Monday, November 04, 2019

Review #FilemPusaka: Rahsia Saka lagi Puaka Sebuah Keluarga.





Ketika pertama kali melihat iklan acah filem Pusaka ini, hati terdetik dengan mengatakan bahawa buah tangan terbaharu Razaisyam Rashid (Filem; CEO, Drama; Hamba Iblis & Mandatori) ini punyai sesuatu yang menarik dan wajib untuk ditonton menjelang bulan-bulan terakhir 2019.


Ternyata telahan itu tidak silap. Pusaka hadir sebagai sebuah wadah seram secukup rasa baik dari segi penceritaannya yang kemas, kerja kamera Mohd Nor Kassim yang marvelous, set dekorasi yang membangkitan mood, penggunaan cahaya-cahaya terang gelap yang sangat cantik yang sudah menjadi treadmark Razaisyam selain skor muzik yang cukup menggusarkan perasaan. Radar ketakutan yang selaras dengan jumpscare yang muncul tiap 5 hingga 10 minit juga menjadikan saya sebagai penonton adakala mengintai dari celahan jari sahaja. Ha ha ha.


Di tangan Syafiq Kyle, Insp Nuar diwarnakan dengan baik. Malahan tidak keterlaluan untuk saya katakan watak ini adalah yang paling berjaya dibawakan oleh beliau. Selain itu watak-watak pembantu seperti Fauziah Ahmad Daud dan Aleeza Shahdan, walaupun muncul hanya beberapa babak, akan tetapi lakonan mereka sangat meninggalkan kesan kepada penonton. Barisan ensemble seperti Mimi Lana, Sweet Qismina (yang cukup menyerlah pada babak akhir), Hafidz Roshdi, Aloy Paradoks (uh uh lawak dan loghat Perak dia sangat menjadi, well pelakon teater kan) dan Yuna Rahim memberi nafas baru pada kisah yang penuh twist and turn whodunit ini. Babak-babak Nuar dan Nur ditampil secara flashback ketika kemuncak filem ini juga menjentik emosi sedih audiens.

 

Pusaka sebenarnya boleh menjadi naskhah seram setanding  Hereditary, The Wailing  atau Pengabdi Setan. Unsur melayu pekat yang sudah sebati dalam kebanyakan salasilah keluarga dahulukala dan penyiasatan polis yang berdepan kes mistik telah menjadi tunjang Pusaka sudah cukup membuatkan filem ini unik. Pusaka  dalam slow burn horror. Fuh! 

 

Namun ianya dimusnahkan sedikit dengan elemen cult kebaratan selain deus ex machina yang membingungkan. Penampilan Faizal Hussein yang terlalu mencuba di dalam aksen utara juga merupakan satu pembaziran.



Pusaka cemerlang sebagai pop corn seram komersil untuk peminat seram yang dahagakan kejutan dan jeritan. Pada akhirnya, keluarga yang sangat penting dalam apa pun yang berlaku dalam hidup kita. Tontonlah jika ada kelapangan kerana dihujungnya anda mungkin seperti saya, masih dihantui dengan endingnya yang twisting! (dan mungkin peka dengan bunyi guli jatuh lepas ini)

VERDICT: 9/10


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED