Tuesday, March 13, 2012

Review: Maskulin, Dendam, Pengkhianatan (Bunohan)


Bila menyaksikan filem ini dengan seseorang yang boleh berkongsi rasa, memahami butir cerita dan menolong diri ini memahamkan beberapa metafora, menonton Bunohan menjadi sebuah pengalaman terindah.

Bunohan, keindahan ceritanya terletak pada latar alam maha luas, subtle mencengkam seperti 'cerita dalam cerita' wayang kulit, layar terkoyak, semak samun yang tiada pilihan, lontaran kata bual penuh makna (walaupun dipersembah dalam dialek Kelantan, filem ini sangat memikat), latar musik yang asyik dan mitos Main Puteri yang sememangnya bukan sebuah psuedo event yang boleh dibuat-buat.

Bunohan simple sebagai sebuah premis cerita. Kisah adik beradik, berlainan ibu; berebut tanah dan pembangunan dari tanah yang dicabul. Bagaimana si ayah berusaha keras mempertahankan seni wayang kulit, si anak yang luar tampak sopan, terpelajar; hakikatnya pandai 'main wayang' berbanding dua adik beradik yang lebih real menangani kehidupan yang buas.

Bunohan ditampil dengan bijak, cerita disusun dengan non linear, dimana di akhir cerita adalah revelation--pelengkap kepada 'cerita dalam cerita' ini. Lakonan semua pelakon tak perlu dipertikai. Adalah hairan kalau Festival Filem Malaysia akan datang tak menganugerahkan Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Nam Ron atau Wan Hanafisu sebagai penerima.

Tengku Azura yang tampil hanya 5 babak nampak cukup berseni sebagai Mek Yah, bekas penari yang bertukar menjadi buaya putih. Kekuatan Mek Yah menyimpul cinta pada sang suami dilihat sebagai 'Pinpoint' dalam Bunohan, walaupun dialek Mek Yah 'suppo sie kawe mendengarnya' (seperti siam saya mendengarnya). Kesilapan minor yang lekas aku maafkan selepas revelation Mek Yah itu akhirnya diketahui audiens.

Bunohan hadir dengan sebuah karya laki-laki yang lengkap, penuh pengajaran tentang kasih sayang, mengatasi segalanya. Malah sebab kasih sayang jugalah saudara berbunuh, dendam yang tak sudah dan wang adalah mainan hujung jari jika kau mahu sebidang kuasa untuk hidup sempurna.

Filem ini adalah transisi terbaik filem Malaysia selepas Jogho, Layar Lara, Kala Malam Bulan Mengambang mahupun Cinta. Dari segi komersil, aku tak boleh jamin filem ini mampu mencapai kutipan box office sebab bersaing dengan filem rempit tak sudah itu. Namun, jika nak tayangkan filem ini pada deligasi luar, serius aku tak malu!

4 comments:

Adam Mikhail said...

cilakak ko boleh paham cerita ni? aku dah 2-3 hari tengok baru boleh paham sikit-sikit.

Faizal Sulaiman said...

Adam Mikhail ---> hahaha
mestila aku faham:)

hehehe

ye je ko baru 2-3 kali tengok baru faham.tak cayelah aku

Ulasan dan Kesilapan Filem ADNAN SEMPIT 2 (klik) said...

stuju dengan review ni.. memang takkan malu di dunia luar..

Faizal Sulaiman said...

Ulasan dan Kesilapan Filem ADNAN SEMPIT 2 (klik)---> yup!!

bangga dengan filem ni

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED