Aku like fenpej filem Kolumpo di
FB makan bulan jugak rasanya.
Nyata penantian mahu menyaksikan
filem omnibus ini tidak sia-sia. Kolumpo muncul ditengah-tengah kesesakan
peminat filem Melayu yang lekeh (oh aku guna perkataan ni), semberono
(perkataan ini lagi), entah apa-apa, komersil kosong, cinta-seram tak
habis-habis dan Kolumpo seolah hero/heroin yang disampaikan dengan segar,
mendidik, natural dan dekat pada nurani.
Antologi 3 kisah yang termuat di dalam Kolumpo ini mudah. Dari kisah
pertama (aku suka gila metafora Rahul dan pemandu kereta sapu lintah
darat—dimainkan dengan cemerlang oleh Sabri Yunos yang meninggalkan Rahul di
tengah jantung KL ; dua sungai yang menjadi sejarah nama Kuala Lumpur. One
word. Cantek !) Kritikan demi kritikan disampaikan menerusi Cerita 1
sangat baik.
Kisah 2 pula berkisar tentang
middle aged women yang tersepit dengan permintaan ibunya yang mahu jodohkan dia
dengan lelaki yang tak dikenali lantas mengambil keputusuan untuk mengendahkan
panggilan ibunya. Ditengah konflik yang bertelagah itu, dia bertemu wanita tua
yang ‘tersesat’ dan mahu pulang.Cerita 2 ini mempunyai mesej yang jelas dan
Nell Ng memainkan wataknya dengan sangat berkesan.
Wahai juri Festival Filem
Malaysia, sesungguhnya persembahan Nell Ng layak dinominasi untuk Best Actress
in a Supporting Role. Dia bermasalah. Celaru dengan sikap ibunya yang mendesak.
Namun gigih juga menolong orang tua yang tak dikenalinya. Lantas bila kebenaran
tersingkap, dia pulang ke pangkal jalan, mencari ibunya yang ‘ditinggalkan’
melalui missed call.
Kisah 3 pula lebih ringan. Dekat
dengan remaja. Senang kata, beri
peluang pada diri sendiri untuk kenal erti kehidupan. Perkenalan Hafid
dan Siti NurHayy disifatkan singkat dan Amani menerusi watak ini kelihatan
sangat bertenaga, cemerlang, positive(every girls should have this), berani dan
#eh comel juga!
Tahniah penerbit. Tahniah
pengarah. Selepas KIL, Kolumpo antara sajian menarik yang wajib tonton dan
perlu dibikin lagi filem seperti ini.
No comments:
Post a Comment