Sekejap je nak habis 2013 ni.
Tak terasa pun.
Untuk blog, rasanya tahun ni paling banyak tak update entry. Entah tak tahu kenapa.
For the record, tahun 2013 ni sebenarnya banyak meninggalkan pengalaman manis baik dari segi kerjaya mahupun penulisan. I am so happy with it.
1. Novel debut Sumbat terbitan Buku Fixi berada di pasaran mulai Januari 2013. Tuhan saja tahu betapa gembiranya perasaan ni. Launching di Gravy Baby masa tu. Datang lambat untuk launching buku sendiri bersama-sama blogger Iyllienaz masa tu. Malu!
2. Dapat peluang lagi dengan Buku Fixi sekitar Mac untuk menulis antologi cerpen yang dimuatkan dalam KLCC sempena ulang tahun pencakar langit itu yang ke 15. Launching di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka. Datang bersama blogger Razor Yusof yang sangat baik hati tu :D Cerita yang ditulis, Izzaq turut diselitkan dalam teater khas untuk pelancaran KLCC.
3. Sekitar September. Sebetulnya menerusi pertandingan menulis cerpen bertemakan Fobia, anjuran Buku 3 Lima dan syarikat penerbitan Roman (kepunyaan Khairulnizam Bakeri) aku menghantar satu cerpen "Bilik F01314". Alhamdulillah. Rezeki orang kata. Dapat bersama beberapa penulis semasa launching Antologi Fobia ni. Seronok!
4. Antologi Cerpen pertama yang memuatkan cerpen tulisan sendiri akhirnya diterbitkan oleh Buku Fixi pada awal Disember lalu. Syukur. Memuatkan 30 cerpen dan pastinya korang akan menjatuhkan dagu. ha ha ..promo.
5. Paling akhir adalah antologi cerpen bersama Buku Hitam Press, Maut Sebelum Ajal. Aku rasa ini untuk pasaran tahun depan. Cerpen aku berjudul "Mana Mayat Dani"
***
#1. Moga bos Buku Fixi panjang umur. Moga company ini bertahan dengan menghasilkan karya tidak stereotype dan mencabar minda. Terima kasih atas begitu banyak peluang yang diberi.
Member office lama berkepoci. Sempat aku snap. hahaha |
#2. Sudah berpindah kerja di Sarikei, Sarawak. Cari angin baru (konon) ha ha ha.
#3. Mungkin seatback kejap dari menulis cerita panjang-panjang. Tweet
4 comments:
dpt cikcur dgn penulis sumbat di akhir2 tahuyn 2013, itu antara kenangan manis buat tahun ini...
=)
shandye:---> kaaan! kenangan manis di bulan disember katanya :D
Salam ukhuwah dari BUNDA...
good luck!
Post a Comment