Menonton Amazing Spiderman 2, sekuel kepada reboot Amazing Spiderman melonjakkan lagi bar keterujaan aku. Filem arahan Mark Webb lakonan Oscar Nominee Andrew Garfield, berpasangan dengan real life girlfriendnya Golden Globe Nominee Emma Stone ini lebih bertenaga, visual yang memukau dan skor muzik yang mantap. hasil air tangan Hans Zimmer.
Music paling berkesan ketika Electro berperang dengan diri sendiri sebelum melaksanakan malapetakanya. Epik!
Sekuel kedua ini lebih berjiwa dari lakonan. Andrew Garfield lebih komikal. Lebih heroic. Lebih terserlah emosinya. Chemistry antara dia dan Aunt May (Oscar Winner Sally Field) yang tegas tetapi baik (juga wanita survival selepas kematian Uncle Ben) mahupun aksi pertarungan dengan si penjahat Electro (Oscar Winner Jamie Foxx)
Kali ini, Electro bekerjasama dengan Goblin, surprisingly untuk siri reboot ini, tiada sebarang topeng, menopengkan si Goblin, malah menggunakan mekap dan effek saja menjadika Daen DeHaan sangat menakutkan sekaligus memusnahkan bandar dengan bantuan Oscorp Company.
Walaupun ini filem aksi, percayalah di akhir filem pasti kalian tersentuh. Tacing gitew!
Aku lebih suka gandingan Garfield-Stone berbanding McGuire-Dunst. Kenapa? Pi tengok sendiri.
PS: Khabarnya reboot ini bakal dibikin dalam 2 filem lagi. Aktress Shailene Woodley (Divergent) akan memegang watak Mary Jane Watson
No comments:
Post a Comment