Thursday, February 21, 2013

Review: Kasih Sayang Tiada Batasan (The Impossible)



Agak terlewat nak update blog sebenarnya. Sawang bai blog aku ni. Ni semua gara-gara smartphone. Ha ha ha

 

Well aku sekarang dalam pemburuan untuk menonton filem calon Oscar musim ni dan salah satunya adalah The Impossible.

Filem berdasar kisah benar ini memetik ahli keluarga Maria Belon (dalam filem ni menggunakan family name Benette) yang terselamat dalam bencana Tsunami yang melanda Asia lewat 2004. Tragedi yang meragut hampir berjuta manusia itu tentunya menjadi mimpi ngeri mangsa.

 

Filem dimulakan cantik dengan pemandangan menawan laut sebelum diganggu tiba-tiba dengan bunyi kapal terbang  yang bising (and the sounds scary too: metafora kepada filem ni. Laut yang tenang sebelum diserang tsunami yang menakutkan tanpa kira waktu) sebelum audiens dibawa berkenalan dengan family Benette. Percutian di Kho Lak Thailand yang dijangka membawa keseronokkan, akhirnya musnah apabila tsunami melanda lalu memisahkan Henry (dilakonkan oleh Ewan Mc Gregor) dan Maria (Naomi Watts) bersama-anak masing-masing.

Di sinilah nilai kasih sayang seorang ibu dan anak teruji!

 

Filem ini hebat dari segi permainan CGI tsunami yang real selain lakonan menyakinkan pelakon cilik yang memainkan watak anak-anak Maria & Henry iaitu Lucas, Thomas dan Simon. Semangat survival yang diwujudkan dalam filem ni juga berkesan. Begitu juga babak sedih pertemuan tiga beradik itu. Sumpah! Meruntun hati!

Bagi aku filem The Impossible ni lebih baik dari Zero Dark Thirty propaganda itu kerana sifat humanity nya lebih menonjol selain lakonan Naomi Watts yang terbaik!

TRIVIA:

  
Keluarga sebenar Maria Belon & Lucas Belon

 Naomi Watts dan pelakon yang memainkan watak anaknya (Lucas) terpaksa berendam di dalam satu kolam besar selama seminggu, dipenuhi air dengan sisa kotor dengan ombak buatan ketika di lokasi The Impossible. Maria Belon turut sama berada di lokasi bagi berkongsi pengalaman ngeri nya ketika bertarung dengan maut sewaktu Tsunami melanda.

  
Kolam besar yang digunakan para pelakon

Naomi Watts dicalonkan Best Actress in a Leading Role Oscar tahun ini menerusi filem ni. Ini merupakan kali ke dua beliau dinominasi kategori yang sama selepas melakonkan watak isteri yang mempunyai masalah mental dalam 21 Grams (tewas di tangan Charlize Theron, Monsters)

Antara filem disaster movie (kebanyakan based on a true story) yang berbaloi untuk ditonton adalah filem “Aftershock”, kisah tanah runtuh yang meragut separuh daripada penduduk Tangshan, China. Filem “Toolampuk”, kisah bah besar yang membunuh kebanyakan muslim di Thailand ataupun filem Hafalan Shalat Delisa juga berkisar bencana Tsunami. Malaysia bila lagi nak buat disaster movie yek?

2 comments:

Aqim Razali said...

Betul tue menanti cerita macam nie versi Malaysia juga. Baru gempak kan.

Faizal Sulaiman said...

Muhammad Mustaqim Razali---> tulah Kim. Bajet kot kekangannya

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED