Monday, September 02, 2013

Review: Kisah 2 Putera (Tanda Putera)




Aku menonton filem ni sebagai audiens, maka ulasan berikut lebih kepada audien dan bukan penganalisa politik.

Tanda Putera secara kasarnya menceritakan kisah dua sahabat (Tun Abd Razak dan Tun Dr Ismail) ketika negara sedang mengalami krisis 13 Mei 1969 hinggalah kepada penyatuan semula kaum, pembangunan ekonomi dan dua tokoh ini merintis pelbagai pembangunan seperti FELDA dan Petronas.

Ketika menonton filem ni, aku perasan plot ceritanya bercabang dari kehidupan Tun dan Dr Ismail, konflik bangsa Cina-Melayu semasa 13 Mei dan Budak Pejabat (alamak lupa nama) yang bekerja dengan Tun. Aku sendiri keliru dengan watak (tokoh) yang muncul dalam filem ni seperti Fizz Fairuz (sebagai pensyarah) di ITM dan pabila melihat kredit nama, watak Fizz sebenarnya seorang yang berpengaruh.

Ada kena mengena ke dengan jalan cerita ?

Tanda Putera dilihat nampak tergesa dari segi teknikal terutama muzik latar. Muzik latar yang grand bunyinya ditambah dengan babak-babak konflik menjadikan filem ni bingit. Set juga banyak yang kurang. Aku tak kisahlah dengan logo UiTM yang muncul, walau kabur atau penggunaan lori moden untuk mengangkut protestant mahupun bendera roket DAP yang rasanya masih belum muncul pada tahun itu.

Kesalahan jelas yang aku nampak dalam Tanda Putera ini adalah penampilan pelakon extra nya. Ada yang rambut karat? Kecewa!

Setahu aku Datin Paduka Shuhaimi Baba adalah seorang yang teliti. Buktinya, setiap pelakon yang akan berlakon di bawah filemnya wajib menjalani sesi latihan lakonan yang dikendalikan oleh beberapa jurulakon yang berpengalaman. Malah, Shumi memang terkenal dengan set besar-besarannya di dalam filem seperti set tinggalan perang di timur tengah dalam Selubung, kampung Pekan Riuh dan Kassorga dalam Ringgit Kassorga, istana Jugra yang klasik, pekan Paku Laris dan set kampung Tepian Tersorok tahun 60-an dalam Pontianak Harum Sundal Malam 1-2. 

Tanda Putera seperti kehilangan elemen itu.

Walaubagaimanapun, lakonan pelakon-pelakon dalam filem ni berada dalam par yang terbaik. Cuma harapnya lepas ini, pesanku pada pengarah filem yang ingin mengangkat tokoh sebenar ke layar, rajin-rajinlah explore karakter isterinya. Watak Toh Rahah dan Toh Neno nampak sangat tidak menyokong watak utama. Hal yang sama berlaku pada watak isteri Leftenen Adnan, Safiah (lakonan Umie Aida) tidak lama dulu.

Lihat bagaimana Spielberg memperkembang watak Mary Todd Lincoln dalam filem Lincoln.

Aku faham hasrat Shumi. Mahu angkat 2 tokoh ini dan menjadikannya pelajaran kepada golongan-golongan muda bahawa membangunkan sesebuah negara adalah tidak mudah sebenarnya. Cuma satu aku mintak pada Shumi. Kembalilah mengarah filem-filem seperti Layar Lara, Selubung, Ringgit Kassorga, Waris Jari Hantu atau Mimpi Moon. Berjuang ni tak mesti buat filem patriotik saja.

Aku lebih gemar 1957 Hati Malaya. Bukan sebab ada Maya Karin. Filem itu lebih menyentuh dan aku lebih terharu dari menonton Tanda Putera ni.

Aku settle dengan 3/5 bintang.

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED