Thursday, December 31, 2009

UNTUK KAMU, DARI AKU. SILA BACA...

Bila aku bosan, dua site wajib akan aku bukak. Facebook dan Blogspot. Di dunia Blogspot ni macam2 ragam penulisan aku jumpa. Macam2 rasa ada. Umami taste pon ada. Percaya ngan tidak sajalah. Macam biasa, aku akan selongkar blograck. Membaca coretan sarkastik Nukerude, selain ingin menyentap perut dengan penulisan lawak oleh Hans selain pembacaan yang sangat telus oleh AvidGunner.

Kalau mahukan yg santai, aku akan terjah blog Bard, menyelami warna2 pink dlm blog beliau (hehehe) sambil membaca entri2 sengal sambil tersenyum Ezzati. Kalau nak sesuatu yg pedas berapi, aku akan ke laman Primadonna maupun F sambil menunggu Kak Pidah menulis isu yg bukan saja buat aku tergelak tetapi berfikir panjang. Sekiranya aku mahu membaca sesuatu yg puitis, aku akan menghentam laman Bintang dan berfikir...ada masa betol mamat ni tulis panjang2.

Ingin sesuatu yg light, aku akan membuka blog Mr Wan selain membaca entry penuh warna Rizz. Kalau nak tgk filem2 baru, aku akan ke blog fevret Iszaham dan Anuar Kamaruddin, selain mengagumi cara penulisan mini siri beliau. Huhuhu..sungguh saya sgt amazed;-)

Inginkan imej2 klakar dan pelik, aku suka menyelongkar laman Seseorang dan Mr Epol. Dlm berblogging gak, aku suka menulis beberapa entry dlm english dan selain membaca newspapers and all materials in english, blogging adalah salah satunya. Dalam hal ni, aku suka membaca entry simple Hafizzuan selain mengagumi cara penulisan english oleh Aliph J.

Kalau simple dan kelakar, entry 'Aqilah dan Wana akan pasti aku baca selain mengagumi semangat sayangkan haiwan Mr Homosapienz yg sering dipaparkan dlm blog beliau. Selain mereka, follower ke 60 aku, Sara pon rajin ku baca entrynya walaupon citer beliau sgt ringkas. Takpe ringkas pon.., janji padat dan mudah faham, kan?

Layout dan blog penuh color oleh CikIntanurulfateha juga kerap kali aku singgah baca. Sangat gigih CikIntan buat entry kaler2 dan link warna warni tuh. Tabik spring ar!!!.Tiap kali aku masuk blog dia, aku rasa hepi gila2. Colorful sangat;-). Dan jika aku nakkan sesuatu yg comel, aku akan masuk blog ShaH utk baca entry selain tgk emoticon2 comel di blog beliau.Gila betol2 gigih kau, bro;-P.

Sometimes, terpikat ngan header kucing comel di blog Illyienaz dan sangat teruja dgn kemasukan contestent dlm pertandingan foto di blog FirdHaikal, selain menunggu entry2 baru dari Mr Shari yg juga merupakan follower terawal, Momo yg suka wat diving di dlm laut (sumpah aku nak dapat lesen dive jugak pasnih) ,Dr Darren yg bizi barangkali selain Ikram yg sangat gemar kepada dunia traditional, blog rakan sekelas Miss Kedondong & LadyWaleane, En Dark ataupun MyaZulkifli yg mungkin ngah sibuk kat Uni di Melaka;-) Congratz Mya!

Dan yg terakhir, aku akan selongkar ke blog Ray utk beberapa bacaan yg agak entertain dan educate ataupun sindiran bermakna KopiMunshi, menyelusuri satu lagi bacaan warna-warni dan lawak2 sambil ku tersenyum-senyum Miss Lolly ataupun blog bewarna putih hitam Ako yg sangat comel2 tulisannya dan kadang2 membaca entry Ryehannna yg ade beruang panda comelyg betol2 aku lupa namanya dan FikriFauzi yg simple but nice;-)

Ada gak yg rajin meninggalkan jejak di ruang komen cam si penulis ayat ringkas bermaka CikMemy dan blogger yg lama gila tak update Frodo. hehehe:)

Ini adalah senarai dari blograck. Ada tak sesapa yg tetinggal kat sini?Anda semua bernilai bagi saya.hehehe..

Mungkin pasni aku takdela nak update hari2. Mungkin tak sekerap sekarang. LOL! hehehe

Harap korang suka dan mengucapkan selamat tahun baru 2010! (apasal ayat belakang ni cam tunggang langgang grammarnya???). Jgn lupa klik2 nuffnag;). Tinggalkan jejak di ruang shoutmix ye dears!!!

NotaKakiFaizal----)Tahun baru, azam lama; boley???

p/s--)header lama. aku suka sebab cantik;)
..err sorry ek kalu sesapa tak suka ngn description yg aku bagi tuh.harap maaf:)

Wednesday, December 30, 2009

KOSONG BERGANTUNG

Gigi bongsu sebelah kanan aku dengan rasminya mula merasa sakit. Belum lagi rasmi sakit sampai aku tak boleh tak boleh tidor. Tapi sumpah. Lepas dapat payment yg 1st ni, konfirm aku kena wat minor sugical apa kejadah sebelum worst thing happen @ paling tidak tidur malamku tidak terganggu dengan bisa haram jadah yg buat aku menyumpah seranah dari beristighfar panjang. Bukankah istighfar sewaktu sakit itu kifarah dosa2?.

Harini jiwa sangat kosong. Tatau la kenapa. Bosan?. Mungkin. Writer's block?. Boleh jadik. Otak tepu?. Berkemungkinan besar. Angau?. Oh tidak.

Jadi sambil menunggu bulan terakhir 2009 melabuhkan tirainya, aku bertolak fikir tentang masa lampau yg sudah ditinggalkan, masa sekarang yang akan berlalu beberapa jam lagi dan masa depan yang misterinya bakal ditempuhi tanpa hujung yg entah bila akhirnya.

Masa muda remaja, peluang, harapan, nasib, tuah yang terlipat dalam lembaran sejarah...

Dan menjelangnya satu usia matang 2010 depan, aku harus menempuhinya dengan berani.

Bagaimana dengan korang?

NotaKakiFaizal----)Entry seperti orang hilang punca. Gila kentang serius!

Kenapa tiba2 aku dengar lagu Terlanjur Cinta (Pasha ft.Rossa), Menanti Cinta (KD) ngn Tuhan Beri Aku Cinta (Ayushita). Adakah fasa2 terdesak aku sudah bermula? LOOOOOOOOOOOL

Entry pertama Januari 2010 akan dimulakan dengan mini siri seram "Seru: Jalan Akhir: Episode 1", pada January 2nd, 2010, jam 8.00 am". Selamat Membaca!!!!

Tuesday, December 29, 2009

AKU DAN KERJAYA


Okay sorila sebab tajuk seperti skema jadahnya. Cam headline majalah Hikmah tahunan skolah aku.LOL!!!.

Menjelang tahun baru 2010, banyak benda yang akan berlaku, most probably will change my life, completely. Antara debar, takut dan seriau. Campur2 semua ada, seperti sepinggan pasemboq di kedai mamak!!!.

Bermula 8hb12 yg lepas, aku secara relanya nak pergi temuduga terbuka di institut itu Biarlah aku gelarkan namanya Kolej utk temuduga sbg salah seorang tenaga pengajar. 1st interview, 3 candidates on the row, altogeher been interviewed. Sumpah aku cuak gila babi. Seperti ada seekor kupu2 gigantic dlm perutku yg comel neh.hehehe.

Dalam 3 minggu menunggu dan harapan menunggu hampir2 punah (tak caya gua leh guna perkataan "punah"), akhirnya 28hb12, aku dipanggil utk 2nd interview. Dalam masa yg sama, aku betul2 dengan sungguh2 menyembunyikan dari rakan2 sebab;

1) Aku tanak dikata "ayam bertelur sebijik, riuh sekampung". Kerjanya?. Non Hado!!!
2)Tanak riak. Malu la pakcik kalu tak dapat. Mana aku nak simen muka aku neh?. Kat Hollywood Fame sana?hahahaha
3)Tanak dituduh cakap kosong.

Then, sejam je sampai umah, bahagian Human Resource call aku dan memberitahu yg aku dapat kerja tersebut. Sumpah aku speechless, bersyukur, gementar ngan macam2 lagi lah. hehehe.

Masa entry ni ditaip, aku baru balik Kolej sebab gi amek jadual waktu ngan course outline. Kena mengajar 2 subjek skali tuh!. Serius..pasni confirm aku sibuk. Dan antara beberapa perubahan itu, aku still tak bole nak menyesuaikan diri bila orang panggil aku ngan panggilan "Encik". Sungguh..kurang selesa.hahaha.

So by 01.01.10 aku sudah memulakan kerja ni. Alhamdulilah. Sekurang-kurangnya takde lah yang kata "eh..blaja tinggi2 takkan keje kedai buku?" atau "ko blaja tinggi2, ko keje ni?" atau beberapa ayat2 annoying lagi menyakitkan hati. Sekurang2 nya, bila ada sipolan tanya, aku boleh menjawab dengan macho dan tenang beriman..."ya..saya sudah bekerja" :-).

NotaKakiFaizal---)Aku sangat minat mengajar. Pernah kena marah ngan ayah aku, masa kecik sebab suka cakap sorang2 pretend jadik "cikgu" dalam bilik tido.hahahahahaha.

p/s--)gambar dlm kelas puncak alam.rindunya tempat nihh:p

Monday, December 28, 2009

PERCA-PERCA DUA RIBU SEMBILAN


Salam;

Tak sedar kan?

Tup..Tap je dah nak masuk 2010. Kejap je masa berlalu. Soalan favret aku kat korang;

Adakah azam korang sudah tercapai?Kalau kau tanya aku, separuh darinya sudah tercapai. Alhamdulilah. Perkiraan azam dihujung tahun tu boleh dikira lumrah. Nak eveluate diri katanya. 1 tahun 4 bulan sudah blogging, apa yg aku dapat?. More than just a friendship. Jom selongkar perca 2009 di blog ni!

Perca 1: Study
Aku sudahpun menghabiskan dengan jayanya program degree in Foodservice Management, Minor in Tourism Management ku di UiTM Puncak Alam. Penat study akhirnya terbayar dengan result exam yg sangat memuaskan. Pengalaman bekerjasama dgn Triangle Malaysia-Indonesia-Thailand merupakan moment terbest sepanjang bergelar student selain melibatkan diri dgn projek Advance Food, "Kerepek Petai" dgn 3 flavor. Continue for master?. Yes! But maybe 10 years from now coz aku nak start earning money as well as kumpul2 harta.hahaha


Perca 2: Followers dan Komentator
Setahun empat bulan blogging mengajar aku macam2 karenah blog followers. Ada yg willing to read, ada yg saja nak folow. . Tapi paling best, bila jumpa dan berdepan sendiri ngn beberapa followers blog nih masa aku study dulu. Selain tu, tukang komen juga memainkan peranan penting. Ada plak setiap kali komen, letak anony plak. Jangan suka2 hentam writer tu dan jadikan satu argumentation tu sbg satu yg menyeronokkan.

Perca 3: Kaki Wayang
Tak dinafikan aku memang "hantu wayang". Tapi quite choosy sket bila menonton. Ya la..duit ringgit tu kenalah dihabiskan dgn menonton filem yg berbaloi untuk ditonton kan? Beberapa filem yg aku dah tgk, sudah direview dlm blog ni and mostly.., semua best2!. Thn 2009, banyak jugak filem tempatan yg baik cam Geng Pengembaraan Bermula, Talentime, Setem dan Pisau Cukur. Sayang filem Papadom tak dapat ditonton di panggung. Di awal berblogging tu, ada gak 3 movie/drama yg aku upload dlm page ni. Antaranya siri seram tebaik "Kekasihku Seru", drama komedi seram "PONTI..anak Remaja" ngan filem muzikal/drama France "La Vie En Rose"


Perca 4: Contents
Masa memula berblog, ayat agak tunggang langgang. Even sampai la ni pun (hehe). Tujuan penting isi sesebuah entry adalah agar pembaca faham apa yg dibaca dan apa yg kita tulis. Tak salah kalau kau nak tulis beberapa perkataan ala gedik (cth kitew..adew..bilew etc..), tapi biarla bertempat okey. Sebab kesian kat reader kau yg berulang-ulang kali nak baca sekaligus memahamkan maksud perkataan tu. No offense here. Just a random advice:-)

Perca 5: Personal
Kerja. Itu sudah mesti dan aku tak sabar nak memulakannya. Serius!. Bila kau bekerjaya bagus, orang akan memandang kau dengan lebih bermaruah!. Slain tu, misi utk memenuhkan medical kit aku juga akan dipenuhi. Jangan tak tau ya, aku ni agak health freak siket. Kalu bleh, ubat-ubatan dlm kit aku tu nak sebanyak kat farmasi! hahaha. Satu hal lagi, novel thriller aku juga masih dlm proses penyuntingan. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, tahun depan akan menghentam rak2 buku di kedai buku kegemaran korang. Cinta?..Tolak tepi dulu. Aku nak memenuhi kehendak self-esteem yg sekian lama terpendam. Cewaahhh ;-)


Perca 6: Krisis
Hidup mana tak dilambung ombak kan?. Biasalah, remaja riang ria cam aku sentiasa dihujani krisis dan konflik (gila ayat aku.LOL). Semester 5 merupakan cabaran terbesar. Siap kena sound "kau ni selalu marah kitorang". Aku memang sgt particular kalu tentang kerja. Entahlah ek, alami kot ;p. Aku bukan kuku besi @ diktator. Tapi aku mahukan yg terbaik. Tu saja. Tak salah nak membetulkan yg silap kan?.

Perca 7: Newbies
Ni yg aku syok nak tulis. Tanak spoil la. Yg penting, banyak benda2 baru akan muncul 2010 nanti. Tungguuuuu (gaya paknil.hahaha)

NotaKakiFaizal--)Keep blogging dan selamat Tahun Baru 2010

ps--)gambar sekitar UiTM Puncak Alam. Bilala aku nak pi sana lagi.huhuhuhuhu

Saturday, December 26, 2009

BILA HARUS MEMILIH...GAY

Jangan membuat kesimpulan tatkala kau membaca tajuk saja..

Entry serius, dlm bulan2 terakhir 2009 ni. Sebenarnya aku nak tulis lama dah, tapi belum ada kekuatan utk meneruskannya...Aku hanya inginkan pandangan korang...

Dua-tiga puluh tahun dulu, mungkin subjek gay ni sangat sensitif dibincangkan kepada khalayak. Baik borak2 kosong, maupun diterjemahkan secara lahiriah di dalam media.

Taboo sungguh subjek ini, kan?

Tapi sekarang subjek ini bagaikan perbualan di kedai kopi. Samada korang leh terima atau tidak, itu terpulang.

Aku ada beberapa kawan seperti ini. Bukan nak membangga tetapi tidakkah dengan memahami , baru kita faham apa yg tersirat di hati mereka?. Aku mengamalkan konsep itu. Tak perlu memandang serong mereka2 ini disebabkan "jalan" yang mereka pilih. Dan diakui, faktornya banyak. Ada yg memendam sejak kecil atau dipaksa mengalami pengalaman itu secara tercabul, ataupun secara total membenci perempuan, maupun kecewa dipermainkan @ ditinggalkan kekasih atau mungkin ingin mencuba sesuatu yg baru selain terpengaruh dengan rakan sebaya dan persekitaran.

Kita tak boleh nak mengelak hukuman Allah, apabila subjek ini apabila ia dipraktikkan. Dosanya besar.

Dalam usaha memperbaiki hati manusia, jalan terbaik adalah dengan berdoa. Ya..aku pernah mendengar keluhan seorang teman gay tegar tentang penyesalan beliau dan berkali-kali bertanya pada aku...

"boleh ke aku berubah?"
Optimistik itu penting. Sokongan moral juga saranan terbaik. Kita sebagai teman, yang ingin temannya berubah akan menyokong apa saja asalkan niatnya betul. Benda camni tak boleh di paksa dan tak perlu dipaksa.

Dan sebagai kawan, jika dia masih belum nak berubah, aku akan masih berkawan, boleh bergurau dan berfikiran terbuka. Sangat terbuka. Tak salah berkawan dengan gay. Gay hanya label. Orang boleh melebel kita "sundal @ keparat" kala kita berkepit ngn ramai perempuan/lelaki atau keluar masuk kelab malam. Orang yang tidak kenal akan membuat pelbagai anggapan buruk.

Aku selesa berkawan ngan diorang, jujurnya. Selain kemas, mereka kreatif dan ada style. Senang cakap, metroseksual itu sangat dekat di hati mereka. Dalam berkawan..,kita tak perlu memilih, kerana adakala pilihan itu boleh membuatkan kita tersasar...

Dan tatkala kita membuat pilihan, kita akan selalu diberi peluang...

NotaKakiFaizal---)Mencegah itu lebih baik dari merawat...

p/s--)ini jawapan kenapa aku bubuh soalan maut dlm poll kotak oren itu=) entry paling kontroversi pernah saya tulis.huhu

Friday, December 25, 2009

TIUB KAMU DAN KOMENNYA

Terjemahan asal YouTube, aplikasi video sosial terbest abad ini.., bagi aku lah. Tak tau la korang camne.

Aku selalu guna YouTube utk cari videoclip selain trailer2 filem terbaru yg bakal menghentam pawagam. Keahliah pon ada.., tapi aku jarang upload video dlm aplikasi nih.

Sambil tunggu2 download habis, aku suka skroll ke ruangan comments.

Jum selongkar komen di YouTube dan pandangan penonton video di sini...

Misha Omar adalah Misha Omar. benci betul kalau org labelkan org Malaysia mcm ni contohnye Misha Omar whitney houstan Malaysia lah. Butterfingers tu nirvana Malaysia lah. entah pape
(Komen terhadap performance Misha Omar dlm AJL dimana beliau memenangi AJL utk lagu Bunga2 Cinta)

Citer paling bangang 2009
&
ni filem ke teater kanak2?? p/s: pe jadah catriona ross pakai blouse modern ala2 zaman kini???

(Komen terhadap trailer filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang)

Cukup ar dua je. Bukan korang nak baca pon kalu aku bubuh banyak2.hahaha..

Yang penting, kita yang tahu menilai mungkin akan memberi komentator yang relevan berbanding komen-ikut-suka.

Disini, kita dapat melihat, dari pelbagai latar akan melahirkan pandangan. Ada yg terlalu marah, sampai emosi tidak boleh dikawal, maka tertulis ayat2 kasar. Tapi aku sendiri tidak menafikan semua tu. Itu hak individu dan mereka ada hak untuk bersuara di negara yg berdemokrasi.

Tapi, adakah bebas bersuara itu diterima dengan hati terbuka?

Tepuk dada..tanyalah makcik Markonah sebelah umah kau:)

Till then, toodles. Love and heart you! (gila sissy! choy!!!)

NotaKakiFaizal---)Lusa ada kenduri kendara sebelum menempuh 28 December yg penuh ngan ketakutan.hahahaha...LOL

KALA HUJAN TURUN, LALU...

Entry sentimental pagi Jumaat.

Jadi bagi mereka yg maukan sentapan emosi, mari sama2 membaca.

Hujan turun sangat lebat pagi semalam. Satu hari suntuk, sambil mata aku layu nak tido melayan.. Alhamdulilah rumah aku kawasan berbukit dan tidak memikirkan soal banjir akan berlaku (..melainkan Kun-Faya-Kun dari Allah).
Lalu aku terfikir...

Bagaimana mereka yg mencari rezeki dengan menoreh getah?. Hujan turun, semestinya tak boleh ke ladang, bukan?

Bagaimana dengan tukang rumah yg memerlukan cahaya matahari utk membancuh simen, mengecat dinding ataupun memasang atap?

Macam mana pulak ngan nelayan yg sentiasa ke laut mencari hasil pendapatan sedangkan hujan turun menyangkakkan pergerakan mereka?..

Camne diorang nak dapat duit?. Musim sekolah pulak tak lama lagi!...Anak-anak nak makan lagi..

Sungguh..aku terusik...

NotaKakiFaizal---)Sesekali berfikir soal susah senang hidup, membuatkan kita menghargai apa yg kita ada berbanding orang lain yg lebih malang nasibnya...

gambar ihsan pakcik google

Thursday, December 24, 2009

MOMOK ITU ADA DIBELAKANG KAMU

Cuba kau pandang kebelakang..

Sumpah, aku seram sejuk skunk..!

Masa kecil kita memang pernah dimomokkan dengan cerita seram. To be exact, hantu. Kita memang takut dengan makhluk yang namanya Pontianak, Toyol, Hantu Raya dan macam2 lagi nama"hantu melayu" yg ada dlm komuniti kita.

Dalam Al Quran takde disebutkan hantu, tetapi jin maupun syaitan memang ada disebutkan ngan jelas. Agak sukar nak memahamkan fakta ini sewaktu aku kecil. Lebih2 lagi masa aku masih nakal, riang gembira macam kanak2 ribena...hehehe. Waktu tu, punyalah penat my late mom bising2 sebab suka main sampai nak dekat masuk waktu maghrib.

"Hah, kau main lah!. Kena sorok ngan hantu, padan muka!", kata beliau ngan garangnya sambil aku wat muka selamba derk.

Peliknya, ngan mak kita, kita tak takut pon. Ngan hantu, penakut nauzubillah!!!

Serius!. Waktu tu bila mak sebut je nama "sundel bolong @ malam jumaat keliwon", cepat2 kitaorang adik beradik ikot cakap mak dengan patuh dan senyap tanpa membantah.

Teringat kat adik bongsu aku yg sakit perut nak terberry dua hari lepas. Mati2 tak mau pergi sendri sebab..

"Adik takut!. Ada hantu!"

Peliknya, jam baru pukul 10 pagi. Punyalah marah mak (tiri) aku sebab penakut tak bertempat beliau itu.hahaha

Sebenarnya, ia bermula dari tegahan. Alasan paling mudah nak takutkan kanak2 adalah memberi figura "hantu" dalam kepala otak mereka. Jadi bila minda sudah di set kan "malam2, kawasan sunyi hatta bunyi burung hantu sekalipun akan dianggap ADA HANTU" oleh mereka.

Ya...satu fakta yang tak dapat kita nafikan..

mereka
ada disekitar kita. Malahan, mungkin sedang membaca entry ini bersama kau.

hehehe..

Tapi prinsip aku satu je. Selagi kita tak kacau dia, dia pon takkan kacau kita, InsyaAllah. Kerana dia pon makhluk Tuhan yg hidup berkongsi bersama ngan kita.

NotaKakiFaizal--)Teringat garis panduan Lembaga Penapisan Filem terhadap filem Pontianak Harum Sundal Malam dimana cerita tersebut mesti dibuat berdasarkan mimpi. Direktor filem, Shuhaimi Baba menulis "akan ada genre baru (sekiranya kretiviti disekat); iaitu Seramimpi". hahaha..

Sundel Bolong: Figura hantu Indonesia yg diangkat dari lagenda masyarakat sana dan dijadikan filem. Lakonan berkesan Suzzanna. (sumpah masa kecik2 aku takot tol nengok citer nih).

Malam Jumaat Keliwon: Satu malam-biasa khamis mlm jumaat- dlm kalender Jawa dimana segala hantu2 akan keluar merayap2 dan berjimba-jimba.LOL

Wednesday, December 23, 2009

AKU SUMPAH KAU

Serius aku marah nih!
Marah yang teramat!!

Tapi..chop!

Sebelum korang membuat tafsiran ahli nujum pak belalang yg maha tak bertauliah lagi liar tu, meh sini aku jelaskan. Faham adalah langkah pertama dalam membuat satu tindakan, bukan?

Aku sebenarnya sangat marah ngan Acer a.k.a Ass-cer kepunyaanku ni. Sumpah,! aku betol2 hangin. Sebelum tu, aku nak tanya kat korang. Sapa yg pakai Acer Aspire 4520 (hah gua siap gitau model lagik), atau mana2 suku sakat mangkuk hayun ni, pernah tak mengalami sindrom2 skrin tetiba jadik putih. Puith melepak cam kat bawah neh.
Err..sebenarnya takla sehodoh ni (aku paint kan putih kat skrin dr gambar sumbangan Incek Google). Serius, aku mang fail bab2 colour2 nih. Tapi, kurang lebih camni la. Kadang2 time aku tengok citer kat Ass-cer nih, tetiba je dia meragam tukar kaler jadik putih.

FYI, ni adalah entry ketiga aku tentang Ass-cer yg meragam cam free2 nak mintak give-away sepenyepak-dua dan ini adalah kali ke dua lappy aku buat hal yg sama. Tudiah!!Kali kedua, Senah!!. 1st masa bulan Mac 2009, kalau tak silap. Masa tu cepat2 aku htr ke Acer Center kat Shah Alam. Padahnya, aku kena tukar hard disc utk ketiga-tiga partitions (sib baik gua leh wat backup tanpa dicas, coz masa tu lappy ni still under warranty) ngn tukar skrin.

Serius complicated!!! Tambah plak, lama gila nak tunggu. Nearly three damn weeks!

Agaknya beliau (ass-cer) tau kot sebab skunk kan Year End Sale. So harusla nak tukar baru bagai semua. Cam sheyal je kan?. Kalau la mulut aku semasin mulut mak Tanggang , aku bukan takat sumpah ko jadik batu, aku transform kau jadik lappy paling canggih ngn feature leh berubah menjadi Megatron! Hahahahaha. LOL!!!

Kot ye pon lu tunggu ar gua dapat job dulu. Time tu kalu lu nak gedik2 leh ar gua treat lu best2!. (err.. asscer aku ni laki ke pompuan? ROFL!!!!)

NotaKakiFaizal--)Berdebar nak tunggu Dec28th, 2009...

Tuesday, December 22, 2009

CONTESTO de LOUR


1st time aku join contest!. Jom tgk gambar yg ada caption ni okies:-)

p/s--)gambar diambil kat tingkat lapan sebelum masuk kelas.hehehe.Lokasi di UiTM Puncak Alam:-P

KEYWORD TERLAMPAU

Entry pendek sebab aku nak tanya pendapat korang semua.

Sure blog korang ada Nuffnag kan? Kita klik orang punya, orang klik kita punya. Masing2 ada motif meng-kilk iklan tuh. Adatla, sebab nuffnag pon kinda win-win situation. Well setakat ni, duit en nuffy aku masih belom mampu nak membeli barang2 mahal, hatta majalah Mangga sekalipun! LOL!. (Nak buat apa?tgk posing artis kat tepi kolam renang? LMAO!!!!)

Err..kalau makan sepinggan nasi ayam tu boleh la kot.Hahahaha.

The other day, aku pun membelek nuffnag, dengan menaruh harapan zaiton sameon agar duitku berganjak.hehe..pathetic sungguh!. Tengok punya tengok, nampaknya lom ada rezeki lagi duit tu nak pakai beli sebijik Viva.hahahahaha. Berangan!

Then, aku move to keywords section dan terpandang la HITS utk minggu lepas. 1 keywords yg betol2 buat aku gelak gila2!


(klik gambar untuk pembesaran)

*tertulis "beza main depan dan main belakang*

Motif??? (err..main apa, korang tafsirla sendri okeis)

Maybe
ada entry aku yang berbaur-baur kuning ni kot. Hehehehe. Kalau korang tak caya, korang chek sendiri en nuffy korang tuh okay dan bersiap sedia untuk bergelak ketawa...

NotaKakiFaizal--)Speechless..

Monday, December 21, 2009

SIRI BARU...LAGI

Menulis membutkan aku menjadi tenang. Sungguh aku tak tipu. Mungkin sebab aku suka berfiksyen atau lebih tepat berangan. Tak salah berimaginasi. (lagi2 nak kaber-kaber seh) ahahaha.

Sebelum ni, aku pernah menghasilkan dwilogy balas dendam Oktober 7. Quite a good viewers. Tapi aku decide untuk tutup blog itu berikutan aku rasa takde progress dan kurang komentator mengenai jalan cerita tersebut, lebih2 lagi installment ke dua.(tapi skunk ni,aku sambung balik dan buat koleksi mini siri, so jom klik utk vote favorite genre korang). Lepas tu, aku jump into another genre yg lebih light dalam 7Hari @ 7Days, yang bergenre dark comedy. Rasanya, mini siri itu juga kurang berjaya dari segi viewers. Ok lah. Aku optimistik.

Untuk edisi mini siri kalini, aku nak expose genre seram dan misteri. Kena ada variety dalam menulis kan? Seru menampilkan empat cerita berbeza iaitu Jalan Akhir, Obsesi Isadora, Memori dan Ummi dimana karakter dan watak setiap cerita adalah sangat berbeza, tetapi misteri itu berakhir dengan twist yang saling berkait di akhir siri ini.

Jalan Akhir lebih kepada pengorbanan seorang isteri kepada suaminya, Obsesi Isadora pula menceritakan tentang obesesion seorang pemuda kepada seorang artis, Memori menyingkap erti persahabatan antara kawan manakala Ummi membawa kepada kisah seorang anak yang terbeban kerana dosa lampau kepada ibunya.

InsyaAllah, episod Seru akan disiarkan pada Januari 2010. Selamat membaca!!!


NotaKakiFaizal--)Karang karang mengarang!!

Saturday, December 19, 2009

TERCABUL?

Hah! Ambik kau! Tajuk yg sesuai ngan akhbar tabloid yg melambak-lambak kat pasaran!.

Bukan apa. Setiap kali aku dengar lagu ni, aku rasa "semacam". Sumpah!. Tapi itulah kot yg menjadikan lagu ni unik.

Lagu apa?

Aha..

Bercanda Di Pasiran Pantai dendangan Allahyarham Sudirman ngn Anita Sarawak. Opening lagu ni cun. Unik gila. Paham2 la M Nasir yg buat. (Perh..lagu dah berzaman seh!)

Part last lagu ni ar yg buat aku tak bole bla, yg masa Kak Nita ketawa ala2 manja-manja anak dara tuh. Gelak nakal siut!. Serius wat aku rasa TERcabul. Nak tergelak pon ada!. Lebih2 lagi kalau lagu ni dipasang di kedai2 makan, kemudian didengar oleh pakcik- makcik dan kanak2. Pernah sekali aku makan di Seksyen 7 dan berkumandangla ..

"Bercanda di pass-i-ran pantai..kita bersama memm-madu as-maha-rra, cinta setiy-yaa..aha..aha "(cenggitu la kak nita sebut ngan penuh emosi manja ya!). Sungguh BIRU ye bunyik dan coloryer sampai makcik pakcik kat kedai tu yg ku tengok tersenyum-senyum penuh makna. Begitu tinggi emosi kak nita waktu nih.hahahahaha.LOL

Tapi sekarang ni, semua stesen2 radio dah tak pasang lagu tu full version. I mean, tak sampai vokal kontroversi kak nita itu. Dulu2 mungkin takpe kot. Sekarang ni faham2 la. Segala macam gejala ada. Walau apapun, lagu tuh memang menjadi part of sentimental value dan tak jemu didengar.

Ke aku sorang je yg rasa lain macam?

Err..korang penah dengar kan?




NotaKakiFaizal--)Jum bercanda di pasiran pantai Morib!!hahaha

Friday, December 18, 2009

AKU, HANG DAN DEMO

Jumaat sudah harini. Penghulu segala hari dan juga merupakan hari pertama tahun baru Hijrah!
Selamat Tahun Baru Maal Hijrah!!!

Dah simpan azam baru?

Harini mood aku baik. Sangat suci murni. Tanpa was-was.

Kita di Malaysia sangat bertuah sebab mempunyai kaum yg pelbagai. Bukan setakat komuniti majoriti tetapi juga yang minoriti. Bertuahnya kerana budaya yang variasi selain banyak cuti umum.LOL!. Tapi itu satu2 nya yang unik di Malaysia.

Aku nak kecikkan skop kat sini. Nak bercerita lebih lanjut tentang dialek atau loghat antara negeri. Kita banyak loghat. Utara dengan nahu tersendiri. Pantai Timur pulak ada stylenyer. Citer kat Selatan plak beza gayanya. Masa aku belajar kat Penang, aku yg berasal dari Johor, bertemu dengan rakan2 lain. Kebanyakkannya berasal dari Utara tanahair. Memula tu susah gak dowh nak adapt apa yg diorg cakapkan.

Kau umpamakan dialog antara burung ngan ayam ya. Spesis yang lebih kurang sama (berbulu pelepah dan bleh terbang), tapi bahasa berbeza. Pernah sekali aku pelawa kawan aku (org Utara), gi makan. Ajak la punya ajak. Dan beliau menjawab;

"Aku segan la nak pi makan. Hang pi la", katanya senafas pastu sambung tengok movie kat komputer beliau. Aku, ngan keadaan tercengang memikirkan kelogikan kata2 beliau itu. Nak makan pon malu? Wat de Fish?!. (masa ni motif-motif takde lagi). Kalau kat Johor, Segan ni membawa maksud "malu".

"La nak makan pon malu ke?. Hidung kau takde sebelah ke?", aku memprotes. Dia pon senyum gelak2. Cissss.. leh pulak dia main2.

"Mana ada weii. Segan tu kalau kat kami maleh(malas).", jawab beliau lagi masih tersenyum-senyum.

See?!. Dialek antara negeri memang membezakan banyak maksud. Dan bila bercerita tentang dialek ni, ada satu peristiwa yg betol2 buat aku ingat sampai skunk. Kisah ni berlaku di lab kitchen kat Uni di Penang dulu.

Mamat yg namanya J ni orang Klate. Sangat pekat ye Kelate beliau. Si A pulak orang Johor yang sangat pekat kejawaan dan kejohoran beliau; yg banyak ekkkk..ekkkk tu.hehe. Situasi, si A sedang kupas beberapa bijik bawang. Si J, yg merupakan kaki sakat datang la nak menyakat tapi si A suh Si J buat keje ngan gaya mandornya. (AWAS! Dialog dibawah mungkin tidak memberi keselesaan bagi sesetengah readers. Harap maklum.)

A: "J, baik mu tolong aku"
J: "Tolong gapo?" (sumpah muka beliau sangat innocence)
A: "Kopek bawang nih. Banyak nak mampus ni!" (A dah start membebel)
J: "Kopek???"(buat2 tanya, sambil mata beliau membuntang tiba2.)
A: "Ye lah.Kopek bawang ni. Buang kulitnya", marah si A sambil tak faham kenapa si J dah start nak gelak.
J: Dalam keadaan gelak2 dia meyambung "Kopek tu..ni haaa(kata J sambil membuat aksi dua bonjolan besar di dadanya dengan menggunakan tangan beliau)". Kat tempat kawe, panggil kupas. Lucah ar mu nih!"

Walaupun agak blu, tapi bagi aku sangat kelakar. Ini kerana mengingatkan aku untuk menggunakan beberapa perkataan yang betul dalam perbualan seharian dengan kawan yg berlainan dialek. Contoh lain;

Kat Johor, buah mangga adakala dipanggil mempelam or pelam.
Tapi kat Kelantan, diorang tak panggil pelam. Diorang biasanya akan panggil pauh atau mangga.

Sebab apa?.hahaha..kau carila sendiri.

NotaKakiFaizal--)Aku nak try cakap nogori ngn ganu ar. hehehe
p/s--)aku pernah praktikal di Kelatan quite a while, so bahasa klate ni mang kawe leh gi ar.

Tajuk entry diambil dari buku New Malaysian Essay 2 (baca review di sini), hasil tulisan Danny Lin pg89-116 keluaran Matahari Books, 1st Edition July 2009.

Tahniah wat pasukan Malaysia!.Hadiah paling bermakna Tahun Baru nih!

Thursday, December 17, 2009

MUZIKAL SEMBILAN

Sapa minat muzikal?Jom join gua.
Hehehe..

Entry ni, aku nak review siket pasal soundtrack filem coming soon yang berjudul "Nine". Asalnya filem ni adalah muzikal broadway dengan tajuk 81/2. Jujurnya aku memang minat tak ingat dunia ngan muzikal. Sebelum ni, aku pernah post entry berkaitan ngn filem muzikal (klik sini) dan sangat terujaaa bila filem Nine ni diarahkan oleh my favorite-only-one-musical director Rob Marshall (yg sebelum ni sucsess ngan muzikal Chicago ngn adapted Memoirs of a Geisha).

Filem ni akan ditayangkan Krismas nih. Tapi sayang ia mungkin tak ditayangkan di Malaysia kot sebab the other day masa aku check di GSC, filem ni takde dalam senarai Coming Soon. Hopefully they list it soon coz I'm really want to see this film so badly.hehehe.

Soundtrack Nine concists of 12 tracks plus 6 tracks bonus. Aku tanak review sumer la sbb mesti kau bosan kan?. haha.Tapi, voices of all the casts memang best gila la.

1) Daniel Day Lewis (Guido's Song & I Can't Make This Movie)
Suara beliau serak dan performance actor serius ni dlm muzikal ni quite impressive. Nominasi utk Best Actor in Musical/Comedy for upcoming Golden Globe dan former Oscar winner.

2) Marion Cotillard (My Husband's Makes Movies & Take It All)
Warghhh..Aku sangat suka beliau. Dahla pandai blakon. Nyanyi pon minah ni reti. No wonder she ended with an Oscar for her performance in La Vie En Rose. Tercalon utk kategori Best Actress in Musical/Comedy utk Golden Globe. Leh menang lagi nih!

3)Penelope Cruz (A Call for The Vatican)
Sexy performance beliau sebagai mistress bernama Carla. Menyanyi? Sumpah lagi sexy. Tapi awat dlm poster muka ex girlfren aku ni cam bapuk?hahaha..I tetap sayang u no matter what! gitu. Juga tercalon dlm Golden Globe utk Best Supporting Actress. Hope she also get a nomination in upcoming Oscar as well marks herself as two repetitive years nominee. (She won in suppoting role for Vicky Cristina Barcelona)

4) Nicole Kidman (Unusual Way)
Yeah!!! Suara beliau umpama pari2!(aiceh..cam aku penah dengar je sore pari2). Sangat membuai dan membuat aku nak terlena.hahahaha. Oscar winner for Actress in Leading Role in The Hours.

5)Fergie (Be Italian)
Double yeah!!!!. Sapa tak kenal Fergie aka member Black Eyed Peas ni?Penyanyi, belakon plak dlm muzikal, so what do you expect?. Sangat bagus okey! Sumpah bagus!!!. Lagu ni gak digunakan untuk trailer filem.

6)Kate Hudson (Cinema Italiano)
Lagu yg sangat rancak dan membuat kepala aku bergoyang gerudi kejap.ahaks!. Former winner of Golden Globe.

7)Judi Dench (Folies Bergenre)
Bole tahan la dia nyanyi walaupun tak bape sedap sangat.hehehe. Sangat veteren yet masih laku lagi berlakon. An Oscar winner for supporting actress in Shakespere in Love.

8)Sophia Loren (Guarda La Luna)
Aktress yg juga berasal dari Itali ni memegang watak sbg ibu kepada Daniel Day Lewis. Lagu Guarda La Luna yg beliau nyanyikan sangatla touching. Menceritakan kasih sayang seorang ibu tu takde batasnya.. Former winner for an Oscar in Actress in Leading Role for Two Woman.

Kan best kalu Malaysia ada muzikal jugak. I mean truly muzikal cam P Ramlee The Musical ngan Puteri Gunung Ledang The Musical tu. Bukan nynyi kejar2 kat pokok okay!!hehe

NotaKakiFaizal--)Sapa nak tengok citer ni ngan gua?hahaha

Wednesday, December 16, 2009

KAU TAK MAIN BOLA?


Bola dan lelaki adalah satu perkara yg alami. Lumrah dan sinonim.

Opss, disini aku bercerita tentang bolasepak, not that ball.LOL!. Faizal.., stop membuat imaginasi liar!

Kau tanyalah mana2 lelaki yang cukup sifat, kebanyakan dari mereka cukup menggemari sukan ni. Its a man thing!. Kadang2 bukan lelaki je, perempuan pun minat jugak. Pelik bagi seorang lelaki itu tidak menyukai bola sepak malah lebih malang lagi tak reti main bola sepak. Bagai satu kekurangan, bukan?

Jujurnya, aku tergolong dalam kelompok kurang-reti-plus-tak berminat- itu. Aku bukan je tak passion ngn sukan bola sepak, tapi juga tak pernah amik pusing tentang dunia bolasepak ni. Kalau belek2 suratkhabar tu, ruangan sukan la yg paling aku jarang nak tengok. Kalau kau tanya aku team bola liga inggeris, sumpah aku tak bape tahu.Yang aku tau (ni dulu ya), Man U, sebab ada David Beckham yg skunk ni dah bertukar kelab ke US (kan?) selain Christiano Ronaldo, Ronney, team Liverpool, Arsenal yada..yada..yada (aku suda tak ingat plus bosan)

Dan soalan "Kau tak main ke?", bila tiap kali cikgu PJ (pendidikan jasmani) sekola rendah campak bola kat my classmate kerap kali ditanya kawan2 aku. Demi memastikan aku tanak rasa malu, aku join gak dan selalu amek posisi fullbacks. Ala yg kat depan pintu gawang tu!.

Satu lagi yg aku rasa menyampah time PJ, ialah selalu main bola sepak. Dah takde game lain dah agaknya. Bila waktu nak senam je, bola. Asal bola je, waktu senam. Pergh!. Gila kentang tol! So apa jadah aku wat kat padang? Menari cak lempung ke? hahaha Takla. Aku lari2 je sambil gelecek gitu gini. Pass bola sana sini dan bersorak kalu ada team yg jaringkan goal walaupun team lawan! Gila lalang!!

Sangat naif saya waktu itu ya!

Tapi, bila dah makin besar, aku mula slow2 learning about this game. Takdela advance sangat. Kalau setakat main bodoh2 aku boleh join. Kalau untuk kompetisi (competition, LOL), aku haram takkan masuk walaupun kau tawarkan hadiahnya satu juta ringgit plus berchit chat sehari ngan Maya Karin di rumah beliau. LMAO!

Aku lemah bola sepak tak bermakna aku lemah sukan2 lain jugak. Aku suka bowling. Kalau boleh hari2 nak bowl!.haha. Selain tu aku suka hoki, bola tampar, bola baling dan kriket. Semuanya pakai tangan kan?hahaha..Pretty handy perhaps?

Aku selalu optimis. Tak pandai bola sepak tak semestinya kau gagal sebagai lelaki. Memang akan ada makhluk Tuhan akan pandang sinis. Solusi aku, biarkan. Tuhan menciptakan makhluknya dengan pelbagai kebolehan. Kita ini berbeza sifatnya. Jadi..terima seadanya okay! Always look at a bright side!

NotaKakiFaizal--)Pernah tengok WorldCup Korea-Japan dan sangat mengagumi skill Miroslav Klose.

Tuesday, December 15, 2009

YANG TAAT, BUKAN KEHENDAK KITA


Ewah tajuk. Gila tak bole blah!

Ini berkaitan ngan rungutan seorang rakan blogger. Blog beliau kemas. Entry boleh kata sangat baik dan kurang merapu-merabannya (bukan cam aku yg selalu loose in track.hahaha). Peliknya, jumlah comentators agak kurang berbanding rakan2 seblog ngan beliau. Bertambah magic plak, jumlah followers beliau sangat ramai okey. Adalah lebih kurang 200++ dan tukang komen yang rajin membaca & mengomen omongan beliau tidak lebih dari seploh orang!. Diulangi ya ,sploh orang!

Nak kesian pon, nasib lebih kurang jer. hahaha. Jadi konklusi aku beginilah ya, bukan setakat beliau je, tetapi mereka yg menghadapi masalah yg sama:-

1) Followers beliau cuma follow blog beliau tanpa ada sebarang FOLLOW UP. Maksudnya tak pena baca updates apatah lagi nak mengomen sebaris dua.

2) Headines tidak menarik minat readers.

3)Jarang komen di blog orang lain dan menganggap blognya setanding ngn blog Amboi3x. If u know what I mean

4) Entry terlalu panjang seperti calon SPM subjek BM kertas 2. Kalau syok baca takpe la jugak.

5)Entry membosankan. Balik2 citer benda yg sama. Apa neraka?. (what the hell)

Pandangan peribadi aku plak, kalau aku nak follow sebarang blog tu, aku akan baca dulu contents nya. Tak kiralah sapa2 pon. Sebarang gender maupun sexual preferences. Jika penulisan beliau baik seperti cerita seringkas ayam berlawan dengan kucing dan kemudian transform menjadi Bumblebee sudah mampu membuat aku gelak, aku akan folow blog beliau.

Blog is something that you can share ideas and opinions.
Tujuan kita folow blog tu sebab nak baca updates dan drop some comments. Semua orang boleh jadi silent readers. Aku pon boleh claim yang aku ke blog Amboi3x tu sebagai silent readers (OMK!!! tekantoi plak.LOL!). Ia akan jadi satu pembaziran kalau kau follow, lepas tu kau tak baca (jika entry tu memang best) dan kemudian tak komen.

Rugi wa cakap luu..

Malangnya, button followers kat tepi sidebar tu takle control. Sapa2 leh follow. Kesudahannya, sama seperti beliau yg sangat gigih mengepos entry, tapi komentator yg sangat ciput.

NotaKakiFaizal--)Tiba2 teringat quotation puaka seorang lagi rakan blogger. "Ape ko hengat..aku haruk sgt ker nak ada ramai followers?"

p/s--)nama blog tidak mahu didedahkan sebab si tuan empunya tanah tak mahu blognya difollow disebabkan kerana kasihan.hehehe. "Biar reader suka apa yg aku tulis", kata beliau. Sangat beretika:-)

Monday, December 14, 2009

MANA DOSA LAGI?


Dua entry harini. Ya. Memang aku bosan terlajak dan ia memaksa aku untuk mencari idea untuk entry terbaru. Sangat gigih ye aku update.hahaha

Entry ni berkaitan ngan adik tiri aku lagi. Kepada sesiapa yg lom tahu, aku ada dua adik tiri yg berumur 9 dan 7 tahun. Budak2 nak membesar..tau2 jelah mulut diorang. Puaka tak ingat dunia!
Asal marah je, ringan tol mulut nak sebut "binatang kaki empat, takde tengkuk tu". Kang aku belanja bakuteh baru korang tau!

Citernye mula camni. Si abang baru balik dari sekolah. Tengah syok2 dia cabut stoking, dia ngan bersungguh-sungguhnya bercerita ngan aku tentang dua orang kawannya Akim dan Nadhir berperang mulut didalam kelas.

"Angah nak tau, kawan kita Akim ngan Nadhir bergaduh dalam kelas tadi.", dia mula bercerita. Memula, mesti bagi mukaddimah dulu kan. Aku pon tanya balik. "Bergaduh bertumbuk ke?".
Adik aku menggeleng. "Bukan..bukan", katanya sambil memandang adiknya yang turut sama mendengar serta memeriahkan suasana "mari bercerita bersama kanak2 ribena" itu. "Akim kata..,babi la kau ni Nadhir, sebab Nadhir pinjam pemadam dia tak pulang", kata adik aku bersemangat memperjelas konflik kenapa dua kawannya bergaduh.

"Pastu, kau gitau cikgu la?", tanya aku sinis siket, saja nak tau adik aku ni kaki repot ke tak. Budak tu menggeleng. Yes!!Normal!. Rileks la. Boys will be boys kan? Chill!!. ahahaha. Ish apa aku melalut ni!. Dia menyambung lagi.

"Nadhir pon balas balik. Kau la anjing!. Minggu lepas kau pinjam kaler magic aku, kau belom pulang lagi!", sambung beliau yang kemudian memandang aku terkebil-kebil macam nak tanya sesuatu.

"Angah.., kalau kita sebut anjing ngan babi, mana yg dosa lagi?", tanya beliau ngan muka se-innocence-innocence- tidak itu. Oh my gucci!!! Time tu jugak aku nak ketawa besar!. Aku simpan dulu bagi menghormati permintaan beliau dan tiba aku nak cakap je, adik kepada beliau dengan tangkas menjawab, macam main kuiz tekan2 buzzer plak.

Dan dengan konfidennye dia jawab..

"Babi la dosa lagi. Kalau kita cakap babi depan orang tua2 kan kita kena marah. Kalau cakap anjing mana kena marah", si petah tu memberi jawapan "bernas". Sungguh ..aku terkesima!. Jadi sebelum si abang terpedaya ngan ajaran ala Ayah Pin adik aku yg maha sesat tu aku terus betolkan.

"Kalau dah namanya carut camtu, dosa la hukumnya. Mana main kira binatang kalau niat kita nak mencarut."

Si abang ngan si adik pon paham. Tapi belum 5 minit aku tinggalkan, si adik dah menjerit nama cik bab tu kuat2 sebab si abang suka mengusik beliau.(sangat mengikut perangai aku.hahaha).

Kalau korang, mana lagi prefer?hahaha..takya jawab pon takpe..ngeee

NotaKakiFaizal--)Entry mengumpul dosa.hohoho

SISI FEMININ SEORANG FAIZAL

Aku bukan nak try jadi drag queen ye.(haramjadah punya statement!).Tabu gila statement ni!

Walaupun ramai yg kenal aku menerusi penulisan yg ntah apa2 ntah dan banyak yang sengal melampau, aku tetap boleh mempertimbangkan emosi. Dengan kata lain, aku bukanlah kejam nauzubillah, walaupun adakala aku memang nakal dalam bab usik mengusik. Apalah erti hidup ini tanpa usik mengusik?. Tak gitu, senah?!

Okayla. Stop merapu.

Baru2 ni aku ada dengar radio. Dipendekkan citer, aku terdengarla short peek conversation between si DJ ngan pendengarnya, yg merupakan seorang pompuan. Citer pempuan ni sumpah sedih. Dia berkapel ngn sorang mamat ni, nearly 12 damn years. Siap nak kahwin bagai!. Tiba hari nak kawen (lebih kurang 2 bulan), mamat ni leh pulak ngan selambanya kahwin ngan pempuan lain. Si perempuan malang tu pun dapat tahu seminggu sebelum depa dua ni kahwin!

Adeyyy!!!
Apa jadah la lelaki tu buat ek?Drastik betol tindakan dia. Dia tak fikir sebab dan akibat nanti?
Tu satu hal la. Plak tu si DJ radio ngan selambanya wat lawak. Konon nak bagi sense of humor.

Adey..macha!!

Itu worang banyak sedih, apa you bikin gelak2??. Sensitif la sket. Sib baik ada sorang DJ ni yg baik hatinya. Dia kata ngan penuh hemahnya "mungkin lelaki itu bukan yg terbaik utk awak"
Dan aku sangat menyetujuinya. Jodoh itu ketentuan. Bercintala kau bagai nak rak, alih2 kau kahwin ngn orang lain. Sapa nak jawab tu?

Kerana ia urusan Tuhan.

Perkahwinan bukan satu yg senang. Kau kena kongsi kehidupan ngan si dia. Kongsi katil sama2. Kongsi masalah sama2. Kalau kau tak bole stand ngn orang yang kau hari2 hadap sekarang, camne nak share every little things dikemudian hari?

Tepuk dada..tanyalah aiman..eh..iman:-)

NotaKakiFaizal--)Hidup ni bukan cam fairytale..not everything ended with hapily ever after...

Sunday, December 13, 2009

TERBARU YANG AKU SENDIRI TIDAK RANCANG


Okay..Terus pada point

Pada mulanya, memang aku plan untuk tutup je akaun blog novel ku itu. Untuk pengetahuan yg tidak tahu, blog novel aku tu sudah masuk ke musim ke2. Seperti yang aku rancangkan, ianya ada 3 bahagian. Tetapi dipertengahan siri musim ke 2, satu poll di jalankan, tetapi tak ada followers yang willing to vote. So..sebagai solusi (aiyak..solution), aku padam blog tu sebab takde progression langsung lebih2 lagi bilangan komentator.

Motif la kan, nak publish, pastuh takde orang baca.ngeeeee..

Tapi tengah dok melayan FB, sorang member YM mesej dan minta alamat blog novel. Since dia mang nak baca, so aku restore semula. Fuh..nasib leh restore oiii...Thanks blogger.

So, aku da add up beberapa features, selain penambahan mini series 7Hari yg sangat sedih ratingnya di blog ini (hahahaha..simpatinya aku nih). So, sebagai permulaaan, mini series 7 episodes itu akan diletakkan di dalam page tersebut. Kurang2 adala updates kan?

Jadi, bagi mereka yg ketinggalan atau nak mengikuti mini siri tersebut, klik SINI
Jangan memalu nak komen ya!
Massive changes akan berlaku selapas je siri 7episod itu tamat okey!

NotaKakiFaizal--)Suka menulis..

Saturday, December 12, 2009

SARIKATA HARAMJADAH BUAT AKU SAKIT PERUT

Pernah tak kau berguling-guling gelak sebab terbaca subtitle apa kejadah dalam dvd@vcd pirate? Lebih2 lagi dengan sarikata bahasa melayu.

Well, sepanjang cuti ku yg teramatlah panjang ini, masa terluang banyak dihabiskan di depan lappy. Kalau tak update blog atau berFB aku tgk vcd@dvd lama. Selongkar punya selongkar, alih2 terjumpa citer The Lake House lakonan Keanu Reeves ngn pelakon yg tak penah kenyang, Sandra Bullock (buloq=kebuloq..hahaha), selain Dreamgirls, lakonan Beyonce.

So sepanjang citer ni berputar, aku saja tukar kpd Malay Subs & bersiap sedia nak gelak kuat2. Dan ramalanku benar belaka.hehehe

"Oh!. Shit. Baby I love you"
Translate--)"Oh! Tahi. Bayi aku cinta kau"

"Oh..you're in a wrong floor"
Translate--)"Oops bersalah lantai"

"Lets go"
Translate--)"Biarkan pergi"

"Don't walk me baby. I buy you out"
Translate--)"Jangan jalan aku bayi. Aku beli kau keluar"

"Get the hell out of my face"
Translate--)"Pergi neraka keluar dari muka aku"

Sebenarnya, banyak lagi. Tak larat aku nak tulis semua. Yang penting semua tu mengarut. Dan paling tak bole bla, ayat ni pon di translate skali. Serius, dua tiga hari jugakla aku sawan gelak. LOL!

"Holy shit!!. Go to hell or I kick your ass!"
(tahi suci!!. Pergi ke neraka atau aku tendang punggung kau"

Kebetulan adik tiri bongsu aku sedang membaca perkataan itu dan bertanya..

"Eh taik pon suci ke?. Bukan najis ke?"

Aku?

..Speechless..

NotaKakiFaizal--)Sekarang ni semua download je...

Friday, December 11, 2009

TAKE 5: CONDIMENT TERBEST MELAYU KITA


Take 5 kembali lagi. Kali ni, aku nak bercerita tentang condiment. Asing kah bunyinya bagi kau?

Condiment, seperti yg tercatat dlm kamus Concise Oxford Edisi 11 adalah substance that is used to flavor the food. Contoh yg diberi seperti garam, pickle, etc. Itu secara asasnya. Di negara barat, condiment sesuatu yg sangat penting dalam makanan. Diulang ya..sangat penting. Kalau kau pergi ke outlet2 seperti Pizza Hut, tentu kau pernah jumpa dengan Tobasco, sort of condiments yg diletakkan bersama2 dengan pepper & salt.

Di dalam kultur ( WTH Kultur?-Culture) Melayu kita pon ada & suprisingly lagi advance!. Sume handmade dan adakalanya pembutannya sangatlah merenyahkan. Jom semak 5 condiments & hidangan yg menggunakan condiments terbest yg selalu ada di meja makan orang melayu kita.

5) Cencalok
Main Ingredient- Udang Geragau
Dibotolkan seperti sos dan bewarna agak kemerah-merah jambuan. Ia bukan untuk dibuat cicah jemput2 atau keropok lekor ya. Condiment ini sangat mengancam penggunaanya jika ditambah dalam beberapa makanan lain. Sambal ke, telur dadar ke dan seumpamanya. Awas!, sebab cencalok quite salty dan kalau da bubuh cencalok tu, toksahla gatal2 nak bubuh garam ye. Unless necessary.

4) Sambal Kicap
Main Ingredient- Kicaplah apa lagi.hehe..ngn cili padi+ keturunan bebawang
Kat rumah maupun kat kedai makan ada condiment ini. Cara pembuatan simple dan barang2 yg digunakan tak perlu di masak (bergantung pada org yg menyajikan la. Ada yg suka masak dulu ingredients nye). Blender je..dah siap. Tak payah tungang tunggeng kau nak tumbuk2 guna lesung batu, melainkan nak merasai nikmat sambal kicap yg pure dari lesung itu. The best part is, ia tahan lama.

3) Tempoyak
Main Ingredient- Durian!
Signature item negeri Perak. Sebutlah apa je masakan, mesti dibubuh tempoyak. Kari ngan rendang je tak bubuh benda Allah ni.LOL!. Lagi lama tempoyak tu diperam, lagi syokkkk rasanya!. Tempoyak juga seperti kata slogan roti Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja!!.
Terbayang plak kesedapan Gulai Tempoyak Ikan Patin member aku kat Batu Kurau tuh.hoho. Sampai terbawa2 dlm minpi.

2) Budu
Main Ingredient- Ike(Ikan)
Sedak budu deh!. Kawe make dop berenti. Kalu ado lado burung koho sedak!. hehehe
Nak2 budu cap Ketereh. Fuh seyesh. Layan beb!. Tapi aku akui, ada segelintir kita yg tak makan budu. Maybe tak tahan ngan bau selain alahan. Namun, bagi pemakan berani mati cam aku, kira apa?. Belasah ajer.. Bak kata kawan aku, dulu budu ni masa di awal pembuatannya siap dipijak ngan kaki lagi. Tu yg penambah sedap tuh.hehehehe. Skunk ni mungkin tidak kot. Dah moden.

1)Sambal Belacan
Main Ingredient- Belacan + Cili Padi+keturunan bebawang
Ni sapa tak pena makan, sila angkat kaki?. Aku tau ramai tak makan. Tak ya tipu la.hehe. Tapi diakui sambal belacan memang pelengkap hidangan masyarakat melayu. Mana2 majlis makan2, yg sajiannya etnik melayu, Sambal Belacan memang wajib ada. Tak kiralah ya... yg kental maupun yg cair, ya bapak2 sekalian. Dan condiments ini jugalah sering menjadi pengubat kerinduan students overseas kpd kampung halaman.ahaks!


Sebenarnya, mungkin ada banyak lagi yg aku terlepas pandang. Ini hanyalah senarai pendek sepanjang aku observe makanan melayu kita. Bagi yang tanak makan langsung tu, tak salah kalau kau mencuba. Dan jangan terkejut kalau kau sendiri berkata...

"betol-betol Ho Liao!!!" hahahaha

NotaKakiFaizal--)Sudah cek result exam. Alhamdulilah..

Thursday, December 10, 2009

LAGENDA ADIK SAYA

Inisiatif TV3 dalam usaha menaiktaraf citer2 dongeng dlm slot Lagenda sangat menarik perhatian aku. Syukur sebab kita dah tak payah kena kelentong dgn "ibu peri" lagi.

If u know what I mean=)
Walaupon ada juga citer2 dlm Lagenda tu mengarut, at least some of them still berpijak pada bumi nyata. Good will defeat bad, secara asasnya.

Dan disebabkan slot Lagenda ni lah, satu hari aku dapat kenakan adik perempuan bongsu aku kaw2 tak hengat punya. Kisahnya bermula begini. Adik aku ni cukup suka ngan channel Aruna-Astro tu. Alah channel yg dok tayang selambak citer Indon tu la. Bila aku balik bercuti je, mesti dia buka Aruna. Sikit2 Aruna. Sampai aku perli, "kat umah kita ni ada bibik ke?".

Dia tak makan perli aku beb!

So, satu hari aku ada terbaca susunan rancangan through newspaper. Dan inilah saatnya aku, yg secara lahiriahnya sangat suka menyakat orang, nak mengenakan "mangkuk tingkat" itu (gila jahat doh aku).

Jam semakin cepat berputar ke 4.30 pm. Pergh..cam dah tau2 je aku nak sakat dia. So masa tu, si platipus ni syok2 tengok Aruna, aku pon dgn gaya macho cakap kat dia.

-"Inn..ko bukak TV3!. Ada citer best. Kalau kau tengok, musti kau suka", kata aku, sambil dia wat muka ketat cam nak kena tampar. Remote tu asik kat tangan dia je. Siut tol la!. Aku pon paksa lagi.

-"Cepat la weii. Bukak jelah!", aku dah start cegil. Dia lagi samseng. Ciss..tak guna punya adik. Dia terpaksa akur jugak lepas aku berkeras suruh berkali2 tukar ke TV3. Dan bila channel sudah bertukar, nah..

-"Tu kan kau, Senandung Si Dayang!", kata aku berhati kering. Dia pandang aku tajam. Pastu kan.., dia nangis woo..

Kuat lak si platipus tu menangis!.

-"Celaka ar ko angah!. Sial la ko. Nanti aku cakap ngan ayah!", pekik platipus tu macam suara itik serati yg jiran aku bela. Eleyh. Ingat aku cuak ar ko nak ugut2 segala tuh?..

Since dari tu, dia marah betol kalu aku panggil dia Senandung Si Dayang. Hakhakhak. Padan muka.Suka sangat tengok Aruna.hahaha.
Peliknya tu, kalau aku panggil Puteri Aurora Beradu, dia tak melalak pulak?Chissss!!!
Maybe sebab ada panggilan "Puteri" kat pangkal nama tu kot. Bajet darah raja la tuh!. Tak bole bla tol!

Skunk ni dia tengah gila dengan citer Nenek Kebaya (yg sudah habis tayangannya). Tapi aku dah pakat2 ngan adik perempuan aku yg sorang lagi tu(kakak kepada beliau) untuk panggil dia Nenek Kebarung!. hahaha. Aku suka..aku suka..

Aku tertunggu-tunggu kalau2 ada producer wat citer Sang Kelembai. Leh wat modal menyakat. hahaha

NotaKakiFaizal--)Kenapala aku dengki sangat dengan beliau...

Tuesday, December 08, 2009

WAJAH BARU FRIENDSTER

Balik dari interview je, terus terjah MukaBuku. Mana tau ada yg berkenan nak menambah jadi kawan ke, calon suami ke (gila sangat perasan yg aku popular.hahaha). Sambil menyumpah seranah sebab notifications banyak nak mampus sebab tak update, aku terbaca status kawan MukaBuku alias blogger tentang new looks of Friendster, salah satu social network yg sangat faymes masa aku budak2 dulu (sekrarang aku sudah tua.hehe)

Nah, aku persembahkan new looks Friendster yg sikit lebih kurang macam Faceboob eh eh Facebook:-)

Tulisan Friendster pun lain. Siap ada game lagi. Leh la kau tukar2 main dgn FB!

Menariknya, kau boleh pos shoutout, lebey kurang cam Status dlm FB dan kawan2 Friendster kau boleh komen. Sama kan?

Kalau rajin, kau boleh bagi gift kat member2. Ni cam adapted dari FB & Tagged

Serius, pada mulanya aku agak terkejut dengan massive changes dari FS ni. Tapi bila memikirkan banyak social network seperti Facebook, Twitter, MySpace, Tagged, Plurk maupun Bebo yg lebih best dan praktikal, Friendster memang patut keep on running with changes. Mungkin nak sesuatu yg baru ataupun mereka sudah alert yg kunjungan ahli ke laman sosial itu kurang sedikit berbanding laman2 sosial yg lain.

I'm just guessing...

Apa2 pun, terpulang pada keselesaan individu. Ada yg suka FS, ada yg prefer FB. Tap aku sendiri lebih menggemari MukaBuku sebab ia lebih praktikal, boleh chat ngan rakan semukabuku yg lain dan kebanyakan ahli2 mukabuku menggunakan nama sebenar. Senang nak trace berbanding Friendster.

NotaKakiFaizal--)Lama gila tak buka Friendster...

Monday, December 07, 2009

KENALI KELUARGA BOLEN

Sapa lak The Bolens nih? Well, mereka bukan sepupu sepapat-ikan sepat dengan The Cullens tu yek. Jom aku perkenalkan. Meet The Bolens!!!!!!

Nick Bolen
Ketua keluarga Bolen yg baru berpindah bersama keluarganya. Keluarga yg mempunyai sejarah hitam dan sering berpindah randah. Mempunyai skandal dengan anak jirannya.

Angie Bolen
Boleh dikata sbg seorang kaki hasut yg brilliant dan mempunyai satu parut hodoh di kawasan pinggang beliau
Parut hodoh Mrs. Bolen

Danny Bolen
Anak lelaki keluarga Bolen yg sangat jambu!. Seyesh jambu. Tapi jangan kau terpedaya dengan kejambuan dan keinnocence-nan beliau. Berumur 19 tahun dan disyaki jiran2 tetangganya kerana menyerang seorang anak jirannya yg juga merupakan skandel bapanya. Terlepas cakap dengan seorang nurse yg nama sebenar beliau adalah Tyler.

Are you wonders?.

Ini adalah sebahagian dari cebisan misteri Surirumah Terdesak aka Desperate Housewives musim ke 6. Sebelum ni, aku ada post entry berkaitan dengan promo haramjadah-bundle cost DH6 & sangat tidak sangka musim ke6 ni lebih best jika dibandingkan dengan musim 5.

Furthermore, aku sendiri tak pasti kenapa aku bleh addicted dengan siri ni berbanding dengan siri2 lain yg lebih best cam True Blood, Gossip Girl, Pushing Daisy maupun Ugly Betty. Maybe disebabkan storylinenye yang sangat cantik dan kacak, maka aku terpaut seperti orang yg jatuh cinta.ahahaha..

Well, DH6 akan bersiaran di 8TV bermula tahun depan. Here some hints and clues:-
1)Mike Delfino's bride would be Susan Mayer. Katherine Mayfair will become sort of breakdown. Kesian kat Katherine..

2)Ana Solis (Carlos's niece) cuba menggoda tukang kebun Gabriell iaitu John Rowland. Gaby tak senang duduk.hehehe

3) Susan's daughter, Julie Mayer ada skandel dgn Nick Bolen dan Julie diserang (to be exact, she has been strangled). The Bolens family can be possible suspects including Orsan Hodge and Katherine Mayfair.

4) Lynette Scavo disyaki hamil twins and her friendship between Gaby is on the rocks!!

5)Bree still ada skandel dengan Karl Mayer (ex hubby Susan) dan Angie Bolen discover it!

6)Episod 10 (Boom Cruch) merupakan episod disaster bagi siri ini. Episod yg menceritakan tentang sebuah kapal terbang terhempas di Wisteria Lane. 3 characters terbunuh. Seorang merupakan penumpang kapal, dua org lagi merupakan penduduk Wisteria Lane dimana salah seorangnya merupakan karakter favorite DH sejak musim 1!

NotaKakiFaizal--)Never Underestimate a Housewife!

Sunday, December 06, 2009

BERBLOGGING MENJADIKAN KAU TIDAK MATANG?

The other day, aku ada membaca entry seorang blogger ini yg kelihatannya nak bersara dalam dunia blogging. Well, itu sudah keputusan beliau walaupon ada beberapa readers yg kurang setuju dgn keputusannya yg dianggap sebagai "semberono". Gaya penulisannya baik & aku sendiri, buat pertama kali sangat suka membaca entry2 beliau.

Dan satu yg menarik perhatian aku adalah kata2 tajam beliau tentang berblogging.

"Berblogging menjadikan kau tidak matang"
Sentap kan?.

Bagi aku lah, pemahaman quote beliau ini bergantung kepada tafsiran individu. Ia suatu yang subjektif!. Ya, mungkin sesetengah blog yang kita baca mengandungi kandungan yang boleh membuatkan kita memekik dlm kepala "apa kejadah budak ni tulis?" sort of thing. Buktinya banyak..Kau sendiri penah membacanya, bukan? (aku juga mungkin pernah menulisnya.hehe). Dan sebagai readers @ followers yg loyal, kita terpaksa komen walaupun kita tak separuh hati berbuat demikian.

Jelas..,satu pengkhianatan telah berlaku.

Tapi dari sudut lain, ramai bloggers yg mempunyai topik yg baik utk dibincangkan. Pokoknya ialah, bagaimana penulis blog itu mengolah ceritanya supaya ianya menarik utk dibaca. Betol tak?

Tapi bagi aku, kalau kau memang seorang blogger sejati, jenis tak makan saman ataupun jenis do i care person, dah tentu2 benda2 "nyamuk" camni tidak mematahkan semangat utk berblogging Agi idup, agi ngelaban!

Ia hanyalah pandangan seorang blogger yg tidak lebih memberi peringatan.."kau kena fikir dulu sebelum kau menulis".

NotaKakiFaizal--)Aku seorang blogger boy:-)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED