Tuesday, March 19, 2013

Promo: Antologi Cerpen KLCC



Antologi ke 3 bersama Buku Fixi.

Thanks again Mr Amir Muhammad for this awesome opportunity.

Kali ni aku mempertaruhkan cerpen dengan judul "Izzaq". 

Siapa Izzaq?

Hint: Just regular guy yang kita nampak dalam kehidupan sehari-hari kita. 

Nak tahu lebih lanjut, bolehla mula plan buat pre order InsyaAllah Jumaat ni (terbaca kat tweet BukuFixi semalam dan aku terus retweet)

Antologi KLCC juga seperti Kakaknya Kopi dan Abangnya Bola dimana kedua beradik ni adalah limited edition. Jadi sementara peluang masih ada, cepat-cepat grab jangan sampai merghoyan pulak ye. ho ho ho

Senarai Line-Up
1. Jangan Terjun : Nadia Khan
2. Ground Zero : Khairul Nizam Khairani
3. Mata : Shaz Johar
4. Ripuk :  Hazrul Rizwan
5. Nyawa : Raja Faisal
6. Warisan : Julie Anne
7. Dalam Tangan Papa : Adib Zaini
8. Takdir : Hani Amira Suraya
9. Gadis dan Dua Menara : Faratira Aimiza
10. 2 Tiang 1 Jambatan: Shafaza Zara Syed Yusof
11. Empat: Mim Jamil
12. Kalau Lapar Cari Chomet : Syaihan Syafiq
13. Serikandi Malaysia : Arif Zulkifli
14. Izzaq : Faizal Sulaiman
15. Penjaga : Dayang Noor
16. Jemput Makan : Zulaikha Sizarifalina Ali
17. Gerbang Neraka : Ridhwan Saidi
18. Nek Som, KLCC dan Kucing Bernama Zorg : Azrin Fauzi
19. Koc Lampu Capai Cakerawala: Azura Mustafa

*Dakwat ungu uols* 

***
Filpen arahan Tan Bee Thiam adaptasi Kopi Julia dari Antologi Kopi disiarkan di Sharjah Biennial pada 17 Mac 2013 lalu di UAE dipilih oleh director Thai Apichatpong Weerasethakul. Tahniah 13 Little Pictures! 


Thursday, March 14, 2013

Review: Oscar Edisi 85: Tentang Boobs, Filem Muzikal dan Jennifer Lawrence yang Terjatuh

 
Lama gila nak rebiu Oscar kali ni.

Edisi ke 85 ni dihoskan oleh Seth Mc Farlene yang sangat ohsem! Jom tengok apa yang ohsem! ha ha ha
We sawwww yourrrr boooobssss

1. Persembahan pembukaan dengan lagu We Saw Your Boobs. Parody America katanya. Basically tentang few actress yang pernah menunjukkan "goodies" ketika di layar perak termasuklah Angelina Jolie (Gia), Charlize Theron (Monsters), Helle Berry (Monsters Ball), Nicole Kidman (Eyes Wide Shuts), Anne Hathaway (Brockback Mountain) dan Jessica Chastain (Lawless). Paling lawak bila aktress Kate Winslet disebutkan. Minah tu memang pegang rekod paling banyak tayang boobies termasuk dalam filem Hamlet, Heavenly Creatures, Titanic, Iris, Little Children, Jude dan The Reader.

2. Persembahan musical dari Catherine Zeta Jones dalam Chicago (she won an Oscar for Supporting Role), Jennifer Hudson dalam filem Dreamgirls (juga menang Oscar dalam kategori sama) dan casts dari filem Les Miserables menyanyi atas pentas (memang Russel Crowe sumbang menyanyi ye!)

 Bayangan Velma Kelly menjelma!

  
 Power betei!!!

 
Si Amanda Seyfried siap jeling si Russel Crowe salah masuk ton lagu, kah kah kah

3. Seperti aku jangka, Jennifer Lawrence menggondol Aktress Terbaik mengalahkan calon fevret Jessica Chastain. Wataknya sebagai sex addict yang recover selepas kematian suami berjaya memancing juri. 

 Oh shit! (kata Jessica Chastain dalam hati)


  
Nak kejo Award!!


Oh mak kau!


This is Nuts!

Tuesday, March 12, 2013

Shortie: Menjalar

Online!

Ada sesuatu yang menarik minat dia sekarang. Seutas Tag Heuer putih digital jadi idaman. Apa dia perlu buat adalah membida jam berjenama itu sebelum jam satu pagi. Tujuannya satu. Nak miliki Tag Heuer itu. Tag Heuer perlu dipakai lusa. Biar nampak ada gaya. Baru orang lain tahu yang seleranya tinggi juga!

Malamnya seperti selalu. Sunyi.
Sekali sekala ada hembusan angin menerpa.

Tapi dia buat tak peduli.
Tumpuannya masih tertancap pada skrin leper membida jenama mahal itu dengan tawaduk.

Sedang matanya memicing penuh khusyuk, dengusan kasar berhembus di belakang tengkuknya. Romanya tak semena-mena merinding.

Ahh!! Time-time suntuk macam inilah kau nak kacau aku kan?

Hatinya membentak.

Dengusan itu berhembus lagi. Bertiup pula ke cuping telinganya yang capang. Rasa seram sejuk mula memanjat raga yang mulai hendak goyah. Liur ditelan seperti butiran pasir yang merengsakan. Menyesal pula meluah maki. Hendak ditoleh kebelakang dan membiarkan bidaannya terlepas adalah satu tindakan bodoh lagi bangang. Berjam dia bertapa, melepaskan walau sesaat hanya akan mengundang sesal tak bertepi.

Hendak dipeduli, makhluk itu makin berani. Sepertinya ada sesuatu sedang menjalar di lehernya. Dipedulikan. Ia kemudian merebak ke pinggang lalu ke celah kelengkang.

"Sayang! Jomlah main! Lama U tak bayar bil air kat I tau."

Aiyark! Tawaran mana paling best ni???

Monday, March 11, 2013

Update! Dan Perkara Ghaib

 
Salam.

Terlalu lama tak update.

Maafkan aku ye. Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk gila kerja kena settle down. Nak update pakai phone rasa phone tak mesra pulak. Slow line pulak tu. Hampeh.

Harini nak kongsi tentang perkara ghaib. Ghaib disini bermaksud melibatkan jin dan syaitan.

Sebagai muslimin, kita kena percaya wujudnya makhluk ni. In fact, mereka lebih ramai daripada kita.

Tujuan mereka ni satu. Sesatkan umat manusia. Maka, bermacam-macam cara mereka lakukan untuk ganggu gugat keturunan Nabi Adam ni.

Untuk mengelak diganggu, beberapa potong ayat Al-Quran telah dijadikan Ayat Ruqyah dengan tujuan sebagai perlindungan dari diganggu makhluk sebegini. Ayat Ruqyah mengandungi ayat-ayat dipetik dari;

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Digalakkan memasang ayat ini ketika berpindah di rumah baru, perlindungan dari gangguan sihir, mengerat hubungan kekeluargaan dan perlindungan diri sendiri. Amalkan ayat ni diwaktu pagi, maghrib dan waktu sebelum tidur.  InsyaAllah.


***



1. Antologi ke 3 aku, KLCC akan keluar tak lama lagi. Sama seperti Kopi dan Bola, KLCC memperkenalkan 19 penulis dengan cetakan terhad sama seperti yang terdahulu. Jadi rugi gila tak memilikinya okeh!


Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED