Monday, October 08, 2012

Sorotan

Dah 10 bulan rupanya di tahun 2012.

Well, tahun 2012 ni sebenarnya banya beri impak pada aku. Writing paling obvious. Aku suka hits yang diperolehi sepanjang bulan-bulan lepas. Ia menyuntik semangat untuk aku menulis lagi dan lagi!

Ok abaikan hits nombor 3. Ia tentang Goodreads; well cinta baru aku-sort-of-

Dari segi emosi? Hurm..hurmm... Apa aku boleh kongsi, dari Januari-June, aku memang happy. Ada orang boleh berkongsi rasa. TBS--BumbuDesaMidValey--BumbuDesaSuriaKLCC---Kinokuniya-- TuttiFruti---TheChickenRiceShopSriRampai (aku ingat2 lupa lokasi TCSR ni tapi area tu), tempat permainan aku satu masa dulu.

Well, tak mengapalah. Aku simpan sebagai kenangan. Itu yang aku kata, kalau aku ada "Pensieve" pasti aku dah masukkan memori itu ke dalam botol kecik sebelum masukkan ia ke dalam "Pensieve". Melalui "Pensieve" aku boleh tengok semula kenangan-kenangan lalu.

It's quite pathetic you know when someone have moved on but you still stuck in the middle. Aku ni nasihat orang pandai, tapi bila terkena batang hidung sendiri; gelabah. Aku rasa itu kelemahan aku, agaknya. Tapi, sesukar manapun aku sedang mencubanya sekarang. Alhamdulillah. It works :)

Kata-kata di bawah ini aku perolehi setelah "ditampar" dengan kesimpulan 6 bulan itu.

Biarlah pintar ketika bercinta. Jangan terlalu memberi cinta melebihi apa yang kita ada. Biarlah sederhana. Kerana kelebihan itu bakal memusnahkan kita.

Positif!

#1 Aku sebenarnya jarang nak tulis cerita peribadi macam ni dalam blog. Biarlah ini yang terakhir.

#2 Alhamdulillah kerja makin menimbun. Syukur. Kesibukan membuatkan aku lupa tentang apa yang dah jadi pada dunia yang berputar ligat ini

#3 Minat nak shooting filem pendek mekar kembali. I wish I can participate in 48 Hours Short Film next year.

#4 Beruntungnya aku dengan apa yang Allah beri. Bila aku sunyi, aku boleh menulis dengan baik. Terima kasih Allah

#5 Terima kasih buat kalian yang baca episod pertama Gemersik. Stay tuned sebab ada kejutan-kejutan best yang berlaku nanti. Oh ya, terlanjur promo, InsyaAllah sebelum hujung tahun ni, aku akan keluarkan satu lagi Antologi; tapi kali ni bukan dibawah Fixi. Ni macam projek sampingan kawan-kawan je :)


 

Tema untuk James Bond:Skyfall dari Adele! Fuhhhh!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED