Tuesday, August 06, 2013

Menjelang Aidilfitri 1434

Raya again! Tak seperti tahun lepas, blog ni rajin buat segmen raya. Macam TV sangat! ha ha ha

Bila raya menjelma, tolonglah consider beberapa perkara.

1. Persiapan raya ni macam persiapan perkahwinan. Semua nak baru walhal nak gunanya satu hari je. Berpada-pada bila berbelanja ok.

2. Bila beli barang kat groceries store, tolonglah jangan letak trolley bersepah-sepah. Well, you can said, "suka hati akulah sebab ada pekerja yang akan tolak trolley tu". Ini tentang kesedaran. 

3. Alert bila memandu. Tahu lah nak balik kampung. Hati-hati. Sentiasa beri isyarat ketika menukar laluan. Janganlah jadi lousy driver ok. Dan jangan pula jadikan diri sendiri sebagai statistik kemalangan jalanraya.

4. Pelbagaikan soalan ketika bertemu dengan kawan-kawan yang belum kahwin. Instead of tanya dia bila dia nak kahwin atau rugi ko tak kawin awal sebab seronok kepada bertanya tentang kerjaya, luaskan networking, bermaafan dan sebagainya.

5. Maaf tak hanya terlahir dari zahir tetapi juga batin. Apa guna mintak maaf pagi raya, petang raya sudah sembur orang sana sini. 

6. Eratkan hubungan dengan komunikasi. Bukan tau tengok telefon barang dua tiga saat bila berbual dengan orang tua.

7. Lekas berdoa agar dapat diketemukan semula dengan Ramadan depan. InsyaAllah. Sama-sama doa :)

 


SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN!

2 comments:

'AQILAH said...

Selamat Hari Raya Faizal! :)

mahmud thalut said...

Nak pergi Tanjung Belungkor jap. Jika ada rezeki boleh terserempak dengan saudara Faizal Sulaiman ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR