Tuesday, October 10, 2017

REVIEW: Padmavati Trailer: Pengorbanan Suci Sang Ratu.




Umum mengetahui industry filem Bollywood gemar menyajikan filem-filem lalu diselingkan dengan lagu dan lokasi menarik. Termasuk yang lain, aku juga penggemar filem Bollywood, khususnya pengarah Sanjay Leela Bhansali.

 


Bhansali banyak menghasilkan filem kegemaran aku contohnya seperti Khamoshi, Hum Dil De Chuke Sanam (crush dengan Aishwarya Rai sampai sekarang), Devdas, Black, Guzaarish dan  Bajirao Mastani.

 

Di dalam kebanyakan senarai, hanya Devdas dan Bajirao Mastani mempunyai kos pembikinan yang tinggi lalu dikenali peminat sebagai karya agung / masterpiece atau magnum opus.



Terbaharu adalah drama cinta epik berjudul Padmavati. Filem yang mengekalkan konsep grandeur ini mengisahkan perjalanan hidup ratu legenda Hindu, Rani Padmini (Bhansali new fav Deepika Padukone) yang terkenal kerana kecantikannya berkahwin dengan Ratan Rawal Singh (Shahid Kapoor) pemerintah Mewar, Rajput. 

 


Dek kerana kecantikan Padmini mendorong kegilaan dan obsesi pemerintah Turki, Sultan Alaudin Khilji (Ranveer Singh) agar Rani Padmini menjadi miliknya. Perang meletus kira-kira 1303 AD yang akhirnya mengorbankan Ratan Rawal Singh dan Rani Padmini yang enggan bersama Alaudin Khilji mengorbankan diri dan mempertahan maruahnya dengan melakukan jauhar (pengabdian diri ke dalam api) bersama-sama wanita yang lain.


 

Seperti filem grandeur Bhansali,Padmavati juga menepati ciri-ciri sebuah karya epik. Setiap syot yang diambil kelihatan cantik dan ibarat seperti sebuah lukisan di atas kanvas.


 

Pandanganku? Mestilah dah jatuh kategori wajib tonton! Di pawagam 1 Disember 2017.

Monday, October 09, 2017

REVIEW: mother! Memang Perlukan Tanda Seru.





Selelsai menonton buah tangan terbaharu Darren Aronofsky berjudul mother! dan mindaku seperti dirogol secara bergilir-gilir. Ia diamarankan pada pembukaan filem ini. Ia seolah-olah berkata “moither will fuck and mess your head.”

Filem ini terlalu berahsia pada plotnya, sekadar memberi gambaran terdapat penjajahan orang asing pada kediamanan yang didiami mereka. Jika J-Law tidak terlalu mendedahkan alegori-alegori mother! pastinya naskhah ini diinterpretasi dengan pelbagai tanggapan daripada audiens, iaitu sesuatu yang sangat cemerlang kerana pemikiran manusia adalah sangat besar fantasinya.



Psycho-horror ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Pergerakan Act 1 (konflik Javier-J-Law-Ed Harris-Pfieffer) diadun dengan baik, walaupun ada sesetengah dialog kedengaran sangat janggal, mungkin disengajakan oleh Aronofsky. Transisi Act 2 membawa kepada pergaduhananak-anak Ed Harris dan Pfeiffer bakal membuatkan audians berkata “aha!” atau “ooo so pengarah merujuk kepada sesuatu”. Namun kelemahan pada Act 2 berlanjutan kepada Act 3 yang sangat kucar-kacir dan caca merba. “Kiamat” yang dinterpretasi Aronofsky sangat baik namun agak lompong dalam beberapa logic dan tindakan watak J-Law.

 


Ketiadaan skor music (yang sebelum ini ditunjangi oleh Johan Johannsson “Arrival”, “The Theory of Everything”) dan digantikan dengan kesan dan efek bunyi adalah sangat tepat. Brilliant! Jika diperhalusi, rumah yang didiami J-Law seperti berkomunikasi dengannya melalui degupan jantung, pergerakan darah pada salur darah dan titisan darah yang membawa terus ke basement rumah itu. Kerja kamera mother! juga cemerlang. Seperti filem terdahulu Aronofsky, mother! juga menggunakan first point of view (pandangan pertama) watak utama. Lakonan J-Law juga sangat cemerlang. Potensi calon Oscar 2018.

Tontonlah mother! jika inginkan kelainan. Abaikan alegori-alegori yang anda nampak. Intrepertasi manusia adalah sesuatu yang berbeza.

 

PS: mother! di boo-ed semasa tayangan di Pesta Filem Venice, September lalu. Mendapat rating F di CinemaScore namun dipuji kritik. Filem ini mendapat ulasan yang bercampur.

SCORE: 4/5

Monday, August 14, 2017

REVIEW: Apa Kisahnya dengan Emak? (Trailer mother!)




Antara filem yang ditunggu-tunggu pada tahun ini adalah saiko-seram arahan Darren Aronofsky berjudul mother!


 


Apa yang membuatkan filem ni menarik adalah dengan pelakon-pelakon yang membintangi filem ini. Kesemuanya boleh dikatakan an ensamble cast. Diterajui oleh Pemenang Oscar Jennifer Lawrence (Hunger Games trilogy) dan Pemenang Oscar Javier Bardem (Penjenayah saiko dalam Skyfall atau No Country for Old Men mahupun sebagai Kapten Salazar dalam Pirates of the Carrebean: Dead Men Tells No Tales) dibantu oleh Calon Oscars Ed Harris dan Michelle Pfiffer.

 

Diawal pembikinan, Aronofsky sangat berahsia tentang filem ini. Baik dari genre, sinopsis penuh mahupun watak yang dimainkan oleh keempat-empat pelakon. 

Jennifer Lawrence


Teaser trailer berdurasi kira-kira 30 saat, tanpa imej telah disiarkan pada 22 Julai lepas dan mengundang reaksi pelbagai pihak. Dan pada Ogos 8 lalu, trailer pertama filem ini. 

Ed Harris



Michelle Pfeiffer


Sedikit sinopsis dari wikipedia 

A young woman's (Jennifer Lawrence) tranquil life with her husband (Javier Bardem) at their remote country home is challenged by a mysterious couple (Ed Harris and Michelle Pfeiffer) who arrive and lodge with them.

Javier Bardem

Filem ini sedang menanti untuk disiarkan untuk pertandingan di festival-festival filem gah seluruh dunia termasuk Festival Filem Antarabangsa Venice kali ke 74 dan Festival Filem Toronto kali ke 42. 



Mesti masuk award circuit tahun depan. Percayalah cakap aku.

 


Mother! akan ditayangkan pada 14 September 2017 diseluruh Malaysia.

Monday, July 03, 2017

Ada Apa Dengan #RAHSIA?



Impian untuk hasilkan karya seram akhirnya tercapai. 


Kisah Rahsia mistik satu keluarga. 
Siapa yang tergoda untuk membalas dendam? 
Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?


Novel ke empat bersama Fixi kali ini berjudul RAHSIA selepas SUMBAT, CERPEN FAIZAL SULAIMAN dan BONGKAR. 



Sekitar pelancaran RAHSIA di Kedai FIXI, Sunway Velocity Mall


RAHSIA ditulis kira-kira setahun yang lalu dan merupakan novel paling singkat yang aku tulis iaitu selama kira-kira 9 bulan. Secara jujurnya aku agak skeptikal dalam menulis cerita hantu, specifically dalam genre seram / horror. Sebagai penulis, aku suka meletakkan diri dalam situasi yang aku tulis dan aku bukanlah seorang method writer yang perlu ‘into the story and characters’ bila menulis satu-satu karya. Jadinya, ketika menulis RAHSIA aku tidaklah bertapa di tepi kubur, mencuci keris dengan limau nipis dan membakar dupa hanya kerana mahu mengambil ‘roh penulisan seram’ tetapi aku membanyakkan diri dalam membaca pengalaman-pengalaman seram dan membaca karya seram tulisan Tamar Jalis sebagai rujukan.


Sekitar pelancaran RAHSIA bersama Nadia Khan yang juga melancarkan GANTUNG 2


Bersama Big Boss, Amir Muhammad. 
Entah apa aku jawab masa ni.



Terima Kasih buat yang hadir. 
Minta maaf tak sempat junpa semua sebab cecepat nak ke epot :)




Dan baru aku sedar, emosi menakutkan orang melalui pembacaan adalah SANGAT SUKAR! Lebih sukar berbanding menulis cerita cinta! Ini kerana tahap / meter keseraman setiap pembaca adalah berbeza dan kepelbagaian ini menghasilkan reaksi yang cukup berbeza.
               

Jadi aku perlu mengucapkan terima kasih kepada rakanku, ‘Arif’ kerana berkongsi kisah sebenar disebalik RAHSIA. Ya. RAHSIA ditulis dan 70% daripadanya adalah didasarkan dari kejadian sebenar keluarga beliau. The moment dia bercerita tentang backstory of his family’s secrets, aku dah rasa terpanggil untuk menulis ceritanya. Aku anggap ceritanya sangat indah.
                 

Terima kasih jugak pada big boss Amir Muhammad sebab memberi peluang dan ruang untukku menulis RAHSIA. Editor dan penulis yang aku kagumi Shaz Johar, terima kasih banyak-banyak sebab beri tunjuk ajar sepajang menyunting RAHSIA dan juga Hani Amira Suraya. Terima kasih juga kepada beta-readers Nadia Khan, Arif Adly dan Gina Yap. Berbaloi hantar kepada korang untuk diberikan komen. And to the love one, I love you soooo much!
               

Jutaan terima kasih juga kepada Julie Anne, Zara Syed dan Nadia Jalal. Sokongan korang takkan pernah aku lupa and to the one and only menjadi yang pertama membaca RAHSIA dan menyunting hampir 50% point of view karya ini, aku doakan kau tenang di sana. Sepatutnya majlis pelancangan semalam (2/7/2017), kau ada bersama-sama dengan kami dan kita lancarkan buku baru kita sama-sama. Tetapi Allah lebih sayangkan kau.


Al Fatihah Syaihan Syafiq.



RAHSIA sudah boleh didapatkan di kedai buku MPH, Kedai Fixi dan online FIXI. 
Ayuh! Sama-sama kita menakutkan diri :)

Wednesday, June 07, 2017

Rebiu: #SimetriSiti, Sebuah Titik-Titik Keseimbangan.

Entry pertama 2017! ho ho ho!

              


Apabila penyanyi NO 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza  (DSN) mengeluarkan album baharu, pemerhati muzik dan peminat tanah air (baca sitizoners) akan menantikan karya beliau.  DSN antara artis/ seniman yang boleh aku katakan matang apabila menghasilkan karyanya. Kita boleh melihat transisi Jerat Percintaan –Aku Cinta Padamu –Wajah Kekasih-Bicara Manis Menghiris Kalbu –Kau Kekasihku –Bukan Cinta Biasa –Dialah Dihati –Melawan Kesepian- Koleksi Duet CTKD –Biarlah Rahsia –Jaga Di Untukku, just to name few of her hits- DSN berjaya berkembang dan matang melalui muziknya. 


Melalui buah tangan terbaharu, SimetriSiti sekali lagi DSN meletakkan dirinya sebagai seniman tersohor dengan karya-karya segar seiiring dengan peminatnya yang aku rasa semakin bertambah terutama youngsters. SimetriSiti membawa satu dimensi baharu, lagu-lagu yang mempunyai mesej positif (circa Prasasti Seni namun tidak sesuram Hadiah Daripada Hati) dan kebanyakannya didedikasikan kepada peminatnya yang tidak jemu menyokong  karier seninya selama ini.


Bersandar Cinta mengingatkan aku kepada alunan trek-trek di dalam Prasasti Seni, namun susunan muzik orkesnya mengancam. Satu kualiti yang sama tara dengan album terbaharu Anuar Zain. Alunan vokal DSN yang membuai menyukarkan aku mencari titik silap lagu ini. Kombinasi vokal dan susunan muzik yang sempurna.


Trek ke dua Penghiburku pula sangat fresh. Sentuhan ini mengimbau kolaborasi DSN dengan Too Phat dan album Inggeris penuh pertamanya, All Your Love. Trek ini agak ‘nakal’ dengan lontaran vokal DSN dan tidak boleh tidak aku katakan lagu ini kedengarann seakan-akan Ed Sheeran, Shape of You.


Aku suka trek ke 3, Ikrar Cinta. Vibe  Bulan yang Mesra (Lantera Timur) sedikit pada awalnya, tetapi lebih ballad dan orkesnya sangat indah, menutupi kesamaan itu. Lagu ini ada twist di tengahnya. Petikan gitar di bridge, memberi suntikan balada 90-an menjadikan lagu ini sedap.   


Segala Perasaan pula mengimbau circa Jaga Dia Untukku (Fragmen) , namun dikemaskan dengan cemerlang dengan lontaran vokal DSN yang sangat bagus.  Turun naik vocal lagu ini sama seperti lagu underrated Kurniaan Dalam Samaran (Pancawarna) dan non stop breathing Dialah Di Hati (Prasasti Seni). Hope DSN can kill it when she sing it live


Trek Aku Bukan Malaikat pula mengimbau aku kepada album Tahajjud Cinta, sedikit vibe Ketika Cinta (Opick yang cipta lagu ni paduhal).Lagu ini biasa sahaja. Cuma, pembawakan emosi lagu ini tentang seorang isteri yang sanggup bersama-sama suaminya hingga akhir hayat, menerima baik buruk,  kedengaran meruntun. Lagu ini agak gelap berbanding 9 lagu yang lain.


Permulaan string gitar pada  awalan trek Manis Terindah mengiatkan kepada Sutramaya (Hadiah Daripada Hati) tetapi dikemaskan dengan susuan muzik yang segar, light dan sesuai didengar petang-petang waktu hujan sambil goyang kaki. Serius tak tipu. Liriknya sweet by the way. Pada mulanya, aku tidak berapa gemar ketika pendengaran kali pertama. Lepas ulang, this song is good actually. 


Trek yang paling-paling aku suka tentulan Kisah yang Ku Inginkan (ft Judika). Baladanya sedap, lontaran vokal DSN dan Judika juga kemas dan sharp. Cuma aku tak berkenan kat minit 2:42. Macam ada missing pieces. Tapi tak taulah apa. 


Track Tak Perlu Ragu pula sama seperti Manis Terindah, ia kedengaran segar dan mengimbau kenangan Prasasti Seni sedikit sebanyak. However, I've got mix feelings. Love and hate  at the same time untuk lagu ni.


Kau Takdirku pula boleh dikatakan lagu makanan DSN. This is the ballad that I want. Suka lagu ni. Sejujurnya lagu ini akan mengingatkan korang kepada lagu-lagu balada hits beliau terdahulu. Rindu la tau tak. SimetriSiti seterusnya dilabuhkan dengan Hiasi Duniaku. Rancak, positif dan susunan muziknya yang segar terus mengimbau kepada Warna Dunia (Fragmen).


Sebagai peminat kecil DSN, aku tidak boleh tidak untuk membandingkan lagu-lagu di dalam Simetri Siti ini dengan album-album beliau yang lain. Aku membesar dengan lagu-lagu beliau kot? Secara keseluruhannya, SimetriSiti adalah perlambangan kematangan DSN setelah 16 studio albums yang dikeluarkan beliau. Titik-titik simbolik yang membentuk album ini (peminat, press, family, composers, technichians) menjadikannya sebuah corak simteri yang sempurna. Congrats TokTi. Berbaloi untuk dimiliki Sitizoners, namun penerimaan pendengar neutral mungkin bercampur-campur (mixed review). SimetriSiti mungkin tercalon untuk Rakaman Bunyi Terbaik di dalam Album mahupun Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album untuk AIM akan datang.



VERDICT: 4 / 5


PS: Menunggu Tokti hasilkan album Irama Malaysia. Lantera Timur is my fav lepastu Sanggar Mustika, Cindai dan Sahmura.

               
            

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED