Friday, February 10, 2012

Review: Trailer Adiwira Labah-Labah (The Amazing Spider Man:Reboot)


3 Filem berfrancisekan adiwira superhero labah-labah ni berjaya mencatat kutipan memberangsangkan. Tiga filem terdahulu dihasilkan dengan bergayanya oleh Sam Raimi yang terus memperkenalkan aktor Tobey Maguire (terkenal dengan beberapa filem independent ‘Big Fish’) selain aktres Kristen Dunst (juga terkenal dengan filem indie seperti The Virgin Suicide).

Andrew Garfield akan jadi fenomena macam Tobey Maguire

Seantero dunia kenal dengan dua pelakon ni sebagai peranan Peter Parker dan Mary Jane Watson. Turut menjadi tempias adalah aktres Bryce Dallas Howard sebagai Gwen Stacy, Oscar Nominee- James Franco sebagai Goblin mahupun Topher Grace sebagai Edie Brock aka Venom.

Tinggalkan kejap perkara lama. Mari kita tonton lebih seronok lagi (mungkin)


Emma Stone..pujaan hati.Suara serak basahnya..cekci!

Filem reboot Spiderman ini berjudul The Amazing Spider Man dilakonkan oleh dua bintang baru (err tak berapa barulah bagi aku). Andrew Garfield (The Social Network) dan Emma Stone (The Help) kedua duanya sebagai Peter Parker dan Gwen Stacy dibantu oleh Martin Sheen, Oscar Winner- Sally Field (Makcik dan Pakcik Parker) dan Rhys Ifans (Harry Potter and the Deathly Hallows) sebagai Dr Curt Conner aka The Lizard


Alter ego Peter Parker!

Semua dah tahu premis ni, cuma installment pertama diceritakan bahawa Peter Parker sebenarnya bercinta dulu dengan Gwen Stacy dan mendapat superpower yang amazing lalu bertukar menjadi Spiderman. Kekuatan Parker tu secara tak langsung mencurigakan pihak polis (kerana usahanya menangkap penjenayah) selain penjahat The Lizard yang cuba memusnahkan bandar. Turut diselitkan beberapa plot tentang siapa bapa Parker sebenarnya.


Parker tika nerd!

Whewww jeng jeng jeng

Ini antara filem yang aku tunggu-tunggu selain Snow White and The Huntsman.

Nidiah penjahatnya!!!


Filem yang dijangka ditayangkan pada July 3rd 2012 ini mungkin bakal dikeluarkan dalam bentuk 3D

Lizard dah bertukar daa


TRIVIA:
A) Filem ni asalnya nak diterbitkan dalam sekuel ke 4 Spiderman. Tapi pihak Sony dan Columbia Pictures mencadangkan untuk menghasilkan reboot saja

B) Aktres Emma Stone mewarnakan rambutnya dari red headed kepada blonde, which is rambut asal Stone

C) Kedua-dua pelakon utama pernah dicalonkan dalam Golden Globe 2011 dimana Garfiled dicalonkan menerusi Best Supporting Actor (The Social Network) manakala Stone menerusi Best Actress Musical/Comedy (Easy A)

D) Andrew Garfield..teringat kat kucing oren yang malas tuh! But he’s hot anyway!


2 comments:

ghost writer said...

sengaja dibuat reboot utk menghidupkan semula watak peter parker yang baru.takde lar lepas nih penonton rasa janggal selepas bertukar hero dan heroin.

FaizalSulaiman said...

ghost writer---> yup.harap franchise yang ini taklah mengecewakan, bro. Ko minat spidey tak?hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR