Tuesday, March 12, 2013

Shortie: Menjalar

Online!

Ada sesuatu yang menarik minat dia sekarang. Seutas Tag Heuer putih digital jadi idaman. Apa dia perlu buat adalah membida jam berjenama itu sebelum jam satu pagi. Tujuannya satu. Nak miliki Tag Heuer itu. Tag Heuer perlu dipakai lusa. Biar nampak ada gaya. Baru orang lain tahu yang seleranya tinggi juga!

Malamnya seperti selalu. Sunyi.
Sekali sekala ada hembusan angin menerpa.

Tapi dia buat tak peduli.
Tumpuannya masih tertancap pada skrin leper membida jenama mahal itu dengan tawaduk.

Sedang matanya memicing penuh khusyuk, dengusan kasar berhembus di belakang tengkuknya. Romanya tak semena-mena merinding.

Ahh!! Time-time suntuk macam inilah kau nak kacau aku kan?

Hatinya membentak.

Dengusan itu berhembus lagi. Bertiup pula ke cuping telinganya yang capang. Rasa seram sejuk mula memanjat raga yang mulai hendak goyah. Liur ditelan seperti butiran pasir yang merengsakan. Menyesal pula meluah maki. Hendak ditoleh kebelakang dan membiarkan bidaannya terlepas adalah satu tindakan bodoh lagi bangang. Berjam dia bertapa, melepaskan walau sesaat hanya akan mengundang sesal tak bertepi.

Hendak dipeduli, makhluk itu makin berani. Sepertinya ada sesuatu sedang menjalar di lehernya. Dipedulikan. Ia kemudian merebak ke pinggang lalu ke celah kelengkang.

"Sayang! Jomlah main! Lama U tak bayar bil air kat I tau."

Aiyark! Tawaran mana paling best ni???

6 comments:

Ri said...

tawaran 2! tawaran 2! haha!

uish.. lama tul senyap, faizal!

shatooman said...

hahahahaha.... baru nk saspen..

FaizalSulaiman said...

Ri ---> hehehe sehat je Ri. Bz sikit. Kerje banyak gilos :D

FaizalSulaiman said...

shatooman---> kaaan :D

lama ko hilang bro :D

shatooman said...

hehehe... ada bro. cuma skrg ni jarang dpt sentuh komputer. time online pon rasa berat je nk menaip. idea ada, tp semangat nk menaip tu x de.. cuma jd silent reader je~

shatooman said...

hehehe... ada bro. cuma skrg ni jarang dpt sentuh komputer. time online pon rasa berat je nk menaip. idea ada, tp semangat nk menaip tu x de.. cuma jd silent reader je~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR