Monday, January 31, 2011

Suatu Ketika: Hujan Turun


Salam

Semalam merupakan hari paling tak produktif.

Hujan turun selebat-lebatnya dari pagi hinggalah membawak ke malam.

Bila hujan, internet broadband jadi sangat slow-mo membuatkan keinginan nak blogwalking dan berfacebooking agak terbantut.

Hujan.
Satu definisi ciptaan Allah yang aku agak takut juga waktu kecil-kecil dulu.

Almaklonglah, dulu rumah papan. Atap asbestos menjadi tempat lindungan kami adik beradik. The best things about hujan is, kami adik beradik akan main khemah-khemah (yang sebenarnya diperbuat dari kusyen)

Khemah itu dibentuk segi empat, kemudian ditutupi dengan kain selimut. Hujan lebat kat luar menghalang kami untuk bermain hujan-selain-takutkan-emak-cubit-peha-dan-larangan-ayah-kalau-demam-ayah-marah-hah-tulah-sapa-suruh-main-hujan-lagi-ditambah-habuan-‘istimewa-dibalun-dengan-enaknya.

Main khemah-khemah sampai tertidur.

Kenapa aku kata waktu hujan ni menjadikan aku agak takut?

Astbestos bocor. This is common thing kalau duduk dalam rumah papan. Sedang enak tidur, mulalah rasa basah aje muka disebabkan terpercik kena titisan hujan yang memasuki asbestos yang dah bocor. Terpaksa cari besen untuk tadah kesan kebocoran tu.

Kadang-kadang rumah lama tu dah jadi macam pesta disebabkan air bocor dari asbestos.

Bila hujan berterusan, perut akan jadi mudah lapar disebabkan lemak sudah digunakan untuk memanaskan badan yang sejuk. So arwah emak akan sediakan jemput-jemput bilis untuk santapan petang. Kalau tidak goreng pisang panas. Ataupun ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis.

Kecur liur sekejap.

In addition, ia turut menjadikan binatang berbisa sangat aktif mencari ‘kehangatan’ dari sejuknya persekitaran luar. Dan rumah papan akan menjadi sasaran utama mereka. Selalu jugalah lipan, kala jengking malah ular datang bertandang masuk dalam rumah aku tu:P

Those are memories.

Membesar dengan keluarga yang bukan berada, mendidik aku untuk menjadi lebih menghargai. Orang beri, kita hargai. Orang tabur budi, kita balas dengan kebaikan. Hormat orang sekeliling walau bijak dan berjaya macam mana pun engkau. Tuntut ilmu dengan tanpa lelah dan putus asa, kerana itu adalah warna masa depan.

Hargailah orang keliling yang dah membantu engkau mencapai apa yang kau miliki sekarang.

Macam rumah kayu aku. Dulu kayu, sekarang roboh batu. Bila hujan, enaknya tidur. Nikmat yang aku takkan perolehi pada lima hari bekerja.

Muehehehehe

InshaAllah versi Bahasa Melayu. Terima kasih Akhifairuzmzfc

Friday, January 28, 2011

FS-J-ND Bukan Nan Sebatang Lagi


Salam

Jumaat. Hari baik kan
Senyum sikit?

Ok FS diatas bukan merujuk kepada Faizal Sulaiman si penulis blog, tetapi si artis Fasha Sandha.

Ok tahu kan siapa si J dan ND? Get a picture?

Maaflah blog ni terpaksa bertukar kejap jadik blog artis. Sebabnya aku dah tak tahan lagi dah. Sick of it sebab menghadapnya almost two to three times a day.

Haritu keluar dalam akhbar. FRONT PAGE ok!

Motif?

Letak kat belakang-belakang sikit tak boleh ke?

Ada sumbangan besar pada negara tak? Ada sebegitu banyak berita penting, kemiskinan, jenayah, masalah sosial dari masyarakat hedonistic jaman kini, masalah dunia yang tak habis habis, kenapa kisah cinta nan sebatang itu jugak menjadi headlines nya?

Nak grab attention readers’ mungkin?

Semalam, balik kerja, tangan gatal buka satu stesen radio ni, yang turut memperkatakan bendalah yang sama.

Tahi Suci!

Apa nak dibincang lagi?

Terus tukar channel lain. Padan ngan muka aku. Hang dok gatai pi tukaq, watpa?

PS: Persidangan Majlis-Majlis Hantu SeMalaysia dah bersidang tahun lepas, dan suara-suara mereka didengar oleh pihak pembikin filem Malaysia: Tahun ni banyak cerita hantu.Pfttttt

Thursday, January 27, 2011

J’adore Un Film

Salam
It translate as I Love a Film

Some of my friends claim that I’ve been addicted to a film. Especially the malay one. They also saying that me as ‘kaki filem melayu’, I mean what the hell wrong about filem melayu at all?

I just watch the decent one. Not the crap one! I mean come on lor... Give Malay Film industry a chance. Who else gonna support Malay Film industry except us?

It doesn’t mean that you cannot talk about foreign film to me.

Did I mention, I love a film? I am the addicted one?

A film relates to 'a film festival', and speaking of which, I love to watch Academy Award!

It's elegent! Very ‘in-to’ film festival plus with no nyanyi-nyanyi atas pentas kinja kinja macam pesta lagu sort of!

The nominess will be appreciated. They will show the best moment on the screen and get applauded for their performances!

Pics source:Google


Here are the actress/actor that I watched..because of their BEST PERFORMANCE

Actor In a Leading Role/Supporting Role
1) Sean Penn (I am Sam)
Very sobbing movie. Penn's role as orang tua terencat akal sangat baik without expressing too much on muka cacat untuk raih sympathy.

2) Javier Bardem (Mar Arderto) and (The Country With No Men)
These two movies are very impressive. Bardem's role as a sailor turn into a runner on Mar Arderto caught me a lot and the motivation in this film, keep saying inside my mind ‘You can do it as long as you have courage’. Meanwhile, his portray as a killer yang sangat kejamnakmampus dalam TCWNM kelihatan sangat psiko. Takde dialog pun aku tengok udah takut.Phewww

3) Late Heath Ledger (The Dark Night)
Haram punya watak. Psiko gilababas kut! His role playing a psychopath Joker got a lot of attention from audiences. Joker is a troublemaker in Gotham City. Jahatnamampus and …’whyyyy so seriousss’

4) Adrien Broody (The Pianist)
His role as Jewish melarat masa tembok besar Berlin dibina conclude that Jewish masa jaman tu memang dilayan macam sampah! His role complexes with kebaikan dan mencuri tumpuan disebabkan pandai main piano, so entire family dia survive sebab dia sudah jadi breadwinner.

5) Phillip Seymour Hoffman (Capote)
Satu lagi karakter tak berperikemanusiaan. Sudahla lembut macam sotong, gay pulak tu, lepas tu sangatlah manipulative. Capote was a reporter on a kolum pojok ‘Breakfast at Tiffany’ and disebabkan desperate jadik wartawan tak laku, dia mencuri tumpuan dengan menemuramah banduan yang bersalah kerana membunuh. Di hari hukuman, si Capote ni haram tak menolong, membiarkan banduan yang sebenarnya tak bersalah tu mati macam tu saja..

6) Forest Withaker (The Last King of Scotland)
His portray as pemerintah kuku besi Idi Amin adalah yang terbaik. Idi Amin memang mempunyai fizikal mata juling dengan tubuh badan yang dempak, pendek dan sangatlah kejam pada rakyat. Bunuh orang macam bunuh ayam.


BEST PERFORMANCE BY AN ACTRESS LEADING/SUPPORTING
1) Catherine Zeta Jones (Chicago)
Watak sebagai penyanyi kelab retartded yang membunuh adiknya lalu disumbat dalam Cook County dan terpaksa bersaing dengan seorang lagi banduan glamer ‘Roxy Hart’. Performance paling tidak lupa adalah ketika Zeta Jones menyanyikan All That Jazz dengan penuh sensual.ahaks!

2) Kate Winslet (The Reader)
Winslet mempamerkan mutu lakonan paling baik selepas lima kali dicalon Oscar. Her character as Hanna Smitch stunningly caught a sympathy. Where her lover, an underage boy and her disability in reading books (Hanna ni buta huruf, so after making love, dia akan suruh loverboy dia bacakan buku cerita). Ease and complexity character though!

3) Jennifer Hudson (Dreamgirls)
Effie White! Just a perfect role for Hudosn. This former American Idol shines with her portrayal as a talented star with no looks compare to Deena Jones (played by Beyonce). Dissapointed of being kick of from the trio, she start new life with courage and confident! Most remembered performance? Her screaming on 'And I am Telling You, I am Not Going'

4) Marion Cotillard (La Vie En Rose)
Anoter brilliant performance by a French actress from fully French Language film. Based on a true story, La Vie En Rose tells a story about a singer Edith Piaf struggling life after her boyfriend dead (airplane crash), hampir gila dan di usia senjanya yang menyedihkan. Worth watch and Cotillard performance such in a high quality!Lepas je menang Oscar, Cotillard dah jadik aktres kelas A Hollywood ok! hehehe

5) Vivien Length (Gone With The Wind)
Filem terawal aku tengok versi Oscar Buzz. Filem ni tak silap diterbitkan tahun 60-70an macam tu dan watak Length sangat kompleks. Kejap dia happy, pastuh dia sedih, pastuh dia macam gila. Tapi seriously, filem ni memang panjangggggggggggggggggggggggg durasinya!

6) Penelope Cruz (Vicky Cristina Barcelona)
Mantap! Cruz’s character as Maria Elena, half normal-half psycho makes me feel sick sometimes! She’s good playing a hot tempered Maria Elena. Marah kejap, karakternya macam perempuan gila plus having some abnormal sexual activity.Whopps!

ps: Birthday seorang kawan harini. Happy Birthday to you dude and if u read this, May your wish come true, May Allah bless you in a path you already choose and smile always.Always feels young:P hahahahaha. Perasan muda untuk nampak muda!

Wednesday, January 26, 2011

KOMIKA: Tertutup Buatmu




































Salam

Hi Guys!
Mood jiwang. Slot Komika ni dah lama tak terisi.

Kita selalu dimomokkan dengan kejadian bila seorang manusia menanti kekasih hatinya, berkurun lama, masih setia dan tak pernah berubah cintanya.

Menanti dan percaya bahawa si polan, si polan itu akan memberi kebahagiaan hakiki untuk kita.

Hakikat yang sangat bullshit bagi aku.
Maaflah bagi sesiapa yang terasa.

Menanti sesuatu yang tak pasti adalah mustahil.

Keajaiban jarang berlaku dalam kehidupan kita. You see, despite of being positive all the time, kita kena berfikiran negative juga. Kehidpan berkasih sayang manusia, tak boleh hidup dengan kesetiaan semata-mata. Apatahlagi yang jauh-jauh nih. Jangan cerita pat ploh tahun yang lalu ya.

Berpijaklah pada reality. Kita pun bukan hidup dalam zaman batu lagi. Wake up people!

Adakala kita nak jaga hati si polan, sesekali tanya khabar, ambil berat, telefon atau apa saja yang kita rasakan memberi kegembiraan buat dia. Tapi bagaimana kalau si polan tu buat tak layan?

Mesej panjang dibalas pendek. Lebih malang, tidak dibalas langsung?

Adakala lebih elok jaga hati sendiri, berbanding orang lain. Penat nak jaga hati orang nih..

Bak kata kawan aku, nak pedulikan orang ni senang saja.

Jadilah HATI KERING. Pedulikan dia. Luputkan dia dalam ingatan.

Ingat, masih ada orang lain lagi yang nak sayang kita. Nak jaga kita. Mengasihi kita. Menyayangi kita seumur hidup.

Bangkit dari kekecewaan. Tebus kembali kehampaan.

Allah ada. Dia boleh bantu. Dekatkan diri kita dengan Nya. InsyaAllah, Dia akan menolong…

Tuesday, January 25, 2011

Giveaway Daniel Adie: Diary Motivation 2011

Klik untuk ke Giveaway



Salam

Beberapa hari lepas, aku di tag oleh Cik Bebel Sentiasa dan Mr Syah. Thanks fellows. Sekali dua orang tag neh:P

Blogger Daniel Adie menganjurkan kontes Diari Motivasi ni dari Jan 20 hinggn Jan 27. Since tahun 2011 masih baru kita lalui, terasa rugi plak tak join sebabnya selain Planner, Diari boleh dijadikan sebagai ‘pin point’ untuk list ‘Things To Do on A Day’ selain menjadik buku conteng melakar 'Hangman' atau 'Algojo' tatkala bosan menghadap meeting. Hahahaha

Benda free, siapa taknak:P

Malas nak tulis pepanjang, aku nak gunakan visual aid menerangkan kebaikannya jika aku perolehi hadiah ‘Motivation Diary’ Chek it out, yo!


Baca ikut pusingan jam ya!



Cukuplah lima. Agak2 ada chance tak nak dapat satu? muehehehehe

Tag dua blogger:
1) Zaki Zafir
2) Shahira Khairudin

Bonne Chance Mon Ami!

Monday, January 24, 2011

Berita Sekarang dan Motivasi Untuk Pulih

Salam Isnin.

Aku suka mulakan hari pertama bekerja dengan surprising moment. Macam contoh pakaian ke, joke of the morning ke mahupun sarapan.

Sebabnya Isnin permulaan hari untuk yang bercuti Ahad.

Entry harini, actually a bit sensitive tapi aku cuba mengulasnya dengan kewarasan akal.

Berita sangat penting dalam kehidupan kita. Nak tahu perkembangan terkini. Tekan punat remote, terpampang penyampai kacak-manis menyampai berita.

Satu yang aku jadi tiba-tiba tak suka hendak menonton warta berita.

Isi berita yang semakin menyesakkan untuk diterima.

Tujuan berita adalah menyampaikan dengan lebih perinci. Let say pemahaman kedua belah pihak. Macam kita tengok program hiburan cacamerba Melodi lah. A kata Si B ni rampas boyfriend dia. Siap tunjuk mesej-mesej berahi di telefon lagi. Minggu depan Si B diminta buat penjelasan, betul atau tak dia ni cuba nak caras boyfren si A.

Macam tulah berita. Ada laporan both parties, barulah saksama.

Cakap lebih-lebih kang...

Susahlah.

Kalau kita, let say akulah, bersuara-pung-pang-pung-pang bubuh di FB, confirm esok hits FB aku naik disebabkan ada pihak yang mewujudkan fan page membenci aku. Common lah masyarakat kita. Asal tak suka je, wujudkan fan page.

Betul kan? Aku cuma rakyat biasa yang nak katakan sesuatu yang biasa:)


Status FB semalam. Thanks yang Like, Thanks juga yang comments



Tutup cerita berita.

ps: Sekarang ni masih lagi dalam proses recover/rebuilt/remodeling/reinstall/reboot dan segala RE lagi. Bukak folder lagu, kiri kanan lagu menyeksa jiwa. Nyesal plak kumpul lagu jiwa rasa neh:P

Sudah-sudahnya, aku layan lagu ni:)

Gelak sendiri: Senyum plastic lagi harini:)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Terima kasih sebab baca cerpen semalam. Thanks again!

Friday, January 21, 2011

Kisah Malam Jumaat

Kekuasaan Allah yang tiada tolok banding..


Salam Jumaat

Ini bukan cerita hantu.

Bacaan umum.

Setiap malam Jumaat, waktu kecil selalunya dihabiskan dengan bacaan surah Yaasin. Alhamdulilah, semakin membesar amalan itu masih diamalkan walau kadang-kadang tertinggal juga.

Dulu masa arwah mak masih ada, kami adik beradik sort of diwajibkan menonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

Inilah masanya…

...Masanya aku merasa tindakan arwah emak dengan ayah menukar channel sebagai satu torture yang menyesakkan.he he he

Dulu, sebelum memasang Astro, channel rumah aku boleh menembusi saluran Singapura. Top on Thursaday night, ada slot filem-filem Melayu lama yang disiarkan. Selang seli dengan filem hitam putih dan warna.

Jadi waktu itulah aku boleh saksikan filem-filem seperti Raden Mas, Singapura Dilanggar Todak, Pancha Delima, Bawang Merah Bawang Putih, Bidasari selain filem 90 an seperti Selubung, XX Ray, Femina, Mekanik, dan banyak lagi, disiarkan jam 8.30 malam Khamis.

Waktu kemuncak pukul 8.30 malam sudah tiba. Arwah mak sudah bersedia dengan remote di tangan sebelum beralih kepada rancangan Forum Perdana yang dihoskan oleh Ridhuan Tee Abdullah.

Seksanya nak runggu sampai habis. Sometimes, aku tertidur sebelum forum habis lagi! hahaha

At that time, kenal lah aku dengan beberapa jemputan di Forum itu termasuklah Dato Noh Gadut, Ustaz Ismail Kamus, Datuk Mashitah, Ustazah Siti Norbayah dan lain-lain lagi. Mencatat sejarah, Forum Perdana Hal Ehwal Islam ni pernah mencatat rating tertinggi dalam sejarah sebelum munculnya slot Seram di TV3 (hancus selain Kekasihku Seru)

You see, my late mom try to educate me and my siblings to watch rancangan keagamaan setiap malam Jumaat. Mak pesan, malam jumaat kena berkelakuan baik, baca Yaasin- mungkilah sebab dikatakan roh pulang ke rumah pada malam Jumaat (FAKTA: Roh tak pernah pulang ke rumah melainkan dengan izin Allah SWT)

Lain situasinya dengan sekarang.

Forum Perdana disiarkan agak lewat, seperti jam 9.30-10.00 malam macam tu selain aku dapati kurangnya sparks menonton Forum Perdana berbanding zaman kecil-kecil dulu. Rancangan TV pula berlumba-lumba hendak menyaingi siaran seperti malam-malam lain.

Siap tu ada program nyanyi-nyayi lagi.

Udahlah program nyanyi-nyayi tu. Nyayi sedap ke…tidak ke.., di kubur nanti bukan itu yang ditanya…

Biarlah mati kita dalam keadaan Khusnul Khotimah…

Thursday, January 20, 2011

Social Network dan Kepentingannya Dalam Pemasaran

Semalam tanya entire class, u all tau Koala Bear ni icon untuk negara mana?


Salam.

Selamat bercuti dan Selamat menyambut Hari Thaipusam, bagi mereka yang meraikannya.

Entry harini ilmiah sikit, tapi macam biasalah aku cuba rileks mengulasnya.

Semua orang tahu apa itu terma ‘social network’. Aplikasi jaringan social yang mempertemukan atau meperkenalkan kita kepada strangers dengan tujuan mencari kenalan ataupun networking yang baru.

Yang menjadi trend sekarang adalah aplikasi Facebook, selain Twitter, Formspring, Blogspot, Friendster, MySpace, Plurk dan beberapa lagi.

Semak di kamus wiki dan kita akan temui berpuluh lagi social network yang mempunyai tujuan yang sama.

Harini aku nak ulas dua sahaja. Sekadar perkongsian. Facebook-Twitter. These two have their own differences, pros and cons

FACEBOOK
1) Its like ‘talk of the town’. Takde facebook buat orang sekeliling jadik pelik. For me myself, ada pun OK, tak ada pun OK. We have the rights to minimizing our private life kan, so sometimes mengepos status yang terlalu peribadi dalam FB boleh mengundang rasa annoying some of us.

2) How does it relates to Marketing? Dengan aplikasi ‘taging’. We’ve seen a lot. Dari tag baju, tudung, kuih bahulu, kek, malah foot detox! For me myself, this is good. Mengurangkan kos promosi. Salah satu marketing mix adalah promotion, so by having FB account, ushawan-usahawan kecil di luar sana tak perlu bersusah payah nak buat pamphlet, advert mahal-mahal semata-mata mahu menarik perhatian pelanggan.

3) However, this tagging concept might cause some anger for some of us. Wall jadik semak dan peniaga yang menambah kawan (add as friend) cumalah mahu memprosmosi produk tanpa ada sebarang two way communication as other friends do. (Nasihat aku, wujudkan page lain untuk perniagaan.Kalau promosi sikit-sikit tak apalah).

FAKTA: Jangan tag aku dengan duit berkoyan, sebab aku tak suka. Apa produknya yang bleh dapat duit berkepuk-kepuk tu? Takkan sebab sign in je bleh dapat duit??


TWITTER
1) Short instant messages yang boleh menghantar instant updates kepada sender. Its like SMS,dengan limitasi 140 aksara saja.

2) Twitter lebih practical buat mereka yang inginkan sesuatu yang ringkas dan cepat. Kalau nak lebih private, Twitter juga menawarkan aplikasi ‘direct message’ seperti PM di FB. Contohnya, kau orang boleh post di Twitter ‘Kek Lapis Sarawak Dengan Harga Murah’, for sure, people with same interest akan reply tweet kau tu. Mungkin dia tanya harga atau bagaimana nak mendapatkan kek tu. Twitter ni seolah mencipta satu curiosity dan disinlah ‘the art of flowery words’ perlu digunakan. hehehehe

3) Namun, aplikasi ni agak menjengkelkan terutamanya bila feed dah overload selain susah nak tahu member yang online.

FAKTA: Aku ada Twitter. Lama dulu, twits pun suda banyak..seronok apply twitter neh

Cukuplah dua saja. Banyak banyak kang ada yang tak terbaca:)

Konsep campuran pemasaran terdapat empat yang paling asas: Product, Price, Promotion and Place. Semakin meningkat tahun, empat ini boleh menjadi enam, malah boleh bertukar lapan.

Aplikasi social hanyalah sebagai pemangkin yang mempercepatkan proses mempromosi dan jual beli. Teknologi sudah ada depan mata, so why not we use it for our own good, kan?

However, peniaga atau marketers janganlah pulak menetapkan satu promotion yang sounds so promising sebab bila promising tu does not meet customer expectation, consumer will get upset.

Betul kan?

Ambil contoh filem ‘Dua Alam’ dan applykan dalm konsep ini:)


Aku suka lagu ni. Dengar 'S' yang disebut. Shaya dengar dia shebut macam Sheila Majid. Hahaha

Wednesday, January 19, 2011

Demam dan Rumah Terbalik Disimbah Pasir

Salam

Sekarang ni macam musim orang sakit.

Sana sini orang batuk, kemudian selsema dan seterusnya demam.

Macam musim buah pulak, kalau sekali berbuah, berkoyan-koyan akan turut sama.

Kawan pejabat juga ada beberapa orang yang sudah bertukar suara seksi-serak-serak-basah. Tonsil mula sakit. Nak bercakap pun serupa mumbling saja.

Luckily, Alhamdulilah, Allah memberi kekuatan pada diri untuk bertahan dengan segala macam penyakit.

Balik rumah pulak, nampak si Faris sudah terkangkang depan TV dengan saluran ‘untuk kita-kita aje’ sudah terpasang. Tepi-kiri-kanan-sudah tetampal koyok cap kaki tiga.

Memang otai la ko dik. Buah mata kucing yang ayah beli dah tinggal separuh, tapi gagah lagi tu dok menguyah.

Ini terus mengingatkan aku masa aku demam waktu kecik-kecik dulu.

Tak adalah kecik sangatpun. Masa tu dalam lingkungan darjah empat, I guess. Aku jarang ponteng sekolah. Aku tak suka ponteng sekolah sebab aku jenis suka pergi sekolah (memang skema batu agaknya). Pulak tu, esoknya ada eksperimen Sains tentang keasidan dan kealkalian yang diuji atas kertas litmus.

Ya. Aku masih ingat. Dan-dan nak pi sekolah, badan panas. Mandi pagi-pagi, dah start pakai uniform..badan makin panas.

Mengadulah dengan arwah mak. Along aku mengerling macam kata ‘hah! pancing tanak sekolah lah tu. Entah-entah kerja rumah tak siap’.

Aku pedulik kan.

Memang sohih aku demam masa tu.

Aku ‘diberi’ cuti oleh mem besar.ha ha ha. Despite of that evil laugh, memang demam aku sangat teruk. Aku langsung tak boleh bangun. Lidah dah tukar kaler putih and everything yang masuk mulut ended up with vomit atau aku sendiri tak mahu makan. Keinginan macam-macam. Waktu tu ayah aku manalah mampu nak belikan ayam KFC ke, bubur ayam McD ke, Chic Mc Deluxe ke. Bapak I belikan I oren bodoh saja:)

Aku tak tahulah kenapa dipanggil oren bodoh, tapi this oren bodoh memang mujarab membantu lidah aku merasa makanan seperti biasa.

Bila malam, waktu yang paling menakutkan!

Aku merasakan rumah macam nak terbalik, dengan seperti merasakan ada orang siram pasir dekat atas bumbung rumah. Aku rasa dizzy gilababeng punya sampai rasa nak terjatuh. Kemudian tak berapa lama, telinga aku menangkap bunyi seperti keramaian-orang-bergotong-royong-macam-nak-buat-kenduri-kendara.

Itu memang waktu demam aku yang paling teruk dalam sejarah hidup. Makan hari jugaklah nak sembuh.

Macam sekarang ni, bila tubuh aku beri signal panas yang tak tentu hala, petua ayah yang pertama kali muncul dalam kepala otak. Meh aku share ngan korang:-

1) Air Asam: Ambil asam jawa dekat dapur. Bancuh dengan air. Sudah tu, suh orang demam ni baring, Alaskan dikepalanya dengan kain. Kemudian, basahkan tangan kita dengan bancuhan air asam jawa ni, lalu disapukan di rambut, ubun-ubun, dahi dengan urutan sedikit. Lakukan perkara sama di leher, celah ketiak, kedua-dua lengan, celah kelengkang, peha dan betis. InsyaAllah, air asam jawa akan menurunkan suhu badan kalian/orang yang demam tu. Teknik ni aku dah cuba banyak kali and it really works.

Apa-apa pun, di musim penyakit macam ni, jagalah diri masing-masing. Bila nak bersin, jauh-jauh sikit dengan orang. Kang tak pasal-pasal si polan tu berjangkit dengan kita!

Allah turunkan penyakit tu ada sebabnya.Dia nak uji kita aje tu:) Banyakkan sabar ya!

Choc Moist Cake yang dibeli lepas balik kerja semalam. Buatan orang kampung. Mak aihh sedap tak ingat dowh. Santapan malam tadi sambil semak-semak proposal.

Tuesday, January 18, 2011

Tips: Presentation- Jangan Memperbodoh, Jauh Sekali Membunuh

Modul yang aku jadi fasilitator semester lepas:)



Salam

Bergelar pelajar suatu ketika dahulu telah banyak mengajar diri ini untuk menjadi lebih yakin selain berketerampilan, ditambah kursus yang diambil semasa di Universiti dulu.

Sekarang sudah jadi tenaga pengajar, sedikit sebanyak ilmu-ilmu diturunkan pada pelajar.

Salah satunya adalah teknik presentation atau persembahan yang baik.

Kenapa ianya penting?

Ia membina keyakinan sekaligus memberanikan diri kita untuk bersemuka dengan dunia pekerjaan yang umum mengetahui sangatlah predatory!

Sorry, lima baris ayat yang sangat skema batu, lagaknya!

Aku cuba kasual mengulasnya:)

Presentation ketika belajar, boleh dikatakan sebagai satu titik kemuncak sesuatu subjek yang dah dipelajari. Betul tak? Memula lecturer akan bagi tugasan dan diakhirnya, selepas korang menulis laporan, satu pembentangan akan dijalankan. Lecturer bukan nak aniaya pun. Just wanna get a clear picture about what are you getting on your field study.

Mungkin ada pembaca blog aku ni masih belajar, jadi aku bolehlah kongsi beberapa tips ketika korang menghadapi presentation.

1) Semua orang ada darah gemuruh. Kau pergilah tanya Dato Siti sekalipun. Neves dia tetap ada. Itu normal. Bagaimana nak elak? Just a little deep breath. Tarik nafas dalam-dalam dan present dalam keadaan biasa saja. DON’T EVER SHOW YOUR WEAKNESS IN FRONT OF YOUR AUDIENCE. Sebabnya, depa akan dapat detect kau orang dalam keadaan tak selesa waktu tu.

2) Elakkan dari memegang kertas ketika present. Itu KELEMAHAN PALING BESAR. You see, bila kita gugup, our body shaking. Termasuklah dengan tangan-tangan kau sekali. Kertas yang dipegang menggeletar, and gotcha! Jangan terkejut audien lebih berminat dengan ‘getaran’ kertas kau, berbanding isi kau orang tu!

3) Gunakan cue card. Catat a few points penting dalam cue card. JANGAN MEMBACA KETIKA MEMBUAT PEMBENTANGAN. Itu adalah satu SILAP besar! Fungsi utama cue card adalah memberi signal kepada otak kita untuk menerang pernyataan dengan lebih lanjut. Presentation adalah cara orang yang tak faham menjadi faham dengan penerangan kau. Dengan membaca, ia takkan membantu apa-apa pun selain pensyarah akan jadi beranglah:))

4) Gunakan visual aid ketika present. Gunakan carta bar atau pie untuk menunjukkan figures. Presentation yang baik adalah dengan menunjukkan figures tertentu seperti statistic, jumlah penurunan, graf atau sebagainya. Ia menjadikan presentation korang nampak professional dan lebih accurate berbanding membebel tak tentu hala.

5) Curi tumpuan audien dengan introduction yang memikat. Bukan kata kau kena menari Thai Girl Show cuit-cuit tiang kat depan tu. Takkkk Okay:) Gunakan Intro yang menarik macam dialog dari movies, bertanyakan soalan kepada audiens, atau penayangan video semata-mata mahu grab audiens attention.

6) Lantangkan suara. Jelaskan sebutan ketika present. Jangan present macam siri bercakap dalam kelambu. LOL

7) Jika berlakunya lag ketika membentang (seperti aaaaa…errr…) langkah terbaik adalah ‘pause’ sekejap presentation itu sebelum melihat sekilas cue card korang. Sekilas aje. Jangan tenung lama-lama. Terlalu lama mendiamkan diri, akan mendedahkan lagi kelemahan presentation kita.

8) Kalau gugup nak pandang audien, kau orang boleh pandang pada dahi atau bahu para audien. Eye contact is VERY IMPORTANT. Audien akan rasa dihargai jika dipandang oleh presenter. Buat aksi positif macam mengangguk (nodding) ataupun senyum.

9) Sebelum presentation, eloklah kau orang berlatih depan cermin. Hafal beberapa perkataan atau keyword penting. Cuba lenggokkan bacaan..jangan senada aje. Kang ada kena sound ..."ni manusia ke robot?”

Fuhh..cukuplah 9. Kau orang bukan nak baca pun kalau aku taip berpuluh puluh pun:)

Cuba amalkan, InsyaAllah mujareb! hehehe

Yang penting kena yakin ketika membuat presentation. Yakin itu penting walaupun adakalanya data kita tak accurate. Pesan aku pada budak degree lah ya, kau orang kena yakin dengan findings yang dah kau buat, terutama ketika present thesis akhir semester. Usah gentar kalau judges tu buat muka ketat.

Dia nak test kau orang je tu.

Paling penting jangan nampak 'bodoh' bila buat presentation sebabnya ianya akan membunuh presentation kita itu sendiri. Boleh aje melawak ketika present, tapi jangan sampai terlalu kerap sebabnya ia akan bertukar jengkel.

Anyway, goodluck, selamat mencoba!:)


Layan Krisya kejap.Tatau la zaman korang ni pernah dengar lagu dia ni atau tak:)

Cintamu ku julang
Kasihmu ku Junjung
Tiada percintaan
Yang seagung cintamu

cewahh...

Monday, January 17, 2011

Jujurnya, Terima Kasih

Salam Isnin

Hadapi Isnin yang membirukan? Atau hitam? Baca: Blue Monday@Black Monday

Begitu juga aku. Kalau boleh nak holiday Sunday ni empat puluh lapan jam.

Dan aku yakin, ianya takkan jadi kenyataan.

Aku blogging dah nak masuk tiga tahun..Ogos inilah.
Folower makin bertambah..terima kasih. Yang singgah shoutbox pun terima kasih. Memang masa agak pax sekarang. Nak blogwalking pun tunggu masa free atau hujung minggu.

Sepanjang berblogging juga, aku sudah kenal beberapa penulis blog. Terima kasih pada aplikasi Facebook yang meluaskan social networking ni.

Mereka yang rajin tag award, juga yang menganjurkan contest!

Award dari Mr Tengkorak Emas. Thanks bro!!

Sweet little keychain sea glass dari fellow Mr Ixxbar. Aku sayang keychain ni. Khazanah alam kut sebab nak membentuk sea glass ni makan tahun ok! Aku sangat hargainya. Poskad ni Ixbarr buat sendiri.Lagilah aku makin suka. Aku suka handmade!



Hadiah tea towel dari IKEA sebab joining kontes EqbalZack. Ada pelekat ekslusif gitu! FAKTA: Aku tak koyak pelekat ni. Sayang owh!


InsyaAllah, kalau takde aral, aku nak buat giveaway juga. Post moterm contest tahun lepas:
1) Sampai sekarang aku takle nak trace pemenang no 1.
2) Hadiah yang aku post memang lambat sebab kesibukan bekerja, takde masa nak ke pejabat post, weh. Minta maaf banyak-banyak pada pemenang yang tertunggu lama hadiah aku tu terutama akak Lilo.Warghh ampun..ampun:))
3) Hadiah lambat juga berpunca dari dealing price dengan beg hijau yang aku janjikan untuk pemenang no 1 dan 2 dapat tu.Last2 minit plak dia beritahu tak boleh buat. Hangin!

InsyaAllah, untuk giveaway seterusnya aku akan hantar secepat mungkin sebabnya post office suda dekat dengan opis:)

InsyaAllah juga, akan ada giveaway menjelang penghujung@awal February nanti. Alah ada lebih 4 button badge yang aku tempah dulu tu.

Sapa nak?


PS: Memori kad kamera aku buat hal. Tak tahulah sama dengan korang ke tidak..apasal yek kalau nak rosak mesti tengah-tengah bulan macam ni?

PSILOVEU: Ada 2 orang kawan baik yang akan menyambut ulangtahun mereka. Sorang harini-dia ni dikira member zaman sekolah menengah lagi dan seorang lagi pada hujung Januari.Ini member gila-gila:)

Sunday, January 16, 2011

Contest Recommend Lagu Terbaik:D!!!

Klik imej terus ke page tuan blog:)

Salam
Asalnya memang nak join kontes dari fellow blogger Muhammad Zaki ni, tapi udah di tag oleh blogger Nuke Rude.

Sempoi la ko! Macam tahu-tahu aku nak buat kan?hehe

Sekarang waktu dah satu sentengah lebih. Masih belum tido. Masih membuat nota tapi dalam masa yang sama, nak join jugak kontes unik Zaki ni.

Dia ni katanya bosan. Nak cari lagu untuk hilangkan kebosanan. Ok la kan. Aku banyak aje nak cadangkan pada Zaki, tapi syarat kontes, hanya satu saja.

Dengan itu aku memilih sebuah lagu MELAYU, zaman 90 AN. Masa tu mungkinlah aku kecik lagi. Tapi bila dengar sekarang, sudah jadi malar segar.

Lagu yang menjadi pilihan: Visa- Dalam Gerimis



Lagu ni berentak slow rock. Aku rasa bukan hard rock sebabnya, takdelah unsur rock menggila pun. Permulaan dengan suntikan plucking gitar karen (LOL) menyusur pada intro perlahan dan alunan suara Sham (Vokalis Visa) yang ‘macho’ membuatkan aku teringat akan alunan sama pelantun seperti Zarul (Umbrella: Ramalanku Benar Belaka), Blackrose: Penantian, Allayarham Shamrin (Fotograf: Di Alam Fana Cinta)

Mungkin lagu Dalam Gerimis ni tak berapa familiar dengan generasi-generasi baru sekarang , al maklonglah lagu lama waima generasi skunk lebih kerap disogokkan dengan music seberang. Ah kau tahu sajalah music mana tu. Slot TV petang pun sudah bertukar ‘Dari Seberang’apatah lagi muzik kita?

Elemen ‘Dalam Gerimis’ turut diselitkan petikan keyboard pada chorusnya kemudian bersambung music rocknya pada bridge.

Dalam Gerimis sudah menjadi malar segar buat pencinta music awal tahun 90 an termasuklah aku.

Habis Visa, aku nak tag 2 orang bertuah lagi:
1) Annahl
2) Seri

Ini yang aku ambil dari page Zaki:)
Syarat-syaratnya:

1. Jadi follower blog 'What Happens If U Get Scared Half To Death Twice' ni.

2. Buat satu entry bertajuk 'CONTEST RECOMMEND LAGU TERBAIK :D' dan linkkan banner kat atas ni dalam entry dan di sidebar.

3. Search satu lagu favourite anda kat Youtube ke, 4shared ke, Mediafire ke, atau kat mana2 je, lepas tu just paste embed link lagu tu kat dalam entry sekali.Satu blogger, hanya satu lagu terbaik sahaja ya.

4. Tag 2 orang bloggers yang lain untuk join, and make sure diorang tau.

5. Notify me.Hantar link entry ampa semua ke entry ni dan tuliskan tajuk lagu sekali dalam komen tu.Siap.Senang kan? ;)

Tarikh tutup: 14 FEBRUARI 2011

Genre lagu dan bahasa adalah tidak menjadi masalah.Rock, techno, pop, rnb, oldies dsb.Lagu Melayu ke, Korea ke, Siam ke, Jepun, English, apa2 jenis bahasa pun, tak kisah.Aku pentingkan sedapnya muzik tu je.Lirik dia aku kurang sikit.Tapi jangan lagu2 setan sudah.

Hadiahnya?? Sila ke link yang aku pautkan tu. Yang penting ada itik tu ok:)haha comey!

Friday, January 14, 2011

Evolusi Mak Tiri Yang Konsisten

Akmal Faris:My step brother. Aku sayang dia macam adik aku sendiri dah. Beso dah budak neh..Masa kecik aku dukung, melepek dekat bahu aku nak tido:)



Salam Jumaat.

Setiap evolusi memerlukan perubahan. Tak banyak, sikit pun jadilah. Sel pun berevolusi. Bakteria, contohnya. Bakteria berkembang dengan sel yang cukup mengagumkan. Dalam sekelip mata, jika makanan terdedah, cepatlah makanan itu rosak; terutama jika suhu, masa, kadar keasidan makanan mahupun kelembapan tidak dijaga betul.

Apa kait mengatinya evolusi bakteria dengan evolusi mak tiri?

Kedua-duanya memberi impak buruk.

Mak-mak tiri di luar sana jangan melatah ok. Biar saya habiskan entry saya dulu:)

Dulu-dengan-dongeng-dongeng, kita disogokkan dengan pelbagai kisah, antaranya kisah budak perempuan didera ibu tiri disebabkan dendam. Mak tiri ni punyalah jahat, tolak madu dia jatuh dalam sungai..plinggg..jadik ikan kaloi!

Mak tiri dulu digambarkan sebagai jahat, bengis, gila harta..malah figura mak tiri dahulu kala kerap kali berputar di kaca TV sekaligus memberi impak negatif buat kanak-kanak kecil yang kemudiannya fobia dengan term mak tiri!

Kenapa gelaran mak tiri begitu ditakuti?
1) Waktu kecil, mak tiri ni selalunya akan jadik bengis macam singa lapar.
2) Suka dera budak. Pukul cubit tu dah macam pok amai amai bagi dia orang ni
3) Selalunya anak tiri akan diberi makan sisa@makanan yang tak habis.
4) Dipaksa buat kerja-kerja rumah while this mak tiri akan duduk senang lenang memerintah macam mem beso
5) Semua yang selama ini boleh buat, menjadi larangan keras buat mak tiri
6) Ada mak tiri yang jenis hati kering, pi repot kat bapak konon2 anak dia nakal nauzubillah sambil buat muka sedih-konon-konon-dialah-yang-jaga-budak-tu-macamlah-azab-sangat
7) Kalau jenis budak remaja, mak-mak tiri ni selalunya akan gunakan role ‘manipulative’ dia pada bapak budak tu. Asal budak tu kena marah, perfect score lah dia dapat
8) Bercerita dengan jiran tetangga tentang kenakalan si anak, walhal budak tu tak nakal langsung
9) Kalau mak-mak tiri korporat (ehh dorang ni ada pangkat ok), motip utama adalah nak rampas harta-konon-bleh-hidup-seribu-tahun-lagi-tak-mahu-mati-
10) Yang penting mak tiri kena pandai berlakon. Depan bapak budak tu, kena tuka karakter baik sikit. Dengan budak tu, jadik lah garang macam Hulk Hogan pun takpa.

10 indicators yang aku boleh jumpa dalam cerita-cerita TV.
Mungkin sesetengah ini sudahpun menjadi reality.

Gelaran ibu tiri selalunya memberi perspektif negatif disebabkan perangai SEGELINTIR ibu tiri sendiri. Ada ibu tiri yang baik. Yang pandai ambil hati anak tirinya walaupun sometimes dia kena sumpah seranah, anak tak mahu terima selain dituduh macam-macam.

But most likely, kes yang aku dengar (tak kiralah melalui newspaper atau berita TV/Radio), ibu tiri kebanyakannya masih berperwatakkan Siti Tanjung Perak yang sangat garang tu.

Hal ini complicated, lebih-lebih lagi mendatangkan kecedraan kepada ANAK ORANG.

Ini merujuk pada kes kematian kanak-kanak didera mak tiri bebaru ni. Budak tu dah meninggal, malah adik lelakinya turut menjadi mangsa dera mak tiri yang tak center neh!

Aku kadang-kadang pelik sungguh.

Motif kau dera ANAK ORANG?

Budak tu menangis, kau pujuklah! Yang kau pergi ‘tomoy’ budak tu buat apa? Otak letak mana? Kalau budak tu masih kecil, let say 3-6 years old, tak boleh ke kau anggap budak tu macam anak kau sendiri?

Bapak budak tu kau boleh terima. Takkan anak-anak dia kau nak masuk dalam tong DBKL pulak?

Aku hangin sungguh!
Cuba kalau kau kena dera? Silap sikit, kena pukul. Salah sikit kena tengking. Melalak sikit kena tampar. What the heck?? Budak tu bukan tahu apa-apa!

Macam aku cakap tadilah, tak semua mak-mak tiri perangai macam si pelaku gila tu. Ada yang baik, malah boleh katakan hampir menyerupai emak sendiri.

Apa-apa pun, jika ada di antara kalian yang pernah mengalami indicators di atas, tak usahlah membenci mak tiri kalian tu. Buruk baik, dia tetap isteri pada ayah kita. Cukup sekadar menghormati dia:)

Thursday, January 13, 2011

Aku, Muzik, Kamu

Lapaq McD plak pagi2 nih..


Salam

Maaf Faizal Tahir, aku pinjam tajuk album kau yang femes tu. Namaku Faizal juga. Tapi entahlah, aku tak suka sungguh orang menambah perkataan Tahir dihujung nama aku.

Oh aku pernah menulis dulu. Nama aku memang banyak digunakan. Bezanya namaku lengkap dengan Muhamad dengan satu ‘M’. Jadi, aku memang sudah pesan pada pelajar..

“Kalau nak bubuh nama saya, satu ‘M’ saja dan tolong jangan gatal nak ubah nama belakang tu. Saya potong markah nanti”

Yes. Sensitif sungguh dengan nama ni.
Haish! Melalut dah nak cerita pasal muzik, ter-cerita pasal nama. Lohiriah pendidik katanya. Mesti kena ada mukodimah dulu! he he he

Harini nak cerita pasal music. Aku memang sukakan music. Believe me, aku boleh mendengar all kinds of genre, asalnya soothing dan boleh diterima telinga

Music bagi aku satu terapi yang boleh menenangkan, juga boleh membawa kecelaruan, sepertinya ketika aku memandu di jalan raya sewaktu nak ke tempat kerja. Ada ketika, music tu memekakkan telinga. Seriously!

Bertahun dulu, ketika masih meneruskan pengajian diploma, aku teruja dengan music 80’s-90’s especially English song. Bagi aku lagu-lagu itu malar segar orang kata. Bila dengar je, terkenang orang jauh.he he he

Most of 80’s-90’s songs yang aku dengar biasanya lagu-lagu cinta. Cinta tak semestinya jiwang,tapi orang jiwang memang sedang bercinta.he he he

Meh aku senaraikan top 20 songs pilihan aku termasuk list tahun 00

1. Careless Wishper: George Micheal
2. Hard to Say I’m Sorry: AzYet
3. Back at One: Brian McKnight
4. Have You Ever: Brandy
5. My All: Mariah Carey
6. There You’ll Be: Faith Hill
7. I Don’t Wanna Miss A Thing: Aerosmith
8. I Swear: All 4 One
9. The Day We Find Love: 911
10. Kiss From A Rose: Seal
11. No More: A1
12. Purest of Pain: Son By Four
13. All Rise: Blue
14. Last Flight Out: Plus One
15. If You Come Back To My Life: Blue
16. Nobody Wants To Be Lonely: C.Aguilera ft Ricky Martin
17. My Baby You: Marc Anthony
18. All or Nothing: OTown
19. This I Promise You: N Sync
20. Soledad: Westlife

Mungkinlah ada dalam list ni yang korang tak pernah dengar.

Take time.Listen it:) Maklumlah..lagu orang tua=)

Haaa, hat lagu bawah ni memang sungguh aku terkenang orang jauh-macamlah-dia-baca.

See?macam aku cakap, aku leh dengar macam-macam genre..



Anak punai anak merbah, terbang turun buat sarang, anak sungai pun berubah, ini pula hati orang.....mengapa dikenang

Wednesday, January 12, 2011

Language: Dead or Alive

Not yet dead end..

Salam

I used to write in English back than when I was studied at University. It’s like ages ago.
I am really sorry if you found any grammatical error during reading this entry.

Yes.

The only way to enhance and sharpen your English is by reading and writing. Same goes to Math and the entire calculation subject. Understand first, than practice the exercises. That’s the rule. That’s the only path.

Me myself, as involving in educational field sometimes rarely use English in daily conversation except for teaching in front of the class or when delivering notes to students. They once told me to translate it back in Bahasa. Sometimes I did it. But most of the time, they need to do it by themselves.

That’s what we call learning, dear!

I’ve been read a book (cannot recall what’s the title) but the fact that really makes me shocked was..

‘Everyday, there is a language that will ‘dead’ from our world’

Its sounds so funny right ain’t ridduculus to believe.
But trust me; there is a truth beneath it.

I didn’t want to tell you which language consider vanish from this world but there is a little responsibility for us to protect our own. Cynical isn’t it. I am Malay and here I am writing on ‘protecting our Bahasa’ in English Language. I think there’s nothing wrong with it though. As you Malay out there still using it (Bahasa) right, spell it right, I think it is not a big deal anyway.

If you found anything on our language that has been adapted from other languages, don’t scream out and simply urging of so called ‘pollution’.

Learn the truth. Language; just like many other matters in this world that needed an evolution.

Are you really sure that our own Malay language hasn’t adapted from others?

PS: I am not linguistics here. But I love study so many historical matters, involving humans:)

Tuesday, January 11, 2011

110111, 111111 atau 20112011

Selingan: Lama tak makan Fettucine sos jenama Prego:LOOL


Salam

Buat mereka yang berada di Johor, selamat bercuti.

Jadah apa nombor-nombor di atas yek?

Ok ini bukan suruh korang crack code ke apa ye.

Ini adalah tarikh-tarikh.

Tarikh yang sangat possible untuk pasangan pengantin baru untuk melangsungkan perkahwinan.

Haihh mimpi apalah aku ni nak tulis pasal perkahwinan? Nak kawen dah ke? Oh noo..belum lagi ye. Jauh lagi:)

Harini jatuhnya tanggal 11-01-2011. Selasa.

Mujur bukan hari Ahad. So possibility untuk tak ada kerja kahwin adalah sangat tinggi!

Ok kita semak tarikh seterusnya.

11-11-2011. Jumaat!

Sesuai untuk majlis akad nikah! Wah! Busy la tok-tok kadi pasnih.

Kita semak seterusnya, lagi

20-11-2011. AHAD!!!!

Finally. Sapa nak kahwin tarikh ni cepat-cepat booking. Cepat-cepat budget dari sekarang ya!LOL

Ok tutup kisah tarikh. Kita buka kisah yang lebih rasional.

Apa signifikan tarikh-tarikh ini kepada kita, especially yang akan memilih tarikh tersebut? Pertamanya, mudah ingat dan Keduanya, nak-kononnya-mengambil-tarikh-istimewa-supaya-yang-jarang-ditemui-pada-tahun-tahun-mendatang-sehingga-akhir-hayat.

Kedua-dua kebarangkalian ini boleh diterima akal waras. Hendak-hendak kepada wanita yang selalu claim lelaki tak boleh ingat tarikh-tarikh penting. This is the truth guys. Wanita memang pentingkan kita mengingati tarikh-tarikh ini. Depa lebih rasa dihargai, selain mahukan kita memberi perhatian kepada mereka. I’ve did my own so called research through this and dari 10 responden wanita, 9 daripadanya mengatakan bahawa…

“Orang lelaki memang buat buat tak tahu tarikh tarikh penting macam anniversary atau birthday.Lepas kita buat muncung penyangkut baju, barula dorang sedar”

Ok aku tambah perkataan ‘penyangkut baju’. Jangan marah naa

See?

Ramai wanita menganggap perkara ini as a big matter, walaupun kita lelaki memandangnya sebagai satu perkara enteng. Ini bukan nasihat untuk lelaki lain tapi untuk diri sendiri juga.

Sesekali depa nak manja-manja. Bukan salah pun kan?

Manja-manja bila sudah kahwin saja ya!



Tetiba kerap plak dengar lagu mak si Atillia nih..

Monday, January 10, 2011

Bila Dilanda Virus “Tiputertipahtipahtertipubangggculosis”



Salam

Pause sekejap lagu HIM sebab nak tulis entry.

Semalam, sebelum melanda badai di pantai bersama The Sulaimans yang lain, aku dikejutkan berita tentang penutupan Facebook yang bakal berkuat kuasa Mac 15 2011 ini.

Meh aku kongsi sikit apa yang ditulis dalam laporan yang dibalas dua ribu lima ratus enam puluh empat komen itu.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.

“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”

Ramai jugalah yang menyeranah tindakan Zuckerberg menutup webby terkenal seantero dunia ni. Letih dan Facebook ni dah memporak perandakan hidupnya antara sebab si mamat rambut kerinting terkaya ni mengambil keputusan nak menutup operasi syarikatnya.

Aku sendiri pelik, sebab FB sudah memulakan new looks contohnya macam profile yang sudah boleh di upgrade baru, home yang sudah tidak ada tulisan besar dan beberapa feauture yang sudah boleh diterima ramai.

A few hours later, selepas pulang dari beronok-ronok dengan keluarga, satu berita lain mengemukakan bahawa penutupan FB merupakan satu penipuan yang tidak perlu dirisaukan.

FB akan beroperasi macam biasa. Kau boleh upload pic terbaru, share good things, nice story to friends selain be friends with newbies.

Lega sikit.

Satu soalan berlegar dalam kepala..kalau lah perkara ini benar-benar terjadi:

1) Mahukah kawan FB kau bertemu dengan kau di alam reality?
2) Wujudkah orang seperti yang digambarkan dalam profile picture?
3) Jujurkah dia mahu berkawan dengan kau?
4) Nak berkawan atau nak menambah naikkan friends list?

Fikir dengan berhemah tujuan sebenar nak ber FB. Ada yang nak cari kenalan baru. It’s good intention, tapi jadahnya kau tak pernah nak tegur orang tu, even say thank you sebab approve friend request. Tapi ada juga segelintir yang memang jenis tak mahu balas komen newbies eventhough newbies tu dah add dia as friend. Feeling feeling diva katanya:)

Apa yang aku boleh katakan, jika Zuckerberg benar-benar melaksanakan seperti apa yang hoax itu laporkan (katalah ya), kita akan merindui dengan status like, membalas komen, photo tagging, share link, video dan picture, Private Message mahupun Chatting.

Ada pro, ada cons.

Ada yang menjadikan FB sebagai medan perbalahan anak beranak, suami isteri, perbuatan menyalah guna macam menghina sultan ataupun tag duit berkoyan-koyan konon leh kaya sebab log in FB (ok aku jaki betul dengan advert macam ni) mahupun internet bullying macam sexual harassment. Pantang update gambar baru, berduyun orang poke konon-konon nak kenal-macam-pernah-nampak-tapi-kat-mana-ya-

Hentikan perbuatan itu okay. Ber-FB lah dengan happy. Nama pun social networking. Share Ideas, thoughts together, manalah tahu dengan idea-idea kita, ia boleh membangunkan sesuatu?

Who knows?

PS: Tahniah Ana Raffali kerana mengungguli Anugerah Juara Lagu. Tahniah juga MUH ft Black dan Hafiz. Dan belum beberapa jam, page FB membantah kemenangan Ana diwujudkan. Motif la kan. Asal tak puas hati je, wujudkan fan page. Aku rasalah, kalau FB ni ada zaman2 Siti Nurhaliza sapu bersih dulu, dia juga mungkin akan dibenci. Betul tak? Kalau nak katalah Ana ni masih mentah dalam industry, kenapa masa Yuna menang tahun lepas takde yang pertikai? Yassin pernah menang menerusi Mimpi Laila (Yassin waktu tu freshies dan lagu tu compose sendiri lagi).

Apa salahnya terima kemenangan ini dengan hati terbuka. Ambil masa untuk dengar lagu ini. (Aku sebenanrnya jarang dengar lagu ni full versions, selalu dengar part chorus). Janganlah disebabkan benda remeh macam ni kita bercakaran sesama sendiri. Adat la.Ada yang menang, ada yang kalah..

Sunday, January 09, 2011

Yang Ke Dua Puluh Lima


Ada certain lagu membuatkan aku kata 'hurmm lagu ni pun ada?' sort of..

Apa2 pun, aku leh merasakan Faizal Tahir menerusi irama dark Selamat Malam, mampu mengungguli selain saingan dari Muh ft Black, Drama King, Ana Raffali atau Yuna. Tapi manalah tahu tetiba Stacy mencipta sejarah??

Tunggu dan lihat ajelah ya:)

Malam ini jam 9 diTV3

Tengok TV ajelah:)

Saturday, January 08, 2011

Dia: Siti Nurhaliza


Salam

‘Kau minat Siti??’
‘She’s good, apa!’
‘Tak rock la minat Siti!’

Ini conversations beberapa tahun lalu masa Siti femes dengan lagu balada membuai macam Jerat Percintaan.

Aku bukanlah die hard fan Siti sebenarnya sampai tampal gambar dia, pergi konsert-konsert dia atau beli setiap album-album dia.

Yang hanya adalah koleksi MP3 himpunan album-album beliau.

Meh aku citerkan sikit seperti yang aku tahu, kemunculan Siti Nurhaliza.

Dia ni biasa saja. Tak silap dicungkil menerusi Bintang RTM. Dan dari situ dia diberi peluang merakamkan album. Kemunculan awal, Siti berkeras tak nak ambil gambar dengan lelaki. Tak mahu pakai seksi sehinggalah mengundang kepelikan ramai sebab waktu tu (hujung 90 an) kalau artis nak femes, mesti kena pose maut dalam majalah MANGGA, tepi kolam, basah-basah sikit, nama bubuh dekat 'that' lurah disamping cerita panas artis tulah, selain menggunakan nama-nama komersil untuk fofuler. LOL

Tapi tidak Siti.Dia guna nama penuh, siap!

Mungkin sebab itulah dia disenangi ramai. Ditambah dengan kejayaan demi kejayaan album-album beliau. Kau katalah mana anugerah, memang dia akan sapu dan asyik-asyik-Siti-akan-kedengaran-dihujung-telinga-sort-of-

Dia boleh dikatakan berjaya di lapangannya walaupun err produk perniagaaan beliau err tak berapa aku nak dengar perkembangannya. (ambil contoh C-TEA)

She’s good with branding. Peminat akan beli….(apaanama produk kecantikan dia tu ek?..lupalah) sebab produk tu ‘Siti Nurhaliza’. Mungkin nak cantik, sebulat, sebotol nak jadik macam Siti Nurhaliza agaknya.

Kenapa aku suka Siti?

Hurmm…

She’s good in live singing! Superb!

Dia akan bawa dengan lenggoknya sendiri selain tak terikut dengan nyanyian penyanyi asal. Selain tu, aku perasan kualiti album dia dari setahun ke setahun berubah macam contoh traditional Cindai move forward kepada music global yang lebih Arabic dalam Lantera Timur. Dari segi processing, aku lebih sukakan album Hadiah Daripada Hati. Macam live orchestera!

Itu yang aku suka. Part part dia kahwin dengan Datuk K ke, beli plat nombor ke, tudung serkup dia tu ke, aku tak ambik pot sangat sebab aku lebih sukakan tone suara dia.

Dalam banyak-banyak lagu beliau, aku paling suka lagu ni.



Melodinya baik. Nak-nak part Ajai continue as background vocal tu..macam nak ikut Siti nyanyi duet plak.bwahahahahaha ROFL!

Aku? Maya Karin tetap di hati:)

Friday, January 07, 2011

Planner dan Cibir



Kenapa kena ada planner?
1) Mudah. Nak-nak kalau ada tarikh penting macam meeting ke. So kita bleh tulis terus dalam petak tarikh berkenaan
2) Nampak professional. Imej kena build juga.
3) Kalau nak rujuk tarikh-tarikh senang.Buatnya kalau clash dengan tarikh-tarikh penting?

Selebihnya, kau orang fikirlah sendiri. Aku baru beli semalam lepas selama ini tulis caca marba dalam buku tiga lima (ok aku tipu, bukan buku tiga lima: buku note book kulit keras). Aku lebih suka planner berbanding daily journal. Bila nampak muka surat berkepuk macam daily journal, mulalah tangan aku gatal nak lukis orang lidi lah, muka shin chan lah, conteng-conteng lah..macam-macam.

Kau orang mesti kena ada satu.

Masa takkan tunggu kita, beb! Kita kena kejar masa.

Ps: Semalam kehilangan sejumlah besar air dalam badan. Nearly dehaydrate sebab cibir (cirit birit). Makan biawak ke apa? Harini tetap bekerja macam biasa. Kerja melambak, kot:((

Ps2: Maaf ya, tak sempat nak blogwalking dan menulis dia Blogbusta! Warghh kena pelangkung aku:P

Bonne Jounee!!

Entry pendek:konon-konon sakit sangatlah:))

Thursday, January 06, 2011

Cool Di Minggu Pertama

Salam

Aku tahu mungkin ada beberapa bloggers mahupun readers yang masih bergelar students sedang sibuk hendak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Standard la kan. Mula-mula minggu pertama mesti kacau bilau.

Hendak-hendak yang pertama kali mendaftar.

Itu nak urus , ini nak urus.
Tengok jadual plak, satu haram tatau bilik kuliah kat mana. Tambah plak, jadual tu pack gila babang punya!

Masa nilah emosi terganggu.
Perasaan tak stabil malah paling memburukkan adalah ia secara tak langsung mempengaruhi mood kita—hendak hendak yang dah lama tak menghadap buku.

Pesan aku satulah.

Kuatkan semangat.
Kentalkan perasaan.
Pedulikan egois yang emosi.

Nak berjaya bukannya senang. Mental dan fizikal kena bersedia secukupnya.

Aku pernah menghadapi perasaan yang sama setelah setahun tak buka buku, semasa pengajian tahun pertama Ijazah, awal 2007.

Masa tu dok study satu subjek ni, namanya ‘Hospitality Service Management’

Ni baru modulnya. Memang menjerut leher..


Truly, aku hampir give-up bila membaca, satu pun tak masuk dalam kepala. Aku tension. Dan bila aku tension, Dunhill mula memanggil-maggil. Sepam asap dua aku ambil, kemudian memikirkan kemungkinan nak berhenti dari mengaji.

Teruji sungguh. Mujur aku ingat wajah ayah di kampung.
Penat ayah sekolahkan aku.

Jadi dengan pemikiran sebegitu, aku trus tersedar.

Nak tak nak, aku kena baca.
Biar muntah darah sekalipun, aku kena cuba.
What the heck menyerah saja tanpa usaha, kan?
Jangan give up.

Aku cuba baca. Mata mengantuk macam haram, tapi aku gagahkan juga.

Alhamdulilah, aku skor dengan baik paper tu.

Sebenarnya, ia terletak pada usaha dan tawakkal kita. Berat manapun dugaan, tentanginya dengan perasaan tenang.

Allah ada. Mintalah bantuan Nya selalu:)

The truth is, jangan mudah mengalah. Bila sudah ambil selangkah kehadapan, jangan menoleh lagi kebelakang. Teruskan saja. Tidak ada benda yang senang di dunia ini.

Selagi boleh berjalan, mengapa tak terus sahaja berlari?

Wednesday, January 05, 2011

Bukan Melacur, Tapi Melancong: Bahagian Dua


Salam

Bahagian Dua dah muncul

Ok mungkinlah tak kena sebab dah masuk tahun baru, and some more, most of the bloggers yang bergelar students, dah masuk mengaji balik.

Ngaji elok-elok naa.
Buat abang-abang macam I yang keje skunk ni, jangan tuang kerja plak:P

Ni nak sambung bahagian dua tentang melancong dari bahagian pertama, entry yang lepas. Melancong tak semestinya kena menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang and so forth sebab definisi melancong bagi aku adalah: menikmati value added dari nature environment atau historical site yang dipakejkan di tempat tu. Ni persepsi akulah. Jangan guna dalam carian academician korang okay.

Dalam pelancongan, ia terbahagi kepada beberapa bentuk @ form of tourism. Kita ambil contoh negara kita, Malaysia. Di Malaysia, bentuk pelancongan pilihan termasuklah Pelancongan Kebudayaan dan Warisan, EcoTourism, Pelancongan Sukan dan tak terkecuali Pelancongan Sejarah.

Ok.Korang dah bosan. Tu..ada yang menguap tu??!!
Aku leh baca dahh:))


Dalam apa-apa pun, korang kena fikirkan beberapa barrier ketika melancong. Salah satunya kos. Savings adalah jalan penyelesaian. Melancong bukan takat nak beli all the souvenir, tapi nak menikmati……(seperti yang aku katakan di atas) ditambah bukan saja dengan ambil gambar syok sendiri, ya!

Ada beberapa tempat sudah diwartakan sebagai zon ‘carrying capacity’. Apa tu carrying capacity? Sat gi cek habaq mai noo.

Ni nak habaq tentang kelonggaran yang sudah diamalkan di beberapa tempat, sehingga hilangnya ke-ekslusif-an tempat tersebut.

Contoh paling nyata adalah Taman Negara, Pahang.

Disitu adalah kawasan eco tourism yang sangat memikat. Hijau. Hidupan liar, dan trails yang cukup mengagumkan. Bila diwartakan kerajaan back years 90’s, sistem ‘carrying capacity’ (CC) diperkenalkan. CC ni merujuk kepada limitasi jumlah pelancong yang boleh memasuki kawasan tersebut.

Sekarang ni sistem CC sudah agak jarang diaplikasikan di Taman Negara. Laluan keluar masuk bot-feri ke pulau-pulau (Tioman, misalnya) juga jarang dikawal oleh pihak berwajib which is for me, very sad.

Tourists come and go, akan menyebabkan corals di dasar laut akan musnah, kandungan air laut bercampur dengan minyak dan lebih banyak hidupan laut bakal mati, eksiden terlanggar bot atau feri.

Fun isn’t? But that’s the truth.


Kita tak akan melihatnya dalam tempoh setahun dua. Tapi mungkin dua puluh tiga puluh tahun mendatang? Siapa Tahu, bukan?

Banyak lagi tempat yang hendak dibebelkan, but kita tahu-tahu sendirilah ya. Bila pergi melancong tu, janganlah berlagak macam anak raja, walau kau itu duduk suite sekalipun. Sampah tetap kau kena buang dalam tongnya. Even a plastic bag.

Tak ke naya memonyet ni pi sarung ke muka, terus mati tak dapat nafas?

That’s why la kita tak digalakkan bawak makanan berplastic ke dalam hutan, especially macam Taman Negara. Kalau nak bawa, please, makan sorang-sorang. Sampah, simpan dalam beg. Jangan nak jadi keji dengan LITTERING.

Potong tangan nanti baru tahu!

OST Hikayat Merong Mahawangsa dah kuar wehh:) Nice vocal Anuar Zain! Capiche!


Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED