Selamat Hari Raya! (Masih raya kan?)
Crap! 8 filem terus sekali review! So, I will cut short.
ATHIRAH (INDONESIA)
GENRE: Drama, Historical
Filem biopic ibunda Timbalan
Presiden Indonesia, Jusuf Kala bernama Athirah. Jatuh bangun wanita yang
terpaksa menerima perkahwinan kedua suaminya dan ketabahan mencurah cinta yang
tak pernah padam buat sang suami dan pengorbanan serta kecekalan seorang ibu. Filem
ini feminis. Lakonan Cut Mini Theo dan arahan Riri Riza juga cemerlang. 5/5
MARLINA SI PEMBUNUH DALAM EMPAT
BABAK (INDONESIA)
GENRE: Drama-Thriller
Official selection di Festival
Filem Toronto, filem ini mengupas kesanggupan seorang wanita Sunda bernama
Marlina dalam mendapatkan haknya yang sudah dirampas. Cekal, teguh walaupun
pelbagai pantang larang hidupnya kerana dia seorang perempuan. Marsha Timoty
hebat! Arahan Mouly Surya juga penuh dengan subtle, simbolisme dan berseni.
Karya ini seperti sebuah lukisan yang sangat cantik. 5/5
DUKUN (MALAYSIA)
GENRE: Psychological Horror
Akhirnyaaaa!!! Penantian 12 tahun
menanti baby first Dain Said akhirnya terlerai juga. Inspirasi kes Mona Fandey
diolah cemerlang oleh Dain. Kerja kamera dan set dekorasi yang terbaik dan
persembahan Umie Aida yang luar biasa bagusnya. Calon awal Best Actress FFM
2018. 5/5
A QUIET PLACE & HEREDITARY
Genre: Psychological Horror
Aku gabungkan 2 filem seram ini
kerana dua2 nya terbaik untuk 6 bulan pertama 2018. Kimia yang diserasikan John
Krasinski dan isteri sebenarnya Emily Blunt terpancar di dalam A Quiet Place.
Kisat post apokalips seram tentang makhluk yang akan memburu jika terdengar
bunyi bising ini nyata mendebarkan. Pujian melangit harus diberikan kepada Krasinski
atas arahan debutnya. Blut cemerlang. Nominasi awal untuk Best Actress untuk
musim anugerah akan datang. 5/5
Hereditary pula sebuah slow-burn
saiko horror yang sangat mengganggu. Plotnya mudah. Namun penceritaan dan
lakonan – terutama Toni Collette kelihatan sungguh cemerlang. Sama seperti
Krasinski, pengarah Ari Aster juga menterjemah karyanya dengan sangat baik dan
twist yang cukup mendebarkan. Collette mungkin calon awal untuk Best Actress
2019. 4/5
OCEAN 8 & INCREDIBLES 2
GENRE: Heist Crime & Family
Animation
Tiada apa yang menggembirakan
bila melihat Cate Blachett, Sandra Bullock, Anne Hatahway, Rihanna, Sarah
Paulson, Mindy Kaling & Helena Bonham Carter berkongsi skrin dalam Ocean 8.
Namun semua itu tidak menjamin jalan cerita yang lancar tanpa lompong. Premisnya
menjanjikan. Namun perkembangan karakternya diabaikan. Still, menghiburkan. 3/5
Lain pula dengan Incredibles 2.
Premisnya menjanjikan. Plotnya juga bagus dan sangat menghiburkan terutama si
bongsu Jack Jack yang ada lebih dari 7 superpowers. Ah mungkin kerana filem ini
adalah animasi kegemaran, maka aku biased. Ha ha ha. 5/5
ANTMAN & THE WASP
GENERE: Action Superhero
Filem Marvel nyata tak
mengecewakan. Selepas Avengers Infinity War (yang mengorbankan separuh penduduk
bumi dan ahem “spoiler alert” beberapa superheros), sekuel kali ini tidak
menghampakan. Paul Rudd seperti biasa. Lawak, heroic dan charming. Evangeline
Lily juga cemerlang sebagai side kick AntMan. Watak Ghost juga aku suka.
Kesedihan dan ketakutan membina meter kejahatannya. Kemunculan Michelle
Pfeiffer amat dinanti cuma kecewa dengan wig putih yang agak palsu itu. Tunggu
sehingga kredit akhir. Ada pengakhiran yang uh la la. 4/5