Penantian selama 3 tahun ternyata berbaloi. Filem terbaharu
Osman Ali yang sememangnya cukup sinonim dengan genre
drama-cinta-komedi-romantik akhirnya menemui penonton pada 24 September
lepas.
Kehebatan
Jwanita adalah terletak pada lakonan dan kerja teknikalnya. Jwanita di tangan
Maya Karin kelihatan sangat cemerlang.
Kita boleh lihat bahasa mata Jwanita ketika beliau tertekan, keliru,
licik, perasaan ingin membunuh dan rasa benci kepada adiknya sendiri Julaika. Malah
bahasa tubuh Jwanita yang disampaikan secara sensual kepada Dr Farhan juga
disampaikan dengan sangat baik. Malah,
persembahan Maya Karin kali ini pasti tidak akan dilupakan peminat seperti
persembahannya terdahulu sebagai Meriam, Maria dan Pontianak (PHSM1&2),
Johanna (Anak Halal), Putri (Duyung), Bella (Pisau Cukur), Luna Latisya (Cun),
Izzah (Ombak Rindu) mahupun Katerina (Lagenda Budak Setan). Satu kepuasan dapat melihat pemenang Aktres
Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke 49 ini beraksi. Maya kelihatan seperti
kerasukan, obsess, gila dan mental disepanjang Jwanita di tayangkan.
Lakonan
Cristina Suzzanne juga tidak menghampakan. Sisi putih penuh lemah lembut
Julaika menyerlah, mengimbangi watak hitam Jwanita. Malah peranan Julaika ini
melenyapkan terus imej sempoi Cris seperti lakonannya dalam CEO atau drama
Puteri Bukan Nama Sebenar. Marsha Milan juga memberi persembahan yang sangat
memberangsangkan. Apa yang saya suka tentang Marsha dalam Jwanita adalah
peranan dramatik beliau dalam filem ini. Hilang terus imej gadis gedik manja
yang pernah Marsha bawakan dalam filem atau dramanya yang terdahulu.
Kesan
solekan (kudos to Ella Sandera and the team) sangat mengesankan. Malah boleh
dikategorikan sebagai yang terbaik dalam industry filem tempatan. Kali pertama
saya jatuh cinta dengan teknik solekan prostetik Ella Sandera adalah menerusi
filem Karak (terbitan KRU) dan kali ini menerusi Jwanita, hasil kerja itu
sangat cemerlang dan mengagumkan. Malah
darah sintetik yang melatari Jwanita juga kelihatan sangat real dan mengerikan.
Pujian juga kepada pengarah Osman Ali yang berjaya menyuntik elemen seram dalam
Jwanita baik dari segi skor music, kesan CGI ataupun kerja kamera yang
mendebarkan.
Namun,
ada sedikit plothole dari segi jalan cerita Jwanita. Terutama kemunculan
pasangan bomoh yang tidak diceritakan dengan jelas ataupun penceritaan hubungan
Jwanita dan Dr Farhan (yang membuat saya menganggap minit-minit terakhir janji Dr
Farhan hanyalah ilusi Jwanita yang terlalu obsess dengan lelaki itu)
Apa-apa
pun sebagai sebuah filem saiko-seram-slasher, Jwanita mampu membuat anda resah
di tempat duduk. Malah kejutan-kejutan dalam filem ini juga antara yang terbaik
selepas Khurafat. 10 bintang untuk Jwanita! Jadi bagi siapa yang belum tonton, cepat-cepat book tiket sekarang!
PS: Sepanjang perjalanan balik dari menonton, saya agak
terganggu dengan lakonan Maya Karin. Agak disturbing. But in the best way sebab
her outstanding performance!
1 comment:
saya baru tgk trailer, seriously, tak berani nk tgk movie dia,,haha
Post a Comment