Tuesday, February 21, 2012

Shortie: Sesal


“Ini dah sesi yang ke tiga. I’m hoping you getting better”

Lis diam. Tak peduli sangat apa suaminya nak cakap.
Steve memandu Viosnya sambil menanti jawapan balas si isteri.
Punat radio ditekan.

Alunan Sorry Seems to Be the Hardest Word berkumandang.

“Turn the damn radio la Steve!”

Lis memberontak. Mengusutkan rambutnya, mempedulikan si suami yang akur dengan terpaksa.

“Is it about the sessions? Awak tak suka sesi yang kita buat tu ke?”
“Orang gila je suka sesi-sesi kaunseling bodoh macam tu”
“I am trying here, Lis. Saya cuba! Saya harap awak bagi kerjasama!”

Lis menjeling suaminya benci.

Fuck!

“Go to hell with trying! I am tired of it la Steve!”

Pekikkan Lis membuatkan Steve panas telinga.
“Ooo… you ingat you sorang la penat? You sorang la stress? Kerja I yang melambak tu siapa nak siapkan?”

Steve melawan balik. Lis menghela nafas tak puas hati.

“This is how you treat your wife? Sibuk dengan kerja dan tak peduli dengan isteri yang ada masalah?”
“Bila masa I tak peduli? I temankan you tiap kali kita pergi kaunseling! And it ended up with you bitching around kata you stress konon-konon you dah habis mencuba?”

Lis memandangnya dengan satu perasaan yang sangat geram. Air matanya lekas bertakung.

“And now I’m a bitch?”

Kereta sudah diparkir di laman rumah dua tingkat itu. Lis membuka pintu Vios pantas sambil berpaling memandang suaminya benci.

“Fuck you!”

Dia menghempas pintu dengan kuat, berjalan menghentak kaki ke dalam rumah.
Steve mengeluh kesal. Dia menyertai Lis lima minit kemudian.
Kelihatan Lis sedang sibuk menuang breakfast cereal ke dalam mangkuk lalu dituang sedikit susu.

“Makan malam belum siap!”, bentaknya melihat kelibat Steve.
“Saya tak suruh awak siapakan makan malam!”, balas lelaki itu selamba.

“Dahtu? Terjengah-jengah macam kucing minta ikan ni pasal apa?”
“I want to check up on you. What you are doing?”
“I’m doing great! Thank you for asking! Tak payah susah-susah”
Steve tak puas hati. Matanya memerhati breakfast cereal yang masih tak terusik.

“Cereal tu sapa punya?”

Lis diam. Mengirai rambutnya kebelakang lalu menjawab selamba.

“Zach kan? His favorite”
“Lis?”
“Kejap lagi dia makan la tu”
“Do you hear me, Lis?”
“Kalau dia lambat makan, it’s getting cold and soggy. Dah lembik kang tak sedap!”

Steve maju ke arah isterinya. Menggapai pipinya, menekup wajah murung itu lalu dihadapkan ke mukanya sendiri.

“Zach dah takde”
“Dia pergi mana?”
“He’s dead!”
“What?”
“In car accident”

Lis merenggut cengkaman Steve. Cuba membebaskan dirinya. Wajahnya ditekupkan. Tangisannya kedengaran. Perempuan itu kembali merenung suaminya dengan pandangan tajam.

“I remember that night. You buru-buru nak keluar rumah dan terlanggar dia, kan?”
Steve menghela nafas. Terbit satu perasaan paling tak enak dikepala. Bersalah.

“I admit it was my fault”

Air mata wanita itu tak tertahan-tahan.

“Memang salah kau! Kau sebabkan kematian anak kita!”
“It was an accident!”
“You killed him!”
“Buat apa saya nak bunuh dia, Lis! Dia anak saya”
“Is it never occurred to you to apologize? Feel guilty all the time? Suffer?”

Lis memekik sekuat hatinya, mempedulikan jika jiran-jiran pasang telinga.
Steve diam mati akal. Lis mengepam bibir. Air matanya deras mengalir laju.

“Dua bulan saya cuba lupa dia. But I can’t”

Steve angguk pasrah. Lis menyambung lagi.

“Saya mengandungkan dia. Lahirkan dia. Even tahu breakfast cereal kegemaran dia!”, pekik Lis terus maju ke arah Steve, memukul-mukul dada suaminya.

Dia menangis lagi. Steve menenangkan.

“Zach selalu cakap… “mom, you are strong”… I guess saya tak mampu pikul semua tu”

Steve mengusap rambut Lis.
“Awak boleh”

Lis menghela nafas dalam-dalam. Wajah suaminya dipandang dalam-dalam.

“Saya yakin awak boleh tempuhinya. Kita sama-sama akan tempuhinya”

Dalam sisa tangis yang masih berbaki, Androidnya diraih pantas. Mendail tak tentu hala.

Talian bersambut.

Perempuan itu mengumpul kekuatan.
Tekadnya sudah bulat.

“ I want to check in myself…for a nervous breakdown”

TAMAT

**
ps: Pra Tempahan Antologi Kopi dah bermula sekarang! Baik cepat-cepat tempah sebab KOPI takkan DIULANG CETAK. Cetakan hanyalah LIMITED EDITION saja. Rugi woo! Harga RM 20 sekali dengan postage cost. Kenapa harus beli? Sebab kat dalam tu menghimpunkan penulis-penulis berbakat dan karya yang rare!!

KLIK SINI untuk membeli

ps 2: Bagi mereka yang mengikuti perkembangan SegiJiwa. episod cliffhanger akan bersiaran pada Khamis ni, jam 6.40 am. Massive reveleation akan berlaku tau:P hehe


6 comments:

hanaahmad said...

suka ini! Kopi tu aku bercadang nak beli waktu pesta buku atau pekan frinjan sahaja nanti. ;)

ghost said...

mesti ada yang dipersalahkan bila suatu yang buruk terjadi.dan kebanyakan lelaki lebih suka diam dan mengalah.

KOPI tinggal ditunggu untuk dituangkan jer ke dalam cawan.

Anonymous said...

aku nk komen pun tak tau nak komen apa....ni komen tinggal jejak jer...huhu

Faizal Sulaiman said...

hanaahmad ---> thanks hanna:)

wah insyaAllah boleh berjumpa, kita:)

Faizal Sulaiman said...

ghost writer ---> dengan kata lain, lelaki lebih gemar beralah sebab tak nak tengok perempuan yang dia sayang mengalirkan air mata:)

Terima kasih bro!

Faizal Sulaiman said...

♕ Mr.IX ♂ --> hehehe

lama dah tak singgah blog ko weh:)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED