Kali terakhir membuat review album Dato Siti Nurhaliza
adalah sekitar 3 tahun lepas ketika beliau berkolaborasi dengan Kris Dayanti
menerusi album CTKD. Umum mengetahui revolusi Siti dengan muziknya sangat berkembang sejak
Transkripsi ataupun menerusi album tradisional kegemaran aku Lantera Timur.
Komposisi kematangan muzik itu berterusan dalam terbaru
beliau, Fragmen. Album studio ke 15 beliau ini memuatkan 9 lagu, which is all
songs are really good.
Aku.
Siti dan elemen feminist memang berpisah tiada. Sejak album
Hadiah Daripada Hati (Wanita) kemudian CTKD (fiercely dalam Amarah) semangat
kewanitaan dalam setiap karyanya tak pernah luntur. Ok. She’s a women. Memang
patutlah kan. Susunan music upbeat ini patut diberi pujian dan sangat sesuai
diletakkan sebagai track utama
Jaga Dia Untukku
Ada suntikan Russian Roulette didalamnya. Sedikit dark –
ballad. Liriknya menyentuh.
Mula dan Akhir
Tak menjangka ini adalah hasil Awi Rafael. Beautifully
arranged yet lirik ketuhanan yang sangat baik. Khabarnya ada yang menangis
dengar lagu ni waktu bulan puasa? Ha ha ha
Kau Sangat Bererti
Tak berapa menggemari track ini. Sorry sitizoners.
Sanubari
Liriknya ikhlas. Mungkin Siti khususkan untuk suami beliau.
Membandingkan dengan Kau Sangat Bererti, Sanubari mempunyai alunan vocal yang
lebih padu dan mantap.
Terbaik Bagimu
Fav track. Rasa
kekecewaan menerusi liriknya disampaikan dengan baik.
Warna Dunia
Ada pengaruh KPOP Nobody But You di awal lagu. Pop Lin Li Zhen
ini boleh buat kaki dan kepala bergoyang sama
Membunuh Benci
Liriknya puitis. Hairul Anuar Harun kot. Komposisi pianonya
juga mencengkam. Vokal Siti terkawal dan sangat baik menerusi alunan ini.
Hiruplah
secangkir kenangan
Walau panas pahit rawan
Hanya itu termanis terindah
Walau panas pahit rawan
Hanya itu termanis terindah
Ada
rindu yang tertangguh
Tika hati luka luluh
Tersembunyi nazakmu dalam khilafku
Tika hati luka luluh
Tersembunyi nazakmu dalam khilafku
Puitis kan?
Lebih Indah
Fragmen ditutup kemas dengan
Lebih Indah. Walaupun sudah diputar banyak kali di corong radio, track ini
sedap didengar,
Fragmen segar dari segi
penyusunan music walau aku mengharapkan alunan balada ciptaan Adnan Abu Hassan
terselit dalam album ini, seperti kemuncak beliau di tahun 90 an. Aku rindu
balada seperti Jerat Percintaan, Kau Kekasihku atau Kesilpanmu Keegoanku. Aku
oldschool? Taklah. Fragmen tetap menghiburkan. Percubaan Siti dalam
menghasilkan karya segar dalam albumnya wajar dipuji. Hampir kesemua lagu dalam
Fragmen ni aku suka. Ini agak mengejutkan sebab kesukaan ini tak seperti kali
pertama aku mendengar “Safa”, “E.M.A.S”, “Deskripsi Seni” dan “Hadiah Daripada
Hati”. Fragmen mengingatkan aku ketika kali pertama mendengar “Pancawarna”
which is almost out of 10, I loved most of them especially “Kurniaan Dalam
Samaran.” Vokal ala Jepun tu sangat menjadi k!
Saya bukan sitizoners :D
But I do support her cause she’s
good.
Tweet
4 comments:
sape ntahhhh.... yg tulun carik website nak beli online kat dia...
*batuk*batuk*batuk*
hahaha terima kasih daun keladi @Shandye
prasasti seni ye awak
huhu
bukankosong---> wargh ha'a. hehe.
terima kasih betulkan :D
Post a Comment