Friday, December 21, 2012

Review: Tiga Kali Untuk Sebuah Harmoni (Pitch Perfect)



Bukan satu, bukan dua…tetapi tiga kali menontonnya.

Gosh!


 Filem itu adalah Pitch Perfect lakonan Academy Award Nominee Anna Kendrick, Award Winning Musical Actor Skylar Astin, Anna Camp, Brittany Snow dan Rebel Wilson.

Apa boleh dikatakan dengan teen chick flick ni? 90% fresh, entertaining and worth watching!

 

Filem ni bercerita tentang Becca (Anna Kendrick- Up in The Air) seorang pelajar baru yang rebel dipaksa bapanya untuk mendapat pendidikan di sebuah universiti. Becca lebih berminat untuk menjadi DJ, hasilkan musik dan hidup berdikari di Los Angeles sehinggalah diminta bapanya untuk join satu kelab di university tersebut. Disitulah segalanya bermula bila Becca menjadi ahli acapella Barden Bellas dengan satu misi, memasuki pertandingan akhir International Championship Collegiate Acapella (ICCA) dengan tradisi lagu-lagu lama dan membosankan. Dalam perjalanan meniti kejayaan, dia berkenalan dengan seteru Bellas iaitu Trebelmakers dan ahlinya Jesse (Skylar Astin- Wreck It Ralph) dan ragam ahli kumpulan Bellas; Aubrey (Anna Camp- The Help) ketua yang sangat controlling, Chloe (Brittany Snow- Hairspray) yang lebih toleransi dan Fat Amy (persembahan luarbiasa ala-ala Adele oleh Rebel Wilson- Ice Age-Continental Drift). Konflik silih berganti sehinggalah Becca dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Barden Bellas menghadapi ‘alunan’ terakhir di ICCA. Mampukah beliau?

Amboi synopsis aku!

Actually aku teringin gila nak tonton filem ni di pawagam sejak kali pertama menonton trailernya di youtube. Just nak google up apa dah jadi pada calon Oscar dalam filem Up in the Air (Anna Kendrick) kemudian terjumpa link ke trailer filem ni. Selepas itu aku download pula Original Soundtrack nya.  For me, its amazing sehinggalah aku tak jumpa waktu yang sesuai untuk menontonnya di panggung! Damn with a capital D!!!

 

Usah cerita tentang bakat aktor dan aktres dalam filem ni. Dari sebesar watak hingga sekecil watak, semuanya pandai menyanyi. Speechless bila lihat babak menarik seperti ujibakat 16 bars Since You Been Gone (lagu meletup Kelly Clarkson) dibuat dengan sangat cantik!  Begitu juga babak beberapa kumpulan acapella ni battle dalam Riff Off. Awesome! Pilihan lagu juga menarik dan up to date selain diberi nafas yang baru.

 

Pitch Perfect dilihat sebagai sebuah filem yang menerangkan bahawa perbezaan itu tidak akan kemana-mana jika kita bersatu hati dan sentiasa bekerjasama dalam memberi yang tebaik. Musical ini segar malah mendapat pujian kritik dan box office di USA untuk beberapa minggu. Khabarnya (aku google bagai nak gila) filem ni bakal ada sequel tahun depan! I  wanna hear another cover songs! 

 

Lima bintang untuk Pitch Perfect! (Keep repeating few scene while I am completing my work. Gosh!)



#1 Lama tak update. Maafkan hamba. Perlu adjust masa yang makin menghimpit sibuk, kecelaruan hati yang semakin lama semakin pulih. Alhamdulillah.

#2 Penantian yang ditunggu-tunggu bakal berakhir tak lama lagi. Tak sabar nak share dengan korang semua okey!

#3 InsyaAllah aku akan pastikan blog ni takkan berhabuk lagi.

#4 Jumpa beberapa link untuk Filem Bahasa Asing Golden Globe untuk disedut seperti kisah pengembaraan “Kon-Tiki”, kisah cinta diusia tua dan persembahan hebat Emanuel Riva dalam “Armour” dan skandal keluarga bangsawan dalam “The Royal Affair”. Wish wakil Malaysia ke Oscar, Bunohan tercalon untuk kategori itu.

2 comments:

MR. SYAH said...

lama xtgk wayang sejak2 jd penganggur ni.. hahaha..

p/s ; abg bakal kluar novelkan? heheh.. jika benar tahniah!

Faizal Sulaiman said...

MR. SYAH ---> hehehe kita donlot je shah :D

oho ye, nantikan yek :D

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED