Filem komedi drama ini antara yang aku nantikan pada tahun ni. Diarahkan oleh pengarah terkenal Alejandro Gonzalez Innarittu yang pernah membawakan "Ameros Perros" "21 Grams" dan 2 filem kegemaran aku "Babel" dan "Biutiful"
Selalunya karya beliau agak heavy.
Tapi tidak pada Birdman. Sedikit sinopsis mengisahkan tentang seorang pelakon Riggan Thompson yang terkenal di zaman mudanya kerana melakonkan watak superhero "Birdman". Menjelang usia tua dia yang kini berlakon di pentas Broadway tersepit dengan ego dan masalah keluarga dan anak perempuannya.
Melihat dari teaser trailernya, Birdman kelihatan visually effects especially raksasa burung, strikes of fire dan kostum Birdman itu sendiri. Transisi ketidakbolehterimaan Thompson dari watak Birdman ke watak pelakon Broadway jelas dipertonton di teaser ini.
Oh ya. Lagu Craze dendangan Gnarls Barkley sebagai latar teaser sangat hebat!
Ada bau-bau nominasi Oscar untuk Micheal Keaton (yang sebelum ini terkenal dengan franchise Batman)
Tweet


