah sekujur tubuh yang terbaring di atas katil. Kedengaran bunyi mesin-mesin yang asing dari halwa pendengaran telinganya.

Nur berjalan merapatkan dirinya ke sekujur tubuh yang sedang terbaring itu. Perlahan-lahan dia merapati tubuh yang berselirat dengan wayar seluruh tubuhnya.

“Ini Iqmal.” Hanya itu yang mampu terucap dari kotak suara Nur saat melihat wajah tubuh yang terbujur kaku.

Iqmal mengangguk. Nur menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menekup mulutnya dengan tangan kanan. Dia antara percaya atau tidak apa yang dilihatnya, sekujur jasad yang masih lagi berdegup dan sebatang roh yang sedang mencari arah tujuannya.

“Iqmal sakit apa?”

“Tak tahulah Kakak.”

“Mak dengan ayah Iqmal mana?”

“Mereka akan datang. Tapi tak tentu la Kakak.”

Nur memandang ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring itu. Riak wajahnya tenang dan sedikit pucat.

“Tadi Iqmal main dengan siapa?”

“Seri.”

Jawapan yang keluar dari mulut Iqmal begitu mengejutkan Nur. Kalau boleh, dia tidak mahu mendengar nama itu ataupun ternampak kelibat. Hati Nur berdegup kencang.

“Tapi kasihan dia Kakak. Dia tak boleh berjalan. Dia lumpuh agaknya sebab dia mengesot kat luar tu. Setiap kali Iqmal suruh masuk bilik Iqmal. Dia tak mahu, Iqmal pun tak tahu kenapa.”

Nur melilau mencari jam dinding yang tergantung dalam bilik itu. Jam sudah menunjukkan hampir 6.30 petang.

“Bila dia sampai sini?”

“Masa Iqmal jumpa Kakak, masa itulah dia baru sampai. Dia baru kejar Iqmal, terus Iqmal nampak Kakak. Iqmal nak ajak Kakak main-mainlah. Kita main kejar-kejar dengan Seri sekali ya kakak.”

Nur tersenyum kelat lalu mengangguk.



Halwa telinga Nur menangkap suara seorang wanita membaca Surah Yassin disertai dengan sendu tangisan wanita itu. Nur melangkah perlahan-lahan ke arah suara wanita yang kedengaran dari bilik setentang dengan bilik Iqmal.

‘Suara siapa pula itu?’ Desis hati Nur.

“Iqmal tunggu sini kejap ya dik.”

Saat berada di koridor Nur cuba mendekati pintu bilik yang kedengaran Surah Yassin dibaca tadi.

“Apa yang kau buat di sini wahai perempuan?”

Mata Nur tertancap ke arah suara yang menegurnya itu. Terbeliak matanya melihat mata makhluk yang terang berwarna merah sedang menyeringai ke arahnya.

‘Makhluk mengesot itu lagi.’ Desisnya dalam hati.

“Kau mahu apa lagi?” Nur memberanikan dirinya.
“Aku mahu apa yang aku mahu.”

“Apa yang kau mahu?”
“Itu kau tak perlu tahu. Tapi sekarang aku mahukan kau.”

Nur pantas berlari tanpa arah tujuang di koridor, mencari jalan keluar dari bangunan yang padanya seperti sebuah penjara. Makhluk itu tidak bisa bergerak laju, perlahan-lahan dia mengesot ke arah Nur.

“Jangan kau lari, ini juga mungkin takdir kau.”

“Jangan berani kau sentuh Iqmal.”

Nur memberi menjerit ke arah makhluk mengesot itu. Dia bimbangkan keselamatan Iqmal, tetapi dia harus menyelamatkan dirinya dahulu. Dia mendoakan yang Iqmal selamat di situ dan tidak akan diapa-apakan.
“Aku tidak mahukan dia, aku mahukan kau. Biar kau menjadi takdirku wahai anak gadis. Kau sangat manis dari pandanganku.”

“Tidak!!!” Nur berlari sepantas mungkin dan terus memejamkan untuk beberapa saat.

BERSAMBUNG..

ps: Selamat Pengantin Baru, Long!

PUTARAN MASA DAN KISAH EMAK

Budak tu? I laa

Salam Syawal.

Entry advance.

Malam tadi post status dalam FB

If we can turn back times...there are so many things we wish to alter...

(23 respons::termasuk komen dr Tuan Dinding sekali)

Benar kan?

Jika kita ada kuasa hendak memutarkan masa, pasti banyak perkara silam yang hendak kita perbetulkan.

Kita bergaduh dengan arwah adik beradik..Kita teringin nak minta maaf.
Kita masam dengan arwah ayah...Kita nak mohon ampun.
Kita bergaduh dengan arwah kawan...Kita rasa hendak peluk dia kuat-kuat saat ini juga.

Benar.
Bila teringat kisah lama, minda aku berputar terus mengenangkan arwah emak yang dah dua belas tahun meninggalkan aku, dan adik beradik lain.

Aku rapat dengan emak.

Suka sikat rambut dia. Carik rambut gatal.LOL.

Tapi satu hari bila emak cakap: "Nanti kalau emak dah takde, angah tolong beritahu ayah buatkan haji untuk emak, ya"

Aku?
Sentap owhh.
Tetiba sihat, cakap pasal mati?
Berderau darah nih.

Tengok-tengok selang 2 bulan, emak benar-benar meninggalkan kami buat selama-lamanya..

Masa emak di akhir hidupnya, aku ketika itu berusia 13 tahun. Nakal okay. Yalah budak2. Lelaki plak tu. Mana tak nakal?

Jadi aku selalu membangkang-bangkang cakap emak.Loyar buruk selalu dengan dia. Dia marah tapi aku tahu, dia sayang aku. Dengan ayah..jangan haraplah nak loyar2 buruk neh. Mau kena penampar sedas dua!he he he

Di awal kehilangan emak, aku menangis gila2. Sebabnya:
1) Aku tak caya yg emak aku dah meninggal. Kenapa bukan emak orang lain.(betul ohh aku fikir gini)
2) Aku banyak loyar buruk dengan dia
3) Aku tak caya aku dah jadik anak yatim
4) Aku masih terlalu muda nak hadapi semua ni.
5) Aku tak sempat nak membahagiakan dia. Nak bagi duit banyak-banyak. Rumah besar.
6) Mak ada halang aku gi sekolah dan suruh temankan dia ke hospital. Masa tu few days sebelum cuti panjang sekolah. Cikgu pesan, 'sapa tak datang sekolah dalam minggu terakhir ni, tak dapat pinjaman buku teks'. Yelah masa tu aku budak-budak. Kena gertak..aku takut. Jadi dengan to'otnyaa (taat) aku gi sekolah walaupun emak merayu jangan pi. Aku ingat lagi, apa yang aku cakap dengan mak. 'Tak boleh mak. Cikgu kita marah". Serius. Masa tu aku tengok muka Mak, kecewa sangat2. Tapi ayah pujuk emak. "Biarlah dia nak pi sekolah". Aku pun gi sekolah sambil melihat kekeruhan wajah dia.

Wajah terakhir yang aku lihat...

Malamnya, selepas emak meninggal, aku mimpi jumpa dia. Aku jumpa Qarin dia. Dia senyum tak bercakap sepatah.

Sungguh aku rindu..Rindu gila!

Mulanya, aku tak boleh terima kenyataan yang dia dah takde. Terbayang masakan dia. Terbayang lawak dia. Terbayang cara dia care dengan aku. Honestly sampai sekarang aku tak pandai potong kuku jari dan kuku kaki dengan baik..sebab dulu..emak yang buatkan. ha ha ha..Manja betul aku, kan?

Sampailah kehilangan dia dah masuk tahun kedua..dan seterusnya...kini.

Aku sudah perlahan-lahan berhenti mengenang dia. Bukan berhenti terus. Berhenti dari kesugulan kerana aku percaya, apa yang Allah tetapkan untuk dia adalah yang terbaik. Aku redha akan kepergiannya walaupun sekarang aku sudah senang, aku masih ralat sebab tak dapat beraya dengan dia waktu aku dewasa, masih sebal sebab tak menghulur wang padanya..tapi aku yakin apa yang telah Allah peruntukkan untuk dia.

Kita semua akan mati.

Yakin pada kehendak itu. Yang masih hidup...teruskanlah hidup ini. Perjalanan yang kita ada ini, jangan siakan sementalah masih punyai peluang untuk perbaiki hidup dan kesilapan. Jangan hanya menyerah pada takdir. Kita ada hak memilih jalan kehidupan kita sendiri.

Jika anda masih punyai orang tua, emak ayah...jangan siakan hidupnya. Jangan susah kan lagi hidupnya. Ya..mereka kaya raya..tapi sampai bila kita hendak duduk menempel dengan dia?

Emak ayah takkan cakap.
Tapi faham2 sendiri.

Dahlah dia besarkan kita. Makan pakai kita. Susu baju kita..semua dah diberi dan bila dah besar kita masih hendak menyusahkan mereka?

Berilah peluang mereka menikmati hidup.
Beramal..beribadah
Menikmati kesenangan kita.
Setinggi manapun kita berdiri.
Pandanglah pada mereka ini.

FaizalSulaiman:--)Aku selalu jadikan semangat emak sebagai pembakar kejayaan.Walaupun dia dah tak ada, tapi naluri, kemahiran dia Alhamdulilah aku perolehi...

ps: Tahniah kepada teman sepenulisan Aksara Keraian dan teman kolaborasi Loro:Jilbab Chendana-El Zaffril yg bakal melangsungkan perkahwinannya pada hari ni. Tahniah, Long!

Friday, September 24, 2010

SEMALAM..DISAKITI


Salam Syawal.

Masih beraya ke? Hi hi hi

Raya sebulan hokey!

Semalam dapat wake up call untuk membuat observation student praktikal. Supposedly Jumaat, tetapi ada masalah paring grup, so aku kena pergi all of the sudden pagi Khamis.

Maaflah jika komen2 entry semalam lewat membalasnya.

Salah seorang student aku praktikal di UTM Skudai.

Aku pun apa lagi!


Tak pernah lagi masuk Uni tu ok. Nama je orang Johor. Belajarnya jauh. kat tempat orang. Merantau la katakan...hehehe..Tak pandailah nak masuk UTM:)

Masuk2 je, terkenang balik zaman belajar di UiTM dulu. Bawak beg..bawak buku, buat discussion, naik bus..pergi kelas..hehehe

Seronok!

Prasarana UTM plak memang sangat terbaik. Kagum, sebagai sebuah IPTA tempatan yang memang sangat unggul di Malaysia:)

Sebenarnya, masa entry ni ditaip, aku sedang layan lagu sebenarnya. Yaa lagu fevret jugalah. hi hi hi..

Hati yang kau sakiti? Boleh?hehehehe. Berulang kali layan. Entah kenapa, tak tahu. Takde motif owh.

Memang tengah sakit pun. Peluang yang dah diberi sudah habis. Eh tak larat la nak menyakitkan hati sendiri. Bye2:)P

Mood nak pi tengok Magika je neh!

Thursday, September 23, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 10


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 11 akan disiarkan pada 25 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.




“Eh Abang Jamil. Bila sampai?”

Hajar menyambut beg abang sepupunya yang sudah berada lima belas minit setelah sapaan salam tidak bersambut. Lelaki itu hampir sahaja berkira-kira hendak mencari mana-mana surau berdekatan memandangkan waktu Asar sudah hampir ke penghujungnya.

Lelaki berkopiah itu dipelawa masuk. Jamil mengikut tanpa membantah.

“Kak Mira ke kedai. Beli barang untuk makan malam. Sekejap lagi dia sampai lah. Abang duduklah dulu”, suruh gadis itu dengan sopan sebelum ke ruang dapur untuk membancuh teh O.
“Ada hal apa abang datang ke bandar? Siap bawa beg semua?”, kedengaran suara Hajar sedikit tinggi di dapur. Jamil mendengus senyum.
“Kenapa? Hajar tak suka abang datang menjenguk kamu dua beradik, ya?”
Hajar senyap sekejap, mungkin berfikir pertanyaannya kedengaran agak janggal.

“Eh..tak adalah. Maksud Hajar…”
“Abang dapat kerja di bandar. Di Wisma Zamrud sebagai penasihat undang-undang Syariah. Lusa mula kerja”

Hajar kembali semula ke ruang dapur sambil menatang tiga biji cawan seramik dengan teko rona yang sama. Biskut kering terhidang bersama air teh O panas itu.

“Maaflah bang. Teh bujang je ni”, ujar gadis itu kemalu-maluan. Jamil menyungging senyuman lawa.

“Alah..tak ada apa-apalah. Abang datang ini pun kejap je. Nak tumpang solat. Lepas tu nak ke Mutiara Bay, rumah kawan abang. Dia yang suruh abang isi borang pada jawatan yang abang pegang sekarang”
Hajar mengangguk sambil menuangkan teh dengan penuh susila.

“Mutiara Bay tu adalah lima belas minit dari rumah ni. Abang tunggu sampai lepas Maghrib lah. Kita boleh makan sama”
Jamil, walaubagaimanapun menyambutnya dengan tidak selesa.
“Eh..tak payahlah Hajar. Abang nak tumpang solat aje ni”
Hajar menggeleng sambil tersenyum manis
“Tak ada apalah yang hendak disusahkan. Lagipun dah lama kita tak makan sekali, sejak arwah emak meninggal beberapa bulan lepas”

Jamil menghela nafas. Kata-kata Hajar ada benarnya. Dia membalasnya dengan senyuman nipis, tanda penyetujuan sebelum kedengaran Vios memasuki parkir rumah teres milik Samira. Gadis itu kemudiannya keluar dari perut Vios, mengendong beberapa plastik bahan dapur sebelum dibantu kekasihnya, Asyraf.

Gadis itu memasuki ruang tamu sebelum sedikit terkejut dengan kehadiran Jamil yang sejak tadi memerhatikannya.

“Eh bang Jamil. Bila sampai”, ujar gadis itu teruja sebelum menghulur salam lalu menciumnya ikhlas. Asyraf walaubagaimanapun kelihatan tidak selesa, tetapi cuba mengawal riak wajahnya yang berdetar sedikit tidak bekenan.
“Err..bang”, tukas lelaki itu, turut menghulur salam, menggoncang sedikit tangan sasa Jamil seperti biasa.

“Abang baru sampai. Nak tumpang sembahyang Asar. Tapi datang-datang kamu tak ada pulak. Lepas sembahyang pulak abang nak ke Mutiara Bay..rumah kawan”, kata Jamil sebelum duduk kembali di tempat asalnya. Samira mengangguk faham. Jamil menyambung lagi.
“Abang dapat kerja di Wisma Zamrud. Lusa boleh mula”
Kali ini wajah gadis itu bersinar ceria.
“Alhamdulilah bang! Eh..duduk ajelah sampai Maghrib kang. Lepas makan malam, saya dan Asyraf boleh hantar ke Mutiara Bay”, cadang Samira sebelum dipersetujui oleh Hajar. Asyraf kelihatan semakin tidak selesa. Dijelingnya Samira atas tawaran ‘kebaikan’ gadis itu.

“Itulah bang. Hajar suruh stay, abang tak mahu. Kalau kakak yang cakap, abang memang tak ada pilihan, tau”
Jamil tersenyum lebar. Dua beradik itu dipandangnya tenang.
“Baiklah kalau begitu. Abang setuju”

Samira memandang adik perempuannya sebelum mengajak gadis itu ke dapur sambil membawa barangan yang dibelinya tadi. Seketika kedengaran suara gadis itu memecah ruang dapur yang sunyi sepi.
“Kami masakkan abang Ayam Masak Merah kegemaran abang, okay! Makan banyak-banyak, tau”

Jamil senyum nipis sambil meminggirkan cawan seramik yang terisi teh O nya yang masih belum terusik. Dia kemudiannya memandang Asyraf yang berpura-pura tersenyum, turut mengangkat cawan seramiknya ke pinggir bibir.

Samira tak pernah masakkan apa-apa untuk aku…
Siapa kau di mata dia?
Kenapa dia lebih kan kau?
Aku ni kekasihnya
Bakal suaminya!
Gara-gara kau, aku diabaikan Samira.
Tak guna kau ni, kau tahu??

“Asyraf ada sesuatu ke nak cakap dengan saya?”
Asyraf sedikit tersentak. Matanya terkebil-kebil sebelum memandang wajah Jamil dengan penuh hati-hati.

Lelaki itu menggeleng perlahan.
Jamil membalasnya dengan senyuman.

“Kalau ada apa-apa keraguan, mintalah pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui”, Jamil berbisik sebelum mengangkat tubuhnya untuk bangun. “Abang solat Asar dulu ya. Di bilik depan ni, boleh kan?”

Asyraf tidak menjawab sebaliknya mengangguk bena tak bena.

Suatu kemenangan buat engkau, Jamil.
Kopiah pakaian kau.
Zikir amalan engkau.
Peribadi baik hiasan engkau.
Kau mudah memikat wanita.
Kerana aku tahu, aku tak punyai semua itu.
Dan kau memang tak berguna!
Apa kejadahnya sepupu sendiri kau hendak lanyak?

Kemarahan Asyraf sudah sampai ke kemuncaknya. Perasaan marahnya makin menebal merajai diri. Sudah tidak tahan lagi kalau-kalau Jamil hanya sekadar mempamerkan lagak alimnya itu!

Pelahan-lahan dia bangun, kemudian menuju ke bilik tempat lelaki itu bersolat. Dia menguak sedikit daun pintu. Mujur lelaki itu bersolat membelakangkan pintu, jadi setiap gerak gerinya dapat dipantau dengan jelas.

Lelaki itu rupanya masih belum menunaikan solat.

Tetapi mengambil sesuatu dari dalam beg galasnya. Sesuatu yang kelihatan seperti batu. Seketika lelaki itu mendekatkan batu itu ke bibirnya. Mulutnya terkumat kamit sebelum dia membuka laci meja solek dengan sangat perlahan, melihat seketika kiri kanan dan memasukkannya dengan sangat senyap.

Asyraf menelan liur.
Apakah itu???

BERSAMBUNG..

KERJA RUMAH INI MEMANG...


Salam Syawal

Hah! Ambik tu! Tajuk sangatlah kontroversi

Ok ini nak cerita pasal homework..bukan untuk student kolej tapi murid-murid sekolah. Memandangkan adik lelaki aku baru berusia 10 tahun, so memang layaklah budak ini mendapat kerja sekolah.

Kerja rumahnya subjek 'English Language'

Past Tense, Present Tense, Verb, Noun semua.

Aku yang mengajar budak ini bagaimana menggunakan basic grammar ini dengan baik, walaupun aku, hakikatnya bukanlah pandai sangat..

At first, aku AGAK terkejut dengan homework yang cikgu BI dia ni bagi. Kelasnya let say Isnin, perlu hantar hari Selasa--the next day. Biasalah...nama pun kerja sekolah. Dia pun minta pertolongan aku.

Kau orang nak tahu berapa pages?

30-50 Pages

Aku senyun je bila muka si adik kelat masam mencuka. Kejap2 kang bukak kamus, garuk kepala sebab pening.

Dalam hati bengkak juga.

'Beragak la wahai cikgu kalau nak bagi kerja sekolah. Nak hantar esok, tapi bagi kerjanya macam cuti seminggu'. Aiyaiyaiiiii

Aku check latihan lepas2, tak pernah disemak plak. Tak pernah bertanda hokey!

Aku ingat adalah semakan dari cikgu tu. Rupanya takda, kau.

Aku sekolah jugak dulu. Belajar English jugak dulu. Seingat aku lah, cikgu bagi kerja menimbun masa cuti sekolah saja. Bukan bagi harini 20 pages, hantar esok.Cikgu check, eh siap bagi bintang lagi sebab aku jawab semua betul.

Mungkin pemikiran aku masih old school. Mungkin education budak sekarang perlu diberi latih tubi, betubi-tubi supaya pandai.

Latihan saja tak cukup. Didikan dan tunjuk ajar juga sangat penting.

Ini pendapat aku sahajalah. Ada sesetengah cikgu 'bukan dilahirkan sebagai cikgu', tetapi memilih cikgu sebagai profession kerjaya. Kerja cikgu murni. Mendidik anak bangsa.

Kerja mendidik ni bukan senang. Aku ambil diri sendiri sebagai contoh. Kerja mengajar memang menjadi minat aku. Jadi bila mengajar di Kolej, aku akan pastikan pelajar aku faham sefaham-fahamnya.

Susah tahu nak fahamkan orang! Sangaaaat susah. Kadang2 bimbang sebab pelajar kurang faham apa yang kita sampaikan

Minat saja tak cukup!

Jadi..jangalah jadikkan kerjaya 'cikgu' sebagai last resort kalau kau orang tak dapat kerja. Cuba elakkan. Sebab kadang2 kita tak tahu kemarahan kita boleh mengundang padah pada masa depan murid tu.

Elakkan dari berkata yang bukan-bukan. Halalkan ilmu yang kita ajarkan pada budak. Keberkatan ilmu yang kita ajar tu sekurang-kurangnya menyenangkan di masa depan dia.

Budak2 akan berfikir bila dewasa. Suatu hari mereka akan menyesal sebab melawan cakap kita, cikgunya. Bagaimana susah dia nak dapat kerja sebab 'sangkut' masa mudanya. Sebab mungkin kedegilannya, kekurangajarannya, kebencian cikgunya..haihh semualah

Degil manapun budak, redhakan ilmu yang di ajar. Sekali kita kata 'Tak halal ilmu yang di ajar' ...merana budak tu seumur hidup (kalau tak minta maaf)

Sebab itu orang pandang cikgu ni tinggi darjatnya. Bukan senang seseorang nak dipanggil cikgu, tau:)

FaizalSulaiman:---)Saya sayang cikgu yang benar-benar ajar saya dulu sampai jadik orang. Cikgu Nora, Cikgu Zamri, Cikgu Asmah, Cikgu Habsah, Cikgu Ariza..

Wednesday, September 22, 2010

BARAN

Salam Syawal.

Benda ini memang aku peram masa Ramadhan lagi. Disebabkan Ramadhan adalah bulan mulia, kalau marah-marah kurang pulak pahala puasanya.

Kalian ada menyemak stats kalian? Applikasi terbaru blogspot ini mampu mengetahui siapa, apa dan dari mana viewers dari setiap pelosok negeri dan negara membaca catatan kita. Internet tu kan luas.

Seminggu sebelum raya, ada keyword sesat masuk ke dalam laman ini.

Keywordnya:

"Cara-cara menggugurkan anak"

Oh my!!!!

At first aku fikir, apa kejadah la cari benda tu?

Ini mungkin bertitik tolak daripada entry-entry lepas yang berkisarkan tentang pembuangan bayi. Gejala ni dah tak boleh bendung lagi dah. Hampir setiap hari kedengaran kes buang anak. Latest one adalah kes bayi yang dibuang ke luar tingkap, laporan beberapa syawal yang lalu.

Err siap ada pembukaan 'sekolah khas?'. Senyum.

Sayu tengok bayi yang tak bersalah mati macam tu aje.

Kau orang cuba check keyword melalui aplikasi ni


Aku sangat berterima kasih atas bacaan kalian lewat entry-entry terdahulu


Tapi entry lucah-seks tetap menjadi pilihan..aiyakk...


Korang cuba tengok keyword..Lawak owhh..ketawa sendiri...

FaizalSulaiman:---)Sana sini sibuk bercerita tentang serangan kejadah Malware. Eh siapa ada google chrome, leh tolong tengok site aku ni infected ke tak. Owhh sayang doh ngn blog ni. Ini ibarat bini no 2 I laa..hehehe (jgn marah org disana)pfttttt..

Tuesday, September 21, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 10


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 10 akan disiarkan pada 21 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



“Dah banyak hospital dah kita masuk. Dari Hospital Serdang kemudian ke Hospital Kajang. Hospital Putrajaya pun dah pergi. Hospital UKM pun dah sampai. Ni Hospital Kuala Lumpur pula. Haish, mana jasad Nur ni?”

Nur membebel sendirian petang itu sejak kakinya melangkah keluar dari pagar Hospital Kuala Lumpur. Mencari jasad yang dia sendiri tidak tahu di mana mahu di cari. Dari lepas Uth bersolat Jumaat tadi naik satu persatu hospital, namun mereka langsung tidak menjumpai jasad Nur itu.

“Kalau macam ni, bila nak selesai semua masalah. Takkanlah selama-lamanya Nur nak macam ni.”

Nur melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi yang menghadap Tasik Titiwangsa. Kemudian kedua-dua tangannya menongkat dagu. Panjang muncung bibirnya. Rambutnya yang mengurai lurus berterbangan ditiup angin petang.

Uth menggelengkan kepalanya melihat gelagat Nur yang membebel putus asa. Dia berjalan ke sebelah Nur lalu duduk sebelah menyebelah. Badannya disandarkan ke belakang. Matanya dipejam rapat, menikmati bayu petang yang bertiup kuat.

“Uth ni teruklah. Sempat lelapkan mata.” Nur menolak peha Uth.

“Mana ada Uth tidur.”

“Siapa kata Uth tidur? Nur cuma cakap Uth lelapkan mata. Faham?”

Nur mencebik namun tiada reaksi dari Uth. Hatinya sedikit panas apabila Uth langsung tidak melayannya.

Uth memandang jauh ke arah permukaan air Tasik Titiwangsa yang tenang sahaja. Sekali-sekala berkocak permukaannya dek ikan yang muncul di permukaan. Sama seperti dirinya, dari redup raut wajahnya yang tenang sahaja, orang tentu menelaah dia seorang manusia yang sangat tenang dan gembira. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa hatinya bergelodak.

“Uth.” Nur memecah kesepian petang itu dengan memanggil nama Uth.

“Iya Nur.”

Uth mengukir sebuah senyuman seraya memandang ke arah Nur. Senyuman nipis itu menampakkan sebaris gigi yang tersusun rapi. Bisa saja senyuman itu menambahkan kadar degupan jantung gadis yang memandang. Berkulit sawo matang yang sedikit gelap, bulu kening yang tebal beserta parut di kening kiri menyerlahkan lagi kelelakian Uth.

“Soalan Nur pagi tadi Uth tak jawab pun lagi.”

Uth terus tersenyum. Mana mungkin dia lupa soalan yang terpacul dari bibir Nur pagi tadi. Soalan yang dia sahaja mempunyai jawapannya, tetapi jawapan itu sudah lama dibuang jauh-jauh.

“Jawablah Uth soalan Nur tu. Siapa Uth sebenarnya?”

“Mahu tahu siapa Uth sebenarnya?”

Nur mengangguk-anggukkan kepalanya dengan pantas. Dia terlalu ingin kenal dengan lelaki yang banyak membantunya itu. Dirinya terasa selamat berada di sisi Uth. Walaupun baru sahaja beberapa hari mengenali lelaki itu.

“Uth hanyalah lelaki kampung yang melukut tepian gantang. Mencari sesuap nasi dari pagi ke petang.”

“Uth ni main-mainlah. Nur tanya betul-betul ni.”

“Kenapa Nur nak tahu sangat tentang Uth?”

“Tak boleh ke kalau kita kenal dengan lebih rapat?” Nur menjengketkan bahunya seraya menyandarkan badannya ke kerusi tempat mereka duduk.

Uth tertawa kecil sambil diperhatikan oleh orang yang lalu-lalang, pelik melihatkan lelaki muda berusia lingkungan separuh akhir dua puluhan sedang ketawa berseorangan. Ada yang menggelengkan kepala, pasti dalam hatinya mengatakan pemuda itu gila.

“Nur ni nak mengurat Uth ya?”

“Mana ada.” Wajah Nur merona merah menahan rasa malu diusik Uth. Dia menjauhkan pandangan dari anak mata Uth yang menikam kalbunya. Hatinya geram dalam sayang diperlakukan sedemikian rupa oleh Uth.

“Betul Nur nak tahu siapa Uth?”

Nur mengangguk tanpa sedikit pun memandang ke arah Uth. Pandangannya jauh terarah ke arah teratai-teratai putih tasik yang berkembang mekar.

“Kalau nak tahu siapa Uth, pandanglah ke sini.”

Perlahan-lahan Nur membawa pandangannya dari teratai tengah tasik ke arah Uth. Matanya tepat memandang ke arah Uth. Diperhatikan dalam-dalam anak mata Uth. Dia menggelengkan kepalanya, tidak dapat membaca apa yang tersimpan jauh di benak hati Uth melalui pandangan mata itu.

Uth bingkas bangun dan menarik nafas dalam-dalam. Kedua-dua belah telapak tangannya dimasukkan ke dalam poket kiri dan kanan. Kemudian dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan.

“Uth bukan orang sini. Uth hanya menumpang di kota yang penuh dengan cabaran hidup.”

Uth menenangkan nafasnya. Matanya dipejamkan, riak wajahnya seperti terbeban dengan sesuatu yang tidak tertanggung.

“Uth adalah nama Uth. Dikenali dengan nama Uth di sini. Kawan-kawan di office pun hanya mengenali Uth dengan nama Uth sahaja. Lihatlah tanda nama kerja Uth.”

Nur terus terpanah ke arah tanda nama Uth yang masih terlekat di kemeja putih Uth. Hanya tertulis ‘Uth’ sahaja pada tanda nama itu.

“Jadi siapa Uth sebenarnya.”

“Uth berasal dari kampung, datang ke bandar untuk mencari ketenangan. Lari dari masalah hidup Uth yang melanda.”

“Lari dari masalah yang melanda?”

“Nur, Nur. Cepat betul nak tahu tentang hidup Uth.” Uth mengeleng-gelengkan kepalanya lalu duduk semula di atas kerusi taman bersebelahan dengan Nur.

“Di sini, Uth hanya ingin sebuah penghidupan baru.”

“Uth, Nur masih tak faham. Soalan Nur pun masih tak berjawab lagi. Siapa Uth yang sebenarnya? Terus terang dengan Nur.”

Uth merenung tepat anak mata Nur. Lama dia merenung mata itu, mengharap agar dia tidak ditebak dengan soalan-soalan yang jawapannya mahu sahaja dilenyapkan dari ingatannya.

“Besar sangatkah permintaan Nur itu?”

“Tidak.” Ringkas sahaja jawapan dari Uth.

“Jadi, kenapa perlu berahsia dengan Nur?”

“Uth tidak berahsia dengan Nur.”

“Habis tu?”

“Belum masanya lagi Nur. InsyaAllah, sedikit demi sedikit nanti Nur akan kenal siapa diri Uth ni.”

Uth bangun dan mula membuka langkahnya. Perlahan-lahan dia berjalan meninggalkan Nur keseorangan.

“Habis tu, siapa yang mengesot tu?” Nur cuba mengembalikan ingatannya terhadap makhluk yang mengesot itu.

Langkah Uth terhenti. Pandangannya kini terarah pada Nur yang masih lagi duduk terpaku di atas kerusi taman tepian Tasik Titiwangsa.

“Maksud Nur, Seri?”

“Iya, Seri.” Nur mengangguk.

Uth tersenyum lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Pandangannya kini teralih ke hadapannya. Langkahnya di buka.

‘Eh, kenapa Nur tak kejar aku ya?’ Bisik hatinya setelah beberapa langkahnya di buka. Uth memandang kembali ke arah kerusi tempat Nur duduk.

“Nur!”

Uth menggelabah. Nur tiada di tempat duduknya tadi. Matanya melilau ke arah sekitar secara rawak, mencari kelibat Nur yang hilang dari pandangan matanya.

“Nur! Nur!”

Menjerit-jerit macam orang gila Uth dibuatnya. Manusia-manusia sekeliling memandang Uth dengan penuh rasa pelik. Melihat lelaki itu menjerit-jerit, tadi bercakap seorang diri. Kemudian menjerit-jerit pula. Ada yang mengerutkan dahi, ada juga yang menggeleng-gelengkan kepala.

Risau Uth bertambah kerana hari semakin menginjak ke Asar. Yang paling dirisaukan adalah Nur, bimbang Seri akan melakukan sesuatu kepada Nur.

“Nur!!!” Melaung nama Nur di seluruh Tasik Titiwangsa.

BERSAMBUNG...

MAGIKA..MAGISNYA [PART 1]

Salam Syawal.

Ya..harini nak bercerita tentang filem muzikal pertama Malaysia: 'Magika'.

Woww..

Memang tu aku boleh kata. Tak sangka local industry kita boleh lakukan setanding musical international yang pernah ditayangkan di sini. Err jangan bandingkan dengan filem musical broadway Dreamgirls, Chicago, Nine, Mr and Mrs Henderson, Moulin Rouge atau The Producers ya sebab filem2 ni memang dah highly standard.

Bajet tinggi.
Lagu2 terbaik.

Tapi 'Magika' pun ada magisnya.

Apa magisnya?

"Mana nak lari, mana kau nak sembunyi
Kini kau seorang saja
Mana nak lari mana kau nak sembunyi
Nakal lagi padan muka"

[ cute je suara Aleya ngan Amani]

[Mana Nak Lari]

**
"Ayuh gebang..gebang..gebang
Ayuh gebang..gebang..gebang"

[Puteri bunian yg harmonis suaranya]

[Gebang]

**

"Nak kemana kamu bertiga?
Jangan sampai bangunkan naga"

[Bait ni M Nasir ulang banyak kali tapi dengan nada berlainan. Terbaikkk ar sifu!]

[Naga Tasik Chini]

**

"Apa kau buat..disini budak?
Tahu tak ertinya mara bahaya?"

[Lagu ni ada interlude. Versi Raja Azura. Kelakar ok!]

[Baik Kau Pulang Segera]

**

"Usia dah memamah kejelitaanku
Yang dulu kurus dah jadi gemok"

[Terbaik la Ning. Kelakar ok dengar lagu ni. Siap ada part dia kata 'Tak kisahlah..apa nak jadik ngan aku ni?"]


[Asal Menjadi Cantik]

**

"Jangan menyibuk jaga tepi kain orang lain"

[Hahaha..suara Ziana memang best la jadik Nenek Kebayan. Layak dapat trofi ni! Siap ada lawan2 owh.hahaha]


[Siapa Lebih Berkuasa]

Part2 akan menyusul nanti.Owhh cam tak percaya akhirnya Musical filem diterbitkan di Malaysia..hehe

Singel poster credit to FB MAGIKA.

FaizalSulaiman:--)At least give some justice to Malay films..

ps: Ini adalah filem musical which means, sekejap dialog, sekejap nyanyi. So don't expect macam filem2 lain..

Monday, September 20, 2010

HARI INI HARI ISNIN


Salam Syawal.

Kemeriahan raya tetap dirasa. Rumah terbuka sana sini. Perut yang kosong kenalah isi, beb. he he he.

Ini seronoknya rumah terbuka. Jumpa tuan rumah, salam-salam sikit, senyum-senyum sikit lepas itu jamuan terhidang depan mata.

Nikmat duduk Malaysia.

Kita tinggal sekejap nikmat rumah terbuka Aidilfitri yang majoritinya mengisi cuti sepanjang seminggu lepas.

Isnin dah mula.
Siapa yang mula bekerja hari ini, tentu merasa sangkak.
Mesti malas nak mulakan permulaan hari ni.
Muka yang lawa masa Raya bertukar sememeh je sebab mengenangkan kerja menimbun di ofis yang harus diselesaikan.
Masing2 berjumpa hari Isnin dengan mood hitam teringatkan kampung halaman, bau nyaman rumah sendiri, keenakkan tilam bantal, Masakan emak etc etc.

Bila Isnin ini menjengah.
Mereka yang bersekolah mulai seksa.
Oh my..kerja rumah masih tak siap.
Kasut sekolah masih belum berbasuh (erkk ada ke? Ni kalau ada memang aku piat telianganya)
Jam tulah jugak nak gosok baju.
Cari stoking
Cari sekap rambut.

Tie kilat kegemaran dan subjek yg nak kena ajar harini:)


Bila fajar Ahad melabuh dan Isnin mengucapkan Ohio,
Mereka yang di universiti akan jadi gubra.
Assignment belum siap, maka proses tiru meniru akan berlaku dengan dahsyatnya.
Yang malas akan jadik terlebih rajin
Test dan kuiz menanti
Dan dan itu jugalah kata masih belum baca
Masih belum sedia
Tertinggal...Taksempat..
Pendrive kena virus
Oh my...

Kerana ini Hari Isnin. Permulaan yang sangat menyasarkan.
Orang nanar bila sebutkan hari Isnin.
Sekolah dah tentu ada perhimpunan.
Universiti pula kena submit semua tugasan

Kerana hari ini adalah hari Isnin.

FaizalSulaiman---)Adakah lebih elok kalau kita memahami..Gunakan kepakaran 'empathy' anda...

Sunday, September 19, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 9

Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di
Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Siri ini telah kembali seperti biasa setelah bercuti untuk Aidilfitri lalu.

Jilbab episode 10 akan disiarkan pada 21 September 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.



Kematian emak berpunca dengan ‘benda itu..Kau jauhilah benda itu!


Matanya membuntang luas. Satu bisikan menjengah telinga nya dengan tiba-tiba sebelum sekonyong-konyong angin menerjah masuk ke dalam jendela yang terbuka luas. Hatinya tidak sedap semena-mena. Keresahan yang menjelma sejak semalam menguatkan ingatan tiba-tibanya kepada ibu yang tercinta.

Siapa kata dia tidak ingat ibu yang dikasihi.
Apatah lagi si ibu meninggalkan dunia dengan cara yang paling menyedihkan sekali.

Dia masih ingat si ibu-Ustazah Jamilah mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat dengan membunuh diri. Suatu yang sangat jauh larinya dari pegangan seorang muslim. Semena-mena dia teringatkan kata-kata yang menjentak dirinya dari lena yang panjang.

Suara seoang wanita..berusia menerjah lembut di gegendang telinganya..
Ia umpama semilir bayu mengusap lembut tengkoknya dan kini merebak ke ubun ubunya.

Kau perlu jauhkan diri dari makhluk jahanam itu. Dia yang menyebabkan kematian tak bermaruah ibu!

“Kak! Kak!”

Suara Hajar memanggilnya dari kejauhan. Dalam mata yang masih terpejam, dia memerhati bayangan berdetar gadis itu melambai-lambainya dengan wajah gusar.

“Akak mengigau ke? Dok bercakap sorang-sorang tadi?”, ujar adik perempuannya yang sudah membawa segelas air dengan sebiji pil sebelum menghulurkan kepada kakaknya itu. Samira tersedar dari lamunan yang disangka adik nya satu igauan tidur.

Dia menyambut mesra sambil menelan pil itu dengan sekali teguk air.

Seketika, kelegaan menerpa.

“Kakak selalu risaukan pasal saya. Saya cakap sorang-soranglah. Hampir nak bawa saya ke rumah orang gila…”
“Pakar Jiwa. Kamu tak semestinya gila, kan?”

Hajar mendengus seolah-olah mendengar jawapan kakaknya itu seperti satu lelucon.

“Samalah tu. Kononnya saya ni dah tak betul..tapi akak sendiri tengok diri akak. Akak semakin tak terurus. Akak ada masalah ke? Masalah di tempat kerja?”
Samira menggeleng. Rambut separas pinggangnya diikat ekor kuda. Matanya yang sembab lekas memerhati jarum jam dinding yang sudah melewati ke pukul empat setengah pagi..

Hajar terus-terusan memerhatikan wajah kakaknya dengan lirik mata penuh kecurigaan.

“Abang Asyraf buat hal? Dia jumpa perempuan lain?”
Samira menggeleng, langsung tertawa mesra. Jauh betul fikirnya budak perempuan ni.
“Kau ni dik..jauh betul mengelamunya, kan?”
Hajar mencebik tidak berkenan.
“Kak..orang lelaki ni jangan dipercaya sangat. Depan kita tunjuk lagak alim. Belakang..nah! Main kayu tiga!”, serkap adiknya dengan anak mata yang sedikit dibesarkan.

Samira menggeleng.
Dia tidak bersetuju kalau Asyraf hendak disamakan dengan lelaki-lelaki buaya darat lain. Dia percayakan lelaki itu. Dia sayang lelaki itu

“Sudah la dik..kau masuk tidur sana. Lagi lama kau melayan kakak kau ni, gila betul betul dibuatnya”, ujar Samira sebelum adik perempuannya itu membalas dengan ukiran senyuman menawan. Hajar mengangguk lemah dan sambil dalam keadaan risau, dia menepuk perlahan tangan kakaknya sebelum berkata lembut.
“Kalau ada apa-apa, kakak panggil Hajar saja ya?”

Samira membalas dengan anggukan kecil, tidak ketara.

Dia merebahkan tubuhnya seketika kemudian dengan lafaz Bismillah, dia terus melelapkan mata.

Dia tidak sedar antara lena dan jaga, sesuatu berambut panjang sedang memerhatinya dari bumbung rumah..menyeringai tersenyum ke arahnya. Dan ia terus menghubungkan dengan seorang wanita lewat tiga puluhan. Matanya bersinar galak. Bibirnya merah menyala. Rambut ikal mayangnya diikat siput, bersanggul cucuk emas yang sangat cantik. Matanya terpejam rapat…

Dialah Ratna Ayu

“Mbok…kalau minta ijin..boleh kami tahu apa maksudnya semua ini?”
Suara Yazid, kekasih Katrina menjengah kesayupan pagi. Ratna Ayu membuka mata, melihat pasangan kekasih yang ingin tahu itu dengan riak yang sangat angkuh dan sinis.

“Perempuan itu dilindungi!”
“Dilindungi?”

Yazid dan Katrina berkata serentak sebelum memandang tidak betah sesama sendiri.
Ratna Ayu mengangguk perlahan. Perempuan itu kembali menyambung dengan penuh semangat.

“Pelindung keluarganya. Chendana Sari. Ia akan membuat pemiliknya rasa selamat, bertambah kaya dan mampu melaksanakan apa yang kita mahukan!”
Katrina mendengar kata-kata bomoh wanita cantik itu dengan perasaan ragu-ragu.
“Tapi emak Samira dah mati! Kononnya dibunuh. Takkan benda itu tak melindungi emak dia?”

Ratna Ayu mengekeh ketawa seolah Katrina melakukan lawak jenaka dengan spontan.

“Chendana Sari mempunyai kuasa mengawal minda. Dua hari sebelum kepulangan Samira, ibunya dirasuk oleh puaka itu lalu membunuh dirinya sendiri!”
“Membunuh diri??”

Sekali lagi kedengaran pekikan Yazid dan Katrina serentak. Katrina bersoal jawab dalam hatinya. Takkanlah…

“Takkanlah apa? Takkan seorang ustazah membunuh diri? Dia di rasuk! Dia dipukau! Dia lakukan semua itu atas perintah dan suruhan seseorang!”
Katrina seakan berada di awangan. Chendana Sari? Puaka? dan ohh…Ratna Ayu boleh baca fikiran aku?

“Ya..aku boleh baca! Pemberian yang takkan aku sia-siakan!”

Kelihatan Yazid seperti hendak menyampuk. Tetapi ada garis resah diwajahnya.

“Tadi Mbok cakap…Chendana Sari boleh mengawal minda, kan?”
Ratna Ayu mengangguk. Yazid menyambung
“Ustazah..maksud saya ibu Samira telah dibunuh dan buatkan beliau kelihatan seperti membunuh diri, kan?”
Sekali lagi wanita itu mengangguk. Yazid menyambung kembali dengan tidak sabar.
“Dan atas perintah seseorang? Seseorang telah merancang untuk membunuh ustazah itu?”

Ratna Ayu tersenyum lebar
“Tepat sekali”, dia kemudiannya menyambung semula. “Chendana Sari sudah terkurung berabad-abad lamanya. Ia adalah semangat seorang gadis bernama Sari yang dijadikan korban pemujaan untuk sebuah patung yang dibuat dari ukiran kayu Cendana. Gadis itu terkorban dan semangatnya diambil lalu dimasukkan ke dalam patung cendana yang sudah siap diukir”

Katrina dan Yazid mendengar dengan khusyuk.

Ratna Ayu menyambung dengan mengah di hujung katanya. Wajahnya kelihatan sangat bersemangat.
“Chendana Sari dijadikan alat untuk membalas dendam dan diperturunkan dari satu keluarga ke satu keluarga sehinggalah ianya dikabarkan hilang sewaktu pemerintahan Jepun!”
“Patung itu, hilang? Habis macam mana boleh jumpa semula sekarang ni?”

Pertanyaan Yazid dibalas dengan senyuman penuh erti Ratna Ayu.

“Chendana Sari boleh diseru dengan tembang jawa kuno. Tembang yang isinya mengenai kebahagiaan dan percintaan. Setelah diseru, Chendana Sari sendiri akan mencari warisnya!”
Kedua pasang kekasih itu mendengar dengan penuh ketelitian. Ratna Ayu menyambung semula. Kali ini nadanya kedengaran sangat serius. Sambil menghela nafas, dia berkata perlahan.
“Kalau benar dia memilih keluarga Samira sebagai tuannya, kenapa Chendana Sari merasuki fikiran emak Samira lalu membunuhnya? Ini kerana Chendana Sari sendiri akan mencari dan memilih tuannya!”

Yazid dan Katrina tidak peduli fasal cerita silam itu kerana tujuan utamanya ke teratak Ratna Ayu adalah untuk mencari penyelesaian.
“Kami datang kemari bukan…”
“Kamu anak muda yang gelojoh! Kamu tak mahu tahu kelemahan musuh kamu itu?”

Ratna Ayu menggeleng seperti menghina sikap terburu-buru Yazid dan Katrina.

“Baiklah..kalau itu mahu kamu, aku turutkan. Carikan patung cendana yang di dalamnya ada semangat Chendana Sari itu untuk aku! Berikan padaku. Dan semuanya akan selesai!”
“Tapi..dimana kami hendak cari?”

Ratna Ayu sekali lagi mengekeh ketawa. Bodoh!

“Siapa agak-agak yang kau rasa menakutkan kau sekarang? Yang menunjukkan muka marahnya setiap kali kau menegur? Kau geledah rumah dia”

Yazid dan Katrina saling berpandangan.
Sasaran pertama, rumah sewa Samira!

BERSAMBUNG…

Terlepas membaca Pembongkaran Eksklusif Jilbab Chendana? Klik sini

LARA NUR SALINA


Salam Syawal

Kau orang tengok slot Cerekarama malam tadi, judulnya ‘Airmata Nur Salina’?
Aku?
Mestilah tengok.

Pertamanya sebab di arahkan oleh pelakon/sutradara Erma Fatima (aku lebih suka mengeja nama beliau Erma dan bukan Eirma seperti nama komersilnya sekarang)

Keduanya sebab ada Umie Aida. Aku minat juga Remy Ishak. Tapi compare dua starts ni, aku lebih ke arah Umie Aida (sekarang Datin Paduka). Umie favret aku. She’s got classical Malay looks plus amazing talent. Masih teringat lakonan mantap beliau lewat drama-drama terdahulu seperti menjadi mangsa kospirasi kawan baik sendiri dalam Tarantula ataupun cinta terhalang dalam Rumah Di Tengah Sawah.

Banyak dah drama-drama Umie tak aku tonton dan yang paling baru adalah gandingan hebat bersama Remy, malam tadi.

First impression semasa menonton drama 90 minit ni sangat teruja. Color yang digunakan..cantik sehhh!! Unik. Plus pada permulaan cerita, berkumandang suara Umie (Nur Salina) mendendangkan lagu ‘Dua Insan’ dan babak dia sudah berada di penjara menanti hukuman.

“Dua Insan sedang bercinta..dua insan berjanji setia..telah ku katakan..padamu oh sayang..hanya kuasa Tuhan..dapat memisahkan”

Bait yang aku tak pernah terfikir, dijadikan tema dalam Airmata Nur Salina.

Cerita ini banyak flash forward. Diceritakan bagaimana Nur Salina ditangkap basah lalu memaksanya kahwin atas dasar CINTA. Disepak terajang suami, ditipu suami yang selama ini konon berniaga..atas nama CINTA, suami menggadai dia dengan kawan baik sendiri dan kemudian mengambil tindakan dengan membunuh suami kerana perasaan dendam dan marah yang tak tertanggung lagi.


Dapat dilihat Nur Salina adalah figura teraniaya dalam situasi. Umie menyampaikan lakonan yang sangat-sangat terkesan! Keadaan memaksa dia lakukan begitu. Suaminya yang agak ‘baghal’ tak sudah-sudah meminta maaf lepas buat satu kesalahan.

Salah tak nak besar plak.

Jual isteri sendiri pada kawan baik, kemudian dengan scott-free nya minta maaf, tak akan buat lagi? Aiyohh..aku rasa macam nak picit-picit karakter Remy Ishak dalam citer ni. Banyak kali kut si Nur Salina ni terbeban. Let see:
1. Dia dipukul depan anak lepas suami minta barang kemas. Dendam jadi bukit kecik
2. Dia terberanak dalam teksi. Oh my!! Call suami..sibuk main judi. Aiyakkk. Lepas tu tahu suami dia main judi, all of the sudden lepas dia beranak. Berjalan dalam hujan. Theatrical sangat! Oh..bini mana yg tak naik angin bai?
3. Pindah rumah lepas perniagaan Afina lingkup. Duduk balik rumah lama. Sian Nur Salina. Cari kerja, jadi cleaner di syarikat sebelum bertemu dengan kawan kampungnya Intan..lalu di offer menjadi penyanyi kelab. Ditempelek suami sebab tak rela isteri dia jadi penyanyi
4. Suami dah keje balik. Shipping ubat-ubatan.( firstly aku ingatkan dadah owhh). Gaji 2K. Start main judi lepas dicucuk dengan baik oleh kawannya (mantap lakonan Adi Putra). Menang, utang judi yg tertunggak kira settle. Kalah, Nur Salina jadi habuan. So korang pun tahu kan? Malam tu jugak ye, si suami ni selamba badak paksa bini dia masuk bilik sebelum kawan dia datang dengan rakusnyer
5. Nur Salina dah tak tahan. Dendam yg memula jadi bukit kecil, terkumpul-terkumpul dah jadi seluas Bukit Bintang. Dah tak tahan dah perempuan tu lalu…bunuh suami sendiri.

Atas nama CINTA, kasih terkorban, nafsu meraja, nyawa melayang…

Cerita ini, seperti kebiasaan Erma, menggunakan latar ‘suara kecil yang tak pernah kita tahu atau ambil peduli’ sebagai intipati plot dan isunya. Konsep sama digunakan dalam drama “Tersasar di Jalanmu”. Masyarakat tahu menghukum, tapi tahukan kita dengan kisah disebalik semua ini. Walaupun ending agak klise, persembahan Umie dan Remy layak dipuji. Entah-entah boleh menang Best Actor ngan Actress Anugerah Skrin musim depan?

Air Mata Nur Salina dilihat sebagai kisah sepasang suami isteri yang tersalah memilih kehidupan.Rezeki yang datang dipersiakan dan apabila datang satu musibah, gagal untuk mempertimbangkan.


Hasil carian di Internet semalam. Hebat gak citer ni sampai orang tweet:)


Sebuah kisah masyarakat yang sangat baik utk diambil iktibarnya...

Terlepas? Aku rasa kalian boleh tontonnya disini

Gambar aku ambil dari YouTube..Lupa nak credit channelnya:)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED