Saturday, February 08, 2014

Harga Sebuah Sukses (Review: Kami Histeria)

Last post entry terakhir adalah tahun lepas menerusi filem #Kolumpo.

Sebuah filem wajib tonton 2013.

Kini untuk 2014, aku membuka lembaran filem Melayu dengan Kami Histeria.

Dah like fenpej film ni macam setahun, filemnya baru keluar.

And it was awesome!

Kami Histeria adalah buah tangan terbaru Red Film yang sinonim dengan karya segar Gol Gincu, Pisau Cukur & Istanbul Aku Datang. Filem ini, sama seperti teen chic flick Red Film yang secara total memapar tema feminisme cukup menghiburkan.

Kami Histeria mengisahkan band wanita Kami Histeria; dianggotai Laila, Jojo, Bad, Peanut dan Princess yang mencipta nama dengan mencipta dan menyanyi lagu-lagu yang dimuat naik ke web Youtube.

Mereka mendadak terkenal bila satu suara asing kepunyaan seekor langsuir terakam dalam single mereka dan kerana itu, sebuah perjanjian tercipta.

Hard to be on top. But harder to sustain it.

Segar kan plotnya?

Walaupun bukan di bawah pengarahan Bernard Chauly yang memang cukup sinonim dengan Red Film, namun di bawah pengarah baru ini (maaf lupa nama) dan skrip mantap Rafidah Abdullah, Kami Histeria terhasil dengan cukup baik.

Tunjang yang menguatkan film ini tentulah barisan 5 wanita terutama Sara Ali (her effortless acting really amazing) dan Nad Zainal dengan non speaking role namun pergerakan mata & ekspresi wajah menjadikan wataknya cukup mencabar.

Fazura dalam watak pembantu sangat tidak mengecewakan. Kemunculannya sebagai Cik Lang boleh aku ibaratkan sebagai frame gambar yang sangat cantik.

Dengan color grading yang cantik & muzik score yang segar menjadikan Kami Histeria adalah filem yang tidak rugi untuk ditonton.

Ini pesan aku pada pengarah filem yang filemnya langsung tak boleh dikritik atau mengatakan pengkritik filem perlu celik filem dulu baru boleh kritik. Ah! Sial la. Berbelit kena tulis.

Filem yang baik datang dengan lakonan, pengarahan, jalan cerita dan skrip yang BAGUS.

Ini mengingatkan aku tentang temubual host Indonesia terkenal Sarah Sechan dengan talented actress Indonesian Jajang C Noer.

Ditanya sama ada Jajang terima atau tak berlakon filem komersil seperti filem seram? (antara genre famous filem Melayu sekarang)

Jawab Jajang.

"Terima saja. Asal (cerita dan skrip) tidak tolol(bodoh)"

The point is, bukan bintang hebat ini nak berlakon filem di negara tercinta kita, tapi penghasilan skrip dan jalan cerita segar perlu menjadi elemen penting dalam penghasilan filem.

Macam sekarang contohnya.

Filem Kami Histeria bersaing tayang dengan Jangan Pandang Belakang Boleh?

Aku tanak cakap pasal tonton Jangan Pandang tu akan buatkan aku kelihatan bodoh. Ini membunuh industri filem namanya.
Tapi sebagai penonton, kita ada HAK untuk memilih filem yang berbaloi dengan duit yang kita laburkan.

Jadi kalau mahukan filem hiburan segar & worth every penny, cepat ke panggung dan tonton Kami Histeria sekarang!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED