Saturday, December 29, 2012

Update Sabtu & Coret Coret 2012

# 1 
Jarang aku update hari Sabtu. Salah satu sebabnya aku guna internet dengan telefon maka memang tak sempatlah nak update blog. Sounds lame, but it happen! hoho. InsyaAllah 2013 aku lebih kerap update blog. (Banyak janji dah aku taburkan) hohoho

#2
2012 ajar aku banyak benda, especially soal hati dan perasaan. I'm not gonna talk about it here but aku harapkan 2013 memberi sesuatu yang baru dalam hidup. Pentingnya tak perlu cari, biar ia datang sendiri. It more natural I guess :)

#3
Alhamdulillah tahun 2012 berjaya juga meletakkan diri ini menjadi penulis untuk buku yang diterbitkan. Thanks to Mr Amir Muhammad for giving this opportunity to write at Fixi. Mac 2012 menyaksikan cerpen pertama aku diterbitkan dengan judulnya "Kopi Julia" dalam antologi Cerpen Kopi. Paling gembira bila Kopi Julia diterjemah dalam bentuk visual hasil arahan Tan Bee Thiam. Jujur. Itu momen paling seronok dalam hidup. Selepas Kopi, Antologi Bola pula menyusul sekitar November dengan aku menyumbangkan cerpen "Sesaat Ke Gawang". Alhamdulillah1. Ada yang suka. Ada tak suka. Biasalah, Adat kan. Yang penting cerita itu dibaca dan dinikmati. InsyaAllah sesuatu yang besar dalam karier penulisan yang aku ceburi ni. Well, tunggu sampai 31 Disember 2012. Pengumuman akan dibuat. Gitu!

#4
Sudah nak masuk 4 tahun dalam bidang pengajaran. May Allah ease everything :) Moga rezeki berkat.

#5
Terima kasih kepada pengunjung blog, Tukang komen, followers yang sudi singgah blog ni. Banyak shorties mahupun siri yang korang baca. Well yang terakhir "Gemersik" akan disambung mulai Januarri 2013. Aku tak cukup kuat untuk sambung cerita tu, sebab kesibukan. Bukan sebab lain pun. Hihi.

#6
Enjoying the last moments in 2012 before 2013 comes foward. Smile and keep living! :)

#7
Aku suka aktress Jessica Chastain. Watak-watak yang dibawa dalam filem selalunya beri impak.

Friday, December 21, 2012

Review: Tiga Kali Untuk Sebuah Harmoni (Pitch Perfect)



Bukan satu, bukan dua…tetapi tiga kali menontonnya.

Gosh!


 Filem itu adalah Pitch Perfect lakonan Academy Award Nominee Anna Kendrick, Award Winning Musical Actor Skylar Astin, Anna Camp, Brittany Snow dan Rebel Wilson.

Apa boleh dikatakan dengan teen chick flick ni? 90% fresh, entertaining and worth watching!

 

Filem ni bercerita tentang Becca (Anna Kendrick- Up in The Air) seorang pelajar baru yang rebel dipaksa bapanya untuk mendapat pendidikan di sebuah universiti. Becca lebih berminat untuk menjadi DJ, hasilkan musik dan hidup berdikari di Los Angeles sehinggalah diminta bapanya untuk join satu kelab di university tersebut. Disitulah segalanya bermula bila Becca menjadi ahli acapella Barden Bellas dengan satu misi, memasuki pertandingan akhir International Championship Collegiate Acapella (ICCA) dengan tradisi lagu-lagu lama dan membosankan. Dalam perjalanan meniti kejayaan, dia berkenalan dengan seteru Bellas iaitu Trebelmakers dan ahlinya Jesse (Skylar Astin- Wreck It Ralph) dan ragam ahli kumpulan Bellas; Aubrey (Anna Camp- The Help) ketua yang sangat controlling, Chloe (Brittany Snow- Hairspray) yang lebih toleransi dan Fat Amy (persembahan luarbiasa ala-ala Adele oleh Rebel Wilson- Ice Age-Continental Drift). Konflik silih berganti sehinggalah Becca dipertanggungjawabkan untuk mengetuai Barden Bellas menghadapi ‘alunan’ terakhir di ICCA. Mampukah beliau?

Amboi synopsis aku!

Actually aku teringin gila nak tonton filem ni di pawagam sejak kali pertama menonton trailernya di youtube. Just nak google up apa dah jadi pada calon Oscar dalam filem Up in the Air (Anna Kendrick) kemudian terjumpa link ke trailer filem ni. Selepas itu aku download pula Original Soundtrack nya.  For me, its amazing sehinggalah aku tak jumpa waktu yang sesuai untuk menontonnya di panggung! Damn with a capital D!!!

 

Usah cerita tentang bakat aktor dan aktres dalam filem ni. Dari sebesar watak hingga sekecil watak, semuanya pandai menyanyi. Speechless bila lihat babak menarik seperti ujibakat 16 bars Since You Been Gone (lagu meletup Kelly Clarkson) dibuat dengan sangat cantik!  Begitu juga babak beberapa kumpulan acapella ni battle dalam Riff Off. Awesome! Pilihan lagu juga menarik dan up to date selain diberi nafas yang baru.

 

Pitch Perfect dilihat sebagai sebuah filem yang menerangkan bahawa perbezaan itu tidak akan kemana-mana jika kita bersatu hati dan sentiasa bekerjasama dalam memberi yang tebaik. Musical ini segar malah mendapat pujian kritik dan box office di USA untuk beberapa minggu. Khabarnya (aku google bagai nak gila) filem ni bakal ada sequel tahun depan! I  wanna hear another cover songs! 

 

Lima bintang untuk Pitch Perfect! (Keep repeating few scene while I am completing my work. Gosh!)



#1 Lama tak update. Maafkan hamba. Perlu adjust masa yang makin menghimpit sibuk, kecelaruan hati yang semakin lama semakin pulih. Alhamdulillah.

#2 Penantian yang ditunggu-tunggu bakal berakhir tak lama lagi. Tak sabar nak share dengan korang semua okey!

#3 InsyaAllah aku akan pastikan blog ni takkan berhabuk lagi.

#4 Jumpa beberapa link untuk Filem Bahasa Asing Golden Globe untuk disedut seperti kisah pengembaraan “Kon-Tiki”, kisah cinta diusia tua dan persembahan hebat Emanuel Riva dalam “Armour” dan skandal keluarga bangsawan dalam “The Royal Affair”. Wish wakil Malaysia ke Oscar, Bunohan tercalon untuk kategori itu.

Thursday, December 13, 2012

Review: Hidup Tidak Bahagia (Les Miserables)



Dari Pemenang Anugerah Akademi, Tom Hooper (The King's Speech) membawakan sebuah visual dari persembahan teater muzikal tersohor dunia iaitu "Les Miserables". Sebutannya (Ley Miserab)

Aku menunggu filem ini dengan sabar. Nak-nak bila fav actress Anne Hathaway dipertanggungjawabkan untuk memegang watak Fatine, seorang pekerja kilang yang terpaksa dibuang kerja dan mempunyai anak perempuan bernama Cosette. Cosette hidup melarat akibat maknya dibuang kerja. Lebih teruk, Fatine terpaksa jual rambut panjangnya dan giginya untuk dapatkan wang dan terus survive. Fatine mati kerana tuberculosis tak lama selepas itu.


Turut membintangi filem muzikal ini adalah Hugh Jackman, Amanda Seyfried, Russel Crowe, Helena Bonham Carter dan Sacha Baron Cohen.

Filem ini mula ditayangkan pada 25 Disember 2012

Wednesday, December 12, 2012

Review: Adiwira Lelaki Besi (Trailer: Man of Steel)

Lama tak update.

Now nak update pasal trailer terbaru dari pengaran Watchmen dan penerbit Trilogy Batman: Dark Knight Rises ni.

Man of Steel adalah filem re-boot mengenai Superman (yang femes dilakonkan Christopher Reeve) bakal menjengah pawagan Julai 2013!

Filem ini dilakonkan Henry Cavil (he's Australian with American Role), Amy Adams, Diane Lane, Micheal Shannon dan Russell Crowe.

Apa aku boleh simpulkan menerusi trailer ni ia lebih gelap (seperti franchise Batman-Christopher Nolan) dan ia lebih humanity.

Jom tengok trailer nya :)





Thursday, December 06, 2012

Resah

# Lama sangat tak update blog. Bizi.
# Mungkin keep on track pada minggu depan
# Nikmatilah lagu ini. Lama cari lagu ni. Sekitar 2010 baru jumpa. Ada 2 versi.

Versi 1
 


Versi 2
 

Kedua-duanya berduet dengan pemain bola sepak Indonesia terkenal waktu itu;  Adjat Sudrajad. Aku bayangkan kalau pemain bola sepak Malaysia berduet dengan penyanyi terkenal kita (Dato Siti ke). Acane jadiknye yek. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR