Monday, January 19, 2009

LANTERA TIMUR-SITI NURHALIZA

Legasi album Siti Nurhaliza dituruskan lagi dengan kehadiran album barunya yang berjudul Lantera Timur. Sebelum ni aku tak berapa tahu sangat tentang perkembangan baru Siti melainkan album terakhirnya yang berada dalam koleksi aku, Transkripsi Seni. Aku bukanlah fan Siti tetapi mengagumi talent beliau yang boleh menyanyi dengan begitu baik. Album Lantera Timur yang berkonsepkan etnik, world music kontemporari ini menyaksikan Siti berkolaborasi dengan pelbagai composer hebat seperti M Nasir, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, Khairil Johari Johar, dan termasuk Pak Ngah, individu yang berjaya membawa beliau terkenal dengan Cindai, Hati Kama, Badarsila mahupun Ya Maulai.. Aku dengar album ini secara online dan inilah komen aku tetang Lantera Timur:




Di Kayangan Kita
Start dengan string gambus, lagu ini dijadikan single yang dijual ke stesen radio diperkaya dengan elemen Arab tetapi composer bijak mengekspolitasi string2 lain menjadikan lagu ini seolah2 berjaya lari dari sinonim tipikal.

Bintang Malam
Mula2 je dah dengar ceria. Macam ada unsur Chinese strings dalam lagu ni. Vocal Siti terkawal walaupun lagu ini sangat rendah not nya.

Cinta Ini
Lagu ciptaan Katon Bagaskara ini sangat lari dari kebiasaan lagu etnik. Sangat fresh dengan elemen seruling, tambourine dan strings. Composer seolah2 menyuntik sedikit elemen pop menjadikan lagu ini antara lagu favret aku dalam album ini.

Ada Masa Mata
Elemen Thai dalam lagu ini sangat ketara ketika permulaanya. Ciptaan M Nasir sangat magis untuk lagu ini. Lagu ini juga sangat mencabar vocal Siti kerana terpaksa bermain2 dengan not tinggi rendah dan beliau berjaya melakukannya.

Bulan Yang Mesra
Wah..ada lagi lagu macam ni, bisik hati aku lah. Kedengaran agak old school dengan rentak seperti bersenandung dan sesuai didengar sewaktu berangan2 nak tidur.hahah…Usaha yang bagus dari Siti kerana tidak mengabaikan lagu2 slow seperti ini.
Seloka Budi.Dengar macam permulaan iklan Merdeka!. Sangar catchy tetapi tipikal sangat. Macam pernah dengar dalam album Sanggar Mustika?. Bridge lagu sangat menyelamatkan lagu ini.

Rasa Antara Kita
Seperti menyuntik elemen keroncong, Siti berjaya mengeksplorasi satu lagi genre yang semakin dipinggirkan. Sedikit unsur joget juga ada diletakkan dalam lagu ini. Sesuai ditujukan kepada pasangan lelaki dan wanita yang bergelar sahabat, saling jatuh cinta. Cinta yang universal.

Senyum Minang Manis
Sangat kreatif. Elemen disko pada permualaan dan pop yang berjaya diadaptasi dalam lagu ini berjaya membuatkan album ini sukses dari tipikal etnik Melayu. Upbeat dan catchy.

Joget Menanti Kasih
Satu lagi rentak lagu yang semakin dipinggirkan seperti track Bulan Yang Mesra. Track joget ini sesuai didendangkan sewaktu majlis perkahwinan dan tidak terlalu bosan untuk diulang dengar. Lirik yang mudah difahami dan lantunan vocal Siti yang merdu, seperti ketika beliau menyayi untuk lagu Joget Pahang, untuk album Cindai.

Jelmakanlah Ayumu
Lagu ciptaan Pak Ngah ini sangat..sangatlah kreatif. Jangan ingat Pak Ngah sudah hilang taringnya!. Melalui lagu ini, Pak Ngah berjaya menyuntik elemen jazz dan pop. Sangat kreatif seperti Siti sedang perform untuk filem muzikal!.

Di Taman Teman
Seperti pemulaan track Di Kayangan Kita, track ini juga dipermulakan dengan unsur Arab. Tetapi di pertengahan lagu ini, elemen pop disuntik dan lagu ini berubah menjadi upbeat dan rancak. Tapi liriknya macam pernah dengarlah…But overall, Di Taman Teman sangat berjaya melalui eksperimentasi ini.

Overall, album Lantera Timur, Siti Nurhaliza sangat menunjukkan kematangan seiringan usia beliau melalui perjuangan seni. Tidak keterlaluan untuk aku katakana yang beliau mungkin akan berjaya menang album terbaik untuk musim Anugerah Industri Muzik musim akan datang. Aku bukan cakap pasal aku ni minat dia kea pa, tetapi kalau korang dengar sendiri Lantera Timur, korang boleh rumuskan apa yang aku cakap ni. Till then, goodbye!!!

KISAH DENDAM

Kepada Cik Kedondong dan Unpredictable Asrar, sorrylah coz jarang dah dapat mengupdate blog aku. Selain sibuk dengan kelas2 yang semakin pack hari demi hari, aku juga agak exausted dengan perpindahan rumah baru di Seksyen 24. agak jauhla dari UiTM. Dulu kalau duduk di Seksyen 7, senang sikit nak update blog. Sekarang ni pun update di Fakulti aku. Hahaha…free pun free…

Aku dahpun pindah ke rumah baru di Seksyen 24. Dekat2 dengan Mydin. Senang la sikit nak beli barang dapur. Walaupun beberapa hari berlalu dengan pelbagai dugaan yang sangat berat untuk aku, aku anggapnya sebagai ujian dari Allah yang tidak ternilai (termasuk hari aku hampir diragut dan kemudian kemalangan ). Life isn’t easy!

Ok la..aku akan bercerita tentang post kali ini. Ianya mengenai kisah pembalasan dendam. Sebenarnya ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Kisah dendam ini adalah salah satu dari fiksyen ciptaan aku. Kalu korang nak tau, aku ni rajin menulis. Tulis cerita panjang2 macam novel la. Sekarang ni aku dalam proses menyiapkan draf akhir untuk bahagian terakhir trilogy pembalasan dendam ni. Idea untuk menulis cerita ini datang semasa aku sedang menonton filem Urban Legend. Tapi aku tak tiru tau. Aku sekadar mengambil basic cerita tersebut untuk dinovelkan. Aku tak berani lagi nak publish coz tak ada keyakinan lagi.

InsyaAllah, kalau ketiga-tiga novel itu dah aku print, aku akan post gambar2 nya. Till than, Cherio…

FIRST AND FOREMOST


Salam hormat kepada pembaca sekalian. Macamana dengan cuti yang korang semua tempuhi?. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan menulis lagi di ruangan aku yang besonye adalah sekangkang kera!. Hehehehe…so harini aku nak berkongsi pengalaman aku sepanjang cuti yang berlalu. Dan aku mention bahawa perkara ini adalah perkara seumur hidup yang aku lakuakan. Pada 30 November yang lalu, aku telahpun berjaya melaksanakan satu misi khas (hehehe) untuk menjadi pengapit pengantin lelaki. Sebenarnya aku jadi pengapit bidan terjun je. Aku tak jangka yang mak aku akan pilih aku jadi pengapit adik lelaki dia;- pakcik aku yang kejenye polis. Citenye macam ni, aku sampai kampong kat Batu Pahat, Johor 2 hari sebelum majlis bermula. Nervous gila masa tu seolah2, aku pulak yang nak kawin!hahahaha.
Sebenarnya post ni aku nak send lama dulu tapi tak sempat coz sibuk gila dengan semester baru yang dah kurang lebih tiga minggu berlalu. Setakat ni aku boleh catch up la apa yang lecturer ajar. So back to our business, pasal aku kena jadik bidan terjun hari tu. Kalu korang nak tahu, abis kawan aku hantar mesej termasuk Rosmini dengan Piji. Huhuhu…takut gila aku dibuatnya, tapi at the end, senang rupanya nak jadi pengapit. Ala..ala maid of honour gitu.huhuhu..
So majlis yang memakan masa lubih kurang tiga jam tu, taklah terasa lama sangat. Sekejap je rupanya, tapi terbakar jugaklah aku kena terik panas matahari. Yelah, pakai baju melayu siap bersampin lagi. Dahlah aku ni kuat berpeluh!.
Sepanjang aku aku kat kampong aku, Parit Sulong, Batu Pahat, aku sempatlah melawat beberapa tempat bersejarah kat sana termasuk Parit Sulong Memorial, temapt dedikasi orang British terhadap perjuangan orang Parit Sulong menentang penjajah. Tapi, agak menyedihkan temapat seperti tugu itu tidak dipelihara elok. Kelihatan beberapa cebisan sampah sarap memenuhi kawasan taman permainan berdekatan. Apapun, aku harap MPBP, dapat menyediakan beberapa inisiatif untuk memelihara kawasan itu dari ditelan zaman.
Next post, aku akan bercerita tentang Trilogi Pembalsan Dendam…hahahaha…
Selamat tahun baru 2009!!!


Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED