Thursday, November 13, 2008

AKHIRNYA


Salam khabar kepada pembaca semua. Huhuhu...akhirnya dapat jugak aku meluagkan masa mengetuk papan kekunci laptop kesayangan aku ni untuk berkongsi kepada korang2 semua. Apa yang aku janjikan, akan ditunaikan walaupun berita tu dah kira lapuk dah sangat.

Tulah, sapa suruh tangguh2. Kan dah menyusahkan diri sendiri. So malas nak membebel, dipendekan cerita, malam Festival Filem Malaysia tu aku dengar melalui Sinar FM, radio rasmi penyiar FFM kali ni. Ramalan tepat terhadap kemenangan Maya Karin melalui persembahan terbaiknya dalam Anak Halal, yang sebelum ini aktress cantik itu sudah tiga kali tercalon melalui Pontianak Harum 1 dan 2 dan Waris Jari Hantu. Menang jugak ko Maya!.

Tuah sekali lagi berpihak pada Rosyam Nor apabila watak protagonisnya di dalam filem noir-Kala Malam Bulan Mengambang menggondol anugerah pelakon lelaki terbaik, manakala Zul Huzaimy dan Ruminah Sidek cemerlang menerusi persembahan terbaik dalam watak pembantu. Kala Malam arahan Mamat Khalid:-yang sebelum ini pernah digelar pengarah merapu menggondol pengarah terbaik sekaligus filem terbaik walaupun saingan kuat antara Osman Ali (Anak Halal), Hatta Azad Khan (Wayang) dan Kabir Bhatia (Sepi).


Kejayaan anak kelahiran Perak itu turut diulangi menerusi Anugerah Skrin bebaru ni dimana KMBM sekali lagi berjaya menggondol filem dan arahan menarik. Yang lain2 tu boleh predict kemenangan seperti Nasha Aziz menrusi Sepi dan Kamaruzzman menerusi Hati Malaya. Overall, for both festivals,its balance between what we predict dengan pilihan juri. Biasalah kalah menang adat pertandingan. Kalah cuba lagi di masa akan datang (ayat skema kalau kalah!!!)..Jumpa lagi!

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED