Salam buat pembaca blog semua. Actually ni 1st time aku cuba2 untuk menulis di dalam blog. dah minat menulis, nak buat camne kan?. K la nak dipendekkan cerita yang panjang, pada pagi Selasa, 13 Ogos 2008 yang lalu, satu demonstrasi secara aman telah diadakan oleh warga pelajar UiTM Shah Alam.
Kurang lebih 5000 students gak berhimpun di Dataran Shah Alam bagi memprotes cadangan Menteri Besar Selangor supaya KUOTA 10% diberikan kepada Non-Bumi. Apa yang aku boleh cakap, tindakan pelajar2 UiTM sangat tepat sebagai melahirkan rasa tidak puas hati dengan cadangan berani-mati tersebut. Bagi aku UiTM adalah benteng terakhir orang Melayu, Bumiputra Sabah, Sarawak dan sebilangan kecil Orang Asli. Fakta yang tidak boleh disangkal disini adalah, orang Melayu punyai hak sebagai masyarakat pribumi yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kalau difikirkan secara terbuka, pelajar sememangnya boleh bersaing dengan bangsa asing tetapi persoalannya, adakah ia akan membezakan UiTM dengan universiti2 lain?. Fikir2 kan la...
Alrite, sampai sini dulu mukadimah aku. Next time aku review plak pasal Festival Filem Malaysia ke 21-Yang Sedap & Tak Sedap Didengar. Minggu ni bertambah sibuk dengan Test & Assignment. Trip aku ke Pulau Tioman jugak nampaknya terpaksa di tangguhkan due to masalah transpot!. Alahai Kassim!!! Tweet
No comments:
Post a Comment